Halaman

Ahad, Disember 21, 2008

Terima kasih Ya Allah

Assalamualaikum w.b.t


Terima kasih Ya Allah


Atas kurnia rasa ini


Yang selama ini entah mana hilangnya


Sekali lagi dapat kuteguk


Rasa malu dan rindu Pada Mu


Atas kelalaianku selama ini



Saya baru balik dari PD malam ini, insyaalllah esok akan ada sambungan untuk nusrah di sini pula...saya ingin war-warkan saya ingin jemput sesiapa yang mengenali dan berminat untuk ke blog saya yang 'agak peribadi' sikit sifatnya, di alamat www.duniabermadu.blogspot.com, sila berikan alamat anda di email saya hanisumayyah@hotmail.com. Blog ini akan dikekalkan juga sebagai medium bersuara dan berdakwah [insyaallah]...yang sedia ada dulu sudikah saya invite secara automatik?




Syukur sangat pada Allah dalam banyak ujian yang diberi dan pelbagai masalah yang melanda pada diri dalam tempoh terdekat ni, rahmat Allah tak pernah putus, dan saya tak pernah sangka dalam susah payah dan adakalanya sambil lewa mengadapNya, Dia tetap tak pernah putus memberi saya rasa malu dan syukur, yang saya masih dalam rahmatNya....




Keputusan periksa semester pertama dah keluar jumaat lalu, alhamdulillah walaupun tak dapat sempurna tapi saya amat bersyukur, dengan CGPA 3.83 maka saya tak perlulah risau dan bimbang kena mengulang ataupun memalukan jabatan....3 A, dan satu B+...kalau dapat semua A tu melampau pulak sebab rasanya semester ni masih banyak main2 dan leka dengan masalah r.tangga dan amal pun so-so ajer tu pun Allah yang Maha Pengasih Dan Penyayang tak lupa pada saya......TQ Allah.

10 ulasan:

  1. wa,

    kalau sudi, jemputlah ummi ye :)

    ummibatrisya@yahoo.com

    terima kasih :)

    BalasPadam
  2. saya jarang meninggal jejak, tapi tak pernah miss baca..
    sudi jemputlah
    tq

    BalasPadam
  3. Salam..

    memula sekali tahniah.. hmmm... 3.84 dah bagus tu.. mudah2an next semester akan jadi 4.0.. :-)

    hmmm.. blog baru.. kalau orang jemput.. kita suka nak memenuhi jemputan.. apa salahnya..

    BalasPadam
  4. salam...

    saya suka baca. banyak ilmu. jarang tinggal jejak. tahniah!

    BalasPadam
  5. salam lagi wa,

    3.84 tu satu aje x dapat A bulat ya. pandainya....!

    BalasPadam
  6. salam lagi wa,

    3.84 tu satu aje x dapat A bulat ya. pandainya....!

    BalasPadam
  7. Tahniah!Tahniah!Tahniah!

    Saya nak dijemput. Silalah menjemput saya, kalau tak keberatan. email

    gemarena70s@yahoo.com.my

    ~arena

    BalasPadam
  8. hehe..pandainya akak...mesti dpt Dean List nih :)

    BalasPadam

nak cakap? Cakap jer, saya tak kesah...