Assalamualaikum w.b.t
Malam ini tiba2 teringin menyelusuri semula filem ayat-ayat cinta yang pernah membawa fenomena dalam industri perfileman di Indonesia dan kemudian merebak pula hingga ke Malaysia.
Sehingga di negara kita dihasilkan sebuah darama bersiri hasil cetusan idea dari filem berkenaan, gaya garapan, sinematography malah skrip dan kesan bunyinya juga tak jauh beza dengan filem ayat-ayat cinta ini.
Apa lagi kalau bukan drama Nur Kasih, kemudian diadaptasi pula kepada filem Nur Kasih.
Atas formula yang sama, iaitu kebijaksanaan bermain dengan perasaan, drama ini berjaya mencapai berjuta-juta penonton, sehingga dijual dalam bentuk DVD, diulang tayang dan dapat menaikkan nama pelakon2nya.
Tapi saya bukan nak komen panjang tentang hasil seni ini, yang saya tertarik adalah kisah yang disedut dari filem ini, iaitu bermadu kasih.
Dalam ayat2 cinta, babak poligami dipapar terus, manakala dalam Nur kasih, tak lepas dari babak2 saling mencurigai, nur amina dikatakan mencintai abang iparnya.....sehingga ke hujung cerita babak2 ini masih nyata..
Akhirnya, Nur Aminah bermadu juga, bermadu dengan Katrina bekas kekasih Adam dari Australia begitu juga dengan Aisha dalam filem ayat-ayat cinta terpaksa bermadu dengan Maria
Apa yang saya tersentuh adalah anugerah Allah terhadap perasaan dan naluri wanita
Mereka sedia berkongsi, sedia bermadu, sedia berbahagi kasih, sedia juga berkorban
Malah siapa kalau dikira logik sanggup berkorban benda paling bernilai dihati mereka (suami), memang tak sanggup
Namun kerana kasih dan sayang tak berbelah bahagi terhadap suami, maka mereka sanggup salurkan korban tu sehingga mencederakan hati sendiri
Maka , hargailah korban wanta, bukan calang2 wanita yang sanggup berkorban perasaan ini...
Hanya yang melalui poligami, bermadu yang merasai perit, pahit sekaligu merasai manis dan nikmatnya bermadu, berkongsi kasih....dan hanya mereka yang terpilih akan merasainya....
Dan saya bertuah kerana terpilih merasai alam bermadu, berkongsi kasih dan berkorban....apa yang dipapar dalam sedutan dibawah benar-benar saya rasai sehingga menikam jantung hati bila menontonnya...
terasa-rasa esak tangis aisha adalah esak tangis saya juga, terpesona dengan kegembiraan Maria mendapat suami seolah terasa saya pula yang begitu
tak semua akan dapat selami kesedihan dan kegembiraan ini dengan hebat sepertimana saya rasa.....syukur...
Sekadar saya kongsikan babak2 yang dianggap ngeri oleh mereka yang tak bermadu manakala bagi yang bermadu, ia adalah kenyataan yang wajib diterima dan ditempuh dengan kesabaran yang bukan sedikit....
Saya tidak meminta suami seperti Fahri, dan tidak meminta madu sebaik Aisha malah saya juga tidak mendamba menjadi Maria, cuma saya berdoa saya bisa ada perasaan sabar yang tiada hadnya. Itu memadai.
Wassalam
PAKAI TONGKAT DAH
20 jam yang lalu
6 cetusan rasa:
Alhamdulillah, semoga Puan sekeluarga sentiasa didalam rahmat Allah...apa yang kita sedang hadapi adalah takdir Allah, bagaimana kita menghadapi adalah ujian Allah, maka hendaklah kita menjadi hamba yg sentiasa bertawakkal, sabar, redha, syukur dan bertaqwa kepada Allah, dan kdg2 kita perlu menghayati dan pembelajari semula erti sifat2 tersebut untuk menghadapi pelbagai ujian Allah SWT, kerana kita muda alpa... :-)
Sy admire semangat kakak. Boleh sy jd follower blog kakak? sy try klik kat follower tp tak bole la :(
Ohw sy dh berjaya klik follower blog inila kak huhu...seronok dpt kenal blogger mcm kakak :) boleh berkongsi pengalaman hidup sbg.... :)
fidanie, bagi email fidanie kat akak, tinggalkan disini, akak nak jemput ke blog satu lagi....
Kak nie email sy, ayufidanie@yahoo.com seronoknyer dpt kenal org yg sama nasib nih :)
kakwa,
ni emel najah,takleh nk masuk blog lagi satu, eh masih boleh kah? salju79@yahoo.com
Catat Ulasan