Assalamualaikum w.b.t
Ramai yang main suka-suka sahaja gunakan bahasa singakatan sms dizaman ni. Bukan sms jer kalau dalam FB tu, khususnya remaja alahai, teruk bahasa dilacurkan....saya cakap ni sebab saya tengok anak2 buah sendiri kalau borak dalam Fb masing-masing macam2 ejaan dan sebutan pelik2 diorang tulis. Nah apa2 jer..
SMS diorang main hentam jer, macam itu dia tulis ittew, ada lagi macam seperti leh join , yg cute, sume, jer, dan pastu, U, I, 4 (for), 2 (to), @, dan $.
Tak caya cuba pantau remaja punya sms atau kat FB...memang hancur bahasa bila tiba kat tangan diorang. Sampai tak fahamlah kalau kita yang membacanya.
Sebenarnya DBP ada keluarkan garis panduan untuk bahasa sms ni supaya penggunaan bahasa sms ini terkawal dan tidaklah sewenang-wenangnya digunakan sehingga tidak membawa kepada kemurnian bahasa melayu itu sendiri.
Dan ini adalah panduan tulis sms dengan menggunakan bahasa singkatan. Silalah lihat mungkin ada manfaat buat semua.
Wassalam
Episod baru..
5 minggu yang lalu
0 cetusan rasa:
Catat Ulasan