Selasa, September 08, 2009

Pinggan-pinggan lama kepunyaan mak

Assalamualaikum w.b.t




Balik kampung bar-baru ni, saya bantu kemas dapur mak, maka saya keluarkanlah pinggan-pinggan lama ni sebab nak basuh dan nak susun semula. Pinggan ni dah lama mak simpan, kakak ipar dia yang bagi sebelum dia meninggal. Mak saudara saya tu takde anak, maka masa dia sakit mak saya yang jaga, jadi dia bagilah segala barang2 dapur dia pada mak. Mak pulak lepas tu simpan jer, nilah baru saya kemaskan...



Rupa-rupanya banyak jugak pinggan-pinggan lama yang agak clasic dalam simpanan mak saya ni. Banyak juga pinggan yang made in japan, england, cina....semua barang ni kira berharga ni sebab dah lebih usianya 50 tahun. saya pun suka benda2 lama ni cumanya buat masa ni saya takde almari nak simpan jadikan perhiasan.



Ni gambar pinggan lama yang sempat saya ambil, ada lagi sebenarnya tapi disebabkan masa mengemas ni banyak habuk saya tak tahanlah asyik bersin jer...yang sempat ni jerlah saya dapat snap...





dalam blog mat gebu, adalah gambar2 pinggan ni, corak bunga kangkung ker ni? Bunganya ceria sungguh warna jingga..sekuntum dah kembangm sekuntum lagi masih kuncup dicelah daunan...

Yang ni serba hitam, saya tak tau bunga apa, macan kekwa pun ada, kembang jer bunganya ni...

yang ni ceria bunag ros, ada 4 kuntum bunganya...kalau dah basuh ni mesti berseri jer..


Mangkuk macam mangkuk krital ni pun ada beberapa bijik berlainan saiz, raya2 ni sesuai letak gula2 atau coklat agaknya....kalau basuh bersih2 mesti berkilat dan bercahaya ni...


Ni mangkuk tau....lawanya bunga dia, tak salah saya bawah mangkuk ni ada tulis made in england...bunga apa tu...



Mangkuk macam ni pun ada banyak, rasa ,acam tempat letak kuih lah..macam kalau dulu2 yang famous kuih dodol dan wajiklah kan....mangkuk ni saiz besar pun ada...






Mangkuk ada kaki ni ada dua bijik, ada 3 kaki bentuk bulat, saiznya agak besar jugak, macam sesuai letak kek jer..berat dan tebal mangkuk ni...






Ni satu lagi...satu jer pinggan ni, ada bunga tengah, bunga ros warna pink, keliling ada frame pulak..ceria warna jingganya tu...






Pinggan ni ada dua jenis, satu warna biru dan satu lagi warna pink, yang warna pink saya tak ambil gambar...tapi yang warna pink tu pelik sikit, dia seperti retak seribu...bila saya tanya mak saya emmang ada satu masa dulu mak saya kata fesyen pinggan retak seribu tu popular...








Ni satu lagi corak pinggan yang ceria, ada 5 kuntum bunga tapi semuanya berlainan warna, hanya ada dua kuntum jer sama warna....pinggan ni ada retak sikit atasnya tu....




tu jer nak citer...nanti ada masa saya ambil lagi gambar pinggan lama2 ni...

7 cetusan rasa:

Jiji berkata...

cantik!!!!!!!!!

Hanisumayyah berkata...

Jiji...

Cantik dan ada nilai estetika nya...

FazidElias berkata...

akak...dulu2 mmg famous pinggan nie kan, kalau kenduri kat kg, pinggan nie yg dikeluarkan. kalau balik rumah mak saya, pinggan nie juga saya guna utk makan nasi, sebab dia lombong kan, senang nak ambil nasi tu. pinggan lain mmg tak best :D

Hanisumayyah berkata...

Fazid...

Akak baru2 ni jer timbul minat pada pinggan2 lama ni, dulu tak pandang...kalau lagi moden tu lagi sukalah..nak2nya corak abstrak tapi sekarang dah tua kot...suka plak benda2 klasik ni..

OO berkata...

kat rumah mak tu masih ada batu giling beras untuk buat tepung..pinggan2 lama style macam ni lah..senduk tembaga dan sebagainya...chef wan pun masih pakai lesung batu arwah nenek dia!

the author berkata...

pinggan dulu2 mmg cantek kan! ada jenis yg saya lum pernah tgk pun ada. mujur akak post entry kat sini
kak wa ape khabar? lama tak dgr brita, ingatkan akak pindah blog. kiss utk hani ya
-najah-
http://raiyanz.blogspot.com

Hanisumayyah berkata...

OO...

rumah saya batu giling tu dah lama mak buang...sekarang baru saya terfikir.... sayangnya benda2 lama tu...batu giling pusaka nenek pulak dek lama sangat dah terlampau lekuk sampai terbelah dua bahagian tengah....dengan anak lesungnya mak buang jugak...


Najah...

Akak masih ada, cuma akak lebih aktif kat blog satu lagi...www.duniabermadu.blogspot.com...akak sihat2 jer begitu jugak Hani...jemputlah ke blog tuuu...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP