Assalamualaikum w.b.t
Selamat hari merdeka. Dulu orang berjuang secara fizikal bagi menentang penjajah untuk mendapatkan kemerdekaan. Tapi sekarang sebaliknya pula, kita terpaksa berjuang secara mental menentang penjajahan bentuk baru. Budaya negatif dan berbagai unsur luar yang kini masuk ke rumah2 kita. Tanpa sedar dan tanpa mampu untuk kita menolak penjajahan bentuk baru ini.
Fesyen, hiburan, makanan dan filem semuanya datang dari luar. Makanya tidak pelek budaya masayarakat kita sebenarnya umpama terjajah. Bahasa sudah tunggang langgang. Mana nahu dan mana perbendaharaan kata bahasa melayu yang indah dan sedap bunyinya?
"Pekabar uols?, pa maknanya tu.....sungguh sakit mata saya membacanya bila ada perkataan sebegitu. Kenapa dilacurkan bahasa melayu yang kita cintai ini. Bukankah bahasa jiwa bangsa. Bagaimana nak mendidik anak2 kita bercakap dengan elok jika kita sendiri melacurkan bahasa melayu ini?
Begitu juga pakaian, sungguh menjelikkan melihat rata-rata pakaian yang menguasai fesyen semasa anak muda bukan fesyen yang indah menurut pandangan orang-orang lama....sedih melihatnya...
Apapun...sambutlah merdeka dan merdekakan jiwa anda dari dijajah...walau apapun bentuk penjajahannya..isikan kemerdekaan yang ada ini dengan membebaskan dan memperjuangkan jati diri sebenar sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab dan hamba Allah yang taat dan patuh.
Episod baru..
4 minggu yang lalu
0 cetusan rasa:
Catat Ulasan