Khamis, Mei 13, 2010

Rutin dan kebiasaan

Assalamualaikum w.b.t


Rutin hantar anak ke sekolah

Rutin yang biasa kita buat kalau sesekali berubah, memang sukar, tetap rutin tu jugak yang kita akan buat.


Minggu lepas, selepas sekian lama kebiasaan saya hari-hari hantar anak ke sekolah, tapi satu hari tu suami tawarkan diri nak hantar anak. Okay, lagi bagus fikir saya. Jimat masa.


Tapi malangnya sebab dah biasa guna jalan tu untuk hantar anak hari2, saya tetaplah jugak pusing stereng menghala ke sekolah anak.


Memang tak perasan....sebab dah tu rutin saya hari2....mata, fikiran, tangan dan kaki semua fokus bagi arahan kepada otak untuk menghala arah ke sekolah.


Tapi entah macamana dah nak hampir2 ke sekolah baruler terperasan anak takde kat sebelah!!!


Kacau betulllll!


Terpaksa patah balik, tak pasal2 dari cepat jadik lambat jugak....


Rutin tempat meletak kereta


Ini cerita minggu lepas juga.


Saya biasa letak kereta di kawasan belakang pejabat bawah pokok tepi sekali.


Cuma kalau cepat datang iaitu sebelum jam 7.15 baru berpeluang parking kereta di bawah bangunan. Tapi jarang2lah berpeluang pasal memang selalu sampai 7.30 pagi lepas hantar anak.


Satu hari minggu lepas jugak, saya berpeluang parking kereta di bawah bangunan.


Tapi sebab dah rutin letak kereta di belakang, keluar bangunan menonong jer jalan kaki dalam hujan renyai ke belakang.


Bila sampai bawah pokok, saya termenung, eh kenapa kereta saya takde pulak bawah pokok ni?


Boleh blur pulak kat situ....


Tapi cepat pulih ingatan....lorrrr letak keter kat bawah rupanya....


Dahlah hujan, jauh pulak tu....patah balik!


Buang masa dan tenaga betul!



Rutin letak kunci kereta, access card dan kunci rumah


Saya hari2 balik kerja benda pertama saya buat ialah gantung kunci kereta & pass kerja dan hani lak tanggungjawab dia buka kunci rumah dan gantung kunci rumah di pintu store....rumah kuarters gomen tak berani nak paku2, letak penyangkut kat pintu, gantung semua tu!


Tapi kalau satu hari rutin tu berubah, macam bila sampai rumah tak menyempat2 nak kena ke toilet, main campak pass kerja dan kunci kereta atas kerusi atau mana2, nescaya esoknya saya akan terlupa salah satu dari dua benda tu....tak pasal2 dah nak sampai kereta kena patah balik!


Tapi Hani jarang lupa, sampai rumah, nak turun kereta mesti dia dah stand by kunci rumah, nak pergi sekolah pun sama, siap2 dah bawak kunci rumah kat tangan!


Mak dia yang asyik terlupa, almaklumlah dah makin meningkat usia!


Wassalam

0 cetusan rasa:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP