Isnin, September 15, 2008

Cerita ramadhan 2

Assalamualaikum w.b.t


Sebenarnya Ramadhan ini takde benda nak cerita. Kehidupan saya bertambah sibuk. Kelas, assignment, layan Hani dan seminggu 3 kali sudah pasti ke bazar ramadhan sebab hari ada kelas memang tak sempat nak masak.

Hari ayah ada, iaitu 2 kali berbuka, yang itu jer saya memasak. Lagi dua kali tu bergantunglah kalau ada lauk dan ada masa saya masak juga yang simple2. Hani dah dua hari puasa penuh. Kesian jugak pada dia. Dua2 hari di sekolah, berbuka dengan cikgu sebab saya balik kelas lambat sebab ada discussion.

Dengan cikgu dia malu nak berbuka separh hari. Dengan saya siap merayu2 + menangis2 nak berbuka w.pun dah jam 4. Bila saya tanya dia kenapa boleh puasa kat sekolah, katanya sebab siapa berpuasa dia boleh masuk syurga dan dapat pahala. Ohh gitu..dengan ammie takde pulak kesedaran dan keinsafan tu.

Hani tahan berpuasa kalau dia bersahur masalahnya dia minum susu sebotol jer masa sahur, taknak bangun, matanya malas nak buka, kalau didukung dan bawa ke meja makan, mulala dia merengek2. Tulah saya bagitau cikgu kata dia sahur susu jer, tapi cikgu kata dia taknak berbuka, ada juga bila cikgu tengok dia melepek tak larat cikgu paksa dia berbuka.

Ada 3 skala dalam rekod prestasi tu, tanda sempang utk tidak berpuasa langsung, tanda ½
Kalau puasa tak habis, dan tnda / bagi puasa penuh.. hani yang tanda sendiri kertas prestasi dia so adalah semangat sikit nak puasa tu bila tengok dah ada 2 tanda /.

Kalau cakap part solat haaaai malasnyeeee anak ini. Penat ayah dia bagi syarahan. Hari2 soalan dia pada anak solat tak? Ada2 jer jawapan dia nak tunggu 6 tahun lah, ammie tak suruhlah dan berbagai lg…

Cerita hal hani lagilah yer…sekarang setiap minggu zubair akan datang ayah yang bawak. Ikut hati geram jugak, sebab bila satu jadik dua, dia punya bising macam tongkang pecah. Berlari sana sini, bila dah penat, mesti nak susulah, nak airlah, nak makanlah. Bersepah jangan cakaplah, kejap2 saya besarkan tekak, marah dua2lah..tapi nak jaga hati hani [yg sgt sensitive] masa marah tu kenyit mata kat dia kononnya nak tuju kat zubairlah. Sebab zubair ni jenis kena marah baru dia nak dengar cakap.

Pagi2lah selalu kena marah, sebab zubair ni pakai pampers lagi w.pun dah 4 tahun utk tido malam, masalahnya bangun pagi takmo ke toilet buka pampers. Dah 3 kali dah dia tak buka pampers rupanya buat projek. Berak dalam pampers. Ya allah saya kalau membersihkannya memang sah muntah2....masa n barulah benar2 bertukar jadik mak tiri. Sambil mandikan dan pakaikan dia baju syarahan saya siap dengan aksi2 ugutan dia dapat. Nak potong bird, nak sunatlah segala macamlah..tapi reaksi dia muka sardine jer. Geram tak?

Setakat buka pampers tu bolehlah suruh suhailah tapi nak kena bersihkan zubair dan bilik air tu kenalah saya buat sebab najis, nanti kesan pada ibadat pulak. Tapi saya marah2 dan cakap macam2 pun dia tetap nak ikut ayah balik rumah saya. Saya perli2 juga kat ayah cakap, bang zubair ni puas saya marah2 dia supaya takmo dtg lagi, dia tetap ikut abang jugak….

Saya kekdang lemas sebab kejap2 datang mengadu, mula zubair pastu hani, bila gaduh jer mulalah…ammie…la kan…, yang hani pulak, berlari2 tak sabar nak bagitau apa zubair buat/cakap….malas betul saya nak mengadilkan dua beradik ni…nak2nya bulan puasa nih!

Hani kalau zubair ada, mulalah lari dari rutin dia, kalau sorang2 dia mengadap buku dan tengok cd jer. Kalau zubair ada barulah main macam2. Sebab kalau hani membeca zubair marah, dia tak dapat kawan dgn hani. Tapi tengok cd pun kalau ada sarikata tu, hani bacakan utk zubair....kadang sempat kadang tak sempat.

Perkembangan Hani dalam kelencaran membaca sekarang sangat baik. Takde tanya2 saya dah perkataan2 yang panjang2 semua dah pandai dah. Saya pun mulalah bagi dia baca buku yang adavance sikit. Dah mula saya beri dia baca cara2 solat yang betul yang ada grafik tu, sebab ia dah masuk frasa implementkan apa yang dibelajar dan tahu maknanya sekali. Kalau ke bazaar ramadhan tu kalau boleh semua yang tertulis kat gerai2 tu ia nak baca, jadik lambat proses nak membeli juadah.

Sekarang Hani berumur 5 tahun 3 bulan, harap2nya menjelang umur 6 tahun semua perkara asas fardhu ain dan kifayah saya nak dia kuasai. Buat masa ni, lepas dia tengok cerita atashinci hari tu yang mak dia terlupa tu dan mak dia tulis dan tampal utk mengingatkan dia, dia pun mulalah paksa saya buat tu smua utk dia dan saya.

Utk dia, dia suh saya buatkan susunan tertib mengambil wudhu’, bilangan rakaat solat dan utk saya yang selalu lupa baca doa, dia suruh saya tulis dan tampal kat tempat2 penting tu, kat dinding nak masuk bilik air, kat meja makan…hahahaa sekarang dia dah cukup besar nak carik kelemahan saya….aduuuh penatlah pulokkk…pergi kedai siap beli salotape konon nak suh cepat2 buat….

Sekejap jer masa berlalu, sekali fikir tak sangka dia berkembang dengan cepat. Dalam pada tu ada juga benda tak baik juga pada hani rasanya pengaruh kawan2. Minggu lepas bila ayah nak hantar dia ke tadika, dia pakat2 dengan saya suh pesan ayah [hani agak malu dgan ayah, tak semua perkara dia nak share dengan ayah] supaya kalau ayah hantar ayah jangan turun, duduk dalam kereta jer. Saya pun pelik sebab selama ni memang ayah tak pernah turun, w.pun sebenarnya agak haru biru juga dia urus diri sendiri sebab nak bawak beg roda [pakaian] dan fail [buku dan homework] sebab sekolahnya agak menaik siit kecerunannya dan pastinya banyak kereta lalu lalang sebab mak2 lain pun hantar anak jugak. Dan kereta ayah agak besar [merc lama tu] memang susah dia nak buka pintu keter.

Tau tak kenapa dia tak benarkan ayah turun, katanya sebab malu dengan kawan2 kerana ayah pakai tongkat. Ayah senyumjerlah, ayah kata „ialah ayah cacat....kakak malu kalau kawan nampak yer?“

Tulah bila saya perhati betul2, hani sgt cepat terpengaruh dgn budaya kawan2, kawan2 dia pulak yang rapat dgn dia tu memang jenis pentingkan kecantikan, nak sempurna jer, kalau kaler gambar dalam buku tu, hani punya corak yang diwarna mesti dikutuk sebab tak cantik. Bulan puasa ni ada lawatan ke masjid, itu pun jadik isu pada hani sebab telekung kawan lawa2, baju kurung pun cantik....hahahaa saya jenuh nak kena brain wash malam2 cakap Allah tak pandang cantik atau lawa, yang penting hati, kena baik, jaga aurat, tak boleh kurang ajar..macam2 lagilah...

Tapi sampai hari ni, masih jugak tak dibenarkan ayah turun [ayah mmg takmo dan tak berdaya nak turun tolong dia pun]. Budak2 sekarang advance sungguh. Hani siap tau alamat penuh kawan baik dia, sedang cikgu pun tak tau. Hani sekarang gemar bersolek, tapi kat rumah jerlah tak pernah dibuatnya berjlan nak bersolek....semalam kesian sungguh lebih sejam menangis sebab jari telunjuk dia tersepit pintu kereta, masa ikut ayah ke surau. Sampai ayah balik baru diam..dlm pada tu sy melayannyalah, masa nangis tu terglak saya sebab dia menjerit2 „ya allah...ya allah..ya allah...geramnya kenapa sakit sangat, ammie doakan kakak cepat...“ ayat2 ni dia cakap tersekat2lah....agaknya cikgu yg ajar kalau sakit minta tolong dengan allah....hani kalau sakit nak ayah sebab ayat2 ayah lebih menyenangkan dia kot saya kalau cakap straight jer...saya kata sakit sebab urat tu tersepit, tak dapat nak mengalir betul, tu pasal jadik biru dan bengkak, jangan genggam tangan tu kasi jer darah tu mengalir...bila dia dengar lagi dia nangis sebab dengan darah dan urat agaknya. Lepas tu terus 3 jam tido tak ingat penat sangat menangis kot..zubair pun takut tgk la nangis....


Saya demam teruk lagi, dari malam tadi demam selsema, urat rasa lenguh dan sendi2 rasa nak tercabut. Assignment kena buat juga, saya ke imigresen tadi, jap lagi nak pergi balik collect questionaire yang serah tadi....biasalah tesis nak kena buat soal selididk, top 5 enforcement agencies...imigresen salah satu..mujur ada yg sudi jawab..

4 cetusan rasa:

Zareda Norman berkata...

Dah mula bizi ek? Bizi dengan study, jangan lupa nak beraya..

Jiji berkata...

Kak saya rasa dia bukan la terpengaruh dengan kawan-kawan... rasanya time umur ni tgh dlm proses confidence building.. kena bantu takut dia takde keyakinan pulak bila masuk sekolah nanti.

ita.itu berkata...

jgn kata budak mls solat..mak budak pun malas..hehe

Irfa berkata...

salam kak..
si kakak..kalau hari sekolah.subuh ok.tp kalau hari cuti..habis subuh dia.sy yg salah x sampai ati nak kejut

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP