Jumaat, Mac 26, 2010

Haruskah ku bertukar menaiki motor?

Assalamualaikum w.b.t


Zaman ni setiap keluarga hampir boleh dikatakan memiliki kereta....kalau takde kereta tu memang macam lainlah...dan memiliki kereta bukan lagi kategori orang yang berduit. Malah takde duit pun pada pandangan kita sesorang tu tapi ada dua tiga bijik keter.


Bila semua dah ada kereta, masalahnya kesesakanlah....mana-mana kita pergi ada jer kesesakan....parking, lalulintas. Malah kemalangan pun meningkat, tapi yg ni mneingkat bukan faktor kereta banyak semata2...


Wah...intro panjang sangat....sebenarnya saya ni merasa sangat tertekan akhir2 ni sebab masalah kesesakan dan masalah parking.


Sangan 'tegang' pagi2 satu sebab kena kejar masa, dengan kesesakan lagi, pastu masalah parking kereta yang teramat2 masalah.


Makanya, saya terfikir nak kembali menaiki motor macam dulu2...agak2nya selesai sedikit masalah saya, takde masalah parking, dapat jimat masa dan tenaga dan dapat gak jimat duit...


Mana lak nak carik motor murah2 ni....dah kena siapkan fizikal untuk merempit dan kena asah skill semula untuk mencelah dan memotong....


Fuuuhhhh....sanggupker tahan panas tengahari2 ni....


p/s: Ni rentetan daripada masalah kereta saya kena clamp! Dah dua kali kena dah ni...sekali kat kuarters dua minggu lepas, ni baru kejap ni nak gi ambik anak sekolah tengahari ni kena kat pejabat lak! Eiiii....hari ni macam2 dugaan lak....



Wassalam

5 cetusan rasa:

Erna berkata...

naik motor,bukan tak bolih..tapi hati2 la..akak pernah juga ..tak tahan dengan kesesakan..naik motor..tapi berdua la ngan suami..alahai seramnya...bila kereta laju2 dengan lori yang besar2 seram juga..ikut highway palk tu..tapi kalau nak ke bandar seremban tu..naik motor jugak..susah betul la nak parking kalau naik kete..

zino berkata...

clamp kat mana tu sure parking tak kena tempat kan.. motor ni seram sikit.. maklum la dia tu kecik.. macam mentimun je jadi nya nanti..

apa pun fikir masak masak nak guna motor ni..

Hanisumayyah berkata...

Erna...

Akak nak naik motor ni area Putrajaya...nampaknya 1 April ni dikuatkuasakan laluan motor, tu yg confident tu....tambah2 ramai gak perempuan yg naik motor sini...jalan pun luas...mungkin perhati dulu suasana, sebulan dua nanti baru buat keputusan...


En Zino....

Area Putrajaya ni teruk benar masalah parkingnya akhir2 ni, kereta tu suami yg bawak, tu yg kena clamp, kereta saya pulak kena rantai parking kat kawsan pelawat...hahaaaa...xtau dah nak park dimana, semua pun penuh! Camno tu?

ibuVouge berkata...

siannya.. sabar ye kak

Zareda Norman berkata...

kak zar pun busan dengan masalah parking pejabat memandangkan pejabats edang under construction.. sebab tu kengkadang ikut jer cik hubby naik motor. Otak tak penat, jimat lagi. soal keselamatan tu usaha doa dan tawakal.. kalau nak ajal, dalam kelambu pun malaikat maut datang. Hati hati dan serahkan kepada Allah SWT

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP