Khamis, Januari 20, 2011

~Sampaikanlah walau sepotong ayat~

Assalamualaikum w.b.t


Sabda Rasulullah S.A.W,



"Sesiapa yang menjadikan akhirat sebagai kerisauannya maka Allah S.W.T akan memperkayakan hatinya dan harta benda dunia akan datang kepadanya dalam keadaan tunduk dan hina, dan sesiapa yang menjadikan dunia sebagai kerisauannya, Allah S.W.T akan menjadikan kemiskinan terbayang-bayang di hadapannya dan dia akan diselubungi kesusahan. Dia tidak akan mendapat di dunia lebih daripada apa-apa yang telah ditakdirkan."





Hadith riwayat Ibnu majah dan Tirmizi.



 Wassalam

Khamis, Januari 13, 2011

Ikut hati mati, ikut rasa binasa

Assalamualaikum w.b.t


Sesuatu keputusan yang berat memang sukar dibuat


Bak kata pepatah, ikut hati mati


Ikut rasa binasa


Tak tau nak ikut apa?


Emosi kata begini


Rasinalisasi begitu pula


Akhirnya.....kebuntuan




Wassalam

Khamis, Januari 06, 2011

Barang naik silalah kita berbelanja secara berhemah yer...

Assalamualaikum w.b.t



Mengeluh pun tak guna, membebel apatah lagi?


Sana sini kos hidup makin tinggi


Bergerak selangkah sahaja perlukan duit


Kalau rasa takde duit cukup baik duduk diam2 kat rumah


Bagi sebuah keluarga yang sederhana dengan anak 3 orang bersekolah, agaknya berapa belanja yang perlu?


Anak pertama:

Ahmad, sekolah kerajaan biasa, darjah 3
Pakaian sekolah :
sepasang baju/seluar : RM50 x 2 = RM100
kasut : RM25.00 x 2 = RM 50
bag/pekakasan alat tulis = RM 50 (beg biasa jer)
yuran : RM 150
Pakaian KAFA/Kelas agama : RM 50 (sampin dan songkok lagi)
Yuran KAFA bulanan : RM 30

JUMLAH: RM 430


Anak kedua :

Hani, Darjah 1 : Sekolah Rendah Kerajaan
Pakaian sekolah pagi : baju kurung/kain /tudung : RM 100 (dua pasang)
Pakaian kelas agama petang : sepasang baju/kain/tudung : RM 50 (mampu sepasang sahaja)
Yuran : RM 150
Kasut : RM 25 x 2 = RM 50
bag dan perkakasan sekolah : RM 50

Kos tambahan, Pengasuh:

Pendaftaran : RM 350
RM 130 sebulan sebab sekolah kebangasaan  KAFA hanya 3 hari seminggu so kena hantar pengasuh yang kosnya RM130 sebulan.

JUMLAH : RM 750

Anak ketiga :

Hana, 4 tahun, tadika islam (terpaksa hantar sebab masa yang bersesuaian dengan wakatu kerja ibu)
Pendaftaran : RM 1100
pakaian : termasuk dalam kos pendaftaran
pakaian tambahan : RM 50 (sebagai ganti selang sehari pakaian terpaksa dibasuh)
bulanan : RM 230

JUMLAH : RM1100


Ini kos paling minimum, pakaian pun beli yang jenama biasa sahaja, dengan jumlah dua pasang, kasut pun yang tak berapa kualiti sangat yang setengah tahun akan koyak sebab kena laejan secara teruk. Bulan pertama sahaja ibu bapa terpaksa spend RM 2,000 lebih untuk memulakan perekolahan anak-anak.


Itu tidak dikira dengan belanja kecil-kecilan yang ibu bapa kena keluar kos lagi, tak masuk lagi kejap2 anak nak beli drawing block, stokin, kapur kasut, nak file...kejap2 nak kaler, nak pensel baru..dan apa2 lagilah...


dan juga perbelanjaan harian anak2 di sekolah untuk makan di kantin....dari pagi sampai ke petang. Dan juga kos minyak ibu bapa kena hantar anak2 ke sekolah...


dengan ibu bekerja pada hari ini, balik lewat petang ambil anak (kalau mampu dan terkejar masalah) kalau tak kena keluar kos pula lagi untuk kos pengangkutan anak ke sekolah).


dan dengan harga minyak yang naik (walaupun ada pilihan Ron 95, tapi malangnya saya adalah pengguna RON 97....) barang2 makan yang naik juga....kalau makan berempat (macam kes keluarga di atas) jangan harap nak bayar RM 20.....silalah sediakan RM50....kiranya RM100 kalau ada ditangan untuk dua hari tu kira bertuah sangatlah...


Kalau hantar/ambil anak pun aduhaiii isi minyak kereta 3 @ 4 hari pun dah lebur minyaknya perlu diisi lagi dan lagi....


Saya tak bercakap kosong berhubung kesempitan hidup rakan-rakan saya.....kerana ada kawan2 yang mengadu nasib meminjam dari saya (aya bantulah mana yang boleh) pada awal bulan persekolahan ini. mungkin nasib saya sedikit baik sebab saya hanya punya dua anak yang bersekolah, sungguhpun dua tetapi memandangkan dua2 dihantar di swasta tetaplah jugak kos saya mencecah RM3 K bagi permulaan sekolah ini. Bayangkan mereka yang punya anak 4@5, kalau tidak dibuat persiapan awal, mungkin awal bulan ini ikat perut sedikitlah jawabnya....


Malahan semasa mendaftar anak ke tadika islam, saya sendiri terdengar seorang bapa bertanya pada guru tadika, bolehker saya bayar ansur2 yuran anak saya ni......saya yang mendengar ni pun rasa macam kesian, demi nak anak mendapat pendidikan yang baik (harapnyalah) sanggup menebal muka depan cukgu untuk bayar yuran pendaftaran secara ansuran...mungkin itu sahaja daya nya....


nak berhemah macamana lagi, nak beli pakaian sekolah seorang sepasang? Nak suruh anak2 jalan kaki ke sekolah sebab nak save minyak, nak bagi anak2 makan nasi lauk telur lauk kicap hari2 sebab nak jimat belanja...


Saya sangat simpati pada masa sama kagum dengan mereka yang berpendapatan sederhana, tapi mampu sekolahkan anak, mampu meneruskan hidup dalam susah payah...siang malam fikir nak bagi anak makan apa, nak bagi belanja anak nak korek duit mana....


Kalau di facebook dan twitter jenuhlah pelbagai pihak menyuarakan rasa tak puas hati dengan kos hidup sekarang yang dikatakan meningkat.....kesannya mungkin perlahan untuk sampai kepada pengguna akhir macam kita ni tapi pada masa ini memang kenyataanya sedikit sebanyak keperitan telah dirasai....berbelanja barang dapur sekarang tidak lagi sama seperti setahun dia dahulu....yuran persekolahan/nursery/kos pengangkutan sudah barang tenrtu meningkat banding setahun dua dahulu....


harga tepung gula pun dah meningkat....eh susu tin pun mana sama harga dengan 3 tahun dahulu....kalau ada anaka menyusu (lebih umur dua tahun) bersedialah dengan kos susu kanak2 yang sekali beli siapkan jerlah duit kaler biru....



Apapun, walau macamanapun meningkatnya kos hidup ni, kita tetap terpaksa berdepan juga walau apa cara pun....dengan harapan kerajaan sedar bahawa rakyat perlukan kerajaan yang serve rakyatnya bukan serve untuk tembolok sendiri sahaja...yang tak sanggup berkereta mewah, berumah besar, berbelanja besar, berpakaian mahal disaat rakyatnya mujahadah nak teruskan hidup walaupun dalam keadaan sederhana sahaja....

Wassalam

Sabtu, Januari 01, 2011

Jadikanlah hari ini lebih baik dari semalam

Assalamualaikum w.b.t


Demi Masa



Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian

kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan

nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran serta

nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

[ Al-'Ashr (MASA) ]



Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud:



"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam,

dia adalah orang yang beruntung.



Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan yang semalam,

dia adalah orang yang rugi.



Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam,

dia tergolong orang yang dilaknat Allah S.W.T."



Ayuh kita teruskan perjalanan hidup ini dengan memperbaiki diri dan

ajaklah orang lain untuk bersama memperbaiki diri mereka

semoga hidup kita diberkati dan diredhai oleh Allah SWT serta terhindar daripada sebarang kerugian


Wassalam

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP