Selasa, Disember 30, 2008

Nasihat kepada Fatimah

Assalamualaikum w.b.t



Suatu hari RasuluLlah SAW menyempatkan diri berkunjung ke rumah Fatimah RA. Setiba di kediaman putri kesayangannya tersebut RasuluLlah SAW berucap salam kemudian masuk. Ketika itu didapatinya Fatimah tengah menangis sambil menggiling syair (Gandum) dengan penggilingan tangan dari batu.



Seketika itu RasuluLlah SAW bertanya , “Duhai Fatimah, apa gerangan yang membuat engkau menangis ? Semoga Allah SWT tidak menyebabkan air matamu berderai”.Jawab Fatimah “Wahai RasuluLlah, penggilingan dan urusan rumah tangga inilah yang menyebabkan ananda menangis”.Lalu duduklah RasuluLlah SAW di sisi Fatimah.


Kemudian Fatimah melanjutkan, “Duhai Ayahnda, sudikah kiranya Ayah meminta kepada Ali suamiku mencarikan seorang jariyah (hamba perempuan) untuk membantu ananda menggiling gandum dan menyelesaikan pekerjaan rumah “.


Maka bangkitlah RasuluLlah SAW mendekati penggilingan itu. Dengan tangannya beliau mengambil sejumput syair kemudian diletakkannya di penggilingan seraya membaca basmalah. Ajaib, dengan ijin Allah penggilingan tersebut berputar sendiri.


Sementara penggilingan itu berputar, RasuluLlah SAW bertasbih kepada Allah SWT dalam berbagai bahasa, sehingga habislah butir-butir syair itu tergiling.“Berhentilah berputar dengan izin Allah SWT”. Maka penggilingan itupun berhenti berputar.


Lalu dengan izin Allah SWT penggilingan itu berkata-kata dalam bahasa manusia, “ Yaa RasuluLlah SAW , Demi Allah yang telah menjadikan Tuan kebenaran sebagai nabi dan rasul-Nya. Kalaulah tuan menyuruh hamba menggiling syair dari timur hingga ke barat niscaya hamba gilingkan semuanya.


Sesungguhnya hamba telah mendengar dalam kitab Allah SWT, ‘Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya adalah para malaikat yang kasar lagi keras yang tidak mendurhakai Allah akan apa yang diperintahkan dan mereka mengerjakan apa yang diperintahkan- Nya’. Maka hamba takut ya RasuluLlah jika kelak hamba menjadi batu dalam neraka”.


Dan bersabdalah RasuluLlah SAW, “Bergembiralah karena engkau adalah salah satu dari batu mahligai Fatimah az-zahra di dalam surga”. Maka bergembiralah batu penggilingan itu dan kemudian diamlah ia. Lalu RasuluLlah SAW bersabda kepada Fatimah, “Jikalau Allah SWT menghendaki niscaya penggilingan itu berputar dengan sendirinya untukmu.



Akan tetapi Allah SWT menghendaki dituliskan-Nya untukmu beberapa kebaikan dan dihapuskan-Nya beberapa kesalahanmu dan diangkat-Nya beberapa derajad untukmu. Wanita yang menggiling tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah SWT menuliskan setiap biji gandum yang digilingnya suatu kebaikan dan mengangkatnya satu derajad.”.


Kemudian RasuluLlah SAW meneruskan nasihatnya, “Wahai Fatimah, wanita yang berkeringat ketika menggiling gandum untuk suaminya, Allah SWT menjadikan antara dirinya dan neraka tujuh parit.


Wanita yang meminyaki dan menyisir rambut anak-anaknya serta mencuci pakaian mereka Allah SWT mencatat sebagai orang yang memberi makan seribu orang lapar dan memberi pakaian seribu orang telanjang. Sedangkan wanita yang menghalangi hajat tertangga-tetanggan ya, Allah SAW akan menghalanginya dari meminum air telaga kautsar di hari kiyamat”.


RasuluLlah SAW kembali meneruskan, “Wahai Fatimah, yang lebih utama dari semua itu adalah keridaan suami terhadap isterinya.


Jika suamimu tidak ridha, maka aku tidak akan mendoakan kamu. Tidak kah engkau ketahui, ridha suami adalah ridha Allah SWT, dan kemarahannya adalah kemarahan Allah SWT”.


“apabila wanita mengandung janin, maka beristighfarlah para malaikat dan Allah SWT mencatat tiap-tiap hari seribu kebaikan dan menghapus seribu kejahatannya. Apabila ia sakit hendak melahirkan, maka Allah SWT mencatat pahala orang – orang yang berjihad. Apabila ia melahirkan maka keluarlah ia dari dosa-dosanya seperti keadaannya ketika ibunya melahirkannya.



Apabila ia meninggal, maka tiadalah ia meninggalkan dunia ini dalam keadaan berdosa sedikitpun. Kelak akan didapati kuburnya sebagai taman dari taman-taman surga. Dan Allah SWT mengaruniakan pahala seribu haji dan seribu umrah. Dan beristighfarlah seribu malaikat untuknya di hari kiyamat.


“Wahai Fatimah, wanita yang melayani suaminya dalam sehari semalam dengan baik hati serta ikhlas dan niat yang benar, maka Allah SWT akan menghapuskan dosa-dosanya. Dan Allah SWT akan mengenakannya seperangkat pakaian hijau, dan dicatatkan untuknya dari setiap helai bulu dan rambut di tubuhnya seribu kebaikan.


Wanita yang tersenyum di hadapan suaminya, Allah SWT memandangnya dengan pandangan rahmat”.“Wahai Fatimah, wanita yang menghamparkan alas untuk berbaring atau menata rumah untuk suaminya dengan baik hati, berserulah malaikat untuknya, “teruskanlah amalmu maka Allah SWT telah mengampunimu dari dosa yang lalu dan dosa yang akan datang.


““Wahai Fatimah wanita yang megoleskan minyak pada rambut dan jenggot suaminya serta rela memotong kumis dan menggunting kuku suaminya, Allah SWT memberinya minuman dari sungai-sungai surga, Allah SWT meringankan sakaratulmautnya dan kuburnya akan menjadi taman dari taman-taman surga. Allah SWT aka menyelamatkannya dari api neraka, selamat dari lilitan siratal mustaqim”.

Adab hubungan seks suami isteri

Assalamualaikum w.b.t

Balik pada isu adab...tapi kali ni saya copy dari laman web mana ntah...lupa lak sebab saya save rencana ni dalam pc...tapi tak quote kan webnya...yang baik kita kongsi...

Lelaki wanita yang hidup dalam perkahwinan tentu mengharapkan anak dari hasil hubungan antara suami isteri. Tentunya anak yang sihat, cerdas dan berbakti kepada orang tuanya serta taat menjalankan ibadah kepada Allah Taala. Anak yang demikian ini disebut anak yang soleh yang menjadi dambaan bagi setiap orang tua.






Terbentuknya anak menjadi orang yang soleh di samping unsur pendidikan, juga perilaku orang tuanya sewaktu melakukan persetubuhan akan menentukan corak kepribadian anaknya. Oleh sebab itu agama Islam telah memberi tuntutan yang sangat tepat baik ditinjau dari segi kesehatan ataupun moral.


Bimbingan Islam itu antara lain adalah:Mandi terlebih dahulu bagi suami. Faedahnya adalah membersihkan badan dari semua kotoran dan bau yang kurang sedap, di samping untuk menguatkan syahwat. Cara ini sungguh sangat hygenis karena badan telah dibersihkan dari segala macam bibit penyakit terutama pada bagian alat kelamin.


Berwudhu sebelum bersenggama. Berwudhu ini dilakukan setelah mandi, gunanya adalah untuk membersihkan hadas kecil. Orang yang bersetubuh dalam keadaan suci lahir dan batinnya, lebih tenang dan tenteram daripada bersetubuh dalam keadaan kotor. Wudhu ini lebih ditekankan lagi sewaktu melakukan hubungan seks untuk yang kedua atau ketiga kalinya dalam satu malam. Faedahnya juga untuk menguatkan kelamin dan kebersihan.


Sebagaiman tersebut dalam hadis riwayat Muslim yang bersumber dari Abu Said al Khudri, Rasulullah s.a.w. telah bersabda:

“Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya, kemudian ia berkehendak mengulangi lagi, maka hendaklah ia berwuduk”.


Sewaktu mendekati isterinya ucapkanlah salam sebagai tanda kasih sayang. Salam mesra ini amat berpengaruh dalam jiwa isteri untuk membangkitkan ghairah seksnya serta perasaan menyerah setulus hati. Ucapan salam harus disambut isterinya dengan ucapan mesra pula sebagai dorongan agar suaminya benar-benar dapat melaksanakan tugasnya dengan baik.


Selepas kedua-duanya saling mengucapkan salam, suami boleh meneruskan acara itu dengan membelai rambut isterinya serta menciumnya tiga kali sebagai ciuman kasih sayang seraya mengucapkan sholawat nabi tiga kali.

“Allahumma Shalli `Alaa Muhammad”.

Ucapan selawat ini sebagai satu usaha agar persetubuhan ini mendapat berkat dan diredhoi Allah.


Sebagaimana disebutkan dalam hadis Qudsi yang bersumber dari Abdur Rahman bin Auf, Allah telah berfirman kepada Rasulullah s.a.w. yang ertinya:


“Barangsiapa mengucapkan salam kepadamu, niscaya Aku (Allah) memberi kesejahteraan kepadanya Dan barangsiapa membaca sholawat kepadamu, nescaya Aku memberi rahmat kepadanya”.


Menjelang akan dilakukannya persetubuhan suami hendaklah membaca doa puji-pujian kepada Allah agar dianugerahi anak yang soleh, taat kepada Allah dan berbakti kepada orang tuanya. Hendaklah mandi selesai bersetubuh. Tidak seperti mandi ketika bersetubuh, mandi terakhir ini hukumnya wajib, baik mengeluarkan mani ataupun tidak.


Kewajipan mandi ini sungguh merupakan tindakan kebersihan dan kesihatan sebab keletihan dan kelelahan badan waktu bersetubuh perlu penyegaran kembali. Biasanya setelah malam harinya melakukan persetubuhan, maka pada pagi harinya badan terasa lesu, malas dan timbul berbagai perasaan yang bukan-bukan.


Timbulnya kelesuan badan itu tiada lain kerana keletihan saraf-saraf di seluruh badan akibat keluarnya air mani dari dalam tubuh yang memerlukan tenaga. Sehubungan dengan itu, Islam telah mewajibkan kepada umatnya untuk mandi setiap kali mengeluarkan air mani atau sehabis bersetubuh.


Maka terasalah badan segar kembali, timbul vitaliti baru, hilang rasa ngilu, fikiran berjalan normal seperti sediakala. Mengenai perintah mandi wajib setelah bersetubuh itu tersimpul dalam hadis nabi riwayat Bukhari dan Muslim yang bersumber dari Abu Hurairah iaitu bermaksud:

“Apabila ia duduk di antara empat anggotanya (dua tangan dan dua kaki) kemudian ia kerjakan dia (perempuan) maka sesungguhnya wajiblah mandi”.


Selanjutnya timbul pertanyaan pada kita apakah boleh melihat aurat semasa melakukan persetubuhan? Pengertian aurat dalam Islam ialah bahagian-bahagian tubuh baik lelaki maupun perempuan yang haram dilihat oleh orang yang bukan mahramnya atau suami isteri sendiri.


Aurat orang lelaki terdapat di bahagian tubuh antara pusat hingga lutut. Sedang aurat perempuan meliputi seluruh tubuhnya. Bahagian-bahagian aurat ini sama sekali tidak boleh dilihat oleh sesiapapun kecuali oleh mahramnya atau suami isterinya sendiri.


Kerana aurat tidak boleh dilihat, wajiblah aurat itu ditutup dengan pakaian yang sopan. Aurat mempunyai pengaruh tersendiri pada pandangan mata. Ia punya daya rangsangan yang bisa membangkitkan nafsu berahi seseorang..


Hanya dengan melihat aurat, orang lelaki bisa ereksi. Begitu pula perempuan timbul nafsu berahinya kerana melihat aurat lelaki. Begitulah aurat yang oleh agama Islam sangat dihormati, yang harus ditutup dari pandangan mata kecuali oleh suaminya, isterinya atau mahramnya sendiri.


Firman Allah Taala:

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman:

“Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat”. (Al Quran Surah An Nur Ayat 30)

firman Allah Taala:


“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka”. (Al Quran, Surah An Nur Ayat 31)

Tidaklah boleh orang lelaki melihat aurat orang lelaki dan tidak boleh orang perempuan melihat kepada aurat orang perempuan. Tidak boleh pula orang lelaki berselimut dengan orang lelaki dalam satu kain. Tidak boleh orang perempuan berselimut dengan orang perempuan dalam satu kain”. (Hadis riwayat Muslim dari Abu Said r.a)


Sabda Rasulullah s.a.w.:“Janganlah kamu perlihatkan pahamu, dan janganlah kamu melihat paha orang hidup dan jangan pula paha orang mati”. (Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Hakim)


Jelaslah, melihat aurat antara sesama jenis atau lain jenis dilarang oleh agama kecuali yang melihat itu mahramnya atau suami isterinya sendiri, bagi suami isteri yang ingin meningkatkan gairah seksualnya dalam cumbu rayu, tentu melihatnya diperbolehkan. Walaupun demikian ada batasan bagi suami isteri melihat aurat iaitu farji atau vagina, maka melihatnya dilarang.


Bahkan di dalam hadis disebutkan alasan mengapa dilarang melihat vagina (kemaluan wanita). Rasulullah s.a.w. bersabda yang ertinya:“Apabila seorang dari kalian mendatangi isterinya maka janganlah ia melihat faraj (kemaluannya) kerana sesungguhnya yang demikian itu menyebabkan buta”.
Adakah maksud melihat faraj itu menyebabkan kebutaan?


Kiranya belum ada ketentuan yang pasti secara ilmiah yang membenarkannya. Sebab betapa pun jorok faraj itu, akan tetapi faraj tidak mengeluarkan zat atau gas-gas yang membutakan.


Jadi secara medic melihat faraj itu tidak membahayakan mata. Mengapa hadis menyebutkan begitu? Allahlah yang Maha Mengetahui. Akan tetapi yang jelas faraj merupakan anggota kelamin wanita yang sangat dihormati, siapa pun wanitanya.


Bahkan wanita primitif-primitif yang belum mengenal kebudayaan pun tidak lupa menutup kemaluan mereka walaupun anggota-anggota badan lainya tetap dibiarkan terbuka bebas. Mereka mempunyai perasaan malu jika kemaluannya dilihat orang lain.


Secara alamiah memberi petunjuk betapa kemaluan wanita itu merupakan anggota kelamin yang terhormat, yang tidak boleh dijadikan tontonan dan dipertontonkan. Wanita mempunyai sifat pemalu, lebih pemalu daripada lelaki. Malu sebagai salah satu unsur penghalang timbulnya dorongan seksual. Jadi kalau suami akan bersetubuh kemudian merayu isterinya sambil melihat kelaminnya pastilah gairah seksual isterinya akan turun secara drastik kerana didesak oleh rasa malunya.



Oleh itu tidak berfaedah sama sekali usaha merayu isterinya yang justru mengharapkan kepuasan dalam hubungan seks. Di samping itu melihat kelamin wanita atau isterinya biasa menimbulkan akibat lain. yaitu kemungkinan nafsunya akan cepat terangsang sehingga menimbulkan hajat yang tidak terbendung lagi. Sehingga belum juga dia merayu isterinya yang belum siap melakukan hubungan seks, ia sudah terburu-buru memaksa isterinya untuk bersetubuh. Sehingga benar-benar butalah hatinya, ia tidak lagi memikirkan keperluan seks isterinya melainkan hanya keperluan dirinya yang dikejar untuk mencapai kepuasan.


Memang benar-benar buta , buta hatinya. Dengan kenyataan seperti di atas, maka kemungkinan besar larangan melihat kelamin wanita yang terdapat dalam hadis di atas merupakan tindakan moral saja agar setiap orang tidak gegabah melihat kelamin wanita. Jadi buta yang dimaksudkan di dalam hadis tentunya dapat diertikan sebagai buta hati bukan buta mata yang sesungguhnya.


Islam telah menuntut umatnya ke jalan yang benar, hidup yang benar, dalam ridha Allah. Yang demikian itu dimaksudkan agar semua umatnya selalu memegang prinsip yang benar dalam semua segi kehidupannya.

Azam Maal Hijrah

Assalamualaikum w.b.t

Sudah 1430 hijriah. Dan hari ini adalah 30 disember, ulangtahun perkahwinan [kali kedua] untuk tahun yang ke tujuh. Kami bernikah kali kedua pada 30 Disember 2001.



Apa kami buat pada ulangtahun yang ini. Takde apa, hanya kesedihan ajer. Tapi alhamdulillah maal hijrah kali ni saya keluar di jalan Allah. Dapatlah kami sama-sama berjemaah membaca doa akhir tahun 5 minit sebelum maghrib dan sejurus itu kami solat maghrib dan selepas itu kami membaca doa awal tahun.



Moga2 permulaan yang baik tahun ini berterusan. Amin.



Azam saya tahun ni pendek jer. Tiba-tiba ada rsa sungguh-sungguh dalam hati bahwa inilah yang perlu diazamkan. Kerana inilah maksud hidup, bukan kerana yang lain-lain, tapi kerana agama.




Saya dengan penuh rasa rendah diri dan terasa amat kerdil, tiba-tiba rasa sungguh kepingin berazam untuk ikut perintah allah dan amal sunnah secara sungguh-sungguh, bukan main-main.



Kerana matlamat kita hanya satu, untuk redha Allah dan dapat syurga Allah...



Ps : lepas solat zohor madu saya call, nangis2...kami bercerita dengan azam tahun baru...sabar dan taat suami...dan mulai esok suami keluar 40 hari lagi...

Khamis, Disember 25, 2008

Hijrah 1430

Assalamualaikum w.b.t

Menjelang Hijrah 1430 pada Isnin ini bersamaan 1 Muharam, maka blog sya yang bertajuk Hijrah 1429 ni dah tak relevan lagi. Dan ia juga menunjukkan yang sudah setahun blog ini menjadi medan saya meluah dan menjadi medan anda melihat diri saya dan tentunya banyak 'pekung di dada' yang tersebar di luar sana.

Maka niat saya yang asalnya hendak berhijrah tu nampaknya tidaklah kesampaian. Justeru, saya akan mengubah halatuju blog ini ke arah yang benar-benar melambangkah hijrahnya.

Dan sebagai peralihan dalam proses penghijrahan itu, saya telah menyediakan landasan penghijrahan baru sempena Hijrah 1430 ini iaitu seperti yang diwar-warkan sebelum ini iaitu di blog www.duniabermadu.blogspot.com.

Permintaan untuk diinvite melalui email dan komen dientry semua telah saya penuhi dan telah jemput, cuma ada yang tak membalsa jemputan, dan saya tetap kekalkan jemputan, macam saya kata yang baca lama2 dulu pun saya jemput juga, tapi mungkin tak sedar dijemput maka jemputan tu tak berbalas.

Macam kak wani, oren, Pnut, Ina, eiz dll semua saya dah jemput, kalau baca entry ni masukkan jerlah email anda untuk ke blog tu.

Dan berdasarkan site meter ramai juga silent reader, dan ada yang meminta dijemput melalui email, kalau ada yang nak dijemput maklumkan atau hantar ajer email pada saya hanisumayyah@hotmail.com / hani_sumayyah@yahoo.com.

Walaupun saya pun hairan, ada juga yang minat nak baca blog yang emosional dan syok sendiri ni......dan asalnya saya tulis suka-suka kemudian tengok ada yg boleh buat duit maka saya kononnya nak try, tu yg entry banyak tu.....tapi hempeh, sebulan baru dapat RM 3.75 sen, kemudian baru saya sedar saya tulis bukan sebenarnya untuk bacaan semua orang, hakikatnya saya tulis untuk yang betul faham dan berminat saja.

Dalam pada tu kalau ada yang nak diinvite boleh ajer, blog itu, kalau boleh saya ingin katakan kepada dunia, hukum Allah yang halal itu ada berkatnya dan ada hikmahnya. Maka itulah tajuknya duniabermadu.

Saya ingin melihat hikmah bermadu. Dah kalau ada perkara negatif pun, saya tetap ingin melihat dari sudut positif jugak..dan itulah namanya HIJRAH!

Rabu, Disember 24, 2008

Adab masuk tandas

Assalamualaikum w.b.t


Islam ni syumul dan semua aspek islam cover..ada hukum dan adab2nya. Termasuklah adab ke tandas...



Sebab kalau ke tandas ikut cara yang ditunjukkan oleh rasulullah ia akan menjadi ibadat dan mendapat pahala dari Allah s.w.t


Okay..sebelum masuk ke tandas iaitu lebih kurang 6 atau 7 langkah tu baca;ah doa sebelum masuk ke tandas iaitu;


"Allahummainni...." [rujuk buku kalau tak biasa, tapi rasanya anak2 kecik pun tau doa ni]



dan pastikan kaki yang melangkah masuk tu kaki kiri dan kaki keluar tu kaki kanan


Kalau mampu tutuplah kepala supaya syaitan tidak melumurkan najis pada anggota badan kita



Dan masa memenuhi hajat tu janganlah bersuara atau bercakap-cakap, kalau ada yang panggil2 tu berdehem-dehem jerlah...



Jangan juga menyahut salam, jangan sebut nama Allah atau berselawat atau baca ayat2 Quran dan tidak boleh bawa ayat2 Quran atau nama Allah ke dalam tandas...AWAS yer banyak hp sekarang pakai yat Quran atau tulis ayat Quran...berhati2 yer..jangan kadik dosa pulak...



Satu lagi, jangan pandang atau melihat najis kerana ini akan menghilangkan nur pada wajah kita...kadang2 benda ni tabiat, tengok tu sebab nak pastikan dah bersih atau tidak kita flush tapi seboleh2nya terus flush dan keluar...



Jangan juga meludah dalam tandas...[yg ni tak tau apa fadhilatnya]



Ada sesikit saya nak tambah...


sunat juga beralas kaki masuk ke tandas dan jangan menanam sebarang pokok hidup dalam tandas sebab pokok2 hidup ni berzikir pada Allah sentiasa {bukan macam manusia yg alpa] dan dalam tandas kan tak boleh berzikir...seelok2nya letaklah diluar poko2 hiasan tu kalau nak cantik kan toilet letaklah pokok2 plastik..gitu!



Masa Qadha Hajat tu kan seelok2nya beratkan duduk sebelah kiri, bagus untuk peranakan perempuan dan sistem pengahdaman kita



Jangan membelakangkan kiblat aatau mengadap kiblat..yang ni kalau nak beli rumah kena pastikan juga kedudukan toilet ni, nanti sepanjang hayat kita Qadha hajat tak ikut sunah terlepas peluang nak dapat pahala....islam lagi hebat feng shui dia...



Lepas dah selasai Qadha hajat yang kecil tu disunatkan kita berdehem 3 kali berturut2 bagi membuang air kecil supaya kencing tu dapat keluar semula, takdelah masa solat terasa something pulak...faham2 jerllah kan...



Lepas istinjak [cebok] bacalah lagi doa istinjak ni


"Allahumma thahhir qalbi...."



Nak beristinjak gunalah air, batu atau benda kesat yang suci....kalau guna batu {ada yg guna lagi ker} memadailah gunakan 3 biji batu jer...



Yang afdhalnya istinjak dengan 3 biji batu kemudian baru air....kalau nak dapat pahalalah...



Akhir zaman ni, nak amalkan sunnah memang mencabar tapi pahalanya akalu ikut sunnah macam pahala ganjaran mati syahid...hebat...

Kenapa berdoa?

Assalamualaikum w.b.t


Setiap orang ada keinginan dan kehendak, samaada secara fantasi ataupun kehndak itu memang boleh menjadi realiti. Ada yang memenuhi keinginan dengan meminta kepada ibu ayah, ada yang minta dengan suami, ada yang minta dengan teman atau sesiapa sahaja. Berapa ramai yang benar-benar bila inginkan sesuatu maka yang difkirkan hanyalah untuk meminta dan mengharap kepada Allah semata-mata.

Sheikh Qadir Al jailani semasa kecilnya, diajar ibunya setiap kali hendak makan, ibunya minta dia solat hajat dua rakaat minta kepada Allah, sebab semua datang dari Allah, ibunya sedari kecil menanamkan dalam diri Sheikh Qadir Al Jailani bahawa semua rezeki dari allah. Selepas solat hajat dua rakaat barulah beliau akan menjamah hidangan yang disediakan ibunya

Maka pada suatu hari, ibunya terpaksa berpergian dan terlupa menyediakan hidangan. Sheikh Kadir Al jailani seperti biasa akan solat hajat dan barulah makan. Apabila ibunya pulang beliau terkejut melihat anak tenang sahaja dan bila ditanya maka jawabnya "Ibuku.... saya telah makan sepeti biasa, dan alangkah lazatnya hidangan yang disediakan ibu pada hari ini berbeza dengan hari2 yang lain"


Akhirnya asbab yakinnya ibu beliau, allah datangkan rezeki dihadapan Sheikh Kadir Al Jailani asbab yakinnya dia semua datang dari Allah, manusia hanyalah asbab sahaja. Begitu kuat iman yakin umat dahulu sehingga hendak makan pun mereka solat hajat mohon pada Allah. Allah datangkan terus rezeki dalam rumah pada hambanya yang memohon dengan yakin...


Bagi kita pula, berapa kali dalam sehari kita berdoa, meminta dan mengharap kepada Allah. sahabat dulu, tepung tiada di rumah pun meraka solat mohon kepada Allah, dan selepas itu pulang melihat adakah Allah telah hantar tepung, apabila pulang melihat tiada tepung maka mereka perbetulkan lagi solat mereka, dan selapas solat dan yakin pada "Allah berkuasa, makhluk tidak ada kuasa" maka Allah tunjukkan pengisar berputar sendiri dan mengeluarkan tepung...begitulah yakinnya sahabat dahulu dengan doa mereka kepada Allah dan Allah tunjukkan serta merta...


Doa adalah amalan penting dalam beribadat. Bila kita berdoa di hadapat Allah bererti kita mengakui kerendahan dan kehinaan diri kita di hadapan Allah yang maha tinggi dan maha Mulia tempat kita memohon pertolongan.


Nabi s.a.w sendiri mengatakan doa itu sebahagian ibadat, dan ibadat yang tidak diserta doa sama ertinya dengan tidak ada otak, kosong isinya kerana tidak ada timbul dari hati sanubari sendiri perasaan ketundukan kepada Allah, seolah-olah sombong kepada Allah.


Doa mempositifkan diri kita dan menunjukkan jiwa kita diserah semata-mata kepada Allah dan bukan mengharap danm meminta kepada makhluk, dengan berdoa juga kita merasa diri kita dekat kepada Allah s.w.t, malah Allah murka kepada hambanya yang tidak meminta kepadaNya. Maka mintalah apa sahaaj kepada Allah...


Kalau kita selalu meminta kepada kawan atau sesama kita sudah tentu kawan kita akan merasa maluat atau orang yang kita minta tu pun akan marah dengan kita tapi dengan Allah mohonlah seberapa banyak yang kita mahu, Allah merasa bangga di atas permohonan yang dilakukan oleh hambaNya.


"MINTALAH DARIPADAKU NESCAYA AKU MENERIMA DOAMU" -Al Mukmin ayat 20

....kenapa gusar dan gundah gulana tak dapat apa yang diminta, doa sahaja....

Isnin, Disember 22, 2008

Adab minum

Assalamualaikum w.b.t





Dah citer pasal makan, ni kita citer pasal minum pulak yer...


Sunnah minum air sebelum makan...atau selepas makan antara 5 hingga 10 minit lepas makan...



Cara nak minum pulak, pegang gelas dengan tangan kanan jari kelingking bawah gelas atau cawan. Lihat dahulu dalam minuman kita, kalau ada lalat hendaklah ditekan lalat itu dalam air, kemudian baru dibuangkan, sebab lalat membawa penyakit di sebalah sayapnya dan membawa penawar disebelah yang satu lagi....



Masa minum tu adabnya
* tutup kepala

* duduk

*Mula dengan Bismillah...

* Akhir dengan Alhamdulillah



Kalau minum susu. ada doa nya;
"Allahummabariklana fihii minhuu" <--baby nak minum susu botol pun leh ajar doa ni pende sesangat....


Kalau minum air manisan doanya
"Allahummar zuqni bihalaatil iiimaan" <-- kemudian baca Bismillah dan Alhamdulillah

Semasa minum jangan bernafas teguk sekaligus dengan 3 tegukan...



Pendek jer adab minum ni...sunah juga minum susu sebelum tidur...ada gak doa2 yang saya belajar camana nak bagi suami sayang memalui cara2 buat air, dan doa buat suami semasa dia tidur..tu lain entry lak yer.....besar kuasa wanita ni melalui doa2...

Adab tidur

Assalamualaikum w.b.t


Tidur kita buat hari2 ek? So hari2 boleh dapat penutup pahala untuk satu hari tu kalau tidur dibuat mengikut sunnah...



So meh kita tengok adab tido lak...
Mula-mula sebelum tido tu kalau mampu ambillah wudhu' walaupun kita dalam hadath besar dan kalau mampu jugak eloklah kita sembahyang sunat taubat 2 rakaat dan sunat witir 2 rakaat serta lain2 amalan sunat rasullullah.



Pastu habiskan bacaan Al Quran, surah Al Sajadah dan surah Al Mulk, sebab Rasulullah S.a.w tidak akan tidur selagi tak baca dua surah ni.


Dan masa nak tidur tu kipaskan [libas] tempat tidur tu, dari kanan ke kiri sambil baca doa...

"Lahaulawala...."

Kita kebas tempat tido ni sebab sepanjang siang @ masa kita tak tidur mungkin ada jin/iblis yang tido di tempat kita tu...

Dan juga dikatakan elok baca Bismillah 21 kali kerana dikatakan kita akan dipelihara dari godaan syaitan dan jin serta dari kebakaran dan kematian secara mengejut



Pastu baca lak ayat Kursi 3 kali dan hadiah kan untuk diri sendiri dan keluarga kita, untuk keselamatan jiran dan seluruh penduduk kampung [taman pun boleh gak]



Dan kalau kita hendak bangun Tahajud malam tu, dan nak dumudahkan bangun bacalah surah Al Kahfi Ayat 107-110 sebab kalau tak terjaga pun Allah dah tuliskan ganjaran pahala kat kita jugak...best2..niat jer...



Kemudian baca lagi Tasbih Fatimah iaiatu;

Subhanallah 33 kali

Alhamdulillah 33 kali

Allahuakbar 34 kali


Ganjarannya Allah akan beri kekuatan dua orang hamba [ada juga hadis kata seorang] dan tiap kali lepas baca tu hembus kat tapak tangan dan kemudian sapukan tapak tangan tu ke seluruh badan kecuali kaat kemaluan dan tapak kaki. [buat ini sambil duduk berlunjur]



Kelebihannya Allah akan jauhkan dari terkena sihir dan godaan syaitan...

Bila dah siap tu nak tidur barulah baca doa tidur..

"Allahummabismika...."



Posisi tidur pulak kena ikut sunnah iaitu dengan mengadap kiblat, tangan kanan bawah pipi dan kaki kanan di atas kaki kiri. Cara tidur ni seolah-olah cara mayat kan mayat dihadapkan ke kiblat.



Masa nak tunggu tidur tu eloklah selawat sehinggalah terlena...sebaiknya zikir Allahu



kalau masa tidur tu termimpi yang elok, bangun dan ucapkanlah Alhamdulillah...


Sebaliknya kalau mimpi buruk, bacalah A'uzubillah dan buat syarat ludah ke sebelah kiri...jangan ludah betul2 plak basah plak muka suami kita kena ludahan heheheee.....:))


Wah..tak abis lagi ni...


Bangun plak baca doa dulu;

"alhamdulillahhillazi ahyana...."sebagai tanda syukur kerana Allah masih panjangkan nyawanya sehari lagi.


Dan sunnah juga pakai celak semasa tidur kerana kelebihannya banyak sekali, diantaranya mencantikkan mata, menyinarkan mata dan jika diamalkan dengan istiqamah dan yakin mata kita tidak akan kelabu. Cara sapu celak ni macamni...kanan disapu 3 kali dan kiri dua kali sambil berdoa.. doanya ni ada sikit confuse sebab catitan saya ni tak berbaris...nanti saya check semula...


Dan ini pesanan rasulullah pada saidina Ali ketika hendak tidur;


1. baca fatihah 4 kali- kelebihannya seperti menderma dijalan Allah

2. Baca Al Ikhlas 3 kali seperti khatam sebuah Al Quran

3. Selawat 10 kali seperti mengerjakan haji yang mabrur

4. Istighfar 10 kali seperti kita menyatupadukan dua orang muslim yang bertelingkah

5. Ucapkan tasbih "subhanallah walhamdulillah....." 4 kali kelebihannya masuk syurga tanpa hisab...
Kalau tempat tido kita tu rapat ke lantai/dinding, jangan tolak sangat sampai santak sebab kita ikram mana tau ada semuat atau serangga nak lalu....

Ahad, Disember 21, 2008

Terima kasih Ya Allah

Assalamualaikum w.b.t


Terima kasih Ya Allah


Atas kurnia rasa ini


Yang selama ini entah mana hilangnya


Sekali lagi dapat kuteguk


Rasa malu dan rindu Pada Mu


Atas kelalaianku selama ini



Saya baru balik dari PD malam ini, insyaalllah esok akan ada sambungan untuk nusrah di sini pula...saya ingin war-warkan saya ingin jemput sesiapa yang mengenali dan berminat untuk ke blog saya yang 'agak peribadi' sikit sifatnya, di alamat www.duniabermadu.blogspot.com, sila berikan alamat anda di email saya hanisumayyah@hotmail.com. Blog ini akan dikekalkan juga sebagai medium bersuara dan berdakwah [insyaallah]...yang sedia ada dulu sudikah saya invite secara automatik?




Syukur sangat pada Allah dalam banyak ujian yang diberi dan pelbagai masalah yang melanda pada diri dalam tempoh terdekat ni, rahmat Allah tak pernah putus, dan saya tak pernah sangka dalam susah payah dan adakalanya sambil lewa mengadapNya, Dia tetap tak pernah putus memberi saya rasa malu dan syukur, yang saya masih dalam rahmatNya....




Keputusan periksa semester pertama dah keluar jumaat lalu, alhamdulillah walaupun tak dapat sempurna tapi saya amat bersyukur, dengan CGPA 3.83 maka saya tak perlulah risau dan bimbang kena mengulang ataupun memalukan jabatan....3 A, dan satu B+...kalau dapat semua A tu melampau pulak sebab rasanya semester ni masih banyak main2 dan leka dengan masalah r.tangga dan amal pun so-so ajer tu pun Allah yang Maha Pengasih Dan Penyayang tak lupa pada saya......TQ Allah.

Sabtu, Disember 20, 2008

Macam robot

Assalamualaikum w.b.t

Ada satu malam tu tengah golek2 atas sofa dengan hani tiba2 hani tanya;

"ammie nampak tak robot?"

"mana ada robot..apa kakak cakap ni, ammie tak fahamlah?" <--ingatkan dia cakap benda dalam TV yang kami tengah tengok tu... "Tak...tu kat dinding ammie tu..macam robotlah..." "mana..." "tu...yang atas tu mata dia...yang gambar kiri kanan tu tangan dia...ammie tak nampak ker?" "ha'ahlah..ammie pun baru perasan....hahahaaaaa" <--kami dua beranak tergelak2...





Dari pandangan kanan...macam robot jugaklah susunannya...





..tulisan Allah dan Muhammad tu katanya mata, frame bunga tu tangan kiri dan kanan ..macam2lah hani ni...

P/s : susunan gambar2 ni hanya ikut paku2 sedia ada yang dibuat oleh pemilik lama, setakat ni baru belajar tukar kepala paip, tukar flush bilik air, pasang tali trimmer, pasang railing langsir, tapi buat lubang pakai drill, guna bosch tu tak pernah try lagi...harus cuba jugak lepas ni...sebab pak hj dah takleh buat semua tu. Bosch pulak tinggal kat stor rumah lama, khabar dari peg yg duduk rumah tu, bosch tu dah takder, sapa2 yang curik tu halal kan jerlah..semalam dah beli drill baru...nanti senang buat lubang kat dinding buat gantung apa2...

Adab memakai pakaian

Assalamualaikum w.b.t



Wah...ni lagi pulak..hari2 bersalin pakaian 2/3 helai kan...banyak ibadat ni kalau kita berpakaian ikut sunnah...



Mula2 ni cara wanita islam berpakaian kalau nak keluar rumah;


1. pakaian mestilah menutup aurat sebagaimana yang dikehendaki syariat


2. pakaian itu tidak terlalu nipissehingga kelihatan bayang-bayang tubuh badan dari luar


3. Pakaian itu tidka ketat atau sendat tetapi longgar dan selesa bila dipakai


4. Pakaian mestilan menutup bahagian tubuh badan yang menggiuirkan nafsu lelaki


5. warna pakaian mestilah suram atau gelap seperti hitam, kelabu asap atau perang


6. Pakaian itu tidak sekali-kali dikenakan dengan wangian yang berbau harum


7. Pakaian itu tidak 'bertasylabbuh'iaitu bersamaan dengan lelaki atau meniru2 pakaian lelaki


8. Pakaian-pakaia itu tidak menyerupai perempuan-perempuana kafir


9. Pakaian itu bukanlah pakain yang bermegah-megah atau untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias tetapi semata-mata untuk dapatkan keredhaan Allah



Itu cara-cara berpakaiannya..macam2 syaratkan? Tapi kalau dah biasa ikut syariat takde masalah nak kemana-mana pun asalkan pakaian ikut syariat...nak pakai seluar ker, skirt ker, gown ker, jubah ker semua dibenarkan asalkan ikut syarat2 yang tertera tu...longgar dan tak nampak bentuk badan...tapi skang ni susah sketlah kan sebab fesyen pakaian rata-rata didominasi oelh pakaian yang cam tak cukup kain dan nampaknya bukan konsep tutup aurat tapi konsep balut aurat plak...baju dah elok dah tutup semua tapi semua lak terjojol, depan belakang...yang pelik kepala tutup plak tu...tapi yang di dada tu menonjol2...mencabar lelaki2 bermata keranjang tullll!!!! Pompuan pun kalau ternampak harus nak tengok sekali lagi [jeling2 jerlah...ntah jeles ker hapa ?]
Ok, ni cara nak berpakaian plak;



--> Mula pakai pakaian dari sebelah kanan lepas masukkan kepala tu, kalau pakai pakaian bersarung pun mulakan dari atas [kepala]



--> Masa memakai pakaian tu disunnahkan memakai sambil duduk dan masukkan kaki sebelah kanan dulu [anak2 kena diajar benda ni dari kecil yer sebab budak2 biasanya automatik nak mulakan kaki kiri sebab syaitan memang dah mengapit anak2 kita sejak kecil suh ikut ajaran dia]



Doa memakai pakaian semua ada dalam buku doa2 harian sila rujuk yer..

"Allahumma'inna...."



Juga doa menanggalkan pakaian

"Bismillahillazi...."


Dan juga saya selitkan doa masa melihat cermin;
"Allahummanta...."

Jumaat, Disember 19, 2008

Adab basuh pakaian

Assalamualaikum w.b.t


Adab makan dah...masak dah..skang kita bebel lak pasal adab basuh baju [pakaian]..wah cam bagus jer..cam lecturer lak rasanya....takper, benda baik kita sama2 ikut, kalau tak betul anytime tegurlah saya, k...



Basuh pakaian pun sama gaklah kalau hari2 buat tapi tak ikit sunah maka takdelah jadik ibdat..wah senang jerkan nak dapat pahala, ni semua senang2 jerni memang hari2 buat ni...jom2 pakat2 kita kumpul pahala bebanyak..cover dosa yang melambak2 tu....



Nak membasuh cam biasalah, kena mulakan dengan Bismillah...., dan yang utamanya kena basuh dulu pakaian yang ada najis atau kotoran yang melekat pada pakaian, bukan basuh dalam mangkuk secara rendaman yer..ni kena basuh lalukan pada air yang mengalir gitu..baru bersih...



Dah siap buang najis dan kotoran barulah pakaian direndam, dan jangan sesekali campurkan pakaian baby kecik2 dengan pakaian orang dewasa sebab baju baby2 ni banyak najis2nya...lagipun diorang tak abwak solat pakainnya tuh, yg dewasa ni kena bersih dan suci sebab nak bawa ke solat...



Selepas direndam basuhlah cam biasa dan hendaklah dibilas dengan air yang mengalir dan bilasan yang terakhir bilsalah sambil berselawat.




Kalau boleh basuh tangan lagi bagus, dapat banyak pahala, sebab katanya tiap-tiap titisan air yang menitis dari pakaian yang dibasuh yang dijemur dibawah sinar matahari Allah akan ampunkan dosa....wah lagi banyak basuhan lagi banyak titisan tu...tapi kalau basuh machine siap spin lagi, takdelah titisannya, yer dak? Ntahlah..harap Allah bagi ganjaran jugaklah setiap air yang mengalir dari nose mesin tu..eh ker mesin yg dapat pahala ni??? wah keliru gitu...



P/s : pendek jer...tapi boleh amalkan...besar pahalanya kalau baju yg kita dah basuh bersih suami pakai untuk menutup auratnya dan bawa ke masjid untuk bersolat..banyak pahala isteri2 tu...jangan dia pakai bawak tempat bukan2 sudah...

Trimmer pusaka

Asslamualaikum w.b.t



Trimmer ni lama dah usia dia, saya pun tak tanya pak haji tahun bila dia beli. tapi yang saya dimaklumkan trimmer ni turun temurun, bukan turun temurun dari nenek moyang yer, tapi turun temurun dari isteri pertama pak haji kemudian di bagi kepada kak aza, isteri keduanya dan lepas kak aza dan tidak menggunakannya setelah semua kawasan depan di tiles maka barulah saya pulak layak mempusakai trimmer ni.



Sekurang-kurangnya kan kalau pak haji dah takde adalah kenangan trimmer ni sebagai barang turun temurun dari isteri2 nya yang tiga itu..kotler besok2 mana tau ada jodoh dia kahwin lagi [bukan boleh jamin jodoh kan ditangan Allah] bolehler saya pusakakan trimmer ...wah statement..yerlah ni jerlah pun 3 benda yang tiga2 bini dia dapat rasakan khidmatnya...wahhh....





Ya..inilah trimmer pusaka itu....sekian lama berjasa kepada bini2 pak haji...ntah tau ntah tidak ex wife dia yang trimmer ni dah jadik milik saya sekarang! wah cam berharga sangat lak trimmer ni...





Agak lama jugak tali trimmer ni kehabisan [pendek sebenarnya] sebab rumput rumah saya ni berselangselikan lalang dan rumput yg ganas menyebabkan talinya cepat putus..sebab pak hj kata, nilah baru kali kedua diganti talinya....wah hebat itu menunjukkan betapa rajinnya saya memotong rumput...segulung tali ni berharga RM15.00m jauh lebih murah dari upah potong rumput iaitu RM 50.00, saya telah selamatkan duit saya sebanyak RM 35.00....




Bagaimanpun, memasang dan memusingkan tali ni pada trimmer tidaklah semudah memeoting rumput, berbelit2 dan keras sungguh, akhirnya berjaya jugak jasil anak gadis yang diarahkan menarik dan memegang tali ni kuat2...giigih pasang tali ni lepas balik dari beli tali ni...







Okay..dah siap..trimmer pusaka ini sudah bersiap sedia untuk berkhidmat...yeyyy....tapi tunggu ahad baru boleh potong....sebab hari gelaplah..kang hujan tergendala plak...lagipun dia pakai elektrik, dia punya suis utk kontrol on/off pada trimmer ni dah biol [rosak ditangan saya plak tu], jenuh tiap kali nak berhenti rehat kejap kena jerit kat hani dalam umah suh off suis kat dalam rumah....very sentimental value tau trimmer ni...




Tapi selepas potong adalah sakit pinggang dan badan adalah bergegar seketika...terikut2 gegaran trimmer ni....dulu masa duduk banglo kerajaan negeri tanah teramat luas macam padang bola dan pada zaman tu saya takde komitmen kewangan [hutang] siap beli cash mesin rumput yang besar dengan enjin...relax jer tolak, sekali potong besar plak tu kawasan potongan dia serta potongan yang kemas dan sekata...tapi sayangnya mesin rumput tu dicuri orang [disyaki drug addict] sebab masa tu penat lupa nak tolak masuk stor lepas mesin...jadiki kenangan jer, zaman ni nak beli mesin tu dengan laman sekangkang kera adalah sangat membazir...lagipun trimmer pusaka ni masih boleh berkhidmat..dan sesuai jugak untuk wanita....





Tengok...banyak pun lebih lagi tali ni...bertahun pakai tak habis ni....apalah yg upah mesin rumput diaorang ambik mahal2....cekik darah betullah...





Adab masak

Assalamualaikum w.b.t



Alaaaah kalau dah nama perempuan, mesti nak masak kan, walaupun takat masak air atau masak maggi atau masak nasik. Tetap namanya masak....tapi kalau masak sesajer jer..tanpa ikut adab takdelah maknanya!




Meh kita jadikan aktiviti masak hari2 kita tu sebagai ibadat yang mana Allah bagi ganjaran pahala yang besar...[ni kalah ganjaran2 kalau top up kredit ker, redeem voucher ker, collect point stesyen minyak ker...] ni ganjaran ni buat mesti dapat..takde sapa2 yg bertuah jer dapat..sapa buat Allah bagi cash ganjaran dia....



Adabnya seeloknya kita bila nak masak ni biarlah dalam keadaan kita ada wudhu'...maksudnya dalam keadaan yang bersih, dan sebaik-baiknya tutuplah kepala....hah yang ni dah lama chef2 terkemuka ker yang amatur ker semua amalkan..semua pakai topi chef tu kan...waaah pandai diorang ikut sunnah yer....




Pastu nak masuk dapur pun ada doa dia....nak tulis jawi tak taulah nak import dari mana...so maknanya jer saya kasik yer...kira kalau nak start masak tu, lafaz atau niatkan doa ni pun kira bolehlah sebab Allah tu kan maha mendengar....



"Ya Allah ya tuhan kami, berikanlah kami rahmat yang besar di sisi Mu dan persiapkanlah petunjuk untuk kami terhadap urusan kami"



Selain dari tu, masa nak masak nasi , nak ambil beras tu pun ada doa nya..tapi yg ni doanya saya tak tau maknanya kena cari yg pandai2 arab ni...dalam catitan saya maknanya saya ketinggalan untuk dituliskan....




Begitu juga masa buka periuk dan masak, pun ada doanya...kalau saya translate dalam tulisan rumi saya takut makhrajnya lari...yg ni mungkin boleh cari dalam buku2 doa masnun [harian] saya rasa ada....




Dan masa masak tu iaitu masa kacau2 masakan tu, pastikan kita mengacau dari kanan ke kiri, ikut pusingan tawaf di kaaba...




Masa memotong sayur dan ikan pun kena ada doanya...dan pesan saya apa-apa baik buah atau makanan lain sebelum potong tu adabnya basuh dulu....lepas dah potong baru basuh sekali lagi...



Ada banyak doa2 ni, masa nak cucuh api ke dapur pun ada doanya...masa nak letak periuk pun ada doanya..masa nak simpan beras pun ada doanya..semua doa2 tu ada dalam catatan saya ni...cuma takleh nak tulis jawi...kalau ada cara tulis jawi [nanti tanya pak hj] nanti saya tambah baik entry ni engan doa sekali...




Dan masa masak tu, kalau nak sedapkan makanan [kena ingat bukan kita atau bahan2 yang bagi sedap makanan tu] tapi Allah s.w.t yang bagi sedap....yakin kena betul tu....maka kenalah kita istigfar 3 kali dan selawat 3 kali...elok jugak baca sambil2 kacau tu zikir laisalaha mindunillah hi kasyifah...




P/s : entry ni memang ringkas jer dan agak kurang info tapi masih ada sedikit2 ilmu yang boleh diikut...sebab islam ni kaya dan detail, dan doalah walau anda berada dimana dan dalam keadaan apapun, nescaya Allah itu mendengar, maka dalam memasak pun kenalah kita banyak berdoa...moga2 makanan yang kita masak dan bagi ahli keluarga makan tu bukan semata-mata nak mengenyangkan mereka tetapi juga mendatangkan tenaga utk mereka terus beribadat pada Allah...amiinn

Khamis, Disember 18, 2008

Adab makan

Assalamualaikum w.b.t

Macam sunnah lain, tiap sesuatu yang kita buat jika ikut adab2nya iaitu cara yang ditunjukkan rasulullah s.a.w maka perkara tu jadik ibadat dan diberi ganjaran pahala oleh Allah...

Makan pun kalau ikut sunnah akan memberi berkat kepada kita...orang islam [muslim] ni dikatakan makan dengan satu nafsu sahaja iaitu nafsu LAPAR [nafsu semulajadilah tu...] tapi kan orang2 kafir dikatakan makan sebab 7 nafsu...;

1. Nafsu lapar
2. Nafsu mulut
3. Nafsu mata
4. Nafsu telinga
5. Nafsu hidung
6. Nafsu haloba
7. Nafsu semulajadi

Kalau ikut sunnah kena makan sesudah lapar dan berhenti apabila kenyang.....bukannya makan sesuka hati jer, dahtu berhenti lepas dah mengah dan sentak perut..sampai sushler nak solat sebab perut dah tegang sangat...heheheheheeee : :)))

Okay...ni adab makannya...

Sebelum makan tu, hendaklah kumur mulut atau basuh tangan 3 kali hingga ke pergelangan tangan sambil berselawat...sebab kelebihan kumur mulut ni...insyaallah kita akan dapat ucap kalimah syahadah katika sakaratul maut nanti...

Dan kelebihan basuh tangan pula insyaallah dapat jelaskan hutang kita sebelum kita meninggal dunia...msa basuh tangan tu pun ada doanya...

Lepas tu, nak makan kene bentang saprah, sunnah makan guna saprah ni, kelebihannya Allah akan jauhkan kita dari kepapaan...insyaallah...[ada juga doa bentang saprah ni]

Kemudian pastikan kita yang tunggu makanan, bukan makanan dah terhidang orang takde, makanan plak tunggu kita...bila makanan dah sampai teruslah baca doa "allahummabariklana..."[yg selalu dikatakan doa makan tu]

Bila kita tengok makanan banyak dan berbagai jenis baca doa lain yer..."masyaallahlahaulawala qu wata'illah......"

Dan sunnah untuk kita makan buah2 dulu, baru makan main dish sebab Rasullullah makan buah dulu dan bacaan makan buah ni starting sama dengan doa makan tu, pendek hujung jer lain.."allahumma bariklana fi samarinaaa'

kalau makan tu makanlah secara berjemaah sebab kalau makan sorang ni seolah-olaj kita makan dengan syaitan, dan jangan makan semasa makanan panas tunggulah sejuk sebab Rasulullah akan tunggu makanan dah sejuk baru dia makan...

[amalan saidina ali pulak sebelum makan dia cecah jari manis dengan garam dan letak atas lelangit dan aktanya boleh elak 70 jenis penyakit]

Pada permulaan makan tu gunakanlah 3 jari sahaja, ni untuk ambil berkat Rasulullah...yang makan dengan 3 jari [sebab rasullullah makan roti] kalau nak ikt sunnah betul2 elok makan roti macam nabi...

kalau lupa baca doa, ada doa dia, taukan? "Bismillah hi awwaluhu wa akhiruhu..." dengan nama Allah dari mula hingga akhir' <--yg ni kepakaran hani...tak kisahlah makan ke apa ker, kalau lupa doa yg ni.... Masa makan tu kan, jangan bercakap hal dunia semata-mata, sebab ini amalan orang2 yahudi, jadik masa makan tu pun kena banyakkan dakwah dan cakap hal2 agama dan zikir puji2 nikmat Allah bagi rezeki...



Dan berhentilah makan sebelum terasa kenyang, dan jangan tinggalkan makanan bersepah-sepah dan kalau ada makanan yang jatuh, silalah kutip sisa2 makanan tu sebab katanya ia boleh menghilangkan rasa riak dan takabbur pada diri sendiri..mungkin juga makanan yang jatuh tu ialah berkat yg kita tidak tau, dan kalau tak kutip ia akan jadi makanan syaitan....


Ada lagi kelebihan kutip makanan yang jatuh2 ni...katanya jika ibu-ibuia akan dapat anak yang soleh dan jika suami yg kutip2 ia sebagai mas kahwin bidadari syurga.... rasulullah pun ada bersabda; "barangsiapa yang memakan apa yang jatuh dari hidangan nescaya hidup ia dalam kelapangan dan disembuhkan anaknya dari penyakit" Kalau boleh makan bersama anak-anak sebab jika kita makan makanan yang anak2 kita tinggal maka kita tidak akan dihisab tentang makanan kita pada hari itu....saa jugak halnya dengan makanan lebih yang ditinggalkan tetamu...


Lepas dah makan, jilat jarinya tu...jilat dari jari tengah [hantu] bawa ke jari telunjuk dan ibu, kemudian jari manis dan anak ...sunnah jilat jari ni...tu yg KFC pun guna tema 'sehingga menjilat jari'...dia ikut sunnah lah tu...org putih mana ada makan pakai tangankan? Dan satu lagi, masa makan tu, tulang-tulang ikan atau ayam, lembu ker asingkan dalam satu bekas lain, sebab tulang2 tu semua makanan jin, jangan letak tepi pinggan kita....


Dan kalau ada dalam group kita tu masih belum sudah makan dan kita dah kenyang dan siap makan , jangan pulak kita bangun, ikram kawan kita tu...kalau dah tak boleh kena bangun jugak..mintalah izin secara sopan... Oh yer....masa nak tdo, cek semua makanan samaada teah bertutup atau tidak, pastikan bekas2 air dan makanan tertutup supaya tidak dikencing syaitan....

Didera memasak cake

Asslamualaikum w.b.t



Semalam tengahari sebelum ke rumah kak aza, hani menuntut janji nak ajar dia buat cake coklat. ALah yang segera tu...asalnya malas nak buat, tapi sebab anak gadis dah offer diri dan tergedi2 sangat nak buat, hah ko kena dera buat betul2...sajer kasi dia pengalaman...



Wah mula2 sekali suh dia baca bahan, memang dah siap tulis kat kertas kuning tu...suh dia kumpul kan semua bahan2 yang perlu ikut susunan...siap bentang kertas surat khabar lagi tu...mak eh mengadap pc...siapkan entry yg nak buat auto publish tu...senang kan kalau anak dah besar2 boleh masak ni [perasan sungguhlah] walhal anak baruler 5 tahun....kes dera nih!



Tambah2 sejak pc kat dapur ni sambil2 masak sambil2 wat entry..bila kena tegur ngan pak hj apasal pc on tengah masak..cepat jer saya jawab..."alaaaah bang ibu moden sekarang, time masak boleh ajer online...cewwah...mana tau nak tengok resepi ker..senang..."






Yang paling dia happy sebab da[at pecahkan telur 3 bijik, wah bangga sekali kerna berjaya pecahkan 3 biji tuh...walhal lepas tu saya buat 'quality control' tengok bersepah kulit telur kecik2 dalam mangkuk...geram jer...





Gigih mengacau adunan...walhal tak larat tangan dia tuh..dah berat, tapi taknak mengalah tu tak kasi ammie bantu...


Muka adalah happy kerana cita-cita nak buat cake tercapai tanpa gangguan...ammie hanya ganggu untuk ambil gambar dan monitor dari meja makan jer...[merangkap meja komputer]





Wahh tiba2 dah siap...tapi sepanjang kukus 45 minit ni ntah berapa kali merengek suh angkat dan tak sabar2 nak tengok jam, nak tunggu jarum panjang sampai pukul 8 sampai kena marah ngan ammie lah...takkan tak cukup 45 minit nak angkat..tak masak lagilah....




Yeyyy...ini hasilnya selepas ammie buat toping dan dah belah baru ingat ambik gambar, kuih ni nak bawak ke rumah kak aza...menyesal lak toping...sebab keceh nak potong2...ha'ahlah lupa lak nak masuk peti ais bekukan sikit...patutpun payah nau nak keras topingnya...cessssssssss...


Siri2 adab mengikut sunnah

Assalamualaikum w.b.t


Disebabkan saya takde 3 hari, saya pun terikut2 juga trend blogger hari ni yang pakai auto publish tu..tapi taknaklah sama jer dengan orang lain,kan..balik2 papar muka sendiri..apa dia buat hari tu..eiii cam takde modal plak! heheheee [mengutuk org awak pun sama!!!]


So, sempena saya takde ni, saya titipkan siri2 adab yang mengikut sunah yang saya taulah...nak kata saya ikut semua tu idakler mampu lagi, tapi saya cuba dan terus cuba, benda kalau kita amalkan secara berterusan 21 hari maka ia akan menjadi amalan harian yang mudah kita ikut untuk tempoh2 seterusnya..yer tak?


So marilah sama-sama cuba ikut sunnah dan adab yang memang dah jelas ada dalam hadis dan ikut cara hidup rasulullah...bukan niat saya nak kata saya baik dan ikut sunah [ampun maaf diminta yer kalau ada yang salah anggap] tapi saya sukalah nak share moga2 kalau ada sebesar hama dari yg tertulis ni memberi manfaat pada pembacanya, adalah juga kot ganjaran pahala untuk yang menyampaikannya...harap2 adalah yg ingat dan buat sesikit pun jadikler... moh2 ikut sunnah...


Siri yang pertama ni saya akan senaraikan adab2 yang akan saya tuliskan kat bawah ni... alaaahhh benda buat hari2 pun...bukan benda baru cuma kena ubah suai sikit utk to up pahala, mana tau dengan amal sikit ikut sunnah ni dapat tampung kotler nanti berat amal baik kita terkurang sikit yg halang kita masuk syurga nanti...amal2 ginilah yg boleh top up kasi timbang berat sikit ...

1. Adab masak
2. Adab makan
3. Adab Minum
4. Adab Tidur
5. Adab masuk tandas
6. Adab membasuh pakaian
7. Adab berpakaian
8. adab bersugi
9. Adab berhadapan dengan suami [ni panjang bebenor, ntah rajin ntah idak..tengokler..]
10.Adab berdoa
11.Adab ketika berzikir



Ni adab2 yang saya belajar masa keluar masturat tu, tapi saya pun insan yang lemah, masih belajar...nama jer tau tapi idakler dapat ikut seratus peratus...namun saya tau adab2 ni semua penting sebab sesapa yang ikut sunnah ni dijanjikan Allah mendapat kejayaan [kejayaan sini merujuk masuk syurga bukan berjaya dalam kerjaya atau jadi kaya ker...heheheh].


Macam Rasulullah dan sahabat yang dijamin syurga Allah...sapa yang taknak masuk syurga, angkat tangan??? semua nak,kan..maka ikutlah adab2 ni yer puan2...sesambil buat tu semua- semua tu leh dapat pahala sebab kalau ikut sunnah semua tu dikira sebagai ibadat...kalau tak ikt sunah ni makanya takdelah beza kita dengan orang kafir dan musyrik...sama jerlah satu saf dengan diorang....hohoho~

Rabu, Disember 17, 2008

Macam robot

Assalamualaikum w.b.t

Naluri wanita

Assalamualaikum w.b.t



Ohh rupanya kalau kita duduk rumah automatik kerajinan ke dapur tu akan timbul yer. Sangka saya, saya ni sejak azali memang dah malas ke dapur. Kalau hari bekerjalah masyaallah tempat yang saya paling elakkan kaki melangkah adalah ke dapur...tu cerita masa bekerjalah tuu...




Kalau bolehlah masa tu sebijik pinggan pun saya malas nak basuh dan saya nak tengok sinki tu kering kontang. Ada satu ketika tu, saya dan Hani siap beli pinggang dan cawan kertas lepas pakai buang jer..kes malas nak basuh-membasuhlah ni...melampau betul! Masa kerja dulu, bil air saya semedang minimum jer tau, tak pernah lebih RM 5.00. yerlah penggunaan setakat mandi dan basuh baju seminggu dua kali...bab2 air memang jimatlah...eh tapi cuti ni pun naik seringgit jer pun, bil takat RM 6.00..heheheh sikit jer...



Tapi sejak jadik 'part time' surirumah tangga sepenuh masa ni, ke dapur ajerlah kerjanya. Pagi2 dah ke dapur, buat sarapan, pastu dah berkesah nak masak makan tengahari, Hani pulak memang citarasa orang kampung, mesti nak makan nasi hari2..merasalah saya kena masak hari2, pandai boikot taknak makan luar...jenuh ajak dia makan 'nasi ayam kak Lina' depan rumah..takmo mek tu...gamaknya makan nasi dengan ikan goreng pun takper...



Mentaliti saya pun sekarang hari2 dok fikir lauk apa jer nak masak...huissshhh.. senang hati jer kalau dalam tupperware dalam freezer tu stok lauk basah cukup, kalau boleh nak jer sepanjang masa ada ikan, udang, sotong, ayam..senang nak fikir menu apa nak masak dan makan...




Masa kerja dulu takde harapanlah...mesti peti ais penuh makanan segera jer...punyalah malas..kan kerja dulu asyiklah balik malam...macamlah sibuk sangat...masa tu selalu jer buang lauk2 yang dah lebih sebulan dalam peti...yerlah dah tak larat nak masak, dah lama sangat kira takut tercemarlah pulak...



Waaahhh..melalut gitu. Yerlah dah tak kerja sekarang entry ala-ala surirumah jerlah...pak haji pun sekarang pandai buat permintaan nak makan itu ini. Semalam, masa nak keluar lagi dia dah suh saya beli ikan pari, teringin nak makan asam pedas ikan pari katanya. Okaylah mujur minta asam pedas jer kalau minta yang hebat2 merasalah carik dalam internet lah jawabnya... takat asam pedas pejam mata pun boleh buat...





Ikan pari asam pedas dengan terung bulat menunggu untuk dijamah, mendapat pujian dari pak haji..sedap katanya....hani pun suka gak...sebenarnya saya jaraaaaang sangat makan ikan pari ni, pendekata tak pernah saya masak asam pedas ikan pari, sebelum2 ni ikan pari kalau beli saya bakar jer cicah air asam potong2 cili dan bawang tu...sebab mak saya tak boleh makan ikan pari..jadi muntah2 dan pening so memang tak dibiasakan makan ikan pari, sejak kahwin dengan pak haji ni baruler selalu makan ikan pari...






Dan ini.... punyalah jarang berbelanja dapur agaknya kot..hari ni baruler saya ternampak jus mangga sun quick ni, sedap gak ni buat minum semasa makan tengahari... tapi takdelah sama dengan mangga kecik2 kat depan rumah yang saya blender...yang tu memang sedap bangat!




Jadik saya sebenarnya takdelah kagum sangat kalau surirumah2 ni rajin memasak dan macam2 fotopages resepi masak yang diorang bukak...hah agaknya kalau yg bekerja ni dok umah..memangler takde kerja lain memasak jerlah kerjanya kita orang perempuan ni, nak2nya yg anak berderet tengah membesar tu....tulah betul orang tua2 cakap perempuan belajar tinggi manapun ke dapur jugak tempatnya, sebab memang dah naluri perempuan suka ke dapur kalau tak ke tempat lain agaknya...tapi kalau yang bekerja tu rajin memasak memanglah kagum saya...macam Pnut..Maklang...kak sya...memang hebat mereka ni....




P/s : Program rumah madu saya jam 6 baru mula, jam 5.30 tu saya bertolakler....sampai awal nanti banyak cerita-ceriti pulak dengan maduku ituuu...tak sabar jugak nak tengok sofiyyah...mesti lagi tembam...hari tu sebelum lahir saya ada belikan 3 helai baju, masa pantang bagi dua plastik nesar baju2 hani, lepas pantang pun geram sangat tengok baju baby saya belikan lagi...kirim kat pak haji....tu yang nak tengok tu...mesti bangga tengok dia pakai baju2 saya beli tu....mak tiri yang baik gituuuu....

Adab ketika zikir

Assalamualaikum w.b.t

Adab berhadapan dengan suami

Assalamualaikum w.b.t

Adab bersugi

Assalamualaikum w.b.t

Mari menuju kebenaran...

Assalamualaikum w.b.t

Hari ni saya berpergian sehingga hari sabtu. Pergi mencari ilmu. Bukan jauh pun. Hanya pergi rumah madu jer. Tidur sana 3 malam. Arahan pak haji. Dia takdelah paksa tapi dia ada kata, dah besar dah..takyah cakap banyak kali, kalau nak jadik baik, ikutler...



Sebagai isteri yang berhasrat buat suami suka dan sayang kita, maka saya merelakanlah diri ke sana. hani memang dah tergedi2 dah nak ke rumah ummi...dia memang suka ke sana apatah lagi bila tau ammie pun akan tido sana...



Dan dalam tempoh 3 hari ni merasalah duduk dalam jemaah, dengar bayan, buat taklim dan lain2 yang seangkatan. Dah masuk 3 tahun saya tak keluar masturat ni...sejak hj stroke. Hanya kak aza yang keluar...



Lagipun saya anggap saya tak dipilih oleh Allah, telekan malaikat mungkin mendapati amal dan iman saya masih lemah...yerlah bukan semua terpilih berada dalam suasana iman dan amal. Berjuta umat dipilih berada di pusat mebeli belah, bercanda di pantai2, berhibur di kelab2, berasmaradana baiks ecara halal ataupun haram....tapi syukurlah kita masih Allah pilih berada dalam suasana yang terkawal, dalam dunia kerja [sebagai ibadah juga], dalam mencari ilmu...bayangkan kalau dalam suasana yang bukan2 tiba2 Allah tarik nyawa kita...nauzubillah...




Saya ni jauh dari sempurna, malah banyak dosa-doa yang bisa menjerumuskan saya ke dalam neraka, kalau tidak bertaubat dan insaf mula sekarang, tak taulah nanti2 sempat atau tidak...entah2 esok nyawa yang sementara itu diambil kembali..mana kita tau?



Yang pasti mati tu pasti, kalau tak esok mungkin lusa, ataupun bulan depan, tahun depan, masa umur 40, ataupun Allah nak uji kita sakit teruk2 dulu, nazak banyak2 kali pasti baru diambil nyawa...sapalah kita, semua tu hanya Allah yang tau...kalaulah kita tau tarikh kita mati pun..lagi tak keruan kita nak buat persediaan...




Saya tertarik baca masing2 cuba buat back up blog...sebagai persediaan, sebab dah tau yang anytime blogger mungkin delete blog kita...semua pakat2 buat back up...tapi dalam al quran dah ternyata mati itu pasti, ada balasan syurga dan neraka, adakah kita pakat2 cepat2 back up amalan kita kasi sentiasa selamat dan buat yg terbaik demi syurga Allah?




Ramai juga masing2 kumpul voucher pusat membeli-belah...kemudian redeem tukar barang..untung katanya sebab tak payah bayar, dan dapat barang kita suka..cecepat tukar kan sebelum expired...semua nak untungkan?




Sedangkan sebenarnya itu hanya untung sedikit sahaja, kita sanggup bersusah payah untuk dapatkan, collect utk kumpul point, sedangkan amalan yang dijanjikan syurga yang tak terbayang dek mata keindahan dan kenikmatannya yang tertulis dalam Al quran kita anggap seperti biasa ajer...cuba kalau masuk sesuatu peraduan, hadiahnya melawat ke Paris atau Venice dan dapat baucer tunai, sesiapapun ada peluang menang, semua yang jawab betul, dapat melancong ...


Waaah pasti berusaha sungguh2 kita nak menang...tapi syurga ni memang Allah dah janji untuk bagi syurga pada kita, dengan mengorbankan jiwa, harta dan nyawa untuk jalan Allah [memanag tu semua milik allah yg dipinjam sementara kat kita jer]... tapi kita takde pun berebut2 nak korban...selamber jer..[ingatan untuk saya sebenarnya ni]




Saya ni emosi sikit ni...saja kena belajar cakap2 iman supaya Allah datangkan hidayah dalam diri, bukan nak kata kita dah cukup baik baru boleh cakap nasihat2 orang...ntah bila nak tunggu kita sempurna baru boleh dakwah orang...tak semestinya yer tak? Bagi kita yang ada medium blog, masih boleh berdakwah..w.pun sekadar cakap2 iman jer...



Maka kalau Allah tanya di padang mahsyar nanti apa usaha kita buat, ada tak dakwah orang bolehler jawab.. "ya allah saya hanya mampu sampaikan dakwah dalam blog jer Ya Allah..ampun kan saya, saya lemah ya allah..." takdelah melopong jer nanti...mana tau usaha yang ikhlas tu akan dapat penilaian Allah...kalau datang setitik sebesar hama pun kesedaran daripada sesiapa yang baca entry saya ni pun memadailah..kan....amiin...

Selasa, Disember 16, 2008

Keladi goreng

Assalamualaikum w.b.t

Masa ke Hutan Lipur Ulu Bendul hari tu, saya ada beli keladi goreng campur dengan sukun dan nugget goreng, mula2 beli sekeping tapi alahai kecik sangat keladi tu ntah berapa diameter agaknya [hujung keladi jer kot] dengan harga Rm 0.40 sekeping. Tak berbaloi sungguh...tapi lepas makan dua keping yang kecik bangat tu simpan hasrat dalam hati nak goreng sendiri ajer...



Kebetulan hari ni pak haji ajak keluar ke bandar, adalah beberapa urusan penting, balik tu singgah ke pasar basah, nampaklah keladi, so belilah seketul [tak perasan harganya, malas nak cek resit], balik dari kedai tu dekat2 zohor saya dah rendam beras dah...dah siap2 kupas dan belah keladi tu, dengan cadangan nak buat minum petang...maklumlah suami ada [benarnya sendiri nak makan...hoho~]




Dua benda yang dah di stand by awal2...beras yang telah direndah lebih 3 jam, dan keladi yang siap dipotong...




Beras yang siap dikisar dan dicampur sedikit tepung gandum dan kunyit kasi warna menyerlah sikit lepas digoreng....




Tapi lepas zohor pak haji tido lah pulak [yerlah ambik sunnah tido lepas zohor..heheee yerlah tuh!] , tak nak makan nasi dulu, sebelum asar barulah bangun tido dan terus nak makan nasi, ehhh bila pulak nak makan keladi gorengnya? Maka jawabnya terpaksalah tangguh menu ni.



Sebab masa makan nasik tu anak sana [xtau anak yg mana, dah banyak sangat anaknya?] dah called tanya bila ayah nak balik! tu yang payahnya...dahlah ayahnya macam tak keruan nak kena balik cecepat...kira lama lah tu kat rumah saya, iaitu dari jam 10 pagi semalam [isnin] sampailah jam 4.15 hari ni [selasa]



Takdelah sampai hajat nak minum petang sekeluarga menu keladi goreng ni...malam lepas maghrib baruler saya goreng dan makan sorang2, nak harap hani makan toksahlah..benda2 merepek [pada dialah] takkan nak dicubanya....tapi sibuklah tanya macamana buah ni, sapa yang buat, macamana pokok dia..kakak nak tengoklah rupa pokok dia yang sebenarlah...mujur ada internet sekarang kan browse jerlah nanti...tapi mek ni pandai komplen hal pokok padi tu dah tunjuk kat internet [blog luna dan beberapa laman web lain] pandai nak tengok depan mata sendiri...cisss kena jugaklah carik kg yg ada sawah padi....







Nak taknak terpaksa habiskan, ni pun baru sebelah jer keladi ni...kenyang yang amat dah...sedap makan panas cecah dengan gula jer...rangup jer kalau pakai beras ni...

Mati itu pasti

Assalamualaikum w.b.t





Masa azan asar semalam hani tertido, bangunnya lepas jam 6 pulak tu. Memang tidur lepas asar ni tak digalakkan, bangunnya mesti bad mood,kan? Yerlah lepas asar dan sebelum maghrib ni kan waktu syaitan berkeliaran.





Lepas ayah ke surau untuk maghrib saya terus suruh dia mandi, punyalah tarik muka empatblas, siap dengan ayat2 power lagi, sebagai respon permintaan saya suh mandi....pandai sekarang taknak mandi petang....minta dengas saya nak gosok gigi dan basuh kaki dan tukar baju jer...pastu siap komen...





"Ammie tu tak mandi pun"





"Ammie kan dah mandi sebelum zohor tadi" [lepas masak]




"kakak pun dah mandi tadi"





"eh..kakak kan mandi pagi tadi"





"tak boleh..kakak dah lari sana lari sini, kayuh basikal ke depan ke belakang, peluh dah masam..."






"Ammmie tu boleh tak mandi..kakak tak boleh ..bla bla bla....."






Hani ni petang nak suh mandi payahnya...semua benda dia buat sekarang nak bandingkan dengan ammie...apa yang ammie boleh buat dia pun nak buat, apa yang ammie taknak buat dia pun taknak buat. Betul2 ammie dijadikan contoh...





Kalau ammie marah dia suh tutup Tv mesti dia jidal [contoh] ammie tu boleh bukak komputer lama2 tu...





Semua benda nak buat secara berjemaah. mandi nak sama2, makan nak sama2, main nak sama2, mengaji nak sama2, membaca nak sama2...aduuuhhhh..kadang jawab gak dengan dia..."boleh tak buat hal memasing, kakak buat kerja kakak, ammie buat kerja ammie..."





Pandai lak jawab tu"ammie kenalah temankan kakak, kan kakak ni anak ammie, kakak kecik lagi, kenalah temankan kakak"...






Kalau nak makan ker, lepas makan ker, lepas sendawa ker, masuk/keluar toilet ker, sajer jer nak pekena kan saya, ayah pun sama gak, selalu kena sedas dua dengan dia...





Sajer jer tau dia tunggu jer kita nak menyuap nasik pertama, ataupun lepas makan...kalau terlambat sikit jer baca doa [kena kuat kasi dia dengar], mulalah dia jadik cikgu besar.."hah..ayah tak baca doa pun,kan...", "ambooiii ayah keluar toilet kakak tak dengar ayah baca doa pun?"....atau "hah..ammie tu dah sendawa tu kenapa tak cakap alhamdulillah?"






Yang kelakarnya sekarang ni dia selalu kena balik dengan ayah, "hah..kakak minum tangan kiri..eh.." kalau kena kat dia pandai cepat jawab, "kakak baru nak ampu dengan tangan kanan, ayah ni tak sabar2lah.."






Sekarang ni, baik naik kereta, keluar rumah, masuk toilet, kira semua doa2 yang dia dah tau tu, kita kena baca kuat2 depan dia [sajer perli dia], lepas tu siap cakap, "hah..bagus..kakak baru nak ingatkan ammie"...






Sayalah yang selalu terkena sebab masa saya lupa jer mesti dia ingat, masa dia lupa takdelah pulak saya kenakan dia balik...kira sama2 gelak jer...selalu dia cakap, "ammie ni selalu nak kakak ingat kan ajer...asyik lupajerlah..." "yerlah..ammie ni kan dah tua...baguslah kakak jadik reminder ammie..." siap jawab ..."nasib baik kakak ada nak ingatkan ammie..kalau tak..takde sapa nak ingatkan ammie..."




Penyudahnya semalam, dia pergi mandi tapi dengan membentak2 kaki dan dalam bilik air punyalah dia menangis sambil mandi...sampai towel pun lupa nak bawak...sampai sudah mandi masih lagi mengongoi2 nangis...mengalahkan budak kena dera..walhal suh mandi jer pun!




Saya dok perati jer dia...lagi perati lagi tunjukkan lagu menangis dia tu..bengang jer saya! Sambil dia nangis tu, saya boleh pergi ambil wudhu, pastu siap pakai baju tido dia sambung nangis kat depan [slow sikit] sampai saya sudah solat maghrib kira dia berhenti kejap, dok sebelah saya main2..pastu saya selesai solat, saya kata, dari dok main2 tu gi ambil wudhu' ..membentak2 kaki lagi tu...tapi masuk gak bilik air...



bebel2 lagi..."ammie ni asyik suh sembahyang, suh mandi..pastu suh sembahyang lagi..."....fuuuhhh...mencabar nak mendidik anak ni...kalau kak aza, anak ada dua...tak payah bebel2 sangat, sorang bangun ambik wudhu' yang sorang lagi ikut jerkk...hani pun kalau kat PD mudah sangat suh solat [ayah kata, takde masalah langsung!]



Amboi..saya jawab, kalau ammie suh bukak tv berlari gi bukak ek?...tak suruh pun minta izin buka...satu hari tengok tv pun tahan..suh sembahyang kejap pun bebel macam2 kat ammie yer???




Lepas kena bebel tu sambung lagi nangis...walhal dah siap pakai telekung dah..saya dah landing atas katil nak ngaji [saya suka ngaji atas katil..hehehe...selesa sikit utk pinggangku]




Wah babak nangis atas sejadah ni panjang sungguh..kejap kuat kejap perlahan, taktau apa yang disedihkan sangat suh mandi ker, suh sembahyang ker yang sedih sangat tu??? Ni penangan tido petang lah ni...sudahnya saya cakap selesaikan nangis dulu, pastu solat...duduk plak atas sejadah kuis2 'kunci' [mana dapat ntah] main2 tikar plak tapi nangis tetap nangis...




Penyudahnya tak mau berhenti...tambah2 menangis bila saya mabik video cakap nak tunjuk kat ayah...marahlah member...sudahnya ammie mengalah, pujuklah jugak, burn jer solat maghrib dia...sessi memujuk pul bermula...




Bawak2 golek2 atas katil, ambik gambar suka2..pastu gelak2...tunggu isyak...yerlah budak2 ni bukan boleh paksa, time suka dia ikut jer...tapi time nak mengamuk dia tak kira...yang saya pun kecik sangat lagi nak marah2..sabar jerlah...nak didik anak benda baik memang susah...cuba didik benda tak elok senang sangat...biar saya susah payah sekarang untuk didik hani jangan bila besar dia salahkan mak ayah tak cukup didik plak...saya taknak sejarah hidup saya berulang..makbapak dulu2 lainler sibuk carik rezeki hidup pun susah kais pagi makan pagi...




Masa pujuk2 hani tu kan kami dua2 dalam telekung, saya nampak seolah2 hani macam mayat selepas dikafankan [kan mayat pakai telekung..sambil baring]...imaginasi saya lah tu...berderau darah saya...sedih dan sayu tiba2 saya rasa...tak dapat saya bayangkan kalaulah hani didepan saya sebagai mayat yang terbaring kaku....sedehnya hanya allah yang tau....




Hani dibawah ketiak dan kepala di atas lengan saya...sedihkan kalau satu2nya anak kita mati? Tapi sedarlah anytime Allah boleh tarik nyawa anak kita bahkan kita dan suami pun..



Maka, nikmatilah saat2 gembira ini...dan didiklah anak2 ke jalan yang benar...biar susah payah kita tu Allah nilai dan bagi ganjaran yang setimpal...



Sessi nangis yang berpanjangan di atas sejadah....sampai ke sudah tak solat maghrib... [curik2 ambik video, kalau dia tau lagi nangis tuuu...malulah aksi nangis dirakamkan]

Lepas solat isyak kami cam biasa baca sirah nabi dan sahabat, hadis2 dan ayat2 Quran tentang fadhilat amal, iaitu fadhilat zikir, fadhilt solat, tentang ikhlas niat, tentang ikramul muslimin , tentang dakwah dll...kesedihan saya perihal kematian hani terbawa2 sampai sessi baca taklim ni, bila sampai bab sirah menceritakan betapa Fatimah r.anha malu bertemu ayahandanya untuk meminta seorang tebusan untuk dijadikan hamba...dan akhirnya rasulullah memberinya tasbih fatimah untuk diamalkan sebelum tidur dan nescaya kekuatan keesokannya melebihi tenaga seorang hamba...menitis air mata [satu sebab syahdu dengar sikecil hani yang baca, satu terbayang2 macamana susah payah hidup fatimah w.pun dialah anak kepada Rasul Allah]



Moga2 anak ini menjadi seperti Fatimah....satu doa dari seorang ibu...




p/s : semalam petang tengok mari bertarannum kat TV9, saya cakap kat hani yg tengah lalok baru bengun tido, ammie nak hantar kakak ke kelas ngaji biar kakak pandai ngaji camni, nak tak...dia boleh jawab camni, "ammie ni, semua nak suh kakak buat tau, kakak ni kan kecik lagi...mana boleh camtuh...hahahaha baru saya cam tersedar...sian anak aku...pressure jer..

Isnin, Disember 15, 2008

Menolak untuk bercuti!

Assalamualaikum w.b.t

Memang pening kepala duduk di rumah sepanjang masa. Dari habis belajar baik peringkat menengah atau IPT saya tak pernah duduk rumah berpanjangan. Ini kali pertama. Betul2 bercuti tanpa ada apa-apa komitmen.



Tak payah fikir pasal kerja, tak payah fikir pasal assignment. Duduk, makan tido, macam dalam novel Salina, A Samad Said gunakan istilah "Makan Tanggung berak cangkung"...cukup bulan terima gaji [hari rabu gaji,kan? yeyyy].



Masak, makan, tido, surfing, nonton astro, solat, mengaji, bergaduh, pastu ulang balik semua tu....mula2 seronok lah...enjoy sangat rasanya bercuti...selama ni berkerja lain benar situasinya, lepas tu belajar pulak. Tiba2 alamakkkk...lamaaaaaanyaaaa duduk kat umah.



Classmate pun dah called, tanya buat apa? Rasa macam makan gaji buta pun ada....tak buat kerja tapi dapat gaji....fuuuhhhh...memang bestlahkan...



Tapi sebenarnya lama2 jadik boring yang amat!!! Bosan, bosan dan pening sebenarnya. Balik2 masak, makan, mengadap pc, mengadap Tv, selain mengadap Allah dan mengadap Hani dan suami.



Bab-bab berjalan ke shopping compleks ni, memangler payah kaki saya nak melangkah ke sana melainkan perlu. Betul2 perlu. Makanya memerap jerlah....mujur jugak astro Discovery Channel, AXN, hallmark adalah jugak mengisi sikit2 masa lapang tu...dengan Oprah Winfrey...AFC..kira adalah makna sikit nonton tu...



kan hari tu saya cakap nak bercuti,kan? Tak jadiklah...bukan tak jadi sebab masalah luar, tapi masalah saya sendiri yang menolak untuk bercuti tu..biar pening duduk dalam rumah daripada pening lepas bercuti tu!




Sebabnya.....ntahlah takut saya memendam rasa dan hati terbuku...dan lepas balik cuti tu kotler jadik gaduh pulak....sebab cuti ni rupa2nya all sponsor by me! No way...biar tak pergi takper....nanti2 jadik gaduh pulak...bukan boleh caya sangat nafsu amarah saya ni...bila2 nak timbul nanti terlepas cakap susah plak...




Sebelum2 ni no hal memang cuti saya sponsor semua tapi sebab masa tu senario berbeza, dia sihat, giliran okay...dia selalu masak dan bantu saya...tapi kali ni...kali pertama nak cuti elepas stroke ni.... rasanya tak berapa berbaloi sangatlah...memang macam perkiraan ni terlalu subjektif dan nampak saya terlalu opportunist @ pesimis ker...tapi saya boleh rasa yg saya nanti akan rasa 'something bad'...baik awal2 cegah....dah gaduh nanti saya gak yang susah....



Maka, bercuti dalam rumah jerlah...takde gaduh2, takde pening kepala, takde lepas geram, takde pulang paku buah keras, dan takde sengketa....




P/s : kadang2 saya rasa kenapa saya pilih untuk tidak mahu bayar untuk harga sebuah kebahagiaan..tapi sungguh saya rasa saya akan menyesal kalau saya laburkan untuk cuti tapi ada dendam dalam hati...kalau minyak keter disponsor pun rasanya dah memadai....tapi sayangnya tidak...atas sikap saya Hani jadik mangsa...takperlah biar jerlah...nanti2 dia fahamlah...

Pujuk Hati Pt 2

Assalamualaikum w.b.t



Langkah longlai itu di atur...
Sungguh diwajah riaknya terpancar...
Riak sedih dan sayu...
Kerna
Aku tidak punya teman...
Teman untuk berkejaran..
dan berebutan...





Kurenung ke bawah...
Oh...aku masih ada seorang ibu...
yang setia menunggu...



Ya, walau sering tanpa ayah...
Aku punya ibu yang setia...
yuk..mari kita bergayutan...





Mari kita bergelungsuran...




mari ibu....
mari kita main sama....




takper...
ibu gembira melihat anak ibu gembira....



Cukuplah ciuman kasi sayang dari ibu...

Kesian anakku...
Letih bermain sendirian...





P/s : bagi seorang ibu kegembiraan terpancar diwajah anak, itu sudah memadai...yang lain2 biar ibu tangani.... lepas mandi-manda di ulu bendul, hani taknak balik nak ke taman di bahagian luar hutan lipur ni....oh yer jarak umah saya ke sini hanya 10 km jer....tapi yang buat agak jauh tu sebab pusing2 jalan Bukit Putus....lebih malang semalam masa pergi kena mengekor belakang lori plak.....macam2 dah ada di sini rupanya...nama jer dekat, rasanya adalah dua kali jer saya pernah pergi dulu, masa hani kecik lagi pergi sama kakak dia, Kak iza....

Pujuk hati Pt 1

Assalamualaikum w.b.t



Lepas je tau ayah ta balik hari ni, kami pun terus putuskan lepas zohor nak ke Hutan Lipur Ulu Bendul. Progaram semalamnya yang tertangguh. baju memang Hani dah kemas dalam beg sekolahnya. Lepas hani solat zohor kami pun bertolak, sebenarnya dah turun hujan dah masa tu. Saya cakap kat hani "takperlah, kita pergi jerlah, mana tau kat Ulu Bendul tak hujan?'






Ni hani kemas, saya epsan bawa paper, secoet jer paper dibawaknya. Cukuplah kami berdua jer, tapi orang sangat ramai, sebab hari minggu...patut kami pergi hari bekerja baru selesa sikit....








Mula2 duduk makan kuih jer. siap cakap "kita duduk tengok jerlah ammie...sejuklah.."







Mula- hani main kat tepi2 jer...malulah tu kononnya..lama2 habis lencun gak...



Saya...malas nak basah2. sebab ramai sangat orang, takde port yang takde orang, ni sebelah kiri kami...


Sebelah kanan pun ramai jugaklah....lepas ambik gambar ni lagilah ramaaaiii yang datang area sini....




Hani....lepas perut kenyang makan kuih..., teringin plak nak basuh2 kaki.....wah..lama-lama ada berani jalan2 ikut laluan atas batu pulak...





Lepas tu, baek punya landing atas batu...





Posing pulak....masa ni dah lencun dah...





Ok..peace.....syoklah..."nanti kita datang lagi tau ammie' tak balik lagi dha ajak datang. seronoklah tu....





  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP