Assalamualaikum w.b.t
Mengeluh pun tak guna, membebel apatah lagi?
Sana sini kos hidup makin tinggi
Bergerak selangkah sahaja perlukan duit
Kalau rasa takde duit cukup baik duduk diam2 kat rumah
Bagi sebuah keluarga yang sederhana dengan anak 3 orang bersekolah, agaknya berapa belanja yang perlu?
Anak pertama:
Ahmad, sekolah kerajaan biasa, darjah 3
Pakaian sekolah :
sepasang baju/seluar : RM50 x 2 = RM100
kasut : RM25.00 x 2 = RM 50
bag/pekakasan alat tulis = RM 50 (beg biasa jer)
yuran : RM 150
Pakaian KAFA/Kelas agama : RM 50 (sampin dan songkok lagi)
Yuran KAFA bulanan : RM 30
JUMLAH: RM 430
Anak kedua :
Hani, Darjah 1 : Sekolah Rendah Kerajaan
Pakaian sekolah pagi : baju kurung/kain /tudung : RM 100 (dua pasang)
Pakaian kelas agama petang : sepasang baju/kain/tudung : RM 50 (mampu sepasang sahaja)
Yuran : RM 150
Kasut : RM 25 x 2 = RM 50
bag dan perkakasan sekolah : RM 50
Kos tambahan, Pengasuh:
Pendaftaran : RM 350
RM 130 sebulan sebab sekolah kebangasaan KAFA hanya 3 hari seminggu so kena hantar pengasuh yang kosnya RM130 sebulan.
JUMLAH : RM 750
Anak ketiga :
Hana, 4 tahun, tadika islam (terpaksa hantar sebab masa yang bersesuaian dengan wakatu kerja ibu)
Pendaftaran : RM 1100
pakaian : termasuk dalam kos pendaftaran
pakaian tambahan : RM 50 (sebagai ganti selang sehari pakaian terpaksa dibasuh)
bulanan : RM 230
JUMLAH : RM1100
Ini kos paling minimum, pakaian pun beli yang jenama biasa sahaja, dengan jumlah dua pasang, kasut pun yang tak berapa kualiti sangat yang setengah tahun akan koyak sebab kena laejan secara teruk. Bulan pertama sahaja ibu bapa terpaksa spend RM 2,000 lebih untuk memulakan perekolahan anak-anak.
Itu tidak dikira dengan belanja kecil-kecilan yang ibu bapa kena keluar kos lagi, tak masuk lagi kejap2 anak nak beli drawing block, stokin, kapur kasut, nak file...kejap2 nak kaler, nak pensel baru..dan apa2 lagilah...
dan juga perbelanjaan harian anak2 di sekolah untuk makan di kantin....dari pagi sampai ke petang. Dan juga kos minyak ibu bapa kena hantar anak2 ke sekolah...
dengan ibu bekerja pada hari ini, balik lewat petang ambil anak (kalau mampu dan terkejar masalah) kalau tak kena keluar kos pula lagi untuk kos pengangkutan anak ke sekolah).
dan dengan harga minyak yang naik (walaupun ada pilihan Ron 95, tapi malangnya saya adalah pengguna RON 97....) barang2 makan yang naik juga....kalau makan berempat (macam kes keluarga di atas) jangan harap nak bayar RM 20.....silalah sediakan RM50....kiranya RM100 kalau ada ditangan untuk dua hari tu kira bertuah sangatlah...
Kalau hantar/ambil anak pun aduhaiii isi minyak kereta 3 @ 4 hari pun dah lebur minyaknya perlu diisi lagi dan lagi....
Saya tak bercakap kosong berhubung kesempitan hidup rakan-rakan saya.....kerana ada kawan2 yang mengadu nasib meminjam dari saya (aya bantulah mana yang boleh) pada awal bulan persekolahan ini. mungkin nasib saya sedikit baik sebab saya hanya punya dua anak yang bersekolah, sungguhpun dua tetapi memandangkan dua2 dihantar di swasta tetaplah jugak kos saya mencecah RM3 K bagi permulaan sekolah ini. Bayangkan mereka yang punya anak 4@5, kalau tidak dibuat persiapan awal, mungkin awal bulan ini ikat perut sedikitlah jawabnya....
Malahan semasa mendaftar anak ke tadika islam, saya sendiri terdengar seorang bapa bertanya pada guru tadika, bolehker saya bayar ansur2 yuran anak saya ni......saya yang mendengar ni pun rasa macam kesian, demi nak anak mendapat pendidikan yang baik (harapnyalah) sanggup menebal muka depan cukgu untuk bayar yuran pendaftaran secara ansuran...mungkin itu sahaja daya nya....
nak berhemah macamana lagi, nak beli pakaian sekolah seorang sepasang? Nak suruh anak2 jalan kaki ke sekolah sebab nak save minyak, nak bagi anak2 makan nasi lauk telur lauk kicap hari2 sebab nak jimat belanja...
Saya sangat simpati pada masa sama kagum dengan mereka yang berpendapatan sederhana, tapi mampu sekolahkan anak, mampu meneruskan hidup dalam susah payah...siang malam fikir nak bagi anak makan apa, nak bagi belanja anak nak korek duit mana....
Kalau di facebook dan twitter jenuhlah pelbagai pihak menyuarakan rasa tak puas hati dengan kos hidup sekarang yang dikatakan meningkat.....kesannya mungkin perlahan untuk sampai kepada pengguna akhir macam kita ni tapi pada masa ini memang kenyataanya sedikit sebanyak keperitan telah dirasai....berbelanja barang dapur sekarang tidak lagi sama seperti setahun dia dahulu....yuran persekolahan/nursery/kos pengangkutan sudah barang tenrtu meningkat banding setahun dua dahulu....
harga tepung gula pun dah meningkat....eh susu tin pun mana sama harga dengan 3 tahun dahulu....kalau ada anaka menyusu (lebih umur dua tahun) bersedialah dengan kos susu kanak2 yang sekali beli siapkan jerlah duit kaler biru....
Apapun, walau macamanapun meningkatnya kos hidup ni, kita tetap terpaksa berdepan juga walau apa cara pun....dengan harapan kerajaan sedar bahawa rakyat perlukan kerajaan yang serve rakyatnya bukan serve untuk tembolok sendiri sahaja...yang tak sanggup berkereta mewah, berumah besar, berbelanja besar, berpakaian mahal disaat rakyatnya mujahadah nak teruskan hidup walaupun dalam keadaan sederhana sahaja....
Wassalam
PAKAI TONGKAT DAH
12 jam yang lalu
0 cetusan rasa:
Catat Ulasan