Rabu, Mac 16, 2011

Men's and women's brains

Assalamualaikum w.b.t

Walaupun disampaikan secara bersahaja dan kelakar namun pada saya sangat benar apa yang diperkatakan oleh Mark Gungor seorang perunding keluarga terkemuka ini, dan juga analogi yang dibuat oleh Mark ini sangat memudahkan kita membuat perbandingan mengapa otak lelaki dan wanita sangat berbeza.

Lelaki berfikir cara mudah, ada kotak-kotak yang terpisah, manakala wanita pula akan mengaitkan setiap perkara dengan perkara yang lain termasuklah perkara-perkara yang telah lama berlalu, ditambah pula dengan emosi....

Saksikanlah, sebagai perkongsian kepada kita semua dalam usaha memahami mengapa wanita dan lelaki itu dicipta Allah berbeza kerana mereka itu saling lengkap melengkapi.

Wassalam

Jumaat, Mac 11, 2011

Bermadu~ manis & pahit dlm masa yg sama, hanya yg mengalami merasai...

Assalamualaikum w.b.t

Malam ini tiba2 teringin menyelusuri semula filem ayat-ayat cinta yang pernah membawa fenomena dalam industri perfileman di Indonesia dan kemudian merebak pula hingga ke Malaysia.

Sehingga di negara kita dihasilkan sebuah darama bersiri hasil cetusan idea dari filem berkenaan, gaya garapan, sinematography malah skrip dan kesan bunyinya juga tak jauh beza dengan filem ayat-ayat cinta ini.

Apa lagi kalau bukan drama Nur Kasih, kemudian diadaptasi pula kepada filem Nur Kasih.

Atas formula yang sama, iaitu kebijaksanaan bermain dengan perasaan, drama ini berjaya mencapai berjuta-juta penonton, sehingga dijual dalam bentuk DVD, diulang tayang dan dapat menaikkan nama pelakon2nya.

Tapi saya bukan nak komen panjang tentang hasil seni ini, yang saya tertarik adalah kisah yang disedut dari filem ini, iaitu bermadu kasih.

Dalam ayat2 cinta, babak poligami dipapar terus, manakala dalam Nur kasih, tak lepas dari babak2 saling mencurigai, nur amina dikatakan mencintai abang iparnya.....sehingga ke hujung cerita babak2 ini masih nyata..

Akhirnya, Nur Aminah bermadu juga, bermadu dengan Katrina bekas kekasih Adam dari Australia begitu juga dengan Aisha dalam filem ayat-ayat cinta terpaksa bermadu dengan Maria

Apa yang saya tersentuh adalah anugerah Allah terhadap perasaan dan naluri wanita

Mereka sedia berkongsi, sedia bermadu, sedia berbahagi kasih, sedia juga berkorban

Malah siapa kalau dikira logik sanggup berkorban benda paling bernilai dihati mereka (suami), memang tak sanggup

Namun kerana kasih dan sayang tak berbelah bahagi terhadap suami, maka mereka sanggup salurkan korban tu sehingga mencederakan hati sendiri

Maka , hargailah korban wanta, bukan calang2 wanita yang sanggup berkorban perasaan ini...

Hanya yang melalui poligami, bermadu yang merasai perit, pahit sekaligu merasai manis dan nikmatnya bermadu, berkongsi kasih....dan hanya mereka yang terpilih akan merasainya....

Dan saya bertuah kerana terpilih merasai alam bermadu, berkongsi kasih dan berkorban....apa yang dipapar dalam sedutan dibawah benar-benar saya rasai sehingga menikam jantung hati bila menontonnya...

terasa-rasa esak tangis aisha adalah esak tangis saya juga, terpesona dengan kegembiraan Maria mendapat suami seolah terasa saya pula yang begitu

tak semua akan dapat selami kesedihan dan kegembiraan ini dengan hebat sepertimana saya rasa.....syukur...

Sekadar saya kongsikan babak2 yang dianggap ngeri oleh mereka yang tak bermadu  manakala bagi yang bermadu, ia adalah kenyataan yang wajib diterima dan ditempuh dengan kesabaran yang bukan sedikit....

Saya tidak meminta suami seperti Fahri, dan tidak meminta madu sebaik Aisha malah saya juga tidak mendamba menjadi Maria, cuma saya berdoa saya bisa ada perasaan sabar yang tiada hadnya. Itu memadai.

Wassalam

Isnin, Mac 07, 2011

Ketahui hak anda dalam saman ekor....

Assalamualaikum w.b.t

Saya bukanlah penentang tegar dalam sebarang polisi kerajaan. Bahkan banyak polisi yang saya sokomg sepenuhnya asalakan untuk kebaikan rakyat.

Namun, akhir-akhir ini (dulu pun sama juga sebenarnya) banyak juga keputusan tu yang agak mengelirukan dan buat rakyat tertanya2 apa pendirian kerajaan dalam hal yang serius, kadang2 keputusan yang dibuat akhirnya mendatangkan kesan jangka panjang yang bukan sedikit untuk dibaiki semula

Dengan hanya menamakan beberapa contoh, seperti PPSMI, Jambatan bengkok, wilayah Iskandar, Pulau Batu Putih, Interlok dan banyak lagi, seakan ada sesuatu yang mempunyai lompong dalam dasar dan polisi ini.

Yang terbaru, isu saman ekor, ya benar kerajaan (melalui JPJ/PDRM) telah melonggarkan bayaran samannya dengan memberi tempoh selama 6 bulan dan mereka yang membayar diberi diskaun. Tetapi adakah saman ekor ini sah mengikut tafsiran undang2.

Dan saya bukanlah mereka yang layak bercakap tentang undang-undang apatah lagi mempersoalkan sesuatu yang mempunyai implikasi undang-undang. Biarlah mereka yang selayaknya berkata2.

Biar saya cerita pengalaman sendiri, dek kerana bimbang di black list akhirnya saya membayar juga sungguhpun pada asalnya teringin juga mencabar sejauah mana mereka yang gagal melunaskan saman ini akan diambil tindakan.

Tetapi memikirkan sukarnya menepuh keadaan begitu tanpa ada sesiapa menyokong dikemudian harinya baik saya berjaga2. RM400 terbang membayar saman. Wang berkenaan boleh sahaja buat belanja dapur sebulan.

Bayangkan mereka yang susah.....mana tempat nak mengadu mana nak cekau duit? Ahh mungkin ada yang kata itu salah mereka sendiri kenapa bawak laju....rasakan sebagai pengajaran.

Tapi pada saya, ini bukan kaedah pendidikan yang sewajarnya. Bukan cara ini. Seperti keadaan saya, 2 saman di lebuhraya PD Seremban, disaman pada waktu pagi, disaat kereta tidak pun banyak di lebuhraya itu, haruskan saya membawa sekadar 70km/hour? Dan saya sendiri juga tidak pasti adakah saya yang membawanya.....kerana kereta saya berkongsi dengan suami.....harus dimanakah buktinya saya yang membawanya?

Dan saya sendiri juga tidak pernah menerima saman berkenaan. Jika mengikut alamat pendaftaran kenderaan, saya gunakan alamat kampung, tapi tak ada pulak mak di kampung sampaikan saman kepada saya.....kemanakan notis saman berkenaan tidak pula saya tau kerana tidak pernah sampai ke tangan....

Justeru, saya lampirkan satu catatan dari penasihat undang-undang Kempen Anti Saman Ekor....jika ada yang ingin mengetahui lebih lanjut bacalah sampai habis...sekadar satu perkongsian.

Zulhazmi Shariff

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan

Hak terhadap harta.

(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.

(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.

Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.

Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda… TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Wassalam

Selasa, Mac 01, 2011

Saman ekor: Ketahui hak anda

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya.

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?

1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.

Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?

2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI

3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010

Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?

Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:

a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.

b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.

c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

Wassalam

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP