Assalamualaikum w.b.t
Jun ada dua hari penting. 2 Jun tarikh nikah saya dengan suami. dan 5 Jun pula tarikh lahir anakanda tercinta. Sangat bersyukur dia dah mencecah umur 6 tahun. Dan sangat bersyukur juga perkahwinan ini telah menjangkau 8 tahun.
Buat sayang ammie, Hani...ammie doa hani berjaya dunia dan akhirat yang utamanya....menjadi seorang hafizah pada usia muda dan insyaallah menjadi doktor sebagaimana yang dicita2kan...ammie bangga menjadi ibu kepada hani kerana walau bagaimanapun ammie membuat salah dan silap, dimata hani ammielah yang paling cantik, yang paling baik, sehingga semalam Hani cakap kat ammie...yang apapun kesalahan dan kesilapan ammie Hani tetap akan maafkan....
Dan semalam sebagai tanda dia semakin dewasa [rindunya memikirkan yang hari2 mandatang ini dia akan membesar dan saya akan kehilangan anak kecil ini....yang akan bertukar menjadi remaja]...dua batang gigi hadapan bahagian bawah telah dicabut kerana memberi laluan kepada gigi kekal yang telah tumbuh....dan ammie bangga anak ammie sanggup menghadapi sakit jumpa doktor untuk cabut gigi.....tapi nangis tetap nangis...sian dia...
Dan buat suami, nur pada wajahnya setiap kali dipandang membuatkan saya semakin jatuh hati....semoga iman dan amal terus dipertingkatkan....dan semakin pelik dari hari ke hari, setiap kali memandangnya, dengan lesung pipit kiri dan kanan....semakin manis wajahnya dimata hati saya...syukur saya diberi kesempatan merai hidup begini....dengan anak dan suami....
Insyaallah ada perkembangan sihat buat keluarga besar ini....nanti2 saya update lagi...
PAKAI TONGKAT DAH
3 minggu yang lalu