Selasa, Ogos 25, 2009

Ramadhan datang lagi

Assalamualaikum w.b.t


Setiap kali bulan Ramadhan saya mesti teringat pada yang telah pergi. Terutama yang baru pergi dipanggil ilahi. Syukur kita masih berpeluang bertemu Ramadhan, bulan penuh kemuliaan. Dimana amalan sunat diganjarkan pahalanya 7 kali ganda.


Bila Ramadhan kan dikatakan seksaan mereka yang di dalam kubur dihentikan. Maka ketika itulah saya teringat pada abah yang telah dua tahun meninggal dunia. Bila teringat pada sesiapa murahkanlah hati sedekahkan Al Fatihah.


Disamping itu, teringat saya akan Ustaz Asri, Rabbani, bagaimanalah agaknya, mungkin insan sebaik dia mendapat ganjaran sebaiknya, Begitu jugak Yasmin Ahmad, harap Rahman dan Rahim Allah bersama insan-insan ini.


Apapun, kaya miskin, tua muda, sihat sakit, handsome huduh, cantik buruk...semua akan dipanggail Allah tanpa lewat atau cepat walaupun sesaat. Kalau masanya telah tiba maka kita akan dipanggil jua. Tidak ada masa untuk kita menambahkan amal, meningkatkan zikir, mahupun bersedekah. Semua amalan akan terhenti serta merta.


Nauzubillah, janganlah kita dipanggil pada masa kita belum bersedia, pada masa kita leka dengan dunia. Harap2 kita dipanggil dalam keadaan diri yang bersih, ditempat mulia dan tidak mati dalam keadaan diaibkan...


Selamat berpuasa dan tingkatkanlah amalan dibulan mulia ini.

2 cetusan rasa:

Irfa berkata...

salam kak wa..
saya ingat saya sorang jer yg terkenang ahli keluarga yg dah pergi sewaktu ramadhan.tahun ni adalah tahun pertama puasa tanpa atok dan pakcik yg bongsu..so bila terkenang mrk yg lepas siksa kubur,saya cepat2 sedekah fatihah..

Hanisumayyah berkata...

Irfa..


memang sedih kan bila tengok yang disayang dah takde

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP