Ahad, Februari 28, 2010

Kejadian dera sehingga mati~ Cermin masyarakat hari ini?

Assalamualaikum w.b.t


Sedih sungguh bila mendengar berita kematian Safiyyah Humairah. Gila, takde hati perut dan bukan manusia namanya pendera tu.


Saya rasa dia memang dah tak siuman agaknya. sanggup buat seorang kanak-kanak sekecil 3 tahun macam tu.


Memang tak mengejutkan sebab lelaki tu adalah teman wanita kepada kanak2 malang tu. Dahlah bukan bapa sendiri, lelaki tu pula takde ikatan yang sah dengan ibu kanak2 malang tu.


Sangat2 mengejutkan yang ibu dan teman lelaki tu boleh bersekedudukan sehingga lahir sorang lagi anak setahun lebih. Dahlah tu mengandung pulak 4 bulan.


Nampak sangat kebejatan masayarakat hari ni. Tak boleh disalahkan juga ibu tu seratus peratus. Suami atau ayah kanak2 tu dimasukkan penjara....320 KK plak tu.


dengan dua anak kecil. Yang pelik kenapa tak minta cerai, pastu kawin jer dengan teman lelaki tu. Hishhhh tak tau lah apa agaknya bermain dalam minda ibu muda 25 tahun tu.


yang lagi menunjukkan betapa tak prihatinnya masyarakat kita adalah keluarga kedua2 belah pihak, ibu Safiyyah dan teman lelakinya tu. takkan lah tak tau anak sendiri bernikah atau tidak?


Kenapa dibiarkan keluarga tu hidup bergelumang dosa sehingga segala2nya menjadi tak keruan dan hisup menjadi teman syaitan...sehingga apa yang berlaku pada kanak2 tu terjadi?


Atau boleh jadi keadaan 'penyamaran' mereka menjadi..lakonan yang mantap sehingga semua orang termasuk ahli keluarga dan jiran2 percaya dan terpedaya sehingga menganggap mereka telah bernikah. Tapi mustahil juga, mana keluarga mertuanya...ibu bapa dan adik beradik belah suaminya..atau nenek kanak2 malang tu sebelah ayah?



Yang pelik nenek dan atok kanak2 tu selalu juga jumpa, takkan tak boleh kesan dan tau apa yang berlaku pada keluarga anak perempuannya. dan takkan tak ambil pusing langsung kehidupan anaknya yang bersekedudukan???? Ajaib sungguhlah ada keluarga/mak ayah macam ni pada zaman ani di Malaysia????


Sapa nak jawab ni? Nak bebel memanag banyak....sedih dan tak terkata melihat apa yang berlaku depan mata di Malaysia hari ni. memang dah kronik dah ni! Entah2 disebalik kisah ni beribu masalah sama berlaku dlm masyarakat cuma tak terdedah tu sebab benda tu berterusan.


Kesian juga...apapun wanita selalu bernasib malang walhal hakikatnya lelaki yang membuat onar. Dalam kes ni ibu safiyyah menjadi mangsa, dimangsakan oleh uaminya yang dipenjara dan teman lelakinya. Wanita walauapun lemah tapi wajib gunakan segala kudrat yang Allah bagi untuk buat yang terbaik!!! kalau lemah dan tak gunakan akal fikiran yang waras maka kemungkinan beginilah jadinya agaknya....



Wassalam

3 cetusan rasa:

Erna berkata...

salam...termasuk yang ini entah dah berapa kali kita baca di akhbar..lihat ditv...tapi..masih lagi berlaku...

Moi berkata...

hmmm.... i rasa sedikit sensitif kalau menyalahkan keluarga dialah.. to be fair, we dunno their real problem.. mungkin selalu jumpa tapi tak buka baju..? mungkin mak dia tu estranged to the family? or susah di tegur? so family tak nak gaduh maka biarkan saja? telan mati emak, luah mati bapak .... they have their own issue... kalau cerita kita di keluarkan di paper pun, mesti ramai yang akan tulis blog heran dengan cara we handle life... so to be fair, lets not blame them too soon.. give them the benefit of the doubt, blame them pun, cant bring her back...rite

sya berkata...

Bila terjadi mcm ni.. sume org mencari kesilapan sapa dan di mana.. kak sya baru tulis dlm komen seorang kawan bila seorang wanita menjadi ibu tunggal makan bapanya atau saudara lelakinya wajib cepat2 memberi perlindungan membela anak dan saudara wanita nya.. jgn dipinggirkan sbb bila dipinggarkan wanita yg menjadi ibu tunggal terutama mempunyai anak kecil akan mencari perlindungan pd yg salah.

Jgn kata ramai ibu tunggal survive.. kenapa dia tak boleh.. belum rasa belum tahu bagaimana syaitan membuat seorang ibu tunggal sunyi.. sedih.. rasa hina dsbnya.. hanya support dr keluarga saja yg dpt membantu.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP