Sabtu, November 14, 2009

Tips mudah mengandung

Assalamualaikum w.b.t


Ini entry sudah lama dalam draf, tapi masa tu lupa nak letak link nya saya minta maaflah pada pemunya catataa ni, saya rasa dia pun suka kalau disebarkan...dapat pahala kalau ilmunya digunakan...



Kepada mereka yang sukar untuk mengandung walaupun telah lama kahwin. Sila baca ‘post’ kali ini. Post kali ini menerangkan punca dan sebab-sebab mengapa anda sukar untuk mengandung. Ia juga memberikan beberapa nasihat yang patut anda amalkan dalam usaha untuk mendapatkan anak. Juga disertakan satu petua yang sangat baik untuk diamalkan.



Semoga arwah guru saya sentiasa dicucuri rahmatNya. Ilmu yang ingin saya kongsikan kali ini dipanjangkan untuk tatapan sekelian yang saya perolehi dahulu sewaktu arwah masih hidup.

Zaman moden kini ramai para isteri yang bekerja menambah pendapatan keluarga. Kewangan keluarga semakin meningkat namun seiring dengannya pula ialah peningkatan kesukaran untuk mendapatkan zuriat dalam bahasa mudah ialah susah untuk mengandung.

Bila timbul masalah ini, doktor pakar sakit puan sangat beruntung kerana mendapati bilangan mereka yang ingin berurusan begitu ramai sekali. Kos rawatan yang dikenakan pula ada yang melibatkan puluhan ribu ringgit dan itu pun belum pasti akan mengandung.

Jadilah wanita tersebut sebagai bahan ujikaji yang diberikan ubat ini dan itu serta pelbagai rawatan kesuburan lainnya.

Masalah menemui doktor sakit puan ini tidak begitu memudharatkan, ia hanya sekadar memudharatkan kewangan. Yang akan saya ceritakan ini lebih memudharatkan lagi. Bagi yang putus asa dengan rawatan doktor dan alternatif yang lebih mudah dan murah, ramai di antara mereka yang mengalami masalah ini menemui bomoh, dukun dan tukang urut sebagai usaha untuk mendapatkan anak. Inilah yang lebih parah kerana menemui dukun dan bomoh ini sebenarnya adalah permulaan kepada azab yang lebih besar dari Allah kerana telah mensyirikkanNya.

Salah seorang jiran saya sejak kebelakangan ini hampir setiap tahun menerima menantu. Sehingga kini 3 orang anaknya telah selamat melangsungkan perkahwinan mereka. Namun apa yang menyedihkan sekali ialah sehingga kini jiran saya ini belum mendapat pangkat datok kerana anak dan menantu mereka ini masih belum mengandung.

Di tempat kerja saya pula ramai pasangan yang lebih sepuluh tahun kahwin masih belum mendapat anak dan beberapa orang lain pula sudah lima tahun berkahwin juga masih belum mendapat anak. Ada seorang hamba Allah tu apabila saya nasihatkan agar semoga mudah mengandung begitu sombong sekali menolak nasihat saya dengan mencebikkan muka namun hakikatnya ialah sehingga saat ini beliau masih belum mengandung.

Pada hari raya aidilfitri lalu saya telah dikunjungi pasangan suami isteri rakan setugas saya. Dalam pertemuan tersebut sempatlah mereka mengadukan masalah mereka iaitu walaupun sudah lebih setahun berkahwin, isterinya masih belum mengandung. Kira-kira sebulan lepas iaitu kira-kira tiga bulan selepas kunjungan di aidilfitri sewaktu berselisih ditempat kerja, dengan begitu gembira suami pasangan ini mengucap kesyukuran dan terima kasih kerana isterinya baru disahkan mengandung. Alhamdulillah setelah kira-kira 3 bulan mengamalkan nasihat yang diberikan, isterinya telah mengandung.

Satu ketika sewaktu saya membeli belah dipasar raya Extra, saya merasa begitu sedih melihatkan seorang perempuan yang saya jangka seorang isteri sedang memasukkan jeruk anggur ke dalam bekas plastik. Saya merasa sedih kerana ini bakal menyusahkan perempuan ini untuk mengandung.

Saya memberanikan diri untuk mendekati wanita ini dan mula bertanya “suka makan jeruk?”

“Memang kegemaran saya” jawab wanita ini.
“Sudah berkahwin?” saya menambah.
“Sudah 3 tahun” wanita ini menjawab.

Tepat seperti jangkaan saya bahawa wanita ini sudah berkahwin.
“Berapa orang anak?” saya menyoal untuk mendapatkan kepastian hipotesis awal saya.

Seperti yang saya jangkakan wanita ini menjawab ” belum dapat anak lagi”. Selepas mendapat fakta yang dikehendaki saya pun memulakan sesi nasihat semoga kelak beliau mendapat anugerah anak termasuklah memberhentikan tabiaat memakan jeruk yang baru sahaja dibeli. Semoga Allah memberikan wanita ini zuriat dari anak yang soleh. Amin.

Kepada anda yang ingin mengandung dan mendapatkan anak, saya sarankan agar anda mengamalkan nasihat berikut:

Elakkan:

•Minum coca cola, pepsi cola, minuman bergas
•Makan junk food
•Segala jeruk kering seperti asam boi dan jeruk basah seperti jeruk mangga dan ceremai
•Makan makanan fast food seperti KFC, Mc Donald dan piza
•Makan burger dan nugget
•Makan jambu batu
Suami pula dikehendaki meminum susu kambing/susu lembu tepung fullcream atau susu segar. Kalau merokok perlu berhentikan tabiaat ini. Si isteri juga kena minum susu lembu sama ada dalam bentuk tepung fullcream atau susu segar.

Dan adalah sangat digalakkan agar anda dapat mengamalkan amalan seperti tertulis dibawah ;

Banyakkan menyebut nama ALLAH (al-Musowwir).

Jumaat, November 13, 2009

Kami memelihara kucing....sebab ia sunnah Nabi...

Assalamualaikum w.b.t

Pelihara kucing ni sunnah, sapa bela dapat pahala sebab Nabi pun ada pelihara kucing juga...demi melunaskan impian seorang anak yang cinta dan sayaaaang sangat si pemilik misai dan bulu ni, kami ada bela 3 ekor kucing, baka apa tak pasti, ada campur2 parsi dua2 ni....satu comel, satu muka garang, satu lagi tak berapa mesra alam..yang tu pemalu sikit...




Amboi kamu....garangnya! Nak gaduh ker?






Napa peluk kaki kerusi ni? Takut ker??? Manja ni pantang nampak benda bergerak...semua menarik tertarik bagi dia...



kamu memang comel....geramnya, pandai pandang camera tau!



Tengok...beza saiznya tapi geng baik dua ni....yang kecik [manja] mengekor jer yang besar [Ferry]!


Ni kisah lanjut Nabi dengan kucing saya petik dari sini, buat pencerita, izinkan saya letakkan cerita di sini buat tatapan saya dan pembaca lain...


Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza. Suatu saat, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Tak ingin mengganggu hewan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri mueeza dari jubahnya. Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan merunduk kepada majikannya. Sebgai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengelus lembut ke badan mungil kucing itu.




Dalam aktivitas lain, setiap kali Nabi menerima tamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan di taruh dipahanya. Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah, ia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara adzan. Bahkan kepada para sahabatnya, nabi berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan layaknya menyanyangi keluarga sendiri.



Hukuman bagi mereka yang menyakiti hewan lucu ini sangatlah serius, dalam sebuah hadist shahih Al bukhori, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepas kucingnya untuk mencari makan sendiri, Nabi SAW pun menjelaskan bahwa hukuman bagi wanita ini adalah siksa neraka.

Beberapa diantara orang terdekat nabi juga memelihara kucing. Aisyah binti abubakar shiddiq, istri nabi amat menyayangi kucing, dan merasa amat kehilangan dikala ditinggal pergi oleh si kucing. Abdurrahman bin sakhr al Azdi. diberi julukan Abu huruyrah (bapak para kucing jantan), karena kegemarannya dalam merawat dan memelihara berbagai kucing jantan dirumahnya.



Penghormatan para tokoh islam terhadap kucing pasca wafatnya Nabi SAW.



Dalam buku yang berjudul Cats of Cairo, Baybars al zahir, seorang sultan dari dinasti mamluk yang terkenal tegas dan berani, ternyata sangat menyayangi kucing. Bahkan al zahir sengaja membangun taman-taman khusus bagi kucing dan menyediakan berbagai jenis makanan didalamnya.



Baybars Al Zahir, sultan dinasti mamluk yang mendirikan taman-taman untuk kucing





Tradisi ini akhirnya menjadi adat istiadat di berbagai kota-kota besar negara islam. Hingga saat ini, mulai dari damaskus, istanbul, hingga kairo, masih bisa kita jumpai kucing-kucing yang berkeliaran di pojok-pojok masjid tua dengan berbagai macam makanan yang disediakan oleh penduduk setempat.



Pengaruh Kucing dalam Seni Islam.



Pada abad 13, sebagai manifestasi penghargaan masyarakat islam, rupa kucing dijadikan sebagai ukiran cincin para khalifah, termasuk porselen, patung hingga mata uang. Bahkan didunia sastra, para penyair tak ragu untuk membuat syair bagi kucing peliharaannya yang telah berjasa melindungi buku-buku mereka dari gigitan tikus dan serangga lainnya.





Kucing yang memberi inspirasi bagi para sufi.



Seorang Sufi ternama bernama ibnu bashad yang hidup pada abad ke sepuluh bercerita, suatu saat ia dan sahabat-sahabatnya sedang duduk santai melepas lelah di atas atap masjid kota kairo sambil menikmati makan malam. Ketika seekor kucing melewatinya, Ibnu bashad memberi sepotong daging kepada kucing itu, namun tak lama kemudian kucing itu balik lagi, setelah memberinya potongan yang ke dua, diam-diam ibnu bashad mengikuti kearah kucing itu pergi, hingga akhirnya ia sampai disebuah atap rumah kumuh, dan didapatinya si kucing tadi sedang menyodorkan sepotong daging yang diberikan ibnu bashad kepada kucing lain yang buta kedua matanya. Peristiwa ini sangat menyentuh hatinya. hingga ia menjadi seorang sufi sampai ajal menjemputnya pada tahun 1067.



Ada juga cerita tentang seorang sufi di Iraq yang bernama Shibli, ia bermimpi dosa-dosanya diampuni setelah menyelamatkan nyawa seekor anak kucing dari bahaya. Selain itu, kaum sufi juga percaya, bahwa dengkuran nafas kucing memiliki irama yang sama dengan dzikir kalimah Allah.



Cerita yang dijadikan sebagai sauri tauladan



Salah satu cerita yang cukup mahsyur yaitu tentang seekor kucing peliharaan yang dipercaya oleh seorang pria, untuk menjaga anaknya yang masih bayi dikala ia pergi selama beberapa saat. Bagaikan prajurit yang mengawal tuannya, kucing itu tak hentinya berjaga di sekitar sang bayi. Tak lama kemudian melintaslah ular berbisa yang sangat berbahaya di dekat si bayi mungil tersebut. Kucing itu dengan sigapnya menyerang ular itu hingga mati dengan darah yang berceceran.



Sorenya ketika si pria pulang, ia kaget melihat begitu banyak darah di kasur bayinya. Prasangkanya berbisik, si kucing telah membunuh anak kesayangannya! Tak ayal lagi, ia mengambil pisau dan memenggal leher kucing yang tak berdosa itu.

Setelah melakukan aksi keji itu, tiba-tiba sang pria tersebut tersentak kaget, bagaimana tidak! ia melihat anaknya terbangun, dengan bangkai ular yang telah tercabik di bawah tempat tidur anaknya. melihat itu, si pria menangis dan menyesali perbuatannya setelah menyadari bahwa ia telah membunuh kucing peliharaannya yang telah bertaruh nyawa menjaga keselamatan anaknya. Kisah ini menjadi refleksi bagi masyarakat islam di timur tengah untuk tidak berburuk sangka kepada siapapun.



Adakah manfaat kucing bagi dunia ilmu pengetahuan?



Salah satu kitab terkenal yang ditulis oleh cendikia muslim tempo dulu adalah kitab hayat al hayaawan yang telah menjadi inspirasi bagi perkembangan dunia zoologi saat ini, Salah satu isinya mengenai ilmu medis, banyak para dokter muslim tempo dulu yang menjadikan kucing sebagai terapi medis untuk penyembuhan tulang, melalui dengkuran suaranya yang setara dengan gelombang sebesar 50 hertz. Dengkuran tersebut menjadi frekuensi optimal dalam menstimulasi pemulihan tulang.



Tak hanya ilmu pengetahuan, bangsa barat juga banyak membawa berbagai jenis kucing dari timur tengah, hingga akhirnya kepunahan kucing akibat mitos alat sihir dapat terselamatkan.



Sumber: Majalah Adzzikra, terbitan 2007

*************************************************


Ni ada satu kisah lagi yang bagu untuk bagi motivasi pada penggemar kucing......
 
Kisah Dari Tanah Suci: Berkat sayang, muliakan kucing [kisah benar saya petik dari Harakah]


Abdul Wahab Muhammad Nor

Tue, Dec 18, 07
10:40:05 am MYT

Sempena wukuf di Arafah hari ini (18 Disember) dan Hari Raya Korban esok (di Arab Saudi), disiarkan Kisah Dari Tanah Suci ini untuk iktibar bersama. Kisah ini mengenai seorang wanita Muslimah Melayu berasal dari Perak yang menunaikan haji kira-kira enam tahun lalu.



Wanita ini kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.



Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.



Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.



Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.



Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.



Maka terkenallah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.



Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.



Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.



Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.



Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.



Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan nian wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.



Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.



Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.



Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..



Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solihah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.



Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.



Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.



Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin. 


Nota saya: meremang tengkuk bava pengakhiran cerita ni...hanya asbab kucing Allah bagi wanita solehah itu kesihatan.....


Dan ini satu lagi kucing kami....masih pemalu dan selalu suka terkejut....selalu kena gomol!





Ni pun anak gadis solehah jugak ni [amiiin]...balik sekolah WAJIB hadap kucing dulu....dah peluk cium cakap2 dengan kucing barang setangah jam baru boleh buat kerja lain... so ada 3 kucing sejam setengahlah dia spend masa untuk setiap satu tu....bagus anak2 sayangkan kucing sebab ini satu cara didikan dan kaedah menanamkan sifat sayang dan belas ihsan dalam jiwa kanak2....supaya bila besar sifat sayang, kasih dan ihsan subur dalam jiwa mereka.....


Nota saya: Bela kucing kena rajin dan ikhlas, kalau tak ikhlas, bila kucing berak kencing muntah bersepah2 mesti kita rasa nak marah, walaupun muka kucing itu sangat comel dan bulunya sangat lebat dan gebu..bila dah berak semua pun jadik lupa...yg ingat nak marah jer.......saya bertuah sebab anak gadis saya, 6 tahun penggemar tegar kucing sehingga sanggup bersihkan najis dan muntah kucing....tapi takdelah saya dera dia suh bersihkan...selalu jadik mangsa bersih membersih bibik ler...

Akhirnya saya ada hobi yang sangat saya suka dan bangga!

Assalamualaikum w.b.t


Waaah... waaahhh....sejak adanya aktiviti internet ni kan, nak2 sejak blog menjadi fofular, saya suka betul meneroka dunia baru dengan hanya satu KLIK...segalanya didepan anda! hanya melalui internet... bila tengok orang dalam blog masing2 buat tu, saya nak buat tu, bila diorang buat ni saya pun nak buat macam ni...pendek kata, apa sahaja yang macam nampak cocok sesuai dengan jiwa raga saya, mesti saya pun akan buat juga.


Hobi pun camtu jugak..bukan masa zaman budak kecik kita nak tanam hobi dah tua cam eden ni pun tetiba boleh ada plak hobi2 baru ni...semuanya pengaruh blog...hobi, minat, kesukaan semua boleh dipengaruhi internet khususnya melalui blog2 tertentu! Ye dak?


Cuma kalau sesuatu tu bukan prinsip saya dan tak dibenarkan suami tak dapek ler saya nak buat. Macam tengok wayang... kan banyak blog citer yang diorang tengok wayang... waduuuuhhh... waduh.. sesekali teringin jugak nak pergi tu... so adalah sekali saya dengan anak saya pergilah juga terjah ke panggung wayang... citer Kungfu Panda... sebab anak saya teringin benar nak tengok kawan2 dah citer kan kat sekolah..mak dia pun menumpangler sekali...


Tak cerita pun kat suami ni...tapi ntah macamana anak lak bocorkan rahsia, so lepas2 tu tak dapatler keizinan lagi ke panggung...


Pastu tempat makan, kalau tengok ada makanan cam sedap jer, gigih gak carik nak cuba...masa tu sibuk ramai makan steamboat kat Johnnys, so saya pun nak ler menerai...sebab dalam gambar dan dari cerita tu nampak gaya cam sedaplah sangat....


Siap ajak dua kawan pejabat, saya belanja diorang semata2 saya nak merasa makan steambot kat situ. Sedap memang sedaplah..tapi sudahnya saya plak was-was nak makan sebab saya tengok tanda halal dia tu cam bukan dari JAKIM dan saya tak dapat sahkan dari mana...pastu yang melayan pulak pekerja dari burma dan saya siap tanya diorang ni muslim ker tidak..dah tau tanya pulak?


Sah2lah diorang memang bukan muslim [ni kat tempat saya makanlah..tempat lain i dun no!...jadik terasa geli pulak nak menelan serba salah pulak nak makan hasil tangan pekerja bukan islam...tulah kadang2 saya ni terlalu skeptikal hal2 macamni...tapi bab makan ni memang kena berjaga2..mungkin bagi orang lain biasa tapi dah tekak saya ni cepat kembang takleh nak menelan..so takkan nak jolok paksa telan jugak?


Balik rumah cepat2 saya terjah pakcik google, dah dapat jawapan saya diam2 jerlah...dah tau dah lepas tau apa, kemana yang boleh pergi untuk isi perut ni! Senang citer...tau dah mana tempat boleh makan dengan yakin mana tempat yg kita harus was-was dan lain kali takderlah tertanya2 sebab dah tau jawapannya dan statusnya dan takdelah was-was...saya tak suka was-was sebab nanti boleh jadik syubhah...elok kita elakkan buat sesuatu yg kita tau syubhah...eh anda boleh sms JAKIM tau kalau nak tau sesuatu premis tu halal ker tidak...senang jer baca panduan kat sini!


Okay...merepek meraban pulak dah! Jom back to our topic yer...hobi saya seterusnya bergerak seiring dengan penjelajahan saya ke blog2 yang memaparkan aktiviti jahit-menjahit dan kraf ni...yer saya sungguh cepat jatuh cinta sehingga saya pun terjebak sama....mula2 minat quilted...siap beli kain2 untuk buat quilt..bukan kain jer siap dengan buku2...dan kain itu masih di dalam plastik lagi...masa tidak mengizinkan saya mengadap menjahit tangan kain2 itu...alasan jer ni!


Pastu terjebak lak dengan blog2 jahitan bag...terjebak bukan setakat minat siap beli buku jahitan, letak semua blog jahitan kat favourite, dowload gambar2 dan pelan2 jahitan semua....beli kain macam2 jenis bermeter2...hebat tu....dengan keluar modal semua...minat ni sempatlah sehingga menghasilkan 3 bijik beg...sempat buat sehelai quilt untuk kanak2...malangnya lappy saya yg saya simpan dan download segala mak nenek hal2 jahitan tu kena curik masa rumah masuk perompak jun lalu...cisssss bedebah punya perompak...beribu2 gambar dlm lappy pun terbang bersama perompak tu!


pastu jatuh hati lak dengan hobi baru, rasanya hobi ni masih membara cuma nak kena keluarkan modal besar sikitlah.....hobi baru ni ialah mengumpul pinggan2 lama..lama tu takdelah sampai beratus tahun...takat pinggan zaman kita kecik2 dululah...zaman mak2 kita dulu guna pinggan2 nilah...sebahagian mak saya beri lepas dia tau anaknya tiba2 suka pulak dengan pinggan2 lama ni, sebahagian lagi saya carik kat kedai apek, sebab banyak blog2 pengumpul koleksi lama ni bagitau carik jer kat kedai apek..saya pun sebelum puasa hari tu gagah berpeluh2 carik bawah2 almari kedai apek...mana taknya semua pinggan lama ni tersorok..tak dapat perhatian....




Okay cuba tengok ni...cantik dan berseri warna bunga ditengahnya... ni salah satu pinggan lama warisan mak...saya ambik sebab dah lama tak pakai pun...suka betul saya dengan warna oren dikelilingnya macam frame gambar pulak gayanya...bunag ditengah2nya pun nampak hidup jer...






Yang indah tentang mangkuk ni ialah ia ada tiga kaki berbentuk bulat...dan sekelilingnya ada ukiran corak awan larat yang berseni sekali



Pinggan lama indah berseri, jika dipandang suka hati, barang lama jadi penyeri, corak perlbagai menarik hati...


Justeru itu, selepas ini saya akan lanjutkan lagi dengan tunjukkan dengan bangga dan berbesar hatu koleksi saya yang tak seberapa nih...harap2 hobi ni kekal lah lamaaa sikit...kalau tak kekal pun saya percaya hobi mengumpul pinggan lama ni tetap kekal sebab mana plak pinggan mangkuk cawan tu nak lari yer dak..sah2 duk dalam almari tu!


Buat pengumpul2 lain, macam kak nor, koleksi warisan bonda,dan blogger tegar yg kumpul banyaaak sangat ni.... malulah barang saya sikit jer ni, baru nak panas enjin...takper pelan2 nanti saya tambahlah koleksi ni, yang penting fulusnya harus ngetop...baru dapat barang pun yang ngetop2...lain2 blog pengumpul saya ada letak kat side bar sebelah kanan bawah...gilah jenguk!


Yaeahhh...saya sudah ada hobi baru yg besttttt!

Khamis, November 12, 2009

Mana pergi maruah anak-anak gadis bangsa kita?

Assalamualaikum w.b.t

Rabu, November 11, 2009

Tips berpoligami?

Assalamualaikum w.b.t

Saya melihat keyword analisis bagi blog ni dan paling banyak yang dicari adalah tips poligami. Huishhh ramainya yang berminat nak tau tips berpoligami ni....


Nampak sangat yang ada sesetengah pihak 'beriya-iya gatal nak berjodoh dengan suami orang kot? kalau tak takkan ada jer yang menggogle tips poligami nih?


hah...yang mana ada suami2 yang nampak ketara perubahan tu jaga2lah..jangan sampai terperangkap pulak ya!

Apalah agaknya yang nak tau sangat tips poligami tu,kan? Lelaki ker perempuan yang google tu agaknya? Saya rasalah dua2 pun ada....


Pastu saya pun google jugaklah dan ini antara web yang ada tulis2 pasal tips poligami ni....hah dari indon ni ha....Ini tips untuk suami rasanya, bukan saya yang tulis ini, tapi saya dapat disini...kalau ada yang google lagi kira dah ada maklumat ni w.pun bahasanya agak pelik sikit yer...


1.Lihat kembali pendapatan, tabungan, dan investasi anda, apakah kesemuanya mencukupi untuk dapat memenuhi keinginan anda untuk melakukan poligami


2.Ingatlah, bahwa poligami sama sekali nggak ada urusan dengan apa yang dinamakan kebebasan beragama.


3.Pastikan anda untuk mencari perempuan yang lebih cantik dan lebih muda (kalau bisa bukan janda) dibandingkan istri pertama anda, karena anda bukan Kanjeng Rasul Muhammad SAW kan? Jadi nggak mungkin anda hendak berpoligami dengan calon istri yang lebih jelek dan lebih tua dari istri pertama anda (kecuali jika calon istri anda konglomerat, dan itu berarti anda matre)


4.Siapkan beragam alasan (termasuk alasan religius) yang masuk akal (ataupun yang keblinger) untuk menjelaskan kenapa anda ingin berpoligami dan jangan lupa siapkan pula alasan kalau anda tidak pernah berselingkuh sebelumnya dengan calon istri anda


5.Siapkan pula skenario bila tiba-tiba usaha anda ditinggalkan konsumen karena anda berpoligami


6.Jangan lupa perhatikan pula persyaratan poligami yang paling utama, yaitu bila agama yang anda anut membolehkan poligami


7.Jangan lupa untuk mengajukan permohonan kepada Pengadilan di daerah tempat tinggal anda.


8.Siapkan pula argumentasi bahwa isteri anda tidak dapat menjalankan kewajibannya sebagai isteri atau isteri anda mendapat cacat badan atau penyakit yang tidak dapat disembuhkan atau isteri anda tidak dapat melahirkan keturunan kepada pengadilan


9.Siapkan surat persetujuan “suka-rela” dari isteri atau isteri-isteri anda


10.Siapkan pula surat pernyataan bahwa anda mampu menjamin keperluan-keperluan hidup isteri-isteri dan anak-anak anda beserta bukti-buktinya


11.Siapkan surat jaminan bahwa anda akan berlaku “adil” terhadap isteri-isteri dan anak-anak anda.


12.Jangan pernah memalsukan identitas anda seperti misalnya tentang status, usia atau agama.


13.Yakinkan istri anda untuk memberikan ijin dengan “suka rela” kepada anda untuk melakukan poligami


14.Bersiaplah untuk mendapat cercaan dari masyarakat....


Okay habis???? So m bagi iteri plak, macamana seseorang isteri yang setia dan taat dengan suami yang dicintai seluruh jiwa dan raga tu nak tau yang suaminya berlaku curang??? Ohh besar persolannya tu....hah kena siasat lah kot?


Okay..ni ada halwa mata yang boleh dibaca oleh sesiapa saja sekadar renungan....zaman sekarang ni tak kira, baik isteri baik suami dua2 banyak yang  berlaku curang, betul tak? .hehehehe..baca sini ek...

Definasi 'suami curang' ialah seorang suami yang menjalinkan hubungan dengan perempuan/lelaki lain diluar batas perkahwinan.


Definasi 'isteri curang' ialah seorang isteri yang menjalinkan hubungan dengan lelaki/perempuan lain diluar batas perkahwinan.


Isu yang diketengahkan sekarang bukan pasal lelaki boleh kahwin lain...


Masalahnya ialah berlaku curang oleh suami pada isteri dengan perempuan yang bukan isterinya lagi... Dua isu berlainan kalau dia berhubungan dengan dua perempuan dalam batas perkahwinan. Itu dipanggil 'bermadu'. Itu halal.



Boleh dikatakan berhubungan atau berdua-duaan dengan bukan muhrim berlainan jantina secara amnya berdosa. Kalau perempuan hendak keluar rumah atau kemana mana dia mesti berteman dengan at least 3 orang perempuan atau mesti dengan muhrim...dalam Islamlah...



Dalam isu ini, bila suami berdua-duaan dengan perempuan yang bukan muhrimnya, ini adalah dosa... So, kalau suami curang dengan isteri dengan menjalinkan hubungan intim dengan perempuan yang bukan muhrimnya, maka ini juga dosa...


Definasi 'hubungan intim' ialah sering berjumpa berdua-duaan samada di tempat awam atau private... Berpegangan tangan atau melakukan lebih dari norma norma hubungan lelaki dan perempuan seperti bermadah cinta yang memberahikan dan menghayalkan. Ini juga dosa.



Semua perkara diatas, kalau sebaliknya perempuan berlaku curang maka dosalah juga...



Bila lelaki dan perempuan diijab kabulkan, ada dua benda terjadi, samada (1) arranged marriage baik secara sukarela atau terpaksa dari dua belah pihak atau

(2) telah menjalinkan hubungan cinta.


Kiranya kita ambil sebab lazim zaman ini bila lelaki dan perempuan diijab

kabulkan ialah di atas sebab (2) iaitu telah terjalinnya hubungan cinta...Bila atas sebab cinta, ini adalah sangat broad... cinta kerana rupa, kerana kekayaan, even ada yang kerana gigi...heheheh... tak tahulah kenapa cinta timbul... orang kata cinta itu buta... memang betul... ia buta...



Definasi 'cinta'... perasaan luarbiasa yang hadir takala individu mengemari sesuatu samada physical atau tidak pada diri seseorang...cinta kerana paras rupa, cinta kerana sikap dsb.



Kalau pasangan sudah kurang 'cinta' pada pasangannya yang satu lagi, mata dia terbuka untuk mencari cinta baru...Bila ini berlaku, perasaan pasangannya tidak lagi diambil kira. Jawapan pada soalan farahanim... tak akan ada masa mereka yang berlaku curang untuk memikirkan perasaan pasangannya kerana perasaan cinta baru telah pun menguasai diri...



Moral of the story : Nilai perkahwinan bergantung kepada kadar toleransi suami isteri untuk menerima dan memaafkan kelemahan dan perbuatan pasangannya. Kalau cinta, sayang, empati masih utuh, kadar toleransi selalunya akan lebih kuat. Bila cinta, sayang dan empati kian pudar... perkahwinan itu pun sudah tidak akan bermakna lagi...


Luahan saya: Berlakulah sejujur dan seikhlasnya pada pasangan, samaada dia nak kahwin lagi itu soal kedua. sebab jodoh pertemuan semua telah tertulis sejak di Loh mahfuz....cara mana nak dielakkan???.... kalau dah terkena batang hidung sendiri kena paksa rela redha jerlah...kan?

Putrajaya yang dicinta!

Assalamualaikum w.b.t


Iyer, betul saya cintakan negara saya termasuklah Putrajaya yang indah dan permai....


Saya pernah bertugas di Putrajaya pada peringkat awal parcel kami bekerja tu siap. tahun 2000. Tak banyak kereta, tak banyak orang, kurang gerai untuk makan.


Pendek kata sunyi dan aman sentosa jer masa tu. Boleh parking sesuka hati...nama pun putra jaya....tapi masa tu tak terfikir pula rupanya hari ni sepatutnya Putrajaya ada parking macam gambar kat bawah ni...bersistem! Bukan macam sekarang yang padat dan menyesakkan!





Semalam, bila hampir 10 tahun saya kemari lagi, saya tersesat barat pula. Dengan harapan nak meneroka jalan dan tempat baru, saya tak sangka pula, akhirnya membawa entah kemana-mana sampai saya pun pening tak tau nak tuju kemana...sedangkan saya dah nampak kubah masjid Putrajaya dari kejauhan...sambil tersesat saya menikmati pemandangan indah Putrajaya yang nampak sangat gah dan indah dimata saya....macam tak berada di Malaysia pula rasanya...anak saya 6 tahun pun teruja!


Lepas berlegar-legar mencari jalan pulang selepas tersesat dipangkal jalan, akhirnya sampai juga ke parcel D. Lewat saya sampai dari masa yang ditetapkan. Mujur orang yang dijumpai memaham kelewatan saya...


Dahlah sampai 'ter'lewat pastu ada pula masalah lain pulak, dalam keadaan hujan maha lebat semalam, hmmmm sukarnya mencari parkir, semuanya penuh! Bahkan ditepi2 laluan nak ke parkir juga sama...sehingga dia atas bahu2 jalan pun ada kereta! Hishhh sabar jer saya, dalam curahan hujan itu saya meneroka juga ke sana ke sini mencari parkir yang kosong namun hampa! Ingat saya jer terasa sukarnya mencari parkir di Putrajaya ni...eh ramai juga merungut hal parking di Putrajaya ni, kat sini ada lagi...




Sesak dada saya sebagaimana sesaknya tempat parkir tu. Dalam hujan lebat hati saya menyumpah!


Apakan daya, saya menyelit2 juga....tak dapat bayangkan macamana orang kampung yang nak datang berurusan. terlampau gah tempatnya yang bernama Putrajaya tu...rasanya kalau mak-mak kita sampai ke sini macam rusa masuk kampunglah agaknya!


Dalam gah2 tu, kenapa ada pula yang tak faham bahasa, menyelit sahaja suka hati parking dimana2...menyusahkan pula saya yang jarang ke sana? Berapa kali saya stuck, nak ke depan dan terang2an jalan saya, tapi saya tengok ada kereta dari depan?


Nak taknak saya bersabar ajer, dalam hujan lebat saya bagi saja laluan pada pemandu2 yang tak sabar tu...kasi laluan tak bermakna saya setuju cara mereka. Kenapa agaknya laluan menuju ke parkir dijadikan tempat meletak kereta?

Kalau parkir di Putrajaya bersistem begini, mungkin selesai masalah parkir agaknya? Ini gambar parkir di negara maju agaknya? Saya ambil gambar ni dari link yang saya nyatakan di atas tadi....




Tapi nampak gayanya menyeramkan juga,kan? Pemandu ada dalam kereta semasa forklift tu dinaikkan ker?Tapi kalau dah biasa tak jadi hal kot? Kalau betul2 keadaan memerlukan saya rasa elok juga dipertimbangkan parkir sebegini rupa!

Kalau anda nak tau apa2 perkembangan dan perancangan Putrajaya, semuanya diuruskan oleh pihak yang bertanggungjawab...dan jika ada masalah rujuklah ke sini yer....


Sebagai rakyat yang berbangga dengan kemajuan Putrajaya, saya sertakan gambar2 menarik Putrajaya...hmmm saya tak berkesempatan lagi marakamkannya....cilok sana sini jer ni!




Indah sungguh Putrajaya di malam hari [ambik dari sini]



Masjid Putrajaya di malam hari [cilok dari sini]



Taman Air Wetland [cilok dari sini]

Selasa, November 10, 2009

Cerita anak-anak di tadika hari ini...


Assalamualaikum w.b.t


Saya hanya bersekolah tadika separuh jalan sahaja. Puncanya sebab pada tahun 1980 itu semasa saya memasuki sekolah tadika, jiran sebaya saya sebelah rumah berhenti dan sebab saya tidak ada kawan nak pergi sama-sama saya pun berhenti juga.


Dulu2 selain kita panggil sekolah tadika kita panggil jugak 'sekolah makan' sebab kat sekolah tu walaupun masa pendek tapi dapat makan dua kali....


Dan sekarang saya ada satu anak dan pastinya anak yang satu ini hendak diberi pendidikan yang terbaik dengan berkorban apa saja untuk anak ini walaupun kira-kira kasar kos sebulan sekolah dia melebihi kos minyak keter saya sebulan melebihi pendapatan garis kasar kemiskinan tegar.


Untung ditahun kedua tadika ini saya dapat berjimat sedikit kerana saya tidak bekerja, maka bayaran dan masa guru2 OT jaga anak saya dapat dikurangkan.


Sesekali terlintas juga alangkah jimatnya kalau hantar anak ke Tadika Kemas atau hantar ke prasekolah. Pra sekolah sudah tentu tidak layak. namun tadika kemas pula 'tidak layak' dari segi masa.


Masa tadika kemas pulak pendek, ikutkan sesuai untuk ibubapa yang tidak bekerja. takkan nak hantar anak 8.30 pagi dan nak ambil semula jam 11 pagi...saya rasalah kerajaan buat tadika kemas ni memang khas untuk golongan wanita tak bekerja menghantar anak2 mereka.


Nampak gayanya, hanya ibu-ibu tidak bekerja sahaja yang layak boleh hantar anak ke tadika kemas. Macam kakak-kakak saya di kampung dan macam jiran2 saya di kampung.


Sekilas pandang hasil tadika kemas yang bersekolah selama 2 jam setengah ini memanglah jauh beza dengan kanak-kanak seusia yang bersekolah tadika swasta.


Memang satu kerugian sebab potensi sebenar kanak2 tidak dicungkil sehabis baik...tapi kalau dirumah mak ayah dapat didik cara lebih baik dengan mengajar sendiri pun elok jugaklah...

Kalau nak daftar anak ke TABIKA kemas ni masih boleh dari Jun-Okt untuk kemasukan tahun 2010, dan ini syarat2nya;

Kanak-kanak berusia 4 hingga 6 tahun. (Keutamaan diberi kepada kanak-kanak yang mendaftar awal)

Kalau nak tahu apa bentuk pendidikan di TABIKA Kemas baca maklumat dibawah ni;
Menggunakan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pendidikan Interaktif :
Bahasa dan Komunikasi
Bahasa Melayu
Bahasa Inggeris
Perkembangan Kognitif
Kerohanian dan Moral
Pendidikan Islam
Pendidikan Moral
Perkembangan Sosioemosi
Perkembangan Fizikal
Kreativiti dan Estetika
Program Keibubapaan
Program Pengukuhan dan Pengkayaan


Ko-Kurilulum
Sukan/Bakat
Belajar Muzik
Mengaji
Lawatan sambil belajar
Disediakan:
Buku Aktiviti kepada Semua Kanak-kanak
Pakaian Seragam, Pakaian Sukan dan Beg ( bagi yang layak)
Makanan Tambahan Berkhasiat



Kalau nak tau pendidikan tadika sekarang dah dipelbagaikan dengan mewujudkan pulak pendidikan Pra sekolah tapi dibawah KPM. Dengan hasrat dan pendekatan yang lebih baik sedikit dengan KEMAS.

Pengenalan
MATLAMAT PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Pendidikan prasekolah bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke sekolah rendah.


OBJEKTIF PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Mempunyai sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warganegara yang patriotik,
Menggunakan Bahasa Melayu dengan betul dan memperkembangkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi,
Menggunakan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua,
Mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian berasaskan ajaran agama,
Mempunyai kemahiran kognitif untuk berfikir dan menyelesaikan masalah,
Mempunyai kematangan emosi dan kemahiran sosial,
Mempratikkan amalan kesihatan dan keselamatan yang baik,
Mempunyai daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

KONSEP PENDIDIKAN PRASEKOLAH

Merupakan pendidikan yang tidak formal dan fleksibel. Kaedah pembelajaran dan pengajarannya menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Aktiviti yang dirancang menitik beratkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan seimbang. Di samping menekankan aktiviti yang boleh merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan kordinasi motor kasar dan halus, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bekerjasama, sifat hormat-menghormati dan berdisplin bagi menyediakan mereka mengikuti pembelajaran dan pengajaran yang lebih formal di sekolah rendah.


VISI

"Pengurusan Pengurusan Pendidikan Prasekolah Bertaraf Dunia"


MISI

Membangunkan Sistem Pengurusan Pendidikan yang Bertaraf Dunia bagi Memperkembangkan Potensi Individu Sepenuhnya dan Memenuhi Aspirasi Negara.


Bagi tadika swasta pula banyak kerenah lain pula, selain kos dan bayaran yang agak mencekik darah tinggi, ada sahaja bayaran2 tertentu dari semasa ke semasa. Sebagai ibubapa yang hendak sesuatu yang terbaik buat anak kita turutkan juga. Macam anak saya, untuk konvokesyen tahun ini yang dibuat di hotel yg agak terkemuka juga tempat yang selesa, selain bayaran makan yang tinggi dan boleh buat beli lauk seminggu tuuu sepadan, juga memerlukan ibubapa menyediakan beberapa persalinan yang bersesuaian untuk persembahan dan terpaksa kena keluar kos pula...


kalaulah tabika kemas atau pra sekolah atau taska permata boleh adjust masa yang sesuai untuk ibu bekerja aya suka juga nak hantar anak ke sana...


Nota : Sekarang ada pula TASKA PERMATA yang melibatkan ibubapa dalam aktiviti sekolah...dah banyak perkembangan positif...

Isnin, November 09, 2009

Gadis kristian memeluk ISLAM secara 'LIVE'

Assalamualaikum w.b.t


Ahad, November 08, 2009

Memenuhi jemputan itu wajib.

Assalamualaikum w.b.t


Hari ini saya suami isteri dijemput menghadiri kenduri tahlil dan pertunangan di rumah jiran. Saya perhatikan sejak 3 tahun lebih saya menetap di sini ada beberapa majlis perkahwinan di Taman ini sebenarnya, namun sebelum ini keluarga kami dan saya percaya 8 unit rumah deretan jenis semi d tidak dijemput....mungkin jenis dan harga rumah menyebabkan 8 unit rumah ini dianaktirikan oleh jiran2 rumah jenis kos rendah walaupun deretan rumah mereka betul2 berhadapan rumah kami...


Dan dikala hujan segala air kotor dan sampah sarap dari rumah mereka masuk ke pagar rumah kami juga namun kami bersabar dan tidak pernah bersuara dan memarahi mereka dan jika ada kenduri kendara jalan yang sama juga diguna membina balai dan kanopy yangn indah-indah belaka sehingga kami terpaksa berpusing guna jalan lain lalu jalan lebih jauh...


Jiran yang menjemput hari ini kebetulan kawan sepejabat suami dulunya, dan baru sahaja menduduki rumah yang beliau beli lama dahulu, sebelum ini rumah ini didiami oleh anak bujangnya sahaja.


Kebetulan juga rumah itu juga saya pernah sewa untuk 6 bulan pertama semasa kami baru berkahwin...satu kebetulan...dan mana mungkin saya tidak memenuhi jemputan ini?


Menu yang dihidang sungguh mewah sekali, banyak jenis lauknya, ada ayam berlada, kari daging, masak lemak labu, ikan dan banyak lagi...semua nampak sedap...namun saya merasa malu pula nak mengambil banyak2 sebab saya hadir sorang diri sahaja...berjalan lenggang kangkung sebab jaraknya 100 meter ajer dari rumah saya.


Saya ambil nasi sedikit bersama kari daging dan lemak labu serta sambal belacan. nak bertambah serba salah+malu malas nak bangun lagi. jadinya hari ni saya ikut sunnah berhenti makan sebelum kenyang.


Tuan rumah bertanya dimana suami, apalagi yang saya boleh katakan, dalam senyum saya jawab, suami kat rumah isteri tua suami kat PD ....yer begitulah kalau dah bukan giliran waima kenduri sahabat sendiri pun tak dapat dihadiri.


sebelum pergi ajak anak gadis saya, taknak pula dia lebih cinta tv dari saya agaknya saya hubungi suami nak tanya kenapa tak tinggalkan duit nak bagi kat kawannya tu berapa rm yang sesuai nak bagi kat tuan rumah? tak jawab pula, saya bagi jerlah ikut kesusuaian poket saya ikut standard orang melayu kampung2 iaitu RM10....


yer memenuhi jemputan itu wajib sebab itu saya penuhi juga walaupun saya malu sebenarnya jalan sorang2 lenggang kangkung semua orang kat balai pandang2 ambil makanan sorang2 pastu menyelit duk kat balai2 sorang2 takde kawan berbual sebab nak dapat pahala dan ini hadithnya;


"Barangsiapa yang tidak memenuhi undangan maka ia telah bermaksiat kepada Allah dan rasulnya" [hadith riwayat Bukhari no 5177]


"Kewajipan seorang muslim kepada muslim yang lainnya ada lima antaranya disebutkan ~ memenuhi undangan" [hadith riwayat Bukhari 1240, hadith riwayat Muslim No 2162]


Nota : Maka penuhilah jemputan yer puan2...besar ganjarannya...dan saya baru belajar cara nak buat strikethrough itu yang saya sakan dan tergedik2 cuba manfaatkan dalam entry hari ni...

Jumaat, November 06, 2009

How are the muslims?

Assalamualaikum w.b.t

Email dari suami, jom kongsi...


How are the Muslims of today?


Fajar is spent in sleep.


Dhur in college or at job.


Asar in Relaxing.


Maghrib busy doing other stuff.


Ishaa watching TV.


Jumaah salaat is only 2 rakaat, that too engrossed in worldlythoughts. If anyone prays tahajjud, that is considered astonishing!


Please remember...The first question asked in the grave will be concerning Iman.It is a request to everyone to invite others for namaaz / Salaat.


Insha-Allah, you will be rewarded for this!May Allah fulfill the legitimate wishes of the person who sends thismessage to all...Ameen!


There are 8 doors of Jannat:1. Jannat-ul-mava2. Dar-ul-maqaam3. Dar-ul-salaam4. Dar-ul-khuld5. Jannat-ul-adaan6. Jannat-ul-naiem7. Jannat-ul-kasif8. Jannat-ul-firdaus


Insha-Allah, on the day of qayamat / Judgement day- may your name be called from allthe doors...Ameen!


Islamic note...First Angel: Today I came so close to Allah that there were only 70veils between me and Allah S.O.T.


Second Angel: But when a momin stands for prayer, he comes so closeto Allah that even those 70 veils are removed!!


Rasool Allah ( S.A.W.) has proclaimed:

The person who is always in a state of wudhoo, Allah will increasehis livelihood!
The person who doesn't reveal his needs to others, his needs aresoon fulfilled!


Allah S.O.T keeps that person healthy and happy (abaad) who afterlistening to Hadith forwards it to others!

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP