Assalamualaikum w.b.t
Semalam saya menonton penuh pembentangan Bajet 2011.
Bukan apa, tunggu pengumuman samaada tuntutan CUEPACS nak bonus tu tercapai ker?
Sekali dengar dapat bantuan khas RM500 jer...syukurlah jugak tapi tertanya2 adakah bantuan khas ni dah jadik trend dalam setiap kali pembentangan bajet....?
Dulu2 merasa jugak bonus sebulan gaji...tapi selepas diperkenalkan terma bantuan khas ni, setiap tahun pun bantuan khas jer yang dapat....
Memanglah kalau kerajaan bagi bonus banyak peruntukan yang terlibat..terutama dalam membayar mereka yang dah bergaji besar tu, menteri2, JUSA, gred2 pengurusan tertinggi....kalau gaji pokok jer dah RM18,000, bonus pun kenalah sama kan...
Tapi kalau bagi bantuan khas ni semua pun dapat sama rata, gaji besar ker kecil ker tetaplah dapat RM500...baru adilkan?
Tapi tetap juga tak berapa nak adil bagi rakyat marhaen ni, dengan gaji kecil setiap bulan, inilah satu2nya harapan mereka untuk mendapat sedikit lebihan pendapatan....
Mereka mengharapkan BONUS yang diberi kalau tak menyamai syarikat swasta yang ada saya dengar ada yang sampai 13 bulan gaji....dan syarikat2 GLC yang bonus mereka membolehkan mereka menunaikan haji/umrah, sekurang2nya berilah sebulan gaji...
Memikul tanggungjawab sebagai penjawat awam kini tidak semudah yang disangka. menjadi penjawat awam kini sesekali terasa lebih berat tanggungjawabnya.
Saya punya sahabat dan kawan yang bekerja swasta dan saya juga banyak mengikuti blog yang dimiliki oleh mereka yang bekerja swasta
Dan saya boleh buat kesimpulan bahawa kerja swasta lebih relax dari kerja kerajaan pada masa ini. Mungkin sukar sedikit tentang cuti dan kemudahan pinjaman (rumah/kereta/komputer) tetapi dengan kelebihan itu sahaja yang ada kalau dari kekukuhan kewangan takde kekuatan apalah ertinya...
Saya ada kawan hanya berjawatan kerani sahaja, tetapi percayalah walaupun sebagai kerani, yang gajinya lebih sedikit dari seribu, dan adakalanya malam membawa balik kerja sedangkan pada siangnya menghadap kerja yang tak sudah2....masih tak mampu membeli rumah....dengan anak dua, masih menumpang di rumah maknya....
Penjawat awam untuk bercuti sesekali pun perlu mengumpul peruntukan sepanjang tahun....bila hujung tahun duit yang dikumpul untuk bercuti terpaksa pulak berhabis untuk peruntukan anak ke sekolah...
bagi saya, andainya ada yang berpandangan bahawa penjawat awam kerja sekejap cukup masa pergi minum dan mesyuarat tak sudah2 kerja tak siap, maka itu hanyalah mitos sahaja...
Kini beban tugas kami sama sahaja dengan swasta malah mungkin lebih lagi....siapa kata kami balik kerja 8-5? balik lewat jadi perkara biasa, sabtu ahad ke pejabat juga perkara biasa...
Mendapat panggilan telefon urusna kerja di luar waktu pejabat juga perkara biasa.....
Maka, kerajaan dengarlah dan lihatlah pengorbanan penjawat awam, tahun depan cubalah sedaya mungkin umumkan bajet yang boleh buat penjawat awam gembira dan bersemangat bekerja...
Mungkin boleh gunakan bonus mengikut ranking jawatan....bagilah mereka yang gaji dah banyak tu peratusnya rendah sedikit dan bagi mereka yang bergaji rendah diberi lebih...sebab dahulu kerajaan pernah umumkan bonus sebegitu, mengapa kini setiap tahun pun 500 sahaja...
Apapun ada juga yang bagus dalam bajet ini, tentang cuti bersalin 90 hari....malangnya saya dah tak berslain lagi, kalau lah boleh bersalin alangkah indahnya 3 bulan duduk dirumah makan tanggung berak cangkung....hujung2 dapat jugak gaji....
Dan cukai dihapuskan bagi pembelian barang2 macam handbag serta lain2 keperluan ...hah ini satu lagi, berapa ramai dari kalangan rakyat bawahan yang beli designer handbag ni? Kalau tak mereka yang banyak duit dan berlebihan duit...? trakyat marhaen sanggupker beli handbag mahal2 belas2 ribu ni?
Aduhh...ni semua untuk isteri2 pak menteri kah? Untuk wanita2 ghairah memliki bag yang tak masuk akal harganya ni? Rakyat marhaen dapat manfaat inikah?
PTK pulak dihapuskan??? What???
Selama ni PTK nilah macam harapan kami penjawat awam yang muda2 untuk dapat markah yang bagus....sebab dia bergantung pada pemahaman kita terhadap kerja yang dibuat...
kerana wujud PTK inilah saya meras amendapat anjakan gaji sebab mendapat aras 4-4...
tapi dah hapus pulak...tak sabar juga nak dengar apa pula sistem penilaian yang berikutnya ini...harap2 tetap ianya satu sistem yang boleh memenuhi dan adil bagi semua pihak dan meneliti pengalaman dan pengatahuan....adililah penjawat awam dengan kedua2 cara, secara sistem merit dan juga secara menilai senioriti mereka...
Wassalam
Episod baru..
5 minggu yang lalu
6 cetusan rasa:
setuju penjawat awam sekarang lagi sibuk dari kerja swasta.. pendapatan tak seberapa.. alahai..
tapi publik sll tak nampak kita ni penjawat awam sibuk bagai nak rak..
satu lagi kalau nak dapat bonus atau kenaikan gaji...perlukah diumumkan? tak bleh ker buat senyap2 secara pentadbiran dalaman saja?
Kalau diwar2kan, bonus belum dapat harga barang semua dah naik...takde maknanya..
masih ada penjawat awam yang kerja tak seberapa.tapi kalau dapat bonus dorang pun nak tumpang sekaki :P.kesian kita yang kerja sampai stress2 ni kan.tu saya kerja ikut keperluan, kalau dah siap kerja balik on the dot je lah sebab masih byk kerja kat rumah.Ada bos yg tak suka kita balik awal.Tak faham faktor kemanusiaan yg kita ni berstatus isteri & ibu.Balik rumah bukan boleh baring2 & goyang kaki je kan.he..he..emos lak.Frust jgk tak dpt bonus sbb thn ni ank masuk darjah satu, mau beribu nak guna duit tu.Tapi kerja makan gaji ni takleh nak mengharap sgt,kena cari side income lain baru 'lega' sikit.
salam,
akhirnya dpt juga saya mendengar komen dari penjawat awam.
saya bekerja di bahagian swasta jadi hal bajet mmg x memihak pada saya langsung. tp mak saya kerja kerajaan so ala2 faham jugak la apa yg penjawat awam lain rasakan.
ada yg minta bonus sampai 4 bulan gaji. saya rasa itu keterlaluan. yg minta bonus sebulan gaji, saya rasa tu ok lagi tp bak kata PM, dia x mampu nak luluskan sbb pendapatan negara tak cukup utk menampung jumlah bonus yg memakan 3.1 billion.
jadi, diberi bantuan RM500. alhamdulillah kan?
tp saya setuju dengan pendapat anda semua. bagi saya, RM500 tu tidak meringankan beban bagi penjawat awam yg berpendapatan rendah. berapa sgt la kan?
saya rasa, jika hendak diberi bonus/wang bantuan, lebih elok jika mengikut gaji pokok. kiranya, yg bergaji besar, diberi sikit atau mungkin tak perlu beri langsung. yg bergaji rendah, eloklah dilebihkan agar dpt meringankan beban mereka. tu saya setuju sgt.
penjawat awam atau swasta, ada sedikit beza tapi kita sama saja. sama2 mencari rezeki, sama2 x cukup duit. sama-sama la kita cuba menambahkan pendapatan kita :)
sy swasta, dpt kenaikan 70.00. bonus cuma 1/2 bulan... mreka pilih bulu, tak dak sesapa buat tempat mengadu, masing2 melepaskan diri memasing jer.... ni dah ada krisis plaks... bakal menganggur ler sy ni.... :(
Catat Ulasan