Ahad, Mac 09, 2008

1 Rabiulawal

Tahniah diucapkan kepada Para Yang Berhormat yang baru terpilih.

Kuasa di tangan rakyat dan 'mereka' telah buktikan.



Kalau rakyat diperkotakkatikkan inilah padahnya. Agaknya pada masa inilah mereka baru sedar yang mereka ada dikerusi empuk itu semua disebabkan rakyat yang pilih drsampin g ketentuan Allah belaka!



Saat keputusan berpihak kepada BA saya turut merasa tempias keharuan mereka...bergenang air mata, walaupun saya bukanlah ahli politik yang tertewas tapi atas dasar inginkan arus perubahan berita kejatuhan secara 'merudum' kerusi-kerusi yang tidak dijangka begitu menyentuh hati saya.


Kalau dibenarkan saya terlibat aktif berpolitik saya sanggup ke medan yang penuh cabaran itu. Tapi menjadi pemerhati dan sesekali berkempen dan berhujah di bilik gerakan pilihanraya di pejabat pun memadailah bagi 'orang' seperti saya.



Cukup hebat kesan PRU 12 ini dikemuncaknya. Permulaannya perlahan terutama diperingkat akar umbi...tiada tohmahan dan tiada aduan yang mengganggu bilik gerakan kami. Seolah-olah semua orang sudah ada keputusan dalam hati...hanya mahu diterjemah diatas kertas undi.



Begitu telahan saya bila melihat kempen2 begitu slow...ceramah pun kurang permohonan permit (merujuk kepda SB) hanya perjumpaan dan cermah kecil dalam premis persendirian yg tidak perlukan permit.



Agaknya semua parti sudah sedar bahawa pergi terjun dan berjumpa sendiri dengan maudhu' (sasaran) adalah cara terbaik. Kalau tidak masakan Nabi menyampaikan dakwah dari rumah ke rumah,kan?



Rupanya ia petanda arus perubahan...dan masing2 hanya menanti "harapan baru untuk malaysia"



Waahhh.... semangat ni...nampaknya kalau saya hadir ke persidangan DUN sini senario akan berbeza, jika selama ni hanya YB DAP bagi kawasan Lobak sekarang ada 15 kerusi BA disini...baru meriah! ada check and balance...cuma "masalah pemilikan dan penguasaan media"...makin ramai meluat dan bagi aorang kg...apa dipapar di media itulah yang diterima...tak salah kalau saya membuat telahan begini...itulah puncanya BA menang kawasan bandar shj.


Apapun..tempoh masa selapas ini yang lebih penting bagaimana BA menangani apa yang dijanjikan. Gagal mereka, maka kebangkitan rakyat 4/5 tahun lagi akan menentukan.



Buatlah yang terbaik dan buktikan kata-kata semasa berkempen.

4 cetusan rasa:

happyirfa berkata...

salam kak..
harap janji yg ditabur itu di kota.

sebelah-sayap-nyamuk berkata...

Sedih dengan kekalahan di ganu, terharu dgn kemenangan di Utara. Depa dok kepung belah timur, belah utara terungkai.

Zareda berkata...

5 negeri terlepas.. ternyata kuasa rakyat masih digunapakai.. rakyat tidak menerima parti lawan tapi tak mahu menerima BN lagi..

salizam58 berkata...

apa benda lah org tganu nok, pening sgh aku fikirkan.....sdh akan kekalahan ni..nok wat guane idris n d crw yg cerdik or aku n d rakyat yg bodoh....

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP