Sabtu, Mac 29, 2008

21 Rabiul awal

Ada cerita nak buat entry tapi bila on pc buka laman2 web yang saya add di favorites, mesti tersangkut lama kat situ. Akhirnya tak berbuat jugak entry baru. Tambah pulak sekarang Hani ada sama, berebut pc dengan dia sebab dia nak main games2girls.

Cerita baru.

Hari rabu ni genap 3 minggu ayah hani tak balik rumah, tak contact saya & Hani, pendek kata tak berhubung langsung. Saya tak terkejut tindakan dia, dah biasa, selagi saya tak mulakan inisiatif berbaik sampai kesudahlah akan terus begini.

Isunya saya sibuk dan saya malas nak semakkan otak fikir benda tak berkesudahan ni. Buat masa ni saya nak tumpukan pada Hani dan kehidupan kami berdua. Hal kerja pun saya dah pelan-pelan lepaskan pada 3 ketua unit bawah saya. Belajar percaya pada mereka dan tumpukan pada kehidupan 'baru' saya dan Hani.

Apa berlaku pada rumahtangga ni saya redha. Saya tak berani buat keputasan lagi buat masa ni. Biarlah dulu ia berlalu dengan masa. Berpisah atau tidak masih kabur. Saya kena berbincang serius dengan Hani dulu. Setakat ni saya nak tengok lepas sebulan ada tak apa-apa akan berlaku?

Ni perbualan saya dengan Hani pasal isu rumahtangga saya (95% sama dgn perbualan asal, ni yg saya ingatlah)

Saya : Kakak, ammie ni nak berbaik ker nak berpisah dengan ayah?
Kakak: Ammie berbaik jerlah...
Saya : Ayah nak ke balik sini?
Kakak : Ammie pujuklah ayah...
Saya : Ammie malaslah...
Kakak : takpun..biar kakak jer pujukkaqn, ammie nak tak?
Saya : Kakak nak cakap macamana dengan ayah?
Kakak: (....melakonkan perbualan konon2 bercakap telefon dgn ayah..."ayah kenapa ayah tak balik sini..ayah marah ammie eh?..baliklah ayah....hheheheee"

adalah banyak lagi perbualan kami dua beranak (kena tapis jugak sebab saya malas nak panjang cerita hal ni). Tapi percayalah apa yang saya nampak pada Hani dia langsung tak terkesan ayah dia takde...

Jangan samakan hani dengan anak2 lain. Dia takde pengalaman yg banyak ayah bawa jalan2, ayah bergurau senda, ayah belikan mainan atau apa2ke...Hani lain, segala-galanya saya, kalau kat rumah kak aza pulak, kak aza yang banyak uruskan dia. Kak Aza yang bawa dia ke hulu ke hilir. Ayah hantar sekolah dan ambil jer...

So..apa saya nak bagitau ialah 'ayah' pada hani adalah satu simbol sahaja...dari segi praktik hidup seharian tidak ada kebergantungan pada ayah...malah kerinduan pada ayah tidak diungkap, sekarang kalau tanya dia rindu ayah tak, jawapan dia sangat jelas..."kakak tak rindu langsung dengan ayah ammie...sikit pun tak" ntah jawapan yang jujur atau jawapan yang nak jaga hati saya tak tauler. Tapi saya pasti ayah dia tentu rindukan dia...itu saya tau...saya tanya hani sebab kalau jawapan dia rindu saya akan usaha bawak dia ke PD...

Ok...walaupun hj tak call saya tapi kak aza ada juga sms saya bertanya khabar Hani dan saya. Tak tau dia sendir yg sms atau hj yang suruh...saya malas nak fikirkan. Tiga malam lepas saya ada ke rumah kak aza mengambil baki2 baju hani yang masih tertinggal, terutama buku iqra' dua malas nak beli baru, dulu tertinggal rumah mak tos (babysitter lama) beli bari tertinggal lagi rumah kak aza...so ambik jerlah. Saya pergi dimalam yg saya pasti Hj takde....dan saya borak2 dgn kak aza citer pasal sekolah baru hani, langsung saya tak sebit pasal hj dan kak aza pun sama. Mungkin dia malas nak campur tgn hal rumahtangga saya atau dia suka hj tak balik rumah saya????...tak taulah, rasanya tak kot...

Cerita Hani

ok..ok....habis cerita hal itu...citer hal hani pulak. masuk minggu ni dah 2 minggu hani duduk semula dengan saya...minggu pertama hari tu, saya terpaksa cuti 3 hari + cuti sehari maulidur rasul. 3 hari tu saya guna untuk bermesra dengan anak dara tu, hari jumaat jer kerja. Saya juga recce tempat nak sekolahkan dia. Asalnya saya nak letak dia kat rumah pengawal di pejabat saya. Isteri dia anak seorang, setahun lebih, tak kerja, rumah ok, pengawal tu dan isteri dia pun ok...saya dah kenal, dia pun setuju. Hani pun dah setuju nak duduk rumah orang, syarat Hani senang jer, asalkan rumah tu 'jangan buruk', anak saya ni memang mudah...letak dimana saja, dia boleh 'hidup'.

Hari isnin mula cuti tu, dia buat permintaan nak ke rumah mak ros, dah lama dia sebut2 nak gi rumah mak ros, selama ni saya dial hp dia jer saya bagi cakap (sya tak ckp dgn mak ros, dia yg selalu borak2) untuk jaga hati dia, saya pun bawak lah. Pagi isnin tu lepas isi borang cuti dan jumpa pengarah (masa ni saya bawa hani ke pejabat), dia nampak laluan ke rumah mak ros, lagilah kuat tarikan dia nak ke rumah mak ros. Rupanya tarikan dia nak ke rumah mak ros tu macam dia tau2 sebab mak ros masuk hospital rupanya. Mak ros nak keluar dah petang tu, lepas tunggu 2 jam, mak ros tak keluar2 lagi, kami pun ronda2 shopping ke bandar.

Hari selasa, barulah saya pergi lagi rumah mak ros sebab pagi2 (dari malam sebenarnay) dia dah gesa2 saya nak ke rumah mak ros. Tengok2 bila sampai tu mak ros nak keluar ke rembau hantar anak ke asrama teknik rembau. Elok jer, dipelawa hani, hani pun menonong ikut masuk kereta. Beriya2 mak ros ajak. Saya pun benarkan ajer. So saya baliklah, senang saya nak buat kerja, janji saya akakn ambik petang. So saya pun ronda2 taman sekitar ampangan/paroi untuk cari TASKA. Adalah saya lalu satu dua taska, dalam hati saya memang saya dah set kan ada satu taska sebab saya pernah rekod stetment seorang engineer JKR dan dia ada citer hal anak dia sek tadika di MURNI, sangat ok hasilnya. Bukan main puji lagi dengan taska MURNI ni. So saya gagah jugak cari. Sebab dulu saya ada nampak banner di tepi jalan utk pendaftaran sekitar kawasan taman golf height.

Sekolah Hani

Pendek cerita saya cari dan jumpa, dan saya masuk dan tengok, dan temubual cikgu2 dia, masa tu budak2 ni baru bangun tido, ok jer cikgu2 dia...pendaftaran di premis lain, so saya gi recce tempat dia dan esoknya saya akan bawa Hani untuk minta persetujuan dia pulak.ok ker tak kan, nak jugak tanya anak dara tu? Malamnya baru saya pergi ambik hani, saya biar dia lama, hilangkan rindu dengan mak ros, oh ya...masa mak ros nampak hani tu menitis air mata dia terlalu rindu agaknya. Badan mak ros sangat kurus dan dia nampak sgt tak sihat. Masa ambik hani malam tu, dia mintak pulak nak tido rumah mak ros..haru2..tak hilang2 rindu dia...masa duk rumah mak ros memang masa2 bahagia dia...tak pernah ada masalah duduk sana...hati saya pun senang jer...kalau bukan sebab yg satu yg saya cerita dulu, mesti sampai sekarang Hani masih di sana....

Ok, hari rabu, pagi2 saya dah keluar bawa hani pergi tengok taska murni tu, masa ni kanak2 sedang belajar komputer. Hah...hal2 komputer ni memanglah hani sukakan? So dah boleh tau kan yg dia takkan bermasalah sekolah kat sini. So kenalkan hani dengan cikgu2 dan dia pun tengok budak2 lain happy jer...dia terus beri persetujuan utk sekolah situ...takde masalah langsung. Terus saya ke premis yg terletak pejabatnya. Sampai jer, adalah cikgu lain terangkan hal2 yuran, silibus dan lain2 hal.

Keseluruhannya oklah saya rasa sekolah tu, MURNI Childcare and development centre. ada banyak jugak (8 kot, cawangan dia sekitar seremban dan KL) Yuran pendaftaran RM 685. Banyak jugak tu, sebab tadika PASTI hari tu pun dah bayar,kan? tp tu ayah yg bayar, bulan2 kena bayar RM 330. Ok sangatlah sebab duduk dari jam 7 pagi sampai 6 petang. Yang lebih penting, sukatan belajar dia lengkap, ada mengaji (Qiraati), solat, doa, muzik, aritmetic mental, sunshine english, setiap bulan ada lawatan luar, hujung bulan ada sambutan hari jadi, ada macam2 lah tak ingat plak saya. yang jadi bonus pulak, cikgu sanggup jaga kalau ambik lambat (for sure kena bayar OT ikut per hour) dan lagi kalau tak ambik malam cikgu sanggup jugak jaga (RM30/per night), tak kisahlah bayarkan, daripada angkut Hani sana sini. Kalau saya bicara, maksudnya tak perlulah saya hantar dia ke PD atau balik kg dan dia tak payah cuti sekolah.

Kalau campur yuran dengan bayaran bulanan adalah seribu lebih kan, tapi yuran tu dia pecah kepada beberapa bulan, jadi 3 bulan pertama saya bayar RM510, lepas tu 2 bulan bayar RM 385, lepas tu baru bayar normal. Takdelah kita kena keluar duit sekaliguskan? bagus jugak cara dia takdelah terbeban sangat. Sehari dua kali mandi, kena bawak 2 pasang baju. Lain2 banyaklah lagi, tu yang hidup saya terisi dengan aktiviti bersama Hani. Hari2 ada jer kerja sekolah cikgu beri, almaklumlah dia dah tertinggal hampir 3 bulan, kena kejarlah silibus budak2 lain. Malam2 kena tido awal, menangis2 dia taknak buat kerja sekolah...kena marah dengn saya..kesian dia. Saya pulak kena siapkan bekal makanan dia, kadang2 nugget, wedges, kalau rajin buat nasi goreng (sikit jer dia makan pun) . kadang biskut packet kecik tiger/chipsmore saya bekalkan. Pakaian dari malam saya kena siapkan, pagi sibuk nak siapkan rambut dia (nak kena tocangkan) dia ni kan selalu moody dgn saya nak kena hati2. Jadik, masa saya sangat penuh dan sibuk dengan anak saya ni. Tu mujur sorang...

Pakaian pun nak kena beli jugak yang baru2 dan sopan2 sikitkan? So spend banyak jugak utk pakaian Hani serta kelengkapan baru kasi dia semangt nak sekolah,kan? Dia pun happy duk dengan ammie...kejap2 cakap.."ammie, bahagia kan kita duduk berdua jer, takde orangpun kacau kitakan?" ohhh bahagianyer kami berdua. Malam2 nak tido mulalah keluar macam2 cerita hal kawan2lah, hal cikgulah macam2. Ni semua benda yg saya tak rasa sebelum ni. Bahagia sangat masa hantar dia pagi2 ke sekolah, bangga pun ada. Yerlah terasa betapa anak dah besar, anak dah boleh bawa berbincang, dan dia pulak faham masalah saya dengan ayah dia....terasa betapa lengkapnya hidup saya.

Keputusan ambik Hani

Sebelum ni rasa macam kapal takde haluan jer...terumbang-ambing jer. rasa macam terbuang pun ada. Kalau jalan2 sorang kat pasar malam atau makan kat kedai sorang2, pandang org bawa anak, paling terasa sayu dan sedih. Sedih sebab sya takdapat share nak beli atau nak berborak2 dan dia plak duduk dengan orang lain sedangkan saya sihat dan sunyi pulak duk sorang tu...

Saya rasa inilah keputusan paling tepat saya buat demi perasaan dan masa depan saya dan Hani. Semuanya jadik bertambah baik. Saya pun cuba sedaya upaya manage kerja sampai jam 6 petang jer. Lepas tu saya monitor dr rumah. Sekarang ni Hani juga ada cerita macamana perasaan dia masa kat rumah ummie. Dia kata, "ummie tak sharp kan pencil kakak. ummie sharpkan pencil shakirah dengan uda jer", ummie tipu dia..."kakak nak beli biskut chipsmore ummie kata dah ada kat rumah tapi balik rumah takdepun biskut chipsmore tu ammie"....macam2lah dia citer,..."malam2 nak tido kakak nagis pelan2 jer, kakak rindukan ammie, kakak peluk bantal jer, kakak taknak orang pandang kakak nangis, dalam hati kakak sediah ammie tinggal sorang kat rumah, kakak ingat kan ammie, kakak nak peluk ammie tau..."
naluri keibuan saya sedih dengar dialog menggambarkan situasi dia...masa bawa kat pejabat tu saya pun tak sangka dia cakap benda yg sama kat kawan2 kat office saya bila diorang tanya seronok tak duduk dgn ummie kat PD, menangis kawan pejabat saya masa dengar dia cakap tu....saya pun terasa bersalah sangat biar dia duduk sana lama2....apapun semua dah lepas...

hani ni berfikir sekali-sekala macam saya fikir jugak...kalau dalam 5 kali tanya pasal hal saya dan ayah, dalam 3 kali dia akan kata, "ammie berpisah jerlah dengan ayah, kita duk berdua pun ok jugak...". Masa kemas2 baju termasuklah baju ayah dia tanya saya, "ammie kenapa simpan lagi baju ayah, kan ayah dah tak balik sini lagi". Saya jawab..."mana tau ayah berubah hati, tiba2 balik, ataupun ammie pujuk ayah balik, nanti ayah balik, baju dia takde pulak". tang palin saya geram semalam adalah saya masuk daftar satu program ni saya bawak dia sekali, lepas ambik dia dr sekolah saya terus gi office tu. Masa isi borang tu (diorang isikan) dia tanyalah pasal waris (suami), saya cakaplah nama ayah dia....Hani yg duduk sebelah saya boleh menyampuk tiba2 perlahan tapi boleh didengar oleh saya dan yg tukang tulis tu...dia cakap, "ammie, kan ammie dah berpisah dengan ayah, buat apa tulis nama ayah..." eeeiiiiii geramnya saya, saya suh dia senyap dia sibuk nak tanay berkali2...saya buat senyum jerlah...macam takde apa2

Kalau ikutkan banyak benda pasal Hani saya nak citer tapi tu jerlah buat masa ni. PC saya ni ada virus, nak kena hantar kedai. Bengong sangat dah, nak upload gambar pun susah...lambat. nantilah saya masukkan gambar hani. Tiara, tak dapatlah nak tunjuk gambar anak dara tu yang terbaru....sorry eh. Luna tahank you sebab bantu dapat masuk balik blog akak, sebenarnya blog saya takleh masuk 3/4 hari ni....

Khamis, Mac 20, 2008

12 Rabiul awal

lama sungguh tak update...
demam kesan PRU 12 menyebabkan saya sibuk mendapatkan perkembangan terbaru arus politik tanahair...
sibuk baca blog-blog yang terkemuka, sampaikan blog sendiri pun saya tak endahkan...
Okey... back to my life...
banyak perubahan seolah-olah turut terkesan dengan pilihanraya...
ada arus perubahan yang melandalah...
entr lepas ni saya citer ahhh...
benarnya takdak mood nak citer hal rumahtangga...
Tie...jangan terkesan dengan cerita akak ni...
tie teruskan kehidupan rumahtangga tie walau senasib tapi lain-lain cara handle masalahnya...

Ahad, Mac 09, 2008

1 Rabiulawal

Tahniah diucapkan kepada Para Yang Berhormat yang baru terpilih.

Kuasa di tangan rakyat dan 'mereka' telah buktikan.



Kalau rakyat diperkotakkatikkan inilah padahnya. Agaknya pada masa inilah mereka baru sedar yang mereka ada dikerusi empuk itu semua disebabkan rakyat yang pilih drsampin g ketentuan Allah belaka!



Saat keputusan berpihak kepada BA saya turut merasa tempias keharuan mereka...bergenang air mata, walaupun saya bukanlah ahli politik yang tertewas tapi atas dasar inginkan arus perubahan berita kejatuhan secara 'merudum' kerusi-kerusi yang tidak dijangka begitu menyentuh hati saya.


Kalau dibenarkan saya terlibat aktif berpolitik saya sanggup ke medan yang penuh cabaran itu. Tapi menjadi pemerhati dan sesekali berkempen dan berhujah di bilik gerakan pilihanraya di pejabat pun memadailah bagi 'orang' seperti saya.



Cukup hebat kesan PRU 12 ini dikemuncaknya. Permulaannya perlahan terutama diperingkat akar umbi...tiada tohmahan dan tiada aduan yang mengganggu bilik gerakan kami. Seolah-olah semua orang sudah ada keputusan dalam hati...hanya mahu diterjemah diatas kertas undi.



Begitu telahan saya bila melihat kempen2 begitu slow...ceramah pun kurang permohonan permit (merujuk kepda SB) hanya perjumpaan dan cermah kecil dalam premis persendirian yg tidak perlukan permit.



Agaknya semua parti sudah sedar bahawa pergi terjun dan berjumpa sendiri dengan maudhu' (sasaran) adalah cara terbaik. Kalau tidak masakan Nabi menyampaikan dakwah dari rumah ke rumah,kan?



Rupanya ia petanda arus perubahan...dan masing2 hanya menanti "harapan baru untuk malaysia"



Waahhh.... semangat ni...nampaknya kalau saya hadir ke persidangan DUN sini senario akan berbeza, jika selama ni hanya YB DAP bagi kawasan Lobak sekarang ada 15 kerusi BA disini...baru meriah! ada check and balance...cuma "masalah pemilikan dan penguasaan media"...makin ramai meluat dan bagi aorang kg...apa dipapar di media itulah yang diterima...tak salah kalau saya membuat telahan begini...itulah puncanya BA menang kawasan bandar shj.


Apapun..tempoh masa selapas ini yang lebih penting bagaimana BA menangani apa yang dijanjikan. Gagal mereka, maka kebangkitan rakyat 4/5 tahun lagi akan menentukan.



Buatlah yang terbaik dan buktikan kata-kata semasa berkempen.

Jumaat, Mac 07, 2008

28 Safar

Semalam, hari dan esok yang meletihkan



Semalam ke Passing Out pegawai kami yang habis jalani kursus asas



Meletihkan dan memeningkan kepala



Bukan sebab program yang panjang dan badan yang penat



Tapi sebab pakaian yang tidak selesa



Lama-lama kepala pun naik pening

Selasa, Mac 04, 2008

26 Safar




Cerita rencam 1

Hani diserang chicken pox

Ni berlaku lebih kurang2 minggu sudah, Kak Aza yang jaga dan bawa dia ke klinik dan juga sapukan ubat dan juga layan kerenah dia.

Saya??? As usual...kerja, adalah semalam dua saya tidur dengan dia sepanjang seminggu dia ponteng sekolah sebab chicken pox ni.

TAPI semalam dua menjaga dia kerenah dia masyaallah...

sampai 2-3 pagi mintak saya garu/gosok satu badan!
Sampai satu tahap Kak Aza sound dia dengan suara garang..

"...kakak...napa buat ammie macam tu???"
Barulah lega sikit...dia 'hormat' atau 'takut' atau 'malu' dengan mak tiri dia tak tauler tu!!!

Mula-mula kena tang muka/dahi, masa ni hari kedua...

Yang pelik budak dua orang ni hari2 main dengan Hani tak berjangkit pulak! Tapi anak Kak Aza umur 16 tahun yang duduk madrasah di Melaka, adalah Kak Aza bawak Hani ziarah sekali ke sana berjangkit pulak...sekarang ni si Khairin Nazurah tu sedang cuti 2 minggu dirumah...pelikkan?


Cerita Rencam 2

Minuman ni sedap tau! Tengah2 tension buat kerja kat pejabat, dapat satu cup LEGA!!!

Sebenarnya ni salah satu minuman segera yang diorang beli utk bilik gerakan pilihanraya yg beroperasi 24 jam...sesuai sangatler dengan citarasa saya...

Cerita Rencam 3

Dulu2 takde blogkan...kat diarilah saya catatkan pengalaman hidup...tiap2 tahun penuh diari saya, ada yang catatan pendek, catatan panjang, yang ni 2003 punya catatan, dalam pantang lagi tuuu...yang sebelum2nya dan selepas2nya pun banyak catatan saya..bila baca balik rasa terbawa2 kenangan lalu...rasa2nya hidup berumahtangga saya dari dulu sampai sekarang sangat berwarna warni dan penuh gelora dan gelombang yang kadang2 cukup ganas!!!

Nampak tak tulisan tu berwarna warni..warna2 tu ikut apa perasaan saya masa tu, ada warna merah, biru, hijau...

Cerita rencam 4

menambat hati Hani semula...

Ni ahad hari tu belikan Hani kasut...antara percaya atau tidak, selama hidup dia ni, nilah kasut pertama saya beli sejak dia pandai berkasut sendiri! Kasut masa baby tak acilah kan sebab masa tu mana dia reti pakai selipar lagi kan? Tu pun sebab dia cakap cikgu suruh beli utk hari yg pakai pakaian sukan (hari Rabu kot?) kalau tak, tak kuasa saya nak beli... sebab naik kereta turun kereta...menyusahkan jer berkasut...tapi tak beli kasut bukannya dapat jimat duit pun sebab sandal Hani... fuuuhhhh mengalahkan artis..kejap2 bali baru..pantang ada design baru...kadang harga sandal dia saya pernah beli dekat sama harga kasut scholl...tu tak masuk lagi design mengarut yang berterompahlah, yang berlocenglah...

Kira ni kasut percubaanlah..kalau dia selesa dan sesuai barulah lepas ni boleh belikan kasut seterusnya....oh yaa...Hani ni ada satu tabiat pelik...dia tak mintak beli kasut tapi dia pantang nampak stokin cantik terutama kalu ada watak2 kartun...banyak koleksi stokin dia...sebelah tu kebetulan stokin yg ada dlm stok beli kat JB dulu tu elok jer saya match kan...

Basikal ni basikal kedua saya belikan. Yang pertama dulu masa ayah dia masuk hospital sebab stroke kan saya tinggalkan Hani kat rumah mak ros 8 hari tak berjenguk...lepas tu nak ambik hati dia saya belikan basikal, terus letak kat rumah mak ros, sampai ke hari ni tak berambik..tak taulah apa jadi kat basikal tu...

Kali ni belikan sebab Kak Aza suruh...kesian kat sana kakak dan abang dia ada basikal, dia pandang jer...tengoklah tuuu, basikal dia sendiri pun dia pandang jer...dia takut nak naik mulanya tu...tinggi sangat kot...lagipun jenuh saya tegur naik dari kiri tapi balik-balik dia naik dari kanan basikal tu...memanglah susah....ni saya beli di Nilai 3, kononnya nak beli perhiasan rumah kat sana tapi rasanya leceh bawa anak dan ayah utk beli perkakas perhiasan rumah ni, maka beli basikal jerlah...

Hah..ni motor saya beli untuk hadiah hari jadi ke 3 tahun Hani, dah umur 4 tahun baru dia berani naik dan tekan pedal dia...sebab motor ni laju sangat.... sekarangni perhiasan jer...agaknya sebab dia sorang takde berebut dengan sesiapa, banyak barang2 dia masih elok...kenderaan masa baby pun semua okay lagi...

Cerita rencam 5

Pak haji ada dua fasa usia anak, fasa pertama dah 20 an

yang ini fasa kedua semuanya masih kecil-kecil...

Hani dan Zubair~si Zubair ni tak boleh berpisah dengan "La"...dia jer sorang panggil Hani dengan panggilan 'La'...sebab dia pandai panggil masa dia pelat lagi so kekal sampai sekarang panggilan "la" tu...hujung nama Suhai'la'...pantang Hani balik sini (seremban) mesti nangis2 nak ikut...tak boleh berenggang, terpaksalah saya atau ayahnya bawak jugak (kacau daun sungguh,kan?), yg pelik Hani sekolah dia takmo sekolah pulak...sebab? "bear (dia sebut nama dia) kecik lagi...La dah becha (besar)"


Yang ni pulak...anak tiri yang paling demand dan tak sedar diri dia anak tiri! Dialog dia.... "Makcik ni kan kalau suhailah semua makcik belikan, kalau kakak..mesti makcik kata mahallah, tak sesuailah..macam2 makcik ni... "

"Makcik ni kan tak macam mak tiri langsung...sikitpun takde garang...kalau ummie..barulah sesuai jadik mak tiri...."

Kalau saya tengking atau kuatkan suara..."eiiii makcik...garangnya...kakak takutlah..." dia perli saya lah tuuu... ni budak mulut tempayan ni...ayahnya kata menurun mak tirinya (sayalah tu)

And last but not least....Uda...anak yang kurang kasih sayang sebab maknya garang sangat...dah darjah 3 tapi tetap menangis kalau saya/ayah bawak balik Zubair+kakak Shakira, dan dia tinggal, tetapi sanggup pulak tinggalkan dua adik dia asalkan dia dapat ikut balik Seremban...suker pergi rumah mak cik (saya) sebab makcik baik dan tak pernah marah dan tak monitor dia 24 jam macam umi dia...lantak kauler Labu....

Tapi kan antara tiga beradik ni Hani paling suka kat Uda ni...asyik2 cakap "kakak nak kawin dengan Uda...bila dia cakap macam tu mulalah Uda dia malu2...tapi yang si adik ni tak faham2 jugak...kadang tu dipeluknya Uda...si Uda ni boleh harap sangat layan adiknya sanggup didukungnya Suhailah ni...mana tak suhailah suka dan sayang kat Uda ni, kalau ada makanan pada suhailah, orang lain mintak (mengecek) takkan dapat tapi kalau Uda sanggup dia korban dia punya sebab nak bagi kat Uda...



Hahahaaaa inilah role model anak-anak hasil poligami...ceria dan gembira! [hani cam sedih jer kan?] patut kena tambah tiga lagi anak yang dewasa tu..baru ngam! Ada mana-mana majalah nak interview???heheheeee




Kesimpulan:

Puan Salwa sangat sesuai sebagai role model ibu tiri zaman moden....tetapi tidak sesuai dijadikan ibu contoh bagi membesarkan anak-anak...Puan Noraza mungkin lebih sesuai jadik seolah-olah ibu tiri bagi anak-anak sendiri dan anak2 tiri ...maka itu biarlah Puan Salwa mengambil tanggungjawab bermanja dan bermain dengan mereka.

Setiap gambar Hani dengan kakak/abang/adik dia tu semua masa diorang ikut ayah balik rumah saya..tapi ayah bawak ikut giliran jugak...Kak Aza memang suruh bawak salah sorang supaya Hani tak boring kat rumah saya sebab takde kawan...walhal maknya yg geram..takde privacy lah dengan ayahnya kan...almaklumlah ada jer askar pengiring/pengawal ayah...membontot ayah jer diorang ni...kerja ammie pun bertambah...merungut jugak sesekali tu kena layan anak instant ni tapi kenang jasa Kak Aza jaga Hani..kurelakan jua melayan kerenak anak2 tiri2 nih...


tengok ni!















Ahad, Mac 02, 2008

24 safar

Akhirnya wanita yang bernama isteri itu mengalah.



Kerana dia tahu...



Sekuat mana dia membantah...

24 safar




Akhirnya wanita yang bernama isteri dan ibu itu mengalah!




Kerana dia tahu...




Sekuat mana dia menentang...




Selantang mana dia membantah...


Sejauh mana dia merajuk...




Sederas mana air matanya mengalir...




Keadaan tetap begitu...




Tidak berubah sedikitpun...





Masalah tetap di situ...




Tetap tidak berganjak ke mana-mana...





Sebab...




Dia tidak mampu...


Dia bukan superwoman


Yang gagah perkasa


Yang mampu mengejar itu


Dan mampu mengendong ini


Sedang dia?


Yang didepan mata...


Yang disamping dia...


Yang dihadapnya berhari-hari...


Pun terkial-kial menggapainya...



Waima...mampu sekalipun..



Dia perlu taat dan perlu hormat...



Lelaki yang bernama suami...



Yang disayangi dan menyayanginya...



Sepenuh hati...



Dia perlu redha...



Dia perlu insaf..




Syurga isteri di tapak kaki suami...




Redha suami...




Perlu dicari...


Selagi...


Yang dipinta tak melanggar syariat...


Yang disuruh...


Demi kebaikan dan kemaslahatan rumahtangga...




Baru berkat hidup diperolehi...




Insyaallah...




Moga2 Jun ini merubah nasib diri...




Moga Allah beri jalan keluar...




Apa yg mampu sekarang...




Hadapi kerja...




Hadapi rumahtanga...




Ala kadar sahaja...




Buat semampunya...




Kalau nak dikejar dua2...




Saya yang menderita...




Hani yang semalam mengeluarkan kata2 kepada saya...

"Ammie...ammie jangan berpisah dengan ayah yer...."

Apa lagi yang mampu saya katakan...takkan saya nak pisahkan anak dan ayah...walau saya tak mampu menjaga dia sepenuh masa, sekurang-kurangnya kekurangan saya ditampung oleh Kak Aza...sebab Kak Aza ikhlas menjaga dia, saya taknak Kak Aza terkesan pulak tindakan saya bawa Hani ke sini sebab Kak Aza tak salah dalam hal ni...memeng saya akui..KADANG-KADANG hormon saya menggila...dan bila sampai tahap itu...memang keputusan dan tindakan saya macacm orang separuh gila...itulah agaknya yang say lalui seminggu sebelum ni...menggila sungguh desakan dan kerinduan pada HANI.....sekarang???

DAH OKAY!!!


  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP