Assalamualaikum w.b.t
Semalam suami saya bagitau ada kejadian ribut di Jasin, di tapak bazar ramadhan tepatnya pada jumaat lepas. Memang saya ketinggalan berita sejak ramadhan ni yerlah dah kita sibuk sebelah malamnya tak tengok berita sebab ke masjid bertarawikh dan balik rumah pun dah dekat jam 11 malam. memang tak tahu perkembanganlah.
Bila dengar Jasin tu teruja nak tau sebab dah negeri kita, melaka...mesti sikit sebanyak perkembangan di tanah tumpah kelahiran tu terkesan di jiwa. Tambah suami, kawan solat jemaah yang cerita, ada di upload ke Youtube. pagi ni baru teringat nak tengok.
Kejadian yang berlaku jam 4.45 petang tu menerbangkan semua bumbung gerai dan dalam youtube ni boleh lihat bagaimana bumbung2 gerai ni berterbangan. Banyak lagi rakaman dalam youtube jika anda nak tengok, saya hanya ambil yang dari jauh ni. Yang lain2 tu sedih nak tengok sebab ada melibatkan amngsa2 yg cedera/meninggal.
Yang saya tertanya2 ribut (puting beliung?) ni hanya berpusat di tapak bazar ramadhan ni jer...tempat lain semua nampak okay jer. Jalan raya dan kereta bergerak normal di kawasan sekeliling bazar. Dan alhamdulilah ribut ni tak berlaku di waktu lebih padat lagi, iaitu menjelang hendak berbuka, antara jam 6-7 petang saya percaya tentu lebih ramai lagi pengunjung akan mengunjungi bazar ramadhan ni.
Kejadian ni mengorbankan 3 orang dan 18 yang lain tercedera. yang terkorban pula adalah 2 peniaga dan 1 pengunjung. Kesemuanya keranan dihempap bumbung khemah/gerai mereka. Memang menyedihkan bagi keluarga si mangsa. Yerlah adakah sanggup meneruskan berniaga di bazar ramadhan berkenaan selepas salah seorang ahli keluarga telah pergi.
Dan ramai yang notice (dalam komen2) ribut ni berlaku sejurus lepas waktu asar masuk iaitu jam 4.33 petang, iaitu berbaki 13 minit (lebih kurang), kalau dikerjakan solat asar 13 minit tu dah mencukupi dah. Inikah agaknya yang dinamakan peringatan Allah.
Peringatan juga untuk kita semua supaya tidak melewat2kan membuat amal kerana bila2 masa Allah boleh mengambil nyawa kita... dan dimana2 sahaja Allah boleh menggunakan bala tenteranya (air/angin/api) untuk memusnahkan mereka yang dikehendaki....masyaallah....insafnya...
Waktu Solat kawasan Jasin boleh dirujuk di sini http://www.al-azim.com/ . Moga2 takdelah kejadian sama berlaku lagi, dan janganlah ghairah sangat membeli belah untuk berbuka, makanlah seadanya kerana ditakuti menjadi pembaziran. Tambah2 tapak bazar ramadhan bukanlah tempat yang terjamin kita tidak mendapat dosa....dengan padatnya (bergesel2 lelaki perempuan), degan ramai wanita/lelaki membnuka aurat...dan yang menutup aurat pun sekadar membalut aurat (remaja hari ni gemar sgt pakai t shirt ketat2 tp pakai tudung? apakah???)
Ramadhan adalah peluang utk kita menambah pahala. Sahabat dan orang2 alim dahulu melipatgandakan amalam pada bulan ini malah mereka dikatakan enggan tidur, tak keluar rumah sebab nak habiskan bacaan Quran dan nak rebut peluang pahala dan keberkatan di bulan ini. tapi kita (termasuklah saya ni) sibuk dengan dunia....ini belum disentuh persiapan raya.....berapa ramailah pulak yang akan sibuk didapur masak2, makan2, jahit2, shopping2....aduhaiiii...malangnya bagi mereka....
Wassalam
Episod baru..
5 minggu yang lalu
1 cetusan rasa:
Assalamualaikum kak, saya pun terkejut tgk video2 tu. macam kena angin dari blower yang orang guna tiup sampah tepi jalan tu kan. moga ini semua jadi pengajaran untuk kite semua.
Catat Ulasan