Assalamualaikum w.b.t
Ini sambungan entry sebelum ini.
Disebabkan masa berlalu dengan pantasnya, maka kita juga kena merancang dengan pantas dan proaktif.
Sebelum sesuatu berlaku kita sediakan payungnya.
paling penting payung sebelum kita meninggalkan dunia ni
yang paling mendominan dalam diri saya adalah dalam nak menyediakan persiapan anak gadis saya seorang tu
Melihat pada senario semasa dengan pelbagai masalah sosial
Buang bayi semakin berleluasa, kelahiran anak luar nikah meningkat dengan mendadaknya
Kecenderungan berpasangan tanpa nikah secara terbuka,
bercouple umpama basahan dan budaya yang diterima pakai majoriti remaja
Juga penampilan remaja yang kian up to date tapi meninggalkan tertib dan kesopanan yang disarankan Allah
Bahasa pertuturan dan batas pergaulan lelaki perempuan macam tak de border, sama jer.
Gap antara lelaki perempuan makin rapat...berdasarkan pemerhatian saya pada remaja2 di sekolah, di kedai2 makan ketika melepak dan di pasaraya2 dan bandar2....
Sungguh saya tak sanggup melepaskan anak saya ke arus perdana yang sebegini rupa.
Maka persediaan saya, bermula dari ketika anak masih dalam perut lagi (bahkan sebelum nikah juga, dalam mencari calon suami)
Saya memilih dan telah berbincang dengan anak gadis ini sejak dia mula mengenal dan tau sebut serta mengerti siapa Allah, Nabi, keperluan agama....tau sikit sebanyak dosa pahala....
Saya tidak dapat menjamin yang pada masa depan anak saya mampu berpegang pada prinsip dan kekuatan imannya jika arus perdana budaya yang dinyatakan di atas semakin dominan dalam masyarakat.
Saya juga tidak mampu nak menghadapi jika sesuatu berlaku di luar daripada apa yang saya idam2kan pada masa depan anak gadis ini.
Justeru, pada hari ini di usia 7 tahun, saya dah sediakan dia perkara-perkara asas bahawa, sebagai anak gadis islam sunnahnya dia akan dikahwinkan secepat mungkin....tak perlu nak menggatal, tak perlu nak mencari jodoh, dan tak perlu nak bercouple...kami ibu bapanya akan mencarikan jodoh yang baik buatnya....
Akibat telah dijelaskan perkara ini dari awal dan juga semacam telah faham, maka soalan2 berbangkit dari anak gadis ini pasti ada, macam ini;
"macamana kalau kakak tak cinta suami kakak"
"macamana kalau suami kakak paksa kakak kerja juga macam ammie"
"macamana kalau kakak malas nak jaga anak kakak nanti"
"kalau kakak kawin cepat, kakak tak dapat masuk universiti macam ammie lah?"
"macamana kalau tiba2 kakak jumpa lelaki lain yang kakak cinta?"
kalau dah berderet soalan macam ni, tu baru usia 7 tahun tapi dah fikir macam2 soal orang tua~cinta, kerjaya, tanggungjawab jaga anak, wajarlah saya dedahkan dia perkara-perkara ini di usia muda dan sangat wajarlah saya membantu dia merancang masa depannya mengikut jalan yang terbaik...malah alternatif juga disediakan buatnya asalkan landasan perancangan masih dalam lingkungan yang sewajarnya mengikut apa Allah suka.
Wassalam
Episod baru..
5 minggu yang lalu
1 cetusan rasa:
semuga segala yg terbaik utk dia nanti..
Catat Ulasan