Sabtu, September 20, 2008

Cerita Ramadhan 3

Assalamualaikum w.b.t

Fuuuuuhhhhh....tak sangkalah rupanya sekarang lagi sibuk dari masa kerja dulu. Ingat masa kerja dulu sibuk rupanya sekarang tak kurang bz nya. Nak lari kemana pun tak boleh rupa2nya. Macam keluar mulut harimau masuk mult buaya pun ada gayanya.

Saya menyelit buat entry sementara nak buka puasa, saya kat UKM lagi. pagi tadi ada kelas ganti. Terus sy sambung sampai ke petang, ambik peluang sebab semalam ayah bawa Hani balik PD, ayah pulak keluar 3 hari, biarlah hani kat sana sampai esok. Jangan Kak aza terberanak dalam tempoh masa ni sudahlah.

Kak Aza punya due date beranak sama dengan harijadi pak haji, kalau betul dia beranak tarikh dijangka iaitu rabu ni (25/09) maka samalah tarikh dengan apaknya. Beza 52 tahun lagi umur anak dan apaknya tu...fuh jauhkan?

Kami bertiga ni, seorang bapa dan dua ibu, jap lagi gi kolej husin onn berbuka kat sana, eh! murah betullah makan kat dalam kamus ni. Gigih betul kami ni. Pelajar tua lah katakan, pick up lambat, kena struggle lebih.

Persiapan raya tahun ni, sangat mengecewakan, kekal macam hari tu, Hani hanya ada 3 baju kurung dan 2 daripadanya dah pakai pun, sekali pakai ke sekolah sebab ada lawatan ke masjid dan sekali tu masa ke terawikh. Tapi isnin ni gaji,kan. Bolehler selasa tu saya shopping sensorang masa dia ke sekolah, nak beli baju utk dia kat jaya jusco ataupun parkson.

K....chowwwww....

6 cetusan rasa:

zareda berkata...

Salwa
kita ni dah tua tua tak beraya pun tak apa.. dah puas beraya kecik kecik dulu. Tapi kesian kat si kecik.. baru nak merasa manisnya suasana hari raya..

zino berkata...

dah pindah kerja ke...? zino dah tiga kali pindah .. kat mana pun sama je sibuk memanjang hehe

AZWA berkata...

Azwa tahun nie pun tak beli baju raya utk diri sendirik...pakai jer baju2 yang ader hehehe. Tapi untuk anak2 dibelikan la sehelai dua..kuih raya tahun nie pun tak berapa sangat nak memborong macam tahun2 lepas..tapi tahun nie teringin pulak nak tukar langsir baru muahahahha...

oren berkata...

rasanya, saya beli baju pun, sbb nak tambah koleksi pakaian ke opis..

utk anak2, baju kasual semua dh dpt sorang sepasang..cuma baju kurung/baju melayu jek blum beli lagi..tunggu gaji ler...

sya berkata...

Kak sya tunggu 26 ni baru dpt gaji nak berbelanja

Selamat Hari Raya utk Salwa n Hani dan mohon ampun dan maaf jika ada tersilap kata

HappyIrfa berkata...

salam kak wa..
slmt hari raya(takut x masuk blog smpi raya)maaf salah kalau ada salah bicara

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP