Rabu, Oktober 29, 2008

Di hujung syawal ini...

Assalamualaikum w.b.t
Hari depavali hari tu, saya ada kelas ganti pagi to petang. Sepatutnya sabtu kelasnya tapi lect tu tak sihat, rupanya dia cancer survivor, jadi kesihatannya memang on off. Hari isnin tu hani masih demam, pagi2 saya dah hantar dia ke sekolah, cikgu idda sanggup jaga. sampai jer sekolah cikgu idda dah siap2 nak keluar breakfast, terus jer bawa hani ke kedai. Saya bekalkan hani handphone, dahlah demam kan, hari cuti dia sorang jer ke sekolah...saya bekalkan tu dengan hasrat bolehlah dia call ayah mana tau dia teringat ker... tapi masih kekal dengan 'tak mahu call ayah sebab kakak tak mampu' lagi.



Risaunya saya, memikirkan kalau peceraian ni jadi kenyataan, adakah Hani akan jadi tuntutan antara kami. Kalaulah pak haji dapat buktikan yang saya sebenar2nya kurang masa dengan hani dan sanggup biarkan anak dijaga oleh guru yang bujang dan ia dapat buktikan masa bekerja saya yang menuntut 24 jam, saya fikir ntah2 hak saya terhadap hani boleh dinafikan...



Memandangkan isu hak penjagaan anak yang seorang ni buat saya tak ketahuan jugaklah. Harap2 Hani sekuat saya...biar dia bertahan macamana saya bertahan. Cuma saya tak mau kesan negatif saya tu terkesan juga pada dia. Membawa mak ke sini buat dia ceria. Masuk hari ni dah 8 hari demam dia on off kejap pans kejap sejuk. Ubat dah nak habis dah, w.pun dia ceria dan cergas seperti biasa suhu badan ia kdang2 ta sangka tiba2 menddak naiknya.



Sampai lepas exam nanti barulah saya dan hani balik ke kampung dah nak naik semester bulan jan nanti barulah balik ke sini semual.
Perpisahan ini diharap memberi ruang pada kami berdua (saya dan hani) dan pak haji untuk mencari dan muhasabah apa yang patut. Topik cerai berai ni memang tak syok tapi itu hakikat yang perlu saya nyatakan dengan fikiran dan hati yang terbuka. Takde masa nak meleleh2 air mata, takde ruang dah nak bersedih2 dan tak perlu nak ditangisi keedihan. Pilihan ditangn saya, harap inilah jalan yang terbaik. Moga Allah memberi rahmat buat hambanya.



Samaada ada org yang sokong atau tentang di sekeliling saya, tapi inilah keputusan saya. Cerai!!! Walaupun bergegar arasy allah bila penceraian berlaku, tapi itulah sesuatu yang halal yg diperuntukkan dalam islam bagi kes2 tertentu....alam tadi saya baca semula entri2 lama saya (kisah2 bergaduh) dan saya dapati saya dah cukup sabar dan saya dah cukup dicabar cuma sebelum ni saya takde kekuatan bergelar ibu tunggal sebab saya kerja, tapi sekarang saya tak kerja dan saya hanya ada 8 org penting lain disekeliling saya (coursemate) yg saya tak kenal sebelum ni dan diorang tak pernah ambik tau background saya dan tak pernah tanya pun pasal kisah saya....



2010 nanti saya kerja pun besar kebarangkalian saya akan berpindah dan saya akan mulakan cerita baru, kawan baru, semangat baru...takde apa yang nak digelikan dengan gelaran ibu tunggal. Mungkin ramai nanti yang faham saya bercerai sebab kami berpoligami....w.pun hanya saya dan pak haji tau kenapa kami bercerai...agaknyalah...sooo apa lagi yang nak ditunggu....kita mulakan dengan semangat baru...go...go...salwa go.....

3 cetusan rasa:

HappyIrfa berkata...

salam kak wa..
semoga hani cepat baik..ayat hani mengalahkan org dewasa.mgkin sbb pengalamannya mendewasakan dia..

zareda berkata...

Salwa
Kak zar doakan yang baik baik untuk Salwa. Semoga semuanya dipermudahkan

Berumahtangga ni untuk bahagia tapi kalau asik menahan rasa mungkin salwa harus fikir penyelesaian yang terbaik. Cerai mungkin bukan yang utama tapi sekurang kurang bersedia. Kak zar cuma memandang tapi bahu salwa yang memikul. Fikir sehalus mungkin bukan sahaja untuk Salwa tapi untuk Hani juga.

izawani/JEEN berkata...

Akak nak serius, tapi rasa nak senyum jer dengar masalah salwa nih. Biarpun masalah memang serius... tapi bila korang berbaik semula... rasa tak berbaloi akak nak masuk campur... ekekeke...

Harap, salwa gembira dengan kehidupan yang salwa tempoh... (Tak baik akak gelak kan ? Tapi kelakar la bila korang berbaik semula... hahahaha... So, ingat saja saat bila korang berbaik... buleh ?? Mudah-mudahan hilang segala marah dan benci... kan ?)

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP