Assalamualaikum w.b.t
Saya kadang-kadang gunakan alasan pada suami bahawa lebih jimat makan di luar dari masak di rumah
Lebih jimat maksud saya tu, jimat masa dan tenaga saya!
Tapi dari segi ongkosnya takde jimat mana pun.
Memang saya akui masak2 di rumah adalah sangat jimat dan sangat selamat dan sangat berkat
Tapi kadang kemalasan melanda berserta masa yang mencemburui saya, maka......
Sehari selembar benang
Beli lagi senang
Kali ni dah dekat sebulan dapur tak berasap!
Lepas beras habis terus saya tak beli beras atas alasan nanti berbubuk, memang begitu selalu
Sementara nak habis beras tu sempat bubuk jadikan tempat menumpang cari rezeki.
Saya kira2 sekali makan dua beranak, purata RM15.00 sekali makan.
Itupun menu simple, nasi kosong, tomyam campur, telur dadar dan sayur
Kadang2 anak makan bihun tomyam saya makan kuew teow tom yam
Kadang2 saya makan nasi goreng, anak makan nasi dengan tomyam ajer...
Air pasti juice buah..macam2 lah
Tapi minggu lepas paling hebat lah...
Belanja kawan pejabat makan, jalan2 kat alamanda, pastu termasuk satu kedai ntah apa ke namanya
Thai style..ada chakri sawadikap apa semua....
makan macam biasa jer,
1. nasi kosong 3,
2. tom yam 2,
3. ayam pandan,
4. juice buah,
5. kerabu mangga
6. 3 gelas air, 2 juice buah, satu teh ais
Sekali nak bayar hmmmm...seratus lebih dia charge
Takdelah terkejut sangat, cuma rasa terkilan pasal benda2 yg dimakan tu semua boleh buat sendiri
Tadi atas rasa keinsafan duit mengalir umpama air dalam hal makan2 ni....dan malam tadi jugak makan berdua kena lebih RM15...dan tak sedap pula dengan dua2 kami hanya habiskan separuh...
Maka...
Petang tadi ke Mydin beli barang2 dapur semula, antara yang sempat dirembat
1. Ikan terubuk seekor saiz sederhana (untuk bakar)
2. 3 ekor cencaru saiz agak kecil
3. 4 ekor selar saiz besar
4. 4 ketul ayam dada
5. tomato
6. cili padi sebungkus bersaiz sederhana
7. juice buah Dutch Lady 2 botol (limau & anggur)
8. Juice buah marigold sebotol (blueberry dan apa ntah)
9. telur omega 10 biji
10. telur masin 6 biji
11. capati segera 10 keping
12. sekotak besar air soya
13. 5 botol solivite
14. jambu batu takde biji 3 biji
15. bawang besar sebungkus- beli yg dah siap bungkus, pasal xde masa nak beratur ramai sgt org
16. bawang kecil sebungkus
17. Tepung goreng ayam
2 barang kena saring, takde bar code, carrot dengan cili besar .... ingatkan dah siap2 bungkus ada bar code, sekali takde da.....so nak cepat tinggal jer kat kaunter
Bila dia total terkejut pulak tengok harganya, hanya RM62.75 sen.....murahnya! jarang yang belanja barang dapur bawah seratus, yerlah mungkin tadi tak beli susu anak, tak beli sabun basuh dan tak beli makanan kudapan....tapi yang pasti lauk tu akan bertahan seminggu, betapa jimatnya!
Maka, tadi memasaklah asbabh nak buktikan saya pun boleh berjimat!
Wassalam
Episod baru..
5 minggu yang lalu
1 cetusan rasa:
salam akak,
ye betul!!!
saya kalau berbelanja brg basah di mydin gerenti nak cecah rm100 tu jarang-jarang. berani je saya ke mydin dgn RM50 berbanding nk ke tesco.
Catat Ulasan