Assalamualaikum w.b.t
Tarikh semalam, 7 tahun lalu
Ahad, jam 10-11 pagi
sahnya saya menjadi isteri kepada suami saya.
Jauh di tempat asing
tanpa keluarga
tanpa saudara mara
tanpa baju pengantin
tanpa hantaran
tanpa pelamin
tanpa inai di jari
tanpa paluan kompang
tanpa kawan2
hanya saya, bakal suami, saksi, dan tok kadhi
akhirnya selamat juga dinikahkan dengan mas kahwin RM200..tunai...
esoknya bangun pagi macam mimpi....betulkah aku isteri?
Dan hari ini
7 tahun lalu
seawal pagi saya keluar dari rumah mal rumah seorang diri...tanpa suami
dengan sarat 9 bulan mengandung
menunggu due date 9 Jun 2003
ke klinik kesihatan kg
malangnya terus di refer di hospital melaka
untuk dibersalinkan
saya memecut ke hospital melaka seorang diri ke unit O&G
terus doc booking labour room (untuk induce)
akhirnya berjaya pujuk doc tangguh masuk wad sebelah petang
saya memecut laju ke merlimau dari melaka (jauh tu)
carik bank keluarkan duit RM4,000 persiapan bersalin dan berpantang
balik rumah mak terus packing baju
tunggu suami dari kuala pilah
suami sampai jam 4 kami ke hospital~masuk ward untuk induce dan tunggu bersalin
5 Jun, 4.11 pagi..
Selamatnya lahir seorang baby, 3.1 kg
secara pembedahan...amiin
Semuanya telah jadi sejarah!
Cepatnya masa berlalu!
Selamat ulangtahun pernikahan (betul2 nikah sahaja)
dan
Selamat ulangtahun kelahairan anakku~ satu2nya anakku yang comel cerdik bijak petah
Moga2 dapat doa untuk ayah ibu dan dapat pakaikan ayah ibu mahkota di syurga nanti...amiin...
Wassalam
Episod baru..
5 minggu yang lalu
2 cetusan rasa:
selamat ulang tahun..untuk anak dan ibu sekali.semoga anak yang comel itu akan berbakti pada orang tuanya..dan menjadi anak yang solehah..
salam...
menarik kisah anda ni..
Catat Ulasan