Jumaat, Mac 19, 2010

Adab berpakaian bagi perempuan

Assalamualaikum w.b.t





Kesalahan gambar-gambar ini;

Atas kiri: kain terlalu singkat

Atas tengah : Baju lengan pendek, kain singkat, tudung terlalu singkat, tidak bersarung kaki

Atas kanan: Tudung tak menutupi dada, tidak bersarung kaki, menampakkan bentuk tubuh, baju singkat

Bawah kiri : Tudung tidak menutupi dada

Bawah tengah : Nampak bentuk tubuh, solekan jelas dilihat

Bawah kanan : lengan pendek, tidak bersarung kaki, kain berbelah di hadapan

Anda suaipadan  kan sajalah imej dan pakaian yang selalu anda pakai, keluar jalan2 ker, membeli belah ker...hah bandingkan dengan gambar ini. Bukan cakap orang ni, diri sendiri pun ada terkena jugak!

edih tau rata-rata remaja saya tengok pakai yang macam gambar atas sebelah kanan tu....sama jer dah dengan bangsa-bangsa bukan islam, yang berbeza sebab mereka ada tudung kecik atas kepala...tu pun alahai jarangnya....shawl yang ada sekarang ni memang tak sesuai menutup aurat, setakat membalut kepala jer....

Mak-mak budak pun pakaian sekarang aduh ranggi semacam....terutama dengan perkembangan fesyen, kalau boleh agaknya semua fesyen yang ada nak dicuba. Satu lagi saya tengok ramai jer yang tak kisah bertudung tapi berlengan pendek...tak taulah mazhab mana diorang ikut....lengan tu aurat cik adik...cik kak oiii....rambut sakan tutup...lengan tak kisah pulak?

Nak kata keluar jalan pakai jeans Thirt ringkas dan senang....tak sebenarnya lagi susah saya rasa....yang senang nak pakai sebanarnya apa yang dianjurkan islam dalam konsep menutup auratnya....takde lah susah payah nak carik fesyen sana sini, labur duit ribu riban beli itu ini ...nak berfesyen kononnya...setakat pakai yg gelap2/longgar2/ tak menarik perhatian....kan senang tu? Bukan apa.....jangan nanti sudahnya kat sana menyesal tak sudah nanti....sana mana tu? Alah...padang mahsyarlah!

Remaja sekarang pun walau berbaju saya tengok suka pakai baby T ...walaupun lengannnya panjang tapi bajunya agak singkat, kalau membongkok nampaklah lurah bontotnya....tak perasanker diorang ni? Sian kadang tu, benda patut sorok percuma jer orang tengok....

Mak2 budak pun sama....sengaja jer fesyen yang menonjolkan gunung kat dada tu...buat santapan mata2 lelaki ajnabi, baju lak ikut body nak tunjuk puggung yg masih ampuh? Ni saya cakap base on apa yg saya nampak depan mata....sekeliling saya....saya rasa sekeliling anda pun sama! Fesyen yang tak memenuhi ciri2 selari islam dah menjadi begitu dominan dalam kalangan wanita..dah semua org pun ikut trend macam tu....macam pelik kalau keluar weekend tak pakai jeans....jeans plak jenis yang balut kaki yer....bukan longgar tu....kalau longgar okay....tapi jenis balut aurat ni bukan tutup aurat.....ntah...semua pun tau, tapi dah namanya pompuan mesti nak bergaya.....

yang remaja pulak, sukar nak komen pakaian remaja hari ni, agak kebaratan dan takde nilai2 ketimuran dah....pakaian anak2/remaja kita kat negara ni dah sama jer fesyen dia kalau  tgk darama/filem dari barat...semua sama jer fesyen nya....malah ada yg leb la lg fesyennya.....hari ni amat janggal nak tengok remaja pakai sopan ke shopping complex, sopan macama gadis melayu baju kurung, jubah....komen lebih2 nanti ada alak yg terasa.....adalak kata baju kurungpun seksi gak.....pada saya asalnya baju kurung tak seksi tapi individu tertentu yg buatkan ia jadi seksi.....jadi fikirlah sendiri...


Azab Tidak Menutup Aurat

Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda : Bahawasanya, perempuan yang sengaja mendedahkan auratnya di khalayak ramai tanpa segan silu; tak kira samada dia anak dara, janda atau isteri orang; tua ataupun muda; dia akan dilaknati oleh Allah S.W.T, malaikat2 dan segala makhluk di muka bumi ini sehinggalah perempuan itu diturunkan bala oleh Allah S.W.T.


Jika perempuan itu anak dara atau janda maka bapanya akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung dosanya. Manakala bagi perempuan yang sudah berkahwin, maka suaminyalah yang akan dipertanggungjawabkan. Surah Al - Nisa ayat 29.



Daripada terjemahan hadis di atas dapatlah dirumuskan bahawa perempuan Islam yang sengaja mendedahkan aurat untuk tatapan umum selain dari suaminya atau muhrimnya, akan diazab dengan siksa yang amat dahsyat bermula dari azab kubur hingga ke azab siksaan api neraka yang amat menyiksakan.



Seperti yang diriwayatkan di dalam Al-Quran, ketika Rasulullah mengembara di Israj Mikraj, baginda ada menyaksikan bagaimana perempuan2 yang mendedahkan aurat itu disiksa dengan penuh azab ketika di dalam kubur di mana buah dada perempuan2 itu dipatuk berulang kali oleh seekor ular yang amat besar dengan matanya yang merah menyala dan menakutkan.


Manakala faraj perempuan2 ingkar itu dimasuki oleh kala jengking, lipan dan segala jenis binatang berbisa yang mana ke semuanya akan merobek2 faraj perempuan2 itu sehingga hancur. Dan ketika Rasulullah melalui kawasan neraka Hawarah, baginda mendapati kesemua perempuan2 yang mendedahkan aurat itu akan digantung buah dada mereka dengan penyangkut besi berapi dengan rambut2 mereka dipakukan di tebing api neraka yang amat panas itu.


Tubuh badan mereka akan disalai di dalam api neraka sehingga hangus dan hancur manakala dari faraj mereka keluar lendir berupa nanah yang amat busuk sekali sehingga semua penghuni neraka meminta perempuan2 ini dikeluarkan dari kawasan itu kerana tak tahan dengan bau busuk dari lendir nanah tersebut.



Penyiksaan yang penuh sengsara itu sentiasa berulang di mana tubuh badan yang sudah hancur berkecai itu akan terbentuk semula seperti sedia kala dan akhirnya berkecai lagi setelah diazab sedemikian rupa. Rasulullah sampai pengsan apabila melihat penyiksaan yang amat dahsyat dan mengerikan itu.



Jadi bila kita ada isteri, ibu, adik, kakak dan kawan2 perempuan, segeralah menasihati dan mengingatkan mereka agar mereka terhindar dari siksaan yang amat pedih itu. Nauzubillah.

Wassalam

0 cetusan rasa:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP