Assalamualaikum w.b.t
Sungguh tak faham dengan perangai sesetengah pemandu. Macam takde rasa bersalah langsung.
Selamba jer buang/campak sampah keluar dari tingkap kereta.
Selalu saya nampak benda ni.
Kalau puntung rokok tu toksah cakaplah...main lempar jer...masih berasap lagi puntung tu...
Sian kat rumput yang menjadi mangsa tempat dia mendarat...kepanasan dan mati sel2 daunnya.
Kadang tisu....terutama masa traffic light merah. Sementara menunggu tu sempatlah kot ambik tisu lap2 dashboard kereta tu...
Lampu hijau jer, amboi cantik jer turunkan cermin jatuhkan tisu kat atas jalan...slow and steady jer
Bukan jalan2 kat ceruk kampung ni!
Jalan yang bersih kat Putrajaya yang saya cerita ni.
Terkadang, sampah bekas makanan macam plastik jajan, mak ayah biar jer anak2 baling dari dalam kereta ke luar...
Sungguh tiada rasa tanggungjawab.
Tu baru isu kecil.
Tapi sekarang bukan sampah jer yang dibuang,kan?
Anak yang jenuh dikandung dan jerih payah dibersalinkan pun dibuang!
Masih sanggup dibuang! Hidup lagi tu, bukan ajer yg dah mati (meninggal) dibuang
Macamana nak cakap?
Salah siapa?
Mak ayah? Pergaulan sosial? kurang didikan agama/moral? media baru tanpa sekatan? sistem pendidikan?
Hmmm, pendek kata semuanya memberi sumbangan serba sedikit!
Sistem sosial masyarakat hari ni tak serupa dengan dahulu.
Budaya kita sudah berbeza. Tak jadi halangan anak2 remaja pulang lewat bahkan tak balik pun takde sapa kisah (kalau mak ayahnya sendiri tak menegur memang berterusanlah)
Tak jadi kesah juga berpacaran, malah kalau takde makwe/pakwe tu yang jadi kesahnya!
Sangat2 dituntut pakwe dan makwe berdating...menonton wayang, berjalan berduaan, makan berduaan....tiada batas waktu...samada siang malam dua2nya diterimapakai secara meluas...
mak ayah pulak begitu percaya dengan anak gadis/teruna yang duduk merantau jauh dari mereka! bukan 100% malah 200% kot! Malah kalo ada pakwe/makwe tu lagi bagus ada jugak yg ambik berat sakit pening! Heyyyy....betul tau ni, pengalaman sebenar depan mata saya! Anda pun tentunya!
Mak ayah gusar kalau anak dara/anak gadis takde pakwe/makwe..bimbang nanti lambat kawin pulak!
Walhal bukankah jodoh itu sudah diputuskan Allah sejak alam roh lagi? tak percaya? Ia akan datang sendiri dengan pelbagai cara, usah dicari, ia menunggu anda...
Maka kalau dicari juga...itulah yang timbul pelbagai cara & akibatnya...berjumpa...berdating...bermesra di tempat hiburan...anak2 esok2 pun akan ikut cara yang sama...tak boleh keluar dari lingkaran yang sama...mungkin lebih teruk lagi....
Maka mudahlah bangsa kita terpedaya dengan pelbagai angkara, dengan fesyennya...ohhh tak terkata lah saya tengok fesyen anak2 muda (termasuklah mak2nya pun sama) sungguh2 takde beza apa dengan yang dibarat sana, sama malah berlebihan pulak gayanya....tudung masih dikepala tapi gunung/bukit/busut semua tertonjol, lagi kecik baju lagi up to date, lagi sendat, lagi ketat lagi ko menawan!
yang tak bertudung pulak lain caranya....eh ramainya sekarang remaja/wanita yang sanggup pakai seluar pendek (katuk?)ya....walhal kulitnya sama sowo matang macam saya! Kadang ada yang malu2 alah nak pakai, sarung lak legging dalamnya...what a stupid!
Dengan foodnya, ada yang tak kisah langsung makan kat tempat yang takde sijil halal...hmmm merata muka macam saya selamba bangga makan kat tempat yg dahpun diwar2kan tiada sijil halalnya..hmmm nak cakap pun kawan2 bangsa kita jugak....tak tau? hey...google jer melambak keluar hasilnya...zaman ni kalo kata tak tau, memang sungguhlah naif!Ikut trend kononnya...tekak pun dah pandai nak cuba makanan segala jenis...(syurga lagi tak tergambar beb, sungai susu/madu, makan sedap2 tak kenyang2....meleleh air liur lah di sana nanti..)
bila makan pun kita tak ambil kisah halal haramnya....jadi darah daging, maka standard piawai yang allah letakkan dalam hati orang2 beriman/mukmin akan ditarik...bila benda haram/syubhah masuk dalam badan maka sekaligus allah masukkan rasa tidak takut untuk langgar perinta Allah, benda haram dibuat takkan mendatangkan rasa ketakutan dalam hati kita, langgar perintah Allah rasa takde apa2...malah lihat mereka yang patuh perintah Allah dirasakan janggal...
Tengok orang ikut sunnah rasa ketinggalan, tengok orang ikut perintah Allah rasa janggal, tengok wanita tudung labuh..ekstreme, tengok lelaki berjanggut pelampau..tu dah buang dunia lah tu...tengok orang tak gi tengok wayang/tak gi karaoke ...eh rugi ko...bukan berdosa....release tension geng...so what say you?
Itu tak disentuh hal 'fun', dengan wayangnya, karaoke nya, DVD...games, pesta sana sini muda mudi... shopping complex yang melambak2...bahan bacaan hiburan, siaran TV hiburan...wooooo tak terkata lah...semua2 senarai atas ni takkan ditanya dalam kubur...berapa filem kat wayang u tengok? Restoran mana yang u dah cuba? fesyen pakaian apa yang dah ada dalam almari? Perabot jenis apa yang tak lengkap lagi? Soalan dalam kubur very simple, tapi nak jawabnya persiapan sepanjang masa hayat masih ada nilah..sok2 dah nazak, tak sempat dah....tinggal semua2 senarai atas tu...tu kalau sempat..kalo dikatanya esok subuh dah dicabut nyawa? Apa nak jawab?
Eh, asalnya nak citer kegeraman saya hal manusia tak bertanggungjawab buang sampah dari luar kereta sudahnya penghujung lain cerita daaaa! baca jer sebagai halwa mata....memang saya pening kalau jalan2 di kotaraya sekarang ni...rasa dalam dunia yang entah apa2....masing2 sibuklah marahkan Israel yang 'menjajah' Palestine..walhal dalam diri ni pun dah terjajah lama....
Wassalam
Episod baru..
5 minggu yang lalu
1 cetusan rasa:
sikap yg tak pernah berubah.. suka buang merata2..
Catat Ulasan