Assalamualaikum w.b.t
Depan rumah saya baru dua tiga minggu ni di upgraded padangnya. Dengan rumput yang baru ditanam. Dengan alat senaman dan playground yang baru. Dengan trek berjoging.
Indah, bersih dan takde cacat celanya. Cantik dipandang mata.
Banding dulu teruk sangat, bertakung air di sana sini. Rumput pun gondol ajer...alat permainan tak tau zaman bila punya...
Dan sekarang siap dengan papan tanda amaran yang besar tentang peraturan dan tatasusila jika menggunakan padang permainan berkenaan.
Tapi saya pagi selalu nampak orang2 wanita dewasa [yg buat tai chi] pagi2 berbuai dengan ghairahnya atas buaian untuk kanak2 bawah 12 tahun.
Dan saya selalu juga nampak alat senaman kaki [berhayun] yang sepatutnya digunakan oleh seorang pada satu-satu masa dinaiki oleh dua orang. Berebut agaknya tu sudahnya jomlah naik berdua!
Dan saya juga membaca dipapan amaran tentang larangan bermain bola sepak dipadang berkenaan. Tapi tiap2 petang baik panas mahupun renyai pasti ada sekumpulan besar kanak2 dan yg remaja bermain di sana. Sampai santak melepasi maghrib.
Dan saya amati, rumput yang baru nak bernafas layu kekuning-kuningan dan kini mati dipijak pemain2 bola sepak ganas itu. Mana tanggungjawab kita....bagaimana anak2 kecil seperti anak saya nak bermain...sedangkan bila2 masa bola boleh mengena kepala?
Satu sudut, pemerintah kena fikir alternatif dalam menyediakan kemudahan padang bola sebab itulah satu2nya permainan yang menjadi kegilaan remaja melayu kita....atau cari jalan supaya dapat dimanfaatkan padang bola sekolah buat remaja beriadah...tapi padang bola sekolah selalu sepi dan padahnya padang2 permainan taman2 perumahan jadi landasan bermain bola sepak....kesian anak2 kecil yang nak berlari ke sana sini....dan sayang juga belanja juta2 naiktaraf padang2 permainan tapi sudahnya kualiti padang balik2 itu juga....
Episod baru..
4 minggu yang lalu
2 cetusan rasa:
SALAM..
kisha yg sama macam di taman saya.mgkin kita dinegeri yg sama kot?taman depan umah di baru di tambah permainan yg baru,dah tambah buai.jongkang jongket dan papan gelunsur..tong smph dan juga kerusi utk berehat.dan jga papan amaran supaya sama2 menjaga agar kemudahan yg disediakan tidka dirosakkan..tp masih ada anak2 yg tidak mengikut peraturan..biarlah anak org,tp anak saya mmg dimonitor supaya bermain ikut peraturan dan jgn sekali2 merosakkan kemudahan tersebut.tp sian anak saya sbb dia konfius,kenapa org lain x mcm mereka..saya cakap 'mak dia x bgtau..sbb tu dia lupa.umie dh bgtau ni kakak dan abg main elok2.dah rosak nnti x leh main lagi'..
kecik2 dah vandalisme..
Irfa...
Tulah susahnya, kalau tidak semua masyarakat ada kesedaran menjaga kemudahan awam...nampaknya kempen2 kesedaran oleh piohak berkuasa perlu dipertingkatkan...apapun semua kena didikan dirumah dahulu...sukar dibentuk bila ibubapa di rumah tak mengajar benda2 begini...
Catat Ulasan