Assalamualaikum w.b.t
Secara dasarnya semua ibu adalah yg terbaik di mata anaknya, tapi tak semua orang bertuah mendapat emak yg terbaik...
Ada yg malang, maknya sanggup buang anaknya sebaik sahaja anak tersebut lahir ke dunia...angkara dosa sendiri
Ada pulak anak lahir dalam keluarga yang porak peranda, sampai maknya pun hilang kasih sayang sejati sebab dah terlalu banyak berkorban.
Ada pulak mak yang sanggup tinggalkan anak dan dera anak kerana tak puas hati dengan suami
Ada pulak mak yang sekadar menjadi emak, sekadar mengikut resam masyarakat biasa, kahwin dan kemudian mendapat anak...tanpa ada perancangan dan ada pengetahuan keibubapaan
Ada pulak mak yang benar-benar mewah hidupnya & memberi apa sahaja pada anaknya tetapi akhirnya memusnahkan hidup dan masa depan anak2.
Dan ada pula anak yang rasa terabai, walau dibesarkan emak, tetapi terasa yang hidupnya terabai...tak dapat kasih sayang emak sepenuhnya....entah apa sebab agaknya....
Apapun, bagi yang telah menjadi emak, jadilah emak yg terbaik di mata anak2 anda supaya bila anak tersebut menjadi emak dia pula boleh menghargai bukan sahaja emaknya tetapi juga anaknya...
Eh...selamat menyambut Hari ibu, dan selamat mendidik anak2 supaya anak2 menjadi emak yang terbaik juga dikemudian hari....
Wassalam
Episod baru..
4 minggu yang lalu
0 cetusan rasa:
Catat Ulasan