Assalamualaikum w.b.t
Berita ni dah lama gak saya baca tapi saya suka ajer nak letak sini....bangga seyy dapat tengok wanita bercadur begini di PBB..sapa kata takleh kedepan kalau menutup aurat penuh???
Wanita pertama Iran di PBB
ROME 15 Nov. - Wanita pertama Iran telah membuat kemunculan luar biasa malah ia dilihat sebagai sesuatu yang sangat luar biasa apabila beliau membuat kemunculan itu dalam satu forum persidangan kemuncak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang membincangkan isu membasmi kebuluran di Rome.
Isteri kepada Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad itu tidak pernah membuat sebarang kemunculan awam bersama suaminya dan dipercayai tidak pernah menganjurkan sebarang pertemuan di khalayak ramai.
Wanita pertama bernama Azam al-Sadat Farahi itu muncul dalam forum yang dihadiri isteri-isteri pemimpin negara yang diadakan pada hari ini.
Objektif persidangan kemuncak itu diadakan ialah untuk menyusun strategi membasmi isu kebuluran dunia yang bermula esok di ibu pejabat pertubuhan makanan dan pertanian PBB di Rome.
Farahi memakai Chador iaitu sejenis pakaian tradisional wanita Iran, ketika duduk di kalangan isteri-isteri pemimpin negara yang lain selain turut menyampaikan ucapan di dalam forum itu yang diketuai oleh Suzane Mubarak, isteri Presiden Mesir, Hosni Mubarak. - AP
Episod baru..
4 minggu yang lalu
4 cetusan rasa:
Banggakan hani...tak semestinya wanita yang sentiasa berchador itu mundur...kadang kala mereka lebih berjaya dari kita...
Kak anie...
yer bangga sebagai wanita islam ada gak akhirnya wakil....nak harapkan wanita pertama dari malaysia berketramapilan begitu entah bila agaknya?
tak de masalah bab cadur, bukan aurat tu yang nak mesuarat, tapi otak :)
caiyuk caiyuk muslimah!
maksu..
betul sangat lah tu....tapi kadang org menilai secara luaran..
Catat Ulasan