Ahad, Ogos 22, 2010

3 biskut raya yang wajib saya buat & pelbagai resepi ALMOND LONDON

Assalamualaikum w.b.t


Saya ni bukanlah rajin sangat nak duduk mengadap dapur nak buat biskut raya ni.

Tapi tulah kadang2 terpaksa buat juga...sebab setiap tahun ada jer lebihan bahan tahun lepas yang menyebabkan saya fikir taknak membazir jadi buatlah jugak...

Bahan2 macam esen vanila, mangkuk kertas dan benda2 lain tu selalu berlebihan dari tahun ke tahun.

dan terasa rugi pulak bila barang dan peralatan membuat kuih tak digunakan langsung.

Jadi di kesempatan raya setahun sekali barulah saya gunakan mixer, oven, loyang dll....

tapi tahun ni mood tak mari nak membuat kuih.

Tapi anak lah pulak dah pandai minta suruh buat kuih kesukaan dia.

Makanya tahun ni rasanya mula minggu depan terpaksalah buat juga...

Dan 3 jenis biskut raya wajib buat saya ialah tart nenas, almonn london dan chocolate chips

tart nenas dan almond london ada payah sikit...bukan payah apa, tapi ambil masa lama.. Chocolate chips paling senang

Yang lecehnya, tart nenas nak gentel satu2 jem, pastu nak tekan satu2 dohnya....bila buat sorang memang jenuhlah jugak sebab oven butterfly tu hanya sekali masak satu loyang jer....


Almond london pun sama...kena sabtu ahad baru okay kot....


saya letakkan dulu pelbagai resepi almond london.....saya cilok dari sini




LONDON ALMOND sumbangan Puan Rozita MTM (Cikgu kelas Cookies Raya)


250 GM BUTTER
125 GM GULA ICING
100 GM TEPUNG JAGUNG
200 GM TEPUNG HONKWEE (PUTIH,KERTAS TULISAN BIRU)
250 GM TEPUNG GANDUM
1 BIJI TELUR (PUKUL SEDIKIT)

1. PUTAR BUTTER, ICING SUGAR DAN TELUR.
2. MASUKKAN SEMUA JENIS TEPUNG DAN ULI LEMBUT.
3. SUKAT MENGGUNAKAN 1 STEH DAN MASUKKAN BADAM YANG SIAP DIBAKAR DI DALAMNYA.
4. BAKAR
5. DAH MASAK, CELUPKAN KEDALAM COKLAT MASAKAN DAN TABUR DENGAN BADAM NIP (BAKAR)

Komen : Ini merupakan secret resipe Puan Rozita so cuba jangan tak cuba.

London Almond sumbangan Rafidah Junid

Sumber : ResepiNet

Bahan biskut :

150 gm mentega
50 gm gula aising
1 butir telur
170 gm tepung gandum
50 gm tepung jagung
60 gm nestum (saya guna nestum madu sebab lebih wangi, tapi nestum perisa asli pun ok jugak kot)
50 gm susu tepung
1/5 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh garam halus
lebih-kurang 100 biji badam (masa saya buat bebaru ni, satu adunan
menghasilkan 110 biskut)

Bahan salut :
coklat masakan (tapi, saya buat guna coklat masakan putih)
serpihan badam/chocolate rice/sprinkles - untuk hiasan

Cara :

1.Panggang badam dalam ketuhar sampai rapuh & merekah sedikit kulitnya
(saya panggang pada suhu 180C, 10 minit). sejukkan ke suhu bilik.
2.Putar mentega & gula aising hingga sebati.
3.Masukkan telur & esen vanilla, gaul hingga sebati.
4.Ayak bersama tepung gandum, tepung jagung, susu tepung & garam masukkan nestum & gaul rata.
5.Masukkan campuran tepung ke dalam campuran mentega. gaul hingga sebati.
6.Ambil 1/2 sudu teh adunan, buatkan bebola (saya guna sudu sukatan, bukan sudu teh biasa, supaya saiz biskut akan sekata).
7.Leperkan bebola, masukkan sebiji badam & bentuklah mengikut citarasa (bulat atau bujur).
8.Bakar pada suhu 180C selama 12 minit.
9.Keluarkan dan biarkan sejuk ke suhu bilik sebelum disadur dengan coklat, dihiasi serpihan badam/chocolate rice/sprinkles & dimasukkanke dalam cawan kertas.
10.Biarkan coklat betul-betul kering sebelum disimpan dalam bekas kedap

udara.


Almond London (Amy Beh)

Sumber : Kuali, The Star

Bahan

125g butter
75g gula icing
1 kuning telur



Ayak Bersama:
225g tepung gandum
1/2 tsp tepung beras
300g badam, dipanggang
450g coklat masakan, dicairkan
Badan cincang, dipanggang
Mangkuk kertas


Cara

Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan kuning telur. Pukul lagi. Masukkan bahan kering yang sudah di ayak. Adun sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk.

Ambil sedikit doh, saiz sebesar guli, balut badam dan bentukkan menjadi sebiji bola.

Letakkan doh dalam loyang yang bergris. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu175�C selama 20-25 minitatau sehingga masak dan keemasan. Sejukkan apabila sudah masak.

Letakkan cookies ke dalam mangkuk kertas dan tuang coklat yang dicairkan di atasnya. Hiaskan dengan badam yang dicincang.


Almond London Cookies sumbangan Hasnee MTM

Bahan-bahan

260gm Butter/mentega
550gm tepung Top
120gm gula kastor
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
1 sudu Emplex
(Jumlah sukatan badam: agak2 sendiri lerr : 100biji kerr lebih boleh disimpan )
Badam di bakar/sangrai garing ~ di bahagi spt. berikut
3/4 Badam biji ~ inti
1/3 Badam hancur ~ hiasan
100gm coklat masak di campur dengan 1 sudu makan Crisco (lemak sayuran) di masak dengan cara double cook ( coklat diletak di dalam periuk~1 dan dimasak di atas air panas di dalam periuk~2 sambil di kacau perlahan2) gunakan api yang perlahan.

Cara-cara

Pukul telur, gula, butter emplex hingga putih, masukkan tepung top sedikit2 sambil di gaul rata.

Badam biji di salut dengan doh tadi dan dibentuk lonjong (ketebalan tepung ikut suka anda..) kemudian di bakar hingga masak atau dengan suhu 1800C selama 15 minit.

Setelah masak dan di sejukkan..bolehlah di celup kedalam coklat yang telah di cairkan, kemudian letakkan di dalam cawan kertas.


Ketika coklat masih basah taburkan badam hancur sedikit di atas biskut tersebut supaya ianya mudah lekat. Setelah coklat kering barulah boleh disimpan di dalam bekas.

Panduan.

1. Coklat hendaklah di masak setelah biskut tadi siap di bakar.
2. Untuk yg nak simpan lama...Biskut yang telah siap di masak jangan di celupkan dengan coklat. Simpan di dalam bekas yang kering & kedap udara. Agak2 nak makan (sehari dua kerr) barulah di masak coklat dan di celupkan biskut tersebut. Coklat yang agak sedap untuk biskut ini brand Tulip..



London Almond sumbangan Sifu Suria RN

250g butter
1 cup icing sugar
1 cup serbuk almond ( kisar punya)
1 cup tepung jagong
1/2 cup tepung beras
1 sudu kecil emplex

Tepung gandum guna sampai boleh uli doh tu, lebih kurang 2+ cup lah. saya guna measuring cup standard ni kat bake with yen ada jual cup ni.

Almond kena goreng dulu ( sangai ke orang biasa cakap, tanpa minyak tu), saya biasa masuk aja dlm oven dalam 10 min, jgn hangus pulak nanti tak sedap.

Bulat2kan letak almond sebiji(setengah biji tak jadi nya), susun banyak2 dalam loyang bakar dalam oven. Lapik loyang dgn kertas

daripada sapu marjerin, senang nak angkat tak pecah kuih. As usual salut dgn choc. choc murah boleh + coco butter nak cairkan choc, tak pun guna choc mahal, nama dia lebih kurang morangue glance ke, satu bar kat bake with yen tu cost 25+++ tapi hasil cantik, berkilat. Kuih ni kembang sikit so jgn buat besar2, bagi comel2 muat isi satu biji almond tu dahlah. Adunan jgn keras sangat, nanti tak boleh bentukkan bentuk bujur tu.



Almond London sumbangan Nor Faizah Che Din Restoren Pak Amir



Bahan2

250gm mentega
130gm gula aising
450gm tepung protin sederhana
2 kuning telur
1 camt esen vanila
Biji badam dipanggang
Badam cincang dipanggang
Cooking choclate



Cara2

1.Pukul mentega & gula aising sehingga kembang & lembut
2.Masukkan esen vanila ; kuning telur; pukul lagi sehingga 2 minit
3.Masukkan tepung ; kacau rata
4.Ambil sebiji badam yg tlh dipanggang baluktkan dgn adunan tepung & bentukkan membujur
5.Bakar pada suhu 180 darjah Celcius sehingga kuning. Apabila sudah sejuk, celupkan biskut kedlm coklat cair. Masukkan kedalam mangkuk kerta warna coklat/hitam dan taburkan badam cincang.


* Coklat tu dicairkan dgn kaedah double boiling.

Komen dari sorang ahli Restoren Pak Amir : Ini resepi almond london yg diperolehi dari netters baru2 ni. I dah cuba last weekend. Cumanya bila I nak beli bahan bakery I tanya the bakery girl, dia syorkan I guna satu jenis tepung - namanya red roses flour menggantikan tepung protein sederhana (TPS) tu. I tanya adakah red roses and TPS tu sama. TPS dijual berasingan disitu. Dia kata tak sama (Wallahualam). So I pun gantikan TPS dgn red roses. The result was marvellous...rangup. But I also believe TPS will give good almond london too. Try...



ALMOND LONDON sumbangan Abang Joe Mas RN


Bahan-Bahannya :

125gm mentega
75gm gula ising
1 biji kuning telur
225gm tepung gandum serba guna
333gm badam berkulit dibakar di dalam ketuhar pada suhu 176�C selama 7 minit
300gm coklat masakan dicairkan
Sedikit lemak sayur ( shortening )
Mangkuk kertas
Sedikit hirisan badam untuk hiasan
1 sudu kecil emplex ( bahan untuk membuat biskut rangup )


Cara Membuatnya :

Pukul mentega dan gula sampai halus.
Masukkan telur dan emplex serta tepung gandum serbaguna.
Gaulkan adunan sehingga sebati.
Ambil sebiji badam dan diisi di tengah-tengah adunan.
Bentuk seperti guli dan letak di atas dulang pembakar.
Bakar selama 20 - 25 minit pada suhu 170�C.
Sejukkan dahulu.
Masukkan ke dalam kertas mangkuk dan disudukan sedikit coklat cair (yang telah dimasukkan sedikit 'shortening' ).
Hiaskan dengan hirisan badam.



BISKUT LONDON ALMOND sumbangan Abang Joe RN

Sumber : Yusniza


Bahan-Bahannya :

230gm tepung red rose
1 biji telur diambil kuningnya
1 sudu teh esen vanila
1 kotak cooking chocolate
125gm mentega
60gm gula icing
1 paket badam dipanggang / dibakar
Sedikit badam yang dikisar halus.


Cara Membuatnya :

Mentega dan gula dipukul separa kembang.
Pukul mentega dan gula hingga separa kembang.
Masukkan kuning telur dan esen vanila, kemudian kacau.
Akhir sekali masukkan tepung red rose tadi sehingga boleh diuli.
Salutkan badam tadi dengan adunan sebiji-biji dan bakar pada suhu 180C selama 12 minit.
Setelah sejuk, masakkan coklat dan celupkan badam yang disalut tadi.
Kemudian masukkan ke dalam paper cups.
Tabur sedikit badam halus sebagai hiasan.



ALMOND LONDON sumbangan ABang Joe RN

Bahan-Bahannya :

1 buku butter
1 cawan gula perang
1 cawan tepung jagung
2 cawan tepung gandum
1 sudu impleks
1 sudu esen vanila
Badam
Coklat masakan
Minyak shortening

Cara Membuatnya :

Pukul butter dengan gula perang sehingga kembang.
Masukkan esen vanila dan serbuk impleks.
Masukkan tepung jagung dan tepung gandum, uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Masak biskut selama 10 minit menggunakan api yang perlahan.
Celup biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan.
Masukkan ke dalam cup dan tabur dengan badam halus.



COOKIES - BISKUT ALMOND LONDON sumbangan Ana Restoren Pak Amir

Bahan:

1 buku butter (kalau nak lagi sedap guna jenama SCS)
3/4 cawan gula castor
1 biji telur merah
3 cawan tepung SUPERFINE
badam biji - dipanggang rangup
paper cup - warna chocolate

Bahan Salutan:
Cooking coklat secukupnya
sedikit mentega cair

Cara:
1. Pukul butter dan gula ising bagi sebati, then masukkan kuning telur, biar sebati.
2. Masukkan tepung SUPERFINE.
3. Uli sikit sampai doh tak melekat di jari.
4. Jemput doh kecil-kecil dan letakkan badam di dalamnya. Bakar sehingga kuning / masak.
5. Bila biskut dah sejuk baru dicelup kedalam cooking coklat yang telah didouble-boilingkan dan diletakkan ke dalam paper cup.


*Cooking coklat tu ada sesetengahnya tak perlu ditaruh dengan mentega cair semasa double-boiling, ada tu pulak kena taruh, kena tanya taukeh kedai tu la...AWAS, jangan sesekali bagi air masuk kedalam bekas coklat tu, kalau tidak, coklat tak akan beku. TAK PAYAH masuk peti ais selepas coklat disejuk, cukup biarkan ia beku, then simpan dlm. bekas.
Wassalam

0 cetusan rasa:

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP