Rabu, November 11, 2009

Tips berpoligami?

Assalamualaikum w.b.t

Saya melihat keyword analisis bagi blog ni dan paling banyak yang dicari adalah tips poligami. Huishhh ramainya yang berminat nak tau tips berpoligami ni....


Nampak sangat yang ada sesetengah pihak 'beriya-iya gatal nak berjodoh dengan suami orang kot? kalau tak takkan ada jer yang menggogle tips poligami nih?


hah...yang mana ada suami2 yang nampak ketara perubahan tu jaga2lah..jangan sampai terperangkap pulak ya!

Apalah agaknya yang nak tau sangat tips poligami tu,kan? Lelaki ker perempuan yang google tu agaknya? Saya rasalah dua2 pun ada....


Pastu saya pun google jugaklah dan ini antara web yang ada tulis2 pasal tips poligami ni....hah dari indon ni ha....Ini tips untuk suami rasanya, bukan saya yang tulis ini, tapi saya dapat disini...kalau ada yang google lagi kira dah ada maklumat ni w.pun bahasanya agak pelik sikit yer...


1.Lihat kembali pendapatan, tabungan, dan investasi anda, apakah kesemuanya mencukupi untuk dapat memenuhi keinginan anda untuk melakukan poligami


2.Ingatlah, bahwa poligami sama sekali nggak ada urusan dengan apa yang dinamakan kebebasan beragama.


3.Pastikan anda untuk mencari perempuan yang lebih cantik dan lebih muda (kalau bisa bukan janda) dibandingkan istri pertama anda, karena anda bukan Kanjeng Rasul Muhammad SAW kan? Jadi nggak mungkin anda hendak berpoligami dengan calon istri yang lebih jelek dan lebih tua dari istri pertama anda (kecuali jika calon istri anda konglomerat, dan itu berarti anda matre)


4.Siapkan beragam alasan (termasuk alasan religius) yang masuk akal (ataupun yang keblinger) untuk menjelaskan kenapa anda ingin berpoligami dan jangan lupa siapkan pula alasan kalau anda tidak pernah berselingkuh sebelumnya dengan calon istri anda


5.Siapkan pula skenario bila tiba-tiba usaha anda ditinggalkan konsumen karena anda berpoligami


6.Jangan lupa perhatikan pula persyaratan poligami yang paling utama, yaitu bila agama yang anda anut membolehkan poligami


7.Jangan lupa untuk mengajukan permohonan kepada Pengadilan di daerah tempat tinggal anda.


8.Siapkan pula argumentasi bahwa isteri anda tidak dapat menjalankan kewajibannya sebagai isteri atau isteri anda mendapat cacat badan atau penyakit yang tidak dapat disembuhkan atau isteri anda tidak dapat melahirkan keturunan kepada pengadilan


9.Siapkan surat persetujuan “suka-rela” dari isteri atau isteri-isteri anda


10.Siapkan pula surat pernyataan bahwa anda mampu menjamin keperluan-keperluan hidup isteri-isteri dan anak-anak anda beserta bukti-buktinya


11.Siapkan surat jaminan bahwa anda akan berlaku “adil” terhadap isteri-isteri dan anak-anak anda.


12.Jangan pernah memalsukan identitas anda seperti misalnya tentang status, usia atau agama.


13.Yakinkan istri anda untuk memberikan ijin dengan “suka rela” kepada anda untuk melakukan poligami


14.Bersiaplah untuk mendapat cercaan dari masyarakat....


Okay habis???? So m bagi iteri plak, macamana seseorang isteri yang setia dan taat dengan suami yang dicintai seluruh jiwa dan raga tu nak tau yang suaminya berlaku curang??? Ohh besar persolannya tu....hah kena siasat lah kot?


Okay..ni ada halwa mata yang boleh dibaca oleh sesiapa saja sekadar renungan....zaman sekarang ni tak kira, baik isteri baik suami dua2 banyak yang  berlaku curang, betul tak? .hehehehe..baca sini ek...

Definasi 'suami curang' ialah seorang suami yang menjalinkan hubungan dengan perempuan/lelaki lain diluar batas perkahwinan.


Definasi 'isteri curang' ialah seorang isteri yang menjalinkan hubungan dengan lelaki/perempuan lain diluar batas perkahwinan.


Isu yang diketengahkan sekarang bukan pasal lelaki boleh kahwin lain...


Masalahnya ialah berlaku curang oleh suami pada isteri dengan perempuan yang bukan isterinya lagi... Dua isu berlainan kalau dia berhubungan dengan dua perempuan dalam batas perkahwinan. Itu dipanggil 'bermadu'. Itu halal.



Boleh dikatakan berhubungan atau berdua-duaan dengan bukan muhrim berlainan jantina secara amnya berdosa. Kalau perempuan hendak keluar rumah atau kemana mana dia mesti berteman dengan at least 3 orang perempuan atau mesti dengan muhrim...dalam Islamlah...



Dalam isu ini, bila suami berdua-duaan dengan perempuan yang bukan muhrimnya, ini adalah dosa... So, kalau suami curang dengan isteri dengan menjalinkan hubungan intim dengan perempuan yang bukan muhrimnya, maka ini juga dosa...


Definasi 'hubungan intim' ialah sering berjumpa berdua-duaan samada di tempat awam atau private... Berpegangan tangan atau melakukan lebih dari norma norma hubungan lelaki dan perempuan seperti bermadah cinta yang memberahikan dan menghayalkan. Ini juga dosa.



Semua perkara diatas, kalau sebaliknya perempuan berlaku curang maka dosalah juga...



Bila lelaki dan perempuan diijab kabulkan, ada dua benda terjadi, samada (1) arranged marriage baik secara sukarela atau terpaksa dari dua belah pihak atau

(2) telah menjalinkan hubungan cinta.


Kiranya kita ambil sebab lazim zaman ini bila lelaki dan perempuan diijab

kabulkan ialah di atas sebab (2) iaitu telah terjalinnya hubungan cinta...Bila atas sebab cinta, ini adalah sangat broad... cinta kerana rupa, kerana kekayaan, even ada yang kerana gigi...heheheh... tak tahulah kenapa cinta timbul... orang kata cinta itu buta... memang betul... ia buta...



Definasi 'cinta'... perasaan luarbiasa yang hadir takala individu mengemari sesuatu samada physical atau tidak pada diri seseorang...cinta kerana paras rupa, cinta kerana sikap dsb.



Kalau pasangan sudah kurang 'cinta' pada pasangannya yang satu lagi, mata dia terbuka untuk mencari cinta baru...Bila ini berlaku, perasaan pasangannya tidak lagi diambil kira. Jawapan pada soalan farahanim... tak akan ada masa mereka yang berlaku curang untuk memikirkan perasaan pasangannya kerana perasaan cinta baru telah pun menguasai diri...



Moral of the story : Nilai perkahwinan bergantung kepada kadar toleransi suami isteri untuk menerima dan memaafkan kelemahan dan perbuatan pasangannya. Kalau cinta, sayang, empati masih utuh, kadar toleransi selalunya akan lebih kuat. Bila cinta, sayang dan empati kian pudar... perkahwinan itu pun sudah tidak akan bermakna lagi...


Luahan saya: Berlakulah sejujur dan seikhlasnya pada pasangan, samaada dia nak kahwin lagi itu soal kedua. sebab jodoh pertemuan semua telah tertulis sejak di Loh mahfuz....cara mana nak dielakkan???.... kalau dah terkena batang hidung sendiri kena paksa rela redha jerlah...kan?

11 cetusan rasa:

lupekanje berkata...

Bermadu itu sebenarnya indah...
wahhh...kempen nih.

Tapi pecayala...sesuatu perkara yang kita lakukan adalah indah apabila kita pandai mengemudikannya ke arah kebaikan.

Bermadu, mendidik hati...agar sedar selalu, bahawa kita hidup ini hanya sebagai khalifah Allah..
Hanya sementara....
Hanya untuk persinggahan mengumpul bekal ke akherat...

Sepanjang menyinggah tu, pepandai lah samada nak selamat kat sana atau akan hancuss awal2 lagi...kerana merebut keindahan sementara di tempat persinggahan ini....

Bertuahlah pada mereka yang dimadukan oleh orang yang bertanggungjawab dlm segala aspek penghidupan rumahtangga...

Bertuah juga kalau anda diuji oleh suami2 yang dot dot dot... atau kata penuhnya, gatei nak tambah bini...
sebab apa betuah, kerana anda telah diberi peluang untuk mengutip pahala sabar...
sekiranya anda tidak sabar, maka terlepas lah peluang itu. Tak pe, mungkin anda akan diuji dgn mender lain pulak yang memerlukan anda untuk bersabar juga..hehhe

kerana dalam hidup ini, perisai manusia yang perlu ada adalah..SABAR.
barulah akan mencapai kegembiraan dan kebahagiaan di dunia dan akherat jua.

Bener deh smua yang di titipkan di sini... terima kasih atas perkongsian bersama ini.

Hanisumayyah berkata...

Acik...

Saya setuju sangat tang kena 'sabar' tu...rasanya yang tak berpoligami tu pun tips utama dalam rumahtangga kena banyak sabar jugak...

Bermadu ker tak bermadu ker masalah rumahtangganya tetap ada...yg tak bermadu pun banyak bercerai-berai apatah lagi bermadu,kan?

Jangan sibuk2 nak pertahan rumahtangga dan jaga suami jer..sedangkan hidup ni sementara, yang disana pasti macam acik cakap tu...baik kita tumpu pada ibadah dan taat suami selagi tak langgar syariat...itu lebih baik kan acik?

lupekanje berkata...

betul3x...
formula hidup kat dunia ni mudah je.
Buat yang di suruh
tinggalkan yang dilarang.

cam mudah je..tpi akan payah pd yang rsa ianya payah.

Hanisumayyah berkata...

Tulah kan...yang sementara nilah berebut2 org nak kejar...yg pasti macam janji syurga neraka tu buat tak tau jer...

Walaupun kehidupan ni antara lahir dan mati...tapi banyak ceritanya...tempoh 60-70 tahun tu pendek jer kan...yg lamaaa di alam sana nanti..tapi ramai kejar tempoh yg pendek ni...

Siti @ nurie berkata...

aduh...siti harap siti tak tergolong dlm golongan yg diuji kesbrnn siti dlm hal ini...inilah yg siti takut2kan sagt....

Hanisumayyah berkata...

Siti...

Kalau siti kena uji pun maknaknya siti layaklah untuk berpoligami...kan ujian yg datang pada kita tu sememangnya allah bagi pada hambanya yang layak....siti doa banyak2lah....kalau benda baik dan halal ni kita kena fikir medti ada hikmahnya...walaupun disebaliknya banyak juga susah payah...kena banyak sabar...tu jer jalan keluarnya...

Rohaniah berkata...

Salam Hani...yang indon tu tak berapa nak faham bahasanya hehhe..

Baru jer baca kat Majalah Wanita malam tadi artikel bertajuk "Kenapa Kahwin Kalau Mahu Curang"...tapi ni lebih kepada curang yg Hani cerita tu lah, bukan poligami...

Apa-apapun, semuanya terletak kepada niat, tak gitu?

Nanti email akak kat wrha71@gmail.com, pasal MLM yang Hani nak tahu tu

Siti @ nurie berkata...

ntahlah kak..bila baca bab2 mcm ni..jadi tak keruan pulak....seram pun ada....

Hanisumayyah berkata...

Kak rohaniah...

ok..ok nanti aya email yer...



Siti...

janganlah gitu..poligami ni takder apa lah...semuanya terpulang pada kita...asalkan kita positif semua jadi okay jer...

Mak Su berkata...

whoaa, naper ek? testing market ker depa-depa tu?

Hanisumayyah berkata...

Maksu...

Yer kot...heheee, test market tengok mampu ker tidak kot!

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP