Rabu, Februari 17, 2010

Ujian literasi dan numerasi

Assalamualaikum w.b.t

Hani baru satu hari jer masuk sekolah ..... jumaat lepas, balik tengahari jumaat tu terus hani bagi surat, guru kelas yang beri surat tu katanya....surat tu mengatakan yang esok dan lusa  (18 & 19 Feb) ada ujian iterasi dan numerasi. tak pula diterangkan apa isi kandungan ujian berkenaan.

Saya agak-agak berdasarkan istilahnya tu, tentu ianya ujian berkaitan dengan membaca dan mengira, mungkin sekolah nak ukur tahap kefahaman pembacaan dan pengiraan pelajar tahap satu ni.

Saya tak pasti pula kalaulah lepas ujian tu, mereka akan diasingkan mengikut keupayaan mereka. Murid2 darjah satu lain ada tak ujian ni?

Kononnya malam ni saya nak juga suh hani buat aktivity book math, kasi asah skill mengira dan mencongak....takut2 skill aritmentik mental dia dah terlupa ker.....yerlah pelajaran tadika..lagipun dua minggu cuti sakan tak sekolah...manalah tau kan?


Tup2 balik petang tadi ambil dia dari rumah pengasuh terus tido..letih sungguh agaknya? Tawakal jerlah esok exam apa jadi?

Saya takut ada penentuan kelas jer berdasarkan ujian tu nanti? Tapi takperlah, rasanya setakat membaca menngira mencongak hani takde masalah besar.

Kita lihat jerlah apa keputusannya esok...kecik sangat lagi hani nak diletakkan harapan yang tinggi2....biarlah dia melalui semua proses tu secara semulajadi tanpa ada paksaan....

1 cetusan rasa:

Rohaniah berkata...

satu keputusan yg bagus...kita tak leh paksa sangat anak2, nanti depa stress...tapi ada caranya utk kita boleh dapatkan yang terbaik dari mereka, insyaAllah....

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP