Khamis, Ogos 26, 2010

Pelbagai Resepi TART NENAS

Assalamualaikum w.b.t
















Ni saya ambil dari myresepi

Bahan-bahan ( 150 biji )

• BAHAN UNTUK DOH TART:

• 2 1/2 cawan tepung gandum

• 2 sudu besar tepung jagung

• 2 1/2 sudu besar tepung kastard

• 2 sudu besar tepung susu

• 1 cawan mentega (226 gm)

• 1 sudu besar minyak sapi

• 1 biji kuning telor

• 1 sudu teh esen vanilla

• 1 sudu besar gula

• BAHAN UNTUK INTI JEM NENAS:

• 4 biji nenas muda

• 2 ½ senduk gula pasir

• sedikit esen vanilla

• Bunga Cengkih

• Kulit Kayu Manis

• Daun pandan

Cara-cara

1. CARA MEMBUAT DOH TART:

2. Pukul bersama mentega, susu, minyak sapi, gula hingga sebati.

3. Masukan telur dan esen vanilla, pukul lagi.

4. Masukkan tepung yang telah diayak & gaul hingga sebati dan lembut.

5. Panaskan oven.

6. Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem nenas yg telah siap, kemudian gulung secara perlahan, letakkan di dalam dulang membakar (boleh juga dimasukkan ke dalam cawan kertas).

7. Ulangi sehingga habis.

8. Bakar pada suhu 150C sehingga 15-17 minit sehingga masak.

9. CARA MEMBUAT INTI JEM NENAS:

10. Parut nenas dan jangan dibuang airnya.

11. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus.

12. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis.

13. Kacau tanpa henti hingga likat.

14. Angkat dan sejukkan.



Dari Kak Ina KL pulak;



Bahan-bahan

• 250gm butter -akak gunakan butter jenama tatura

• 60 gm gula aising

• 2 biji kuning telur

• 1 sudu teh vanila

• 3oo-330gm tepung gandum*

• 50 gm tepung jagung*

• 30gm tepung kastad*

• 20gm susu tepung*

• 2gm garam halus

• * ayak

Bahan jem nenas (ambil dari chef norz-klu malas beli ajer yg segera...)

• 450 gm parutan nenas – tapis

• 1 camb jus limau nipis

• 180 gm gula pasir

• 1 batang kulit kayu manis

Cara membuat:

1. Pukul mentega dan gula aising sampai sebati.

2. Masukkan kuning telur dan garam dan pukul lagi hingga sebati.

3. Masukkan bahan-bahan yang telah di ayak dan jadikan doh. Jika lembek masukkan sikit lagi tepung gandum.

4. Canai setebal 4 mm. Terap dengan acuan berbentuk kelopak pecah 6.

5. Angkat dengan hujung pisau dan letak dalam dulang pembakar.

6. Tekan jem yang sudah dibentuk bulat di tengahnya.

7. Bakar pada 175 C selama 15-20 minit atau hingga keemasan.


Untuk Jem:


Jerang semua bahan atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biar sejuk.


Dan ini dari resepimesra




Tat Nenas Gebu

Kiriman: anymz

Sumber: mak saudara


Bahan-Bahan:

4oz mentega

4oz minyak sapi

1 biji telur

sedikit air sejuk

1lb tepung gandum Bahan2 Inti nenas

nenas

gula

sedikit pewarna kuning

Cara:

gaul mentega,minyak sapi bersama2 telur dan tepung gandum.akhir sekali masukkan sedikit air sejuk.

Cadangan Hidangan:

resepi tat ni lebih sesuai untuk tat gulung kerana ia lembut sekali.

Tambahan:

cuba la resipi ni.ia cair dlm dlm mulut.sedap giler.


Dari Kak Hanieliza pulak;

Bahan-bahannya

60 gm butter

190 gm majerin

70 gm gula halus

1 biji kuning telur

1 s/k esen vanilla

350 gm tepung gandum

50 gm tepung jagung


Jem Nenas..boleh dibeli dikedai bahan kueh/kek atau..

1 biji nenas ] blend dan masak sampai pekat baru + gula

1/2 cawan air ]

1 cawan gula


Bahan Glaze/pengilat

2 kuning telur

2 s/kecil air

pewarna kuning


Cara

1. Gaulkan butter,majerin dan gula supaya rata.

2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul sehingga rata.

3. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung yg telah diayakkan.

4. Gaulkan sehingga rata dan sebati.

5. Gunakan acuan Nestar dan pamkan adunan.

6. Kepalkan jem nenas sebesar biji kurma.

7. Letakkanjem nenas diatas adunan dan gulungkan.

8. Masukkan adunan biskut dalam acuan kertas.

9. Sapukan dengan bahan glaze tadi.

10. Bakar dalam oven suhu 180'C sehingga kuning keemasan atau masak dalam 20 minit.

11. Bila telah masak, sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.


Ni dari mana ntah....

Doh tart;

2 1/2 cawan tepung gandum

2 sudu besar tepung jagung

2 1/2 sudu besar tepung kastard

2 sudu besar tepung susu

1 cawan butter (226 gm)

1 sudu besar minyak sapi

1 biji kuning telor

1 sudu teh asen vanilla

1 sudu besar gula



Inti nenas;

4 biji nenas muda

2 ½ senduk gula pasir

sedikit vanilla

Bunga Cengkih

Kulit Kayu Manis

Daun pandan

Cara-caranya;

Doh tart; Pukul bersama butter, susu, minyak sapi, garam hingga sebati. Masukan telur dan vanillin pukul lagi akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak. Gaul hingga sebati dan lembut


Jem Nenas: Parut nenas dan jangan dibuang airnya. Masak bersama daun pandan hingga kering sambil dikacau supaya tidak hangus. Setelah kering masukan gula, vanilla , bunga cengkih dan kulit kayu manis. Kacau tanpa henti hingga likat. Angkat dan sejukkan.


Panaskan oven terlebih dahulu. Ambil doh dan tekan pada acuan tart, isikan inti jem yg telah siap tadi, kemudian gulung secara pelahan, letakkan di dalam dulang membakar. Ulangi sehingga habis. Bakar pada 150 sehingga 15-17 minit sehingga masak.


Wassalam

1 cetusan rasa:

Unknown berkata...

my faveret kuih...kalo nampak mesti x lepas punya.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP