Sabtu, Jun 19, 2010

20 tahun kahwin, tak pernah panggil nama isteri...

Assalamualaikum w.b.t


Pagi tadi lepas subuh menonton TV9 sambil-sambil mengadun cekodok ikan bilis...siap tu terus makan depan TV. Menarik pulak, ada rancangan tanya ustaz, tertulis situ secara langsung, tapi pernah jugak tengok tengah malam pun ada rancangan tanya ustaz ni....ulangan @ secara langsung tak pasti.


Salah seorang pemanggil tu bertanya ustaz, adakah panggilan kepada pasangan (isteri) sebagai salah satu nafkah buat isteri dan isteri berhak menuntut supaya suami memanggilnya dengan panggilan yang baik dan disukainya.


Masalah pemanggil tu (ustazah mengajar mengaji) dah 20 tahun  kawin tapi beliau tak pernah dipanggil dengan nama, gelaran bahkan 'awak' pun tak pernah.


Mula2 saya pelik juga, takkan lah tak pernah, dah 20 tahun...bukannya sekejap tu.


Katanya, kalau suami nak bercakap dengan dia, suami akan kuatkan suara, ataupun kalau dekat suami akan pandang dia sebagai tanda nak bercakap....


Pemanggil tu sambil menangis cerita suaminya bertanggungjawab, bahkan melimpahkan kasih sayang buatnya, tak pernah kurang cuma suami tak pernah memanggil dia dengan sebarang nama.


Katanya, kalau bangun pagi, suaminya pun takkan panggil namanya, suaminya hanya datang dan goyang-goyangkan badan dia untuk kejutkan dia bangun tidur! Suami sanggup goyang badan daripada panggil nama dia!


Perkara ni pemanggil tu baru sedar sejak akhir-akhir ni, dan setelah puas difikir dan diteliti memang suaminya tak pernah panggil namanya, bahkan memanggil dengan nama "awak" pun tak pernah.


Dan dia pulak malu nak cerita kat kawan2 dan malu jugak nak tanya mana-mana ustaz...hanya ni baru tergerak nak telefon kat rancangan "tanya ustaz'...


Komen saya;

Sedihkan.....dan kenapa pemanggil tu tak berbincang dengam suami dia, suruhlah ubah, bukannya susah...bahkan suaminya kaki ke masjid, kira orang yang faham....takkanlah susah benar nak ubah benda tu...kalau panggil nama 'yah, yam, minah' pun jadilah...jangan tak panggil langsung...terus cakap jer apa nak. apa tu? .macam kurang ajar pulak kan....

Mak ayah saya dulu konsevatif...takde panggil  'abang' depan2 anak..malu agaknya...mak ayah saya bahsakan diri masing2...'awak'...bapak saya panggil mak saya "mah"....konon dia nak cakap dengan mak saya, macamni ayat dia;


"mah...awak nak ikut tak gi rumah orang kawin ni?"-->'awak' tu merujuk pada mak saya


"takkanlah 'awak' jer nak menolong..abih orang lain buat apa?"--> 'awak' tu ayah saya bahasakan diri dia, mungkin nak sebut abang tu malu dan tak biasa....yerlah orang dulu2 kawin zaman 60 an...mak saya pun bahsa kan ayah saya 'awak' kalau bercakap....


Anak muda zaman ni terlebihlah pulak

Tu hal pemamggil tu dan mak ayah saya, yang anak muda zaman sekarang ni takde apa2 dah gatal panggil pasangan dengan panggilan 'ayah/ibu', ada tu 'mama/papa', 'mummy/daddy'...eiii gelik pulak dengar...


Bukan dan kawin, baru berpacaran dah tergedik2 berangan macam orang dah ada anak....eiii... tapi apa nak buat, dah jadi trend lah pulok....mungkin nak senang dah ada anak nanti takdelah kekok nak panggil...heheh..macam2..



Apapun, komunikasi ni sangat penting dalam membina hubungan yang berkesan, termasuklah cara memanggil pasangan. Macam saya, dari awal dah declere dengan pasangan saya (suami) jangan panggil saya 'yang' sebab saya geli...heheheheee....elok2 orang panggil sayang@yang, saya yang nak menjawab ni tergelak2....camana tu?


Anda camana...panggil pasangan apa?

Wassalam

4 cetusan rasa:

Siti @ nurie berkata...

apalah akak ni...dah soh jgn panggil ayang @ sayang pulak..ok aper....hik hik..

ct dulu belum kawin, mmg dah ckp ngn asben, kalau ada anak pun, jgn sesekali tetibe ubah panggil ct jadi "mamalah", "ibulah"..sbb ibu dan mama tu khas gelaran dr anak2...kita bukan ibu or mama dia..hik hik

Hanisumayyah berkata...

Siti..

Tulah rambut sama hitam, hati lain2...mungkin sebab dah ada yag memanggil 'sayang' pada cik abang, akak jadik geli....xtaulah..hehehee

kak Erna berkata...

akak sejak ada anak dah panggil..sama macam anak juga..puncanya..bila anak pandai cakap..anak marah..apa lah mak ni..tu kan ayah ..panggil la ayah..lama2 dan ajar anak2 dah terbiasa panggil sampai la sekarang..

Tanpa Nama berkata...

Takperlah kak...asalkan dua2 tak kisah..macam saya, saya selesa dipanggil nama sendiri....asalkan dua2 bahagia....:)

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP