Ahad, April 13, 2008

Masjid ini masih tegak berdiri

If you love him let him go....
Tulah kan betul gak pepatah inggeris ini. Tapi cumanya saya ni tak taulah nak tafsirkan love ke apa ker...kadang ada jugak rasa cinta /sayang sangat terutama masa malam2 bila tengok dia tidur sebelah kita tu. Kadang rasa ada takper takder pun agi senang. Ada tak menambah takde tak mengurang....kes macam ni kalau badan kita dahlah rasa penat balik kerja, tup balik rumah kena carik lauk, masak bagai semua, layan si hani yg sah2 macam2 kerenah...dengan si bapak yang OKU nak kena layan ambik tu ambik ni...


Tapi tulahkan Allah maha kaya. Dalam kita rasa kita tak suka, geram, menyampah dan macam2 agi rasa negatif tu...Allah tak buang terus rasa sayang dan cinta kita pada suami. Sebab apa? Sebab kita ada anak yang dikongsi bersama. Kita pernah sama2 korban perasaan walaupun terhadap benda yg berbeza dan cara korban yang tak sama. Dia korban cara dia, yang kita pulak korban benda lain. Tak taulah nak bayangkan kalau kita benci, pada masa sama perasaan sayang tu terhapus terus kan?


Besarnya nikmat Allah sebab pada masa sama geram, menyampah, dendam dan segala mak nenek tu ada dalam hati, tapi di satu sudut lain Allah bagi ada pulak pertimbangan lain, masih ada sayang dan simpati pendek kata masih ada pertimbangan rasional lagi.


Macam tulah saya sekarang. Memang rasa nak give up dan fed up dengan semua ni. Rasa nak pergi jauh dan mulakan hidup dan carik kebahagian sendiri. Tapi itu bukan penyelesaiannya yang saya rasa terbaik buat saya. Mungkin pada pandangan mata kasar, ia kelihatan cara terbaik tapi bagi saya yang akan menempuhnya...memang saya rasa teramat berat.


Maka sebab itulah saya bertahan dan terus bertahan. Sebab saya mahu percaya pada ketentuan allah dan tak mahu mendahului perancangan Allah. Memang boleh saja saya mohon pada mahkamah kaedah penceraian secara fasakh ataupun buat permohonan secara biasa. Tapi berat kaki nak ke jabatan agama.... banyak lagi hal perlu dibereskan. Jauh di sudut hati...terfikir juga, manalah tau dalam tempoh sebelum tu, akan ada perubahan di pihak sana.


Pertimbangan yang paling utama adalah Hani...banayak perbincangan saya dan dia yang saya amati benarnya dia mahukan ayah...tapi dia kesiankan ammie...walaupun ayah jarang sangat dengan dia... tapi dia cukup hargai setiap masa dengan ayah kalau ayah ada di sini...cuma akhir2 ini masa dia duduk di rumah kak aza..dia kurang bersama ayah sebab dia leka bermain dengana dik-beradik dia...kalau di rumah saya ni saya perhatikan kalau ayah di PC dia menongkat dagu di peha ayah bertanya itu ini pada ayah.


Kalau ayah duduk di kerusi urut pulak, dialah yang tolong adjustkan tempat menyandar dan tempat kaki tu. Pendek kata apa2 keperluan ayah ada jer dia sebelah ayah kalau ayah mintak tolong..ambikkan ubat ayah, carikan tongkat ayah..ambikkan kopiah ayah, ambi kunci kereta ayah. Yerlah kan, nasib dia dapat ayah dah tua dan OKU pulak tu....mungkin anak2 lain ikut ayah gi jalan, ayah bawak round naik motor ker..tapi Hani hubungan dia dengan ayah berbeza..macam tulah cara dia khidmat dengan ayah...Hani naik darjah satu nanti ayah dan 54 tahun...yang lebih 'malang' lagi bakal baby Kak Aza nanti...nak dukung pun ayah tak mampu sebab ayah guna sebelah tangan jer...siankan? baby tu masuk darjah satu ayah dah dekat 60 tahun...


Okaylah....tu baru mukadimah jer...heheheeeeeeee
Ni nak cerita ni...semalam dalam jam 1 ptg, ayah mesej kata petang dia nak datang tengok Hani. So, saya tanya Hani kata takmo jumpa ayah, sebab dia takmo gi PD (dia ingat ayah nak bawak dia balik PD). So saya call kan dan hani cakap dengan ayah...saya takmo campur hal dua beranak ni..sebab saya anggap orang dah tak mau saya pandai2lah bawak diri. Saya tak dengar un perbualan diorang. Habis dia cakap saya tanya Hani, jadik ker ayah datang tengok kakak? dia jawab, "tak...sebab kakak takmo jumpa ayah, ayah kata ok, tekperlah...". So saya andaikan ayah tak datang sebab kakak takmo jumpa ayah...abislah cerita kan?


Dalam jam 4 petang camtu, saya dengan bunyi pagar ditolak...pastu dengan bunyi pintu kereta ditutup. Pastu bunyi alarm kereta ayah. Larr sudah!!! ayah dah balik pulak...tak taulah kenapa....rasa tak bersedia sungguh...rasa tak mau pandang muka dia...saya tak set my mind langsung utk berhadapan dengan dia. memang rasa macam nak buat tak tau jer...so saya biarkan ajer...saya tau pada dia ada satu set kunci rumah...biarlah dia masuk sendiri. Eh..tunggu-tunggu tak jugak buka2 pintu depan tu. Dalam hati kata, tak per biarlah mungkin kunci dlm kereta ayah malas nak patah balik ambik kot...so saya biar lagi. Saya masuk bilik air dan saya keluar balik ke belakang sidai baju.


Konon sementara saya buat kerja tu biarlah dia sempat ambik kunci dan masuk sendiri jumpa anak dia. Sebab dia kata nak jumpa anak jer,kan? Bukan jumpa saya,kan? Hani masa ni tengah tido....kat bilik tengah. So masa sidai baju tu saya ingat ayah dna berjaya masuk ke dalam rumah dah. Tup-tup saya dengar dia ketuk pintu dengan kuat sekali. Terpaksalah jugak saya ke depan bukakkan pintu tu. Buka jer grill saya terus ke belakang semula. Tak pandang pun muka dia..apatah lagi nak bersalam kan?


Teruk jugak saya ni...ego saya pun tinggi jugak..taknak lah tunjuk yang kita ni 'lahap' sangat. Lagipun rumah saya,kan...biar masa ni ayah tau...saya ni takdelah teruk sangat...suami takde sebulan..sebulanlah saya dengan hani weekend duk jer kat rumah tak kemana-mana..nak balik kampung pun tak berani sebab takde izin suami kan. Selangkah keluar pun berdosa jugak...hal dia tak balik tu biarlah antara dia dengan allah. kalau saya keluar hanya untuk carik keperluan jer.


Bila ayah masuk tu, saya terus ke bilik hani tido kejutkan dia sebab kan ayah nak jumpa dia...yang Hani pulak takmo bangun2...akhirnya ayah menyampuk, "biarlah dia tido, jangan kejutkan". Saya bukan apa, serba salah...tak tau nak mulakan nak cakap apa dengan ayah. So saya diam jerlah, terus buat kerja saya...ayah plak amsuk toilet bilik depan, saya teruskan dengan mop dapur. Dalam kepala fikir...orang tua ni balik kejap ker dan ok ni?


Dalam pada tu, saya kejutkan Hani jugak, sebab nak gunakan hani sebagai orang tengah...senang sikit kan...Hani bangun tapi mood dia teruk betul. Terus nak buka CD...so saya bukakkanlah. Ayah keluar bilik air terus datang jumpa Hani...tanya Hani macam2..saya teruskan buat kerja saya. PAstu ayah siap2 nak ke surau solat asar. Saya terus diam buat tak tau...masa ayah balik dari surau saya pulak kat dalam bilik air. Bila saya keluar bilik air, Hani cakap dia nak ikut ayah...saya tukarkan baju dia pastu dia pun tak taulah gi mana dengan ayah.


Dalam setengah jam dia balik bawak minum petang. Saya buatkan air pastu Hani duduklah minum dengan ayah...sambil2 tu hani sibukim abwak keluar buku2 sekolah, tunjuk kepandaian dia membaca depan ayah dan tunjuk segala buku ptrestasi dia hari2. Ayah pun leka dengan dia baca dan cerita. Sambil2 tu Hani ke dapur jugak melapor kat saya..saya tanya dia.."bahagia tak?" dia jawab..."bahagia". saya tanya lagi ..."kenapa?" dia jawab..."sebab ayah dah balik rumah kita".


Dalam pada tu saya curik2 dengar jugak apa dia berbual dengan ayah..macam2lah..siap ajak ayah ambik gambar bertiga lagi...macam yg dia ckp dengan saya hari tu. Happy dia ayah ada...siap dia cerita dengan saya masa dia keluar beli minum petang tu dia nampak signboard sekolah dia..dia ajak ayah pergi ..."jom ayah kita pergi tengok sekolah kakak kejap"..punyalah excited nak cerita macam2 kat ayah...


Saya pun masa ni tak tau lagi ayah tido ke balik PD. Sebab macam biasalah malam sabtu dia aka ke markaz. Mana lah tau lepas markaz dia balik ke PD. So saya keluarkanlah borang dan buku Hani yang perlu ditandantangan. Dia baca dan kemudian tandatangan. Pastu saya suh Hani tanya malam ni balik tak? Hani citer ayah tak jawab tapi senyum jer. Sooo maksudnya baliklah kan?


Jam 6 ayah ke markaz, saya dan Hani cam biasa lepak depan tv tengok CD belajar doa. Malamnya fikir..nak amsak apa, dalam peti ais takde lauik apapun. makanan segera jenis goreng banyaklah. So dalam jam 10 tu keluar beli lauk..ikan siakap tiga rasa, tomyam campur. Nasi dah masak dah.


Sampai rumah tengok hj dah balik, tengah mengadap PC. So saya siap2kan suh Hani tanya ayah nak makan ker..rupa2nya dah makan dah. Tapi lama gak lepas tu, bila kami dua nak mula makan, ayah keluar..nak ikram kami..dia pun makan sikir ..sedulang dengan kami dan dia suapkan Hani makan. Bila nampak Hani bahagia, saya pun tumpanglah bahagia. Benda2 (suasana) macam ni tak dapat dibeli dan digantikan...tak taulah kalau kami berpisah..akan dapatkan saya makan sedulang sekeluarga...tentu lain suasananya...


So as usual, malam tidokan Hani dulu kat master bedroom..siap semua layan2 Hani dan bila dia betul2 dah tido kurang lebih jam 1 buat muka tak malu jer...menempel kat bilik ayah...ayah pun muka tak malu jugak...meneruskanlah apa yang patut...so gitulah...perjalanan hidup rumahtangga kan? Lepas ni akan berpusing lagi roda rumahtangga saya ..benda2 ni akan berulang lagi dan lagi dan akan berakhir entah macamana pulak....bagus jugak berbaik2..takdelah rugi saya beli set kehamilah BIODEX dekat 400..so bolehlah continue makan semula...dengan harapan dapatlah anak lagi...


Buat malu jer kan...macam tulah saya ni...sungguh Allah sayangkan saya dan rumahtangga saya lagi....korban tetap terus korban...lain2 biarlah Allah yang tentukan...macam saya cakap...pi mai pi mai tang tu...blog ni luahan hati dan perasaan sebenar saya...macam bodoh jer kan tapi manusia...camtulah...pada 'sapa' yang nak kaji dan nak belajar dari pengalaman saya tu..kajilah dan belajarlah...

Jumaat, April 11, 2008

Istikharah 2

Melaksanakan istikharah secara membabi buta dan main terjah jer tanpa persiapan rohani dan jasmani bukanlah satu tindakan bijak..pada sayalah! Mungkin bangi orang yang betul2 menjaga amal dan menjaga akhlak, membuat istikharah berkemungkinan besar akan mendapat petunjuk dari Allah swt.


Tapi bagi orang biasa macam saya nilah yang amalnya tunggang langgang, akhlak dan syariat pun tidak didukungi sepenuhnya...untuk memulakan istikharah haruslah mengkaji dulu atau muhasabah dulu diri ini.


Haruslah saya sedar bahawa membuat istikharah dan kemudian mengharapkan petunjuk segeraNYA adalah sesuatu yang 'jauh' dari harapan akhir saya. Untuk itu, cadangan membuat istikharah ini patutlah hadir bersekali dengan hijrah rohani dan jasmani sekali. Sehingga kalau dapat mencapai tahap merasa yang kita ini Hamba Allah yang hina yang tak layak pun membuat keputusan...jauh sangat dr pandangan Allah [apapun saya tetap harap Allah memandang saya dengan penuh kasih sayang]


Justeru, masuk phase ke 2 [bulan ke 2] saya digantung tak bertali ini maka saya perlu serius menghijrahkan diri. Ada kawan dulu kata dengan saya, janganlah buat istikharah dan harap dapat petunjuk, kita ni siapa, kalau nak Allah bagi petunjuk, kita kenalah jaga amal...at least puasa sunat isnin&khamis, Tahajud jangan tinggal. Di samping selalu solat sunat hajat dan taubat.


Ya...ya..betul tu. Orang biasa2 mungkin hanya buat solat 5 waktu, tapi kalau nak dapat bonus dan dekat dengan Allah, perlulah buat semua2 yg sunat tu utk dapat top up amal wajib yang tak tentu lagi dapat pahala penuh atau kurang? Kan di masa 1/3 malam yang hujung Allah paling dekat dengan HambaNYa...


Maka dengan hati dan fikiran yang rasional maka saya akan mulakan misi menghijrahkan diri menuju ke arah "istikharah". Sebab rasa buntu dan makin bingung fikir hubungan suami-isteri ni. Tambah pulak, rasa gelora isteri pun kian memanggil2 utk memujuk suami pulang.


Ditambah pulak dengan sikap dan dialog Hani sehari dua ni yang kadang2 buat saya memandang mata dan wajahnya yang ikhlas dan polos itu. Jujurkah anak saya ini semasa melontarkan pertanyaan dan suara hatinya.


~ammie...ammie tak sayang kakak ker, tak kesian kakak ker
?
<---kerap sangat tanya soalan ni, tak boleh tegur/marah sikit...napa sensitif sangat ni?


~ammie, kakak rasa risaulah fikirkan hal ayah dengan ammie ni
<---dialog di satu pagi, saya yg selalu cakap macam ni sebenarnya, tapi sekarang dia pulak yg asyik dok cakap benda ni..siap dengan kerut2 kening lagi...


~kakak sebenarnya suka kalau ayah datang rumah kita...bolehlah kakak gurau2 dengan ayah
...<---hani sebenarnya pembantu setia ayah, tugas hani ambilkan spek mata ayah, ambikkan ayah air dan ubat ayah....


~kakak rindu dengan ayah tapi kakak taknak gi rumah ummie...
<---
bila tanya knpa mcm2 jawab dia antaranya sebab takmo jumpa Zubair sebab Zubair rajin kacau dia !


~Ayah tak sayang kakak dengan ammie lagi,kan? kalau ayah sayang,... mesti ayah balik sini, kan ammie?


Itulah antara benda2 yang buat saya fikir balik. Ada jiwa kacau dalam diri Hani. Dia mula fikir macam2 sekarang. Itu berlaku dalam kami sibuk buat kerja sekolah dia dan aktiviti2 kami sebelum tido...dulu juga kalau saya nak call kan ayah utk dia cakap dia takmo. tapi sekarang pandai suruh saya call ayah kononnya nak pujuk ayah bagi pihak saya..."ammie calllah ayah, kakak tolong pujuk eh..ammie ajarlah kakak nak cakap apa..." see kesiankan..kecik2 dah pandai nak ambik tanggungjawab bantu ammie...


So, saya tak rasa hani suka kalau kami berpisah...nampak jer luaran dia tak kisah. Dua hari lepas dia nampak kat bawah katil bilik Dewi dulu ada gambar kami bertiga (computer print) pada awal jun 2006 di Langkawi (2 minggu sebelum ayah diserang stroke), lama dia pandang gambar tu, kemudian dia tanya saya, "ammie, jomlah kita ajak ayah pergi sini lagi, seronokkan?, kita takde pun ambik gambar tiga orang kan...asyik gambar ammie jer yang banyak...."...[ni merujuk album gambar saya dulu, masa belajar dan gambar kami suami isteri jalan2 sebelum hani lahir..sebab gambar lepas dia lahir, kami bertigalah tu masa gi Sarawak, Langkawi ditakdirkan Allah terpadam dalam PC dan dalam digital camera] so memang gambar kami bertiga takde, kalau ada pun kurang sangat.


Jadik, nampak sangat macam dia merindui suasana kami sekeluarga. Dia cakap lagi, "jom kita ajak ayah pergi sini lagi nak ammie, lepas tu kita ambik gambar tiga orang?"....dia lupa agaknya yang saya dengan ayah tengah 'konfrontasi'...sebab keinginan dia nak berjalan tu memuncak kot.


Entahlah kan...baru anak sorang, belum 2/3 lagi...nak diatur yang sorang ni pun susahnya ya allah. Dahlah dia takde berkawankan..sekarang pulak, macam pelik sangat lepas saya bawak dia duduk dengan saya ni, kalau cakap dengan saya, sure dia cakap pelat2...saya pun dia suh gak cakap pelat...kelakarkan? apa tandanya tu? malam pun selalu sedih nangis2 mendayu2 kalau katalah saya berpaling tidur dari dia, [kadang saya tak perasan pun dia merajuk, tup2 dengar suara dia mendayu nangis perlahan sebab dia sembamkan muka pada bantal] mesti nak saya peluk dia "peluk kakak macam ammie peluk bantal tu....", mesti gurau2 dulu, takleh salah cakap...cepat jer marajuk terus cebik dan kata "ammie tak sayang kakak...ayah..ayah..."


serba salah kan? Minggu ni pulak entah apalah halnya, dua kali dia kencing malam...nampak sangat dia rasa bersalah pagi2 tu bila saya perasan seluar dia basah sebab dia dah lama tak kencing malam ni... sebab saya mesti pastikan dia masuk toilet sebelum masuk tido. Marah tetap marah jugakkan biar dia belajar, penat ammie nak basuh comforter [2 lagi tuu, alas dan selimut pulak tuuu....dahlah musim hujan,kan?] kalau ikut pakar, kencing malam ni berlaku pada orang yang ada masalah psikology..tulah yg buat saya fikir panjang hal Hani ni...dahlah dia jer buah hati oengarang jantung gunung meletup saya....tak sanggup rasanya nak perjudikan masa depan dia...saya nak dia jadi insan yang seimbang rohani, jasmani, emosi dan intelek...dan dia pun saya doa biarlah jadik doktor muslimah macam dia cita2kan...konon nak ubatkan ayah...mula kenal sangat dengan doc sejak ayah diserang stroke ni...dia juga sangat berminat dengan sains...


hani dah mula tanya saya, kenapa moon tu tergantung tak jatuh....kenapa matahari bergerak2 ammie, tadi kat sana, ni kat situ pulak...macamana rainbow tu ada kat situ...bumi ni macamana rupa dia...dua hari lepas...dia tanya, macamana tsunami berlaku? mosquito makan apa? banyak sungguh kerja saya nak buat kan? mujur juga ada web Harun yahya...bolehler membantu menerangkan dengan ilustrasi sekali... lepas ni kena beli globe, buku ensiklopedia dan buku2 sains...

Bestkan kalau dapat share perkembangan anak dengan orang yg kita share buat anak sama2...lagi berganda kegembiraan kita, betul,tak?

Istikharah

Tadi dah taip panjang dah...sekali "virus" pc ni datang menyerang..punah semua! Kalau taip balik pun ayat dan 'feel' di sebalik entry tu dah lain dah.

So, kena buat lain sampai feel tu datang balik. Buat masa ni, nak gi siapkan Hani nak gi school. Masa yg ada memg ngam-ngam nak buat satu entry jer. Taulah dan ada anak sekolah nikan, malam2 bz bantu anak buat kerja sekolah, kalau ngadap PC sure dia sound punya, "ammie ni asyik tengok komputer jer tau, tak kesianpun kat kakak"

So, lepas solat subuhlah selalu buat entry ni. Kat office toksah cakaplah kan.. macam pencuri kalau nak masuk blog. Walhal dalam bilik sendiri, tapi kejap2 ada orang masuk, kejap2 ada org call, hari ni confirm bz gila...sebab banyak benda nak diuruskan....dan banyak tugas dan arahan boss no 1 dah menanti...dari malam tadi dah call saya dah... Rasa cam tak cukup dua kaki dan dua tangan ni...

Semalam sehari suntuk kat mahkamah, menggigil gak nak bagi keterangan..dah duk dalam kandang saksi tu okay jer. Tapi masa kena cross dengan lawyer tertuduh tu bengang jer...pandai psycho. Sekarang kan ikut evidence act semua dokumen dan apa2 yg kita ada dan dapat masa kita menyiasat kita kena supply pada lawyer tertuduh, so eksyen lah lawyer tu sebab dia ada semua doc.

Masa saya jawab pertanyaan2 timbalan pendakwaraya tu, kejap2 lawyer tu geleng kepala (lawyer tu bangsa singh yg sangat besar orangnya) dia kenal saya sebab selalu jumpa gak kalau saya tolong mentioned case kat court sini ..asyik2 wat camtu...sakit hati betullah. Pastu...bila turn dia nak cross dia panggil nama saya..."cik salwa...(cara dia panggil tu macam sinis tau. macam nak tanya benda yang kita dah buat salah...ishhh.

Tulah saya rasa jadik PO (pegawai pendakwa) lagi best banding jadik saksi utk bagi keterangan. Hari tu satu kes saya jadik IO kes tak panggil defence call pun. OKT tak dipanggil membela diri. Tapi masa saya bagi keterangan lawyer dia basuh gila2 punya. Ehhh citer hal kes ni panjang plak...tajuknya lain tadi kan...takpe takper...nanti saya buat balik citer yg terhilang tu....

Istikharah

Nak buat istikharah bukan boleh main redah jer. Sapalah kita ni kan, yang nak harapkan kalau buat istikharah terus dan-dan tu gak nampak petunjuk? Kita ni bukan wali, bukan alim, dan bukan juga ahli ibadat sangat....



Soooo, saya ni memang bercadang nak buat istikharah tapi saya naklah buat ikut step by step. Bukan main istikharah pastu cakap..."ooohhh gerak hati saya dan kata saya kena cerai jugak". Oh tidak...kali ni saya kena betul2 merujuk kepada "Allah". Saya pun banyaaaak lagi masa. Tak de apa nak dikejar. Lagipun kira-kira sekarang ni macam digantung tak bertalilah. Takde sapa pun yg nak suh saya potong tali tu cepat2 dan takde sapa pun yang nak tolong putuskan tali tu...melainkan syaitan laknatullah lah kan?



Maka, 'jihad' untuk merujuk kepada Allah ni akan dan telah bermula sedikit2, perlulah jugak saya berhijrah minda, akal dan nafsu kearah yang diredhai Allah. Haruslah saya bersihkan dulu hati..kena kaji balik napa saya nak buat keputusan macam ni ke or macam tu ker? Wajin juga saya mulakan dengan puasa sunat isnin dan khamis...tambah dengan baca Yaasin setiap lepas solat waktu dan jugak mulakan dengan tahajud setiap malam....pastu baru boleh diikuti dengan solat istikharah.



Mungkin pada masa tu, dengan hati yang lebih bersih, jauh dari sifat dendam kesumat dan hasutan 'nafsu serakah' dan sakit hati yang 'membara' moga-moga Allah memberi petunjuk yang sebenar. Dan yanglebih penting hati saya tenang terhadap sebarang keputusan yang akan dan telah dibuat nanti.



Bukannya apa, si hani ni mula berbolak-balik...ada jer keluar dialog2 yang mengocakkan hati dan pemikiran saya. Dia suka sangat keluarkan ayat tiba-tiba...yang saya rasa nilah perasaan sebenar dia. Kadang-kdangan saya tak tanya, dia tiba2 lontarkan perasaan dia. Neh ayat-ayat dia dalam tempoh sehari dua ni (lebih kuranglah yer)...



~Kakak rasa geramlah kenapa ayah tak sayang ammie dengan kakak

~Ayah selalu tak peluk kakak, kenapa eh ammie, ayah tu tak sayang kakak ker, ayah pandang jer kakak pastu gelak-gelakkan kakak, bukan nak tido sebelah kakak (merujuk semasa dia tinggal dengan ayah/ummie)

~Ammie, takpun kita carik jer ayah baru nak tak? Bila saya tanya sapa..dia jawab, "orang sebelah boleh tak ammie? Pastu dia sendiri cakap..."eh..nanti diorang plak takde ayah,kan?"



Saya sesekali duduk-duduk dengan dia saya tanya betul ker dia tak kisah kalau saya berpisah dengan ayah...dia jawab "kakak kisahlah...kakak sedih tau..kakak nak duduk sama-sama ayah dengan ammie...nak gurau sama-sama, kakak suka kalau ayah ada sini"



Bila saya cakap kakak masih boleh main dan gurau dengan ayah...nanti ammie hantarlah kakak rmah ummie...dia kata, "takmolah duduk rumah umiie, tak best.."



Banyak lagilah dialog dia...dan sekarang mulalah dia selalu cakap ayat2 sedih kalau saya tak layan dia betul2...sedih sebab cara dia lontarkan ayat tu dengan memek muka dia tu...



~ammie ni tak sayang kakak tau...bukan kesian kat kakak <--- ni kalau saya buat tak layan kat doa dan buat kerja lain.

~ammie, ni anak ammie tau..napa ammie taknak tolong kakak <--- kalau sesuatu benda saya suh dia buat sendiri

~ammie, anak kena tolong ibu, ibu pulak kena tolong anak, ammie tau tak? <--- kalau saya taknak tolong dia buat apa2 ker...

~ayah tak sayangkan kita kan...biar jer kita duduk berdua tak balik2 <--- sesekali bila dia cakap macam ni...saya tau bahawa dalam hati dia ingat ayah...

Rabu, April 09, 2008

Mari kita try and error...

Saya pun tak sangka saya mampu bertahan sebulan sehingga hari ni. Geanap sebulan. Sebelum ni rekod hj tak balik adalah 13 hari...dia balik selepas saya mengaku salah dan merendahkan diri sungguh-sungguh.

tapi kali ni hairan, sungguh-sungguh hairan. Kenapa saya tak rasa bersalah dan saya tak sedih? Tak menitiskan air mata...kenapa? Saya tak fikir mendalam lagi hal ni cuma terfikir secara sepintas lalu jer....Adakah kerana sayang saya telah berkurang..., atau kerana saya sibuk bekerja? Ataupun kerana saya ego???

Tak..bila saya fikir semula, saya sebenarnya mahu try and error. Saya nak lihat ego siapa yang menggunung tinggi...siapa yang akan mengalah dahulu...sejauh mana saya boleh bertahan sebagai isteri tanpa 'suami'...saya berperang dengan emosi sendiri sebenarnya...saya try to push my kesabaran until the limit...sampai tahap mana saya boleh bersabar....

YES...yes ... saya mampu...saya tak sedih tahap gila2...sikit2 tu biasalah....saya tak emosi langsung. Saya masih boleh teruskan kehidupan saya seperti biasa. Malah bahagia sangat sebab Hani ada di sisi saya. Saya sebenarnya dah biasa melalui kehidupan ini sendirian walaupun ada suami...telah dilatih dari awal...bukan benda baru...

Ni nak citer satu benda...memandangkan hari ni genap sebulan...saya pun rasa dah sampai masanya saya cuba berhubung. Saya sms pak hj sebab ada borang2 berkaitan sekolah hani (butir diri pelajar/pembelian insurans) yang perlu diisikan dan di TT oleh ibu/bapa. Sekurang2nya ada alasana saya nak sms...bukan saya yang suka2kan? Takde jawapan...senyap jer....

So saya memang dah tahu MO kami kalau gaduh ni...kalau nak pujuk sebenarnya senang jer...saya kena pergi mengadap dia, kidnap dia masuk keter bawak laju2 kemana-mana...pastu pandai2lahkan? Gerenti dia akan 'mengalah'. Tapi kali ni rasa macam tak suka nak buat camtu...sebab gerak hati saya takmo....tapi saya test jugak sms kata saya nak datang ambik dia malam ni....lamaaaaa baru dibalas...

Apa dia balas ntah..a.dalah macam bunyi "tak semuadah macam tu nak dilupakan...bla bla..." Apa ntah salah saya...tertengking dia jer pun (tertinggi suara) pun bukan sebab besar...sebab kecil jer...punca gaduh kami hari tu ...saya marah kat hj sebab dia bawak masuk madu saya, Kak Aza dalam rumah saya tanpa bagitau saya...sapa tak marahkan? Pesaing kita masuk rumah kita waktu kita ada kat pejabat...bukan adik beradik, sedara mara ker...ni MADU...

Taulah kan saya ni bekerja, rumah takdelah licin licau macam org duduk rumah...24 jam berkemas... kebetulan ada pinggan dalam sinki malam tu tak basuh...bilik air tetamu pun tak kemas...tup2 dia bawak Kak Aza masuk rumah...dengan anak2 sekali...yang pak hj tak masuk dia pandai lak ke surau...

Saya benganglah...malulah kan...macam saja nak jatuhkan air muka saya depan madu saya...kan madu saya ni kaki kemas...pembersih orangnya..nanti dia ingat saya ni ntah apa-apa...hishhh reputasi kena jaga kan? Kalau cakap nak datang senang citer kan? saya memang pantang madu saya datang rumah kalau saya takde...tak suka..ni kali kedua tau dia bawak...dulu sekali masa saya dalam pantang Hani kat kampung...jiran sebelah mengdu kat saya..siap madu saya tidur lagi kat rumah...(rasanya atas katil master bedroom lagi...geram tauuuu)

Sooo....nampaknya bagi sesapa yang nasihat suh kekalkan masjid ni tak dapatlah saya nak jawab apa...pandai2lah nilai sendiri...sebab kecik camtu...segala salah saya dari dulu2 kena ungkit...aci tak?

Tadi gi court bagi keterangan, kes 2005 dulu...kes rasuah tapi adalah jugak kaitan dengan masalah poligami. Antara saksi yang datang tu adalah Pegawai hal ehwal agama Nikah, cerai dan Rujuk...Ustazah Fatimah Manja...dari JHEAINS. Tadi dah cakap kat dia nak minta nasihat masalah saya...esok sambung bicara lagi...saya akan bincang dengan dia esoklah..tanya pandangan dia macamana....tapi dah agak dah sure dia suh mintak cerai...sama macam tahun 2005/2006 dulu masa kena kaunseling...kaunselor tu pun suh cerai gak...

Apa-apalah kan..kalau berbaik...terima jerlah..kalau takde jodoh hidup saya camni gakkan? Takde apa yang berubah..dan takde apa yang menambah..sama jer...cuma status jer beza...

Apa-apa nasihat saya terima tu saya fikir, hayati dan simpan, saya tak bakulsampahkan..tapi sebelum nak ikut nasihat tu...saya kena berpijak dibumi nyata jugak...hj ni bukan seperti suami2 lain...perangai dan ego dia lain macam ingat dah jadik OKU berubahlah..tapi makin menggunung tinggi ego dia...lupa dah dia segala susah payah kita jaga dia masa dia sakit...anak pun dia tak tanya khabar...hidup ke mati ke...ada patutker? Fikir yer 'tuan' dan puan-puan...

Sabar jerlah kan...kutuk2 gila2 punya..pasni kalau berbaik lupa semua...apalah Puan kita ni kan?

Selasa, April 08, 2008

seba salah

saya sangat rasa dilemma, serba salah dan tak tau nak buat keputusan.

Ikut hati rasa nak lari jer ke tempat lai, mulakan hisup baru. Bawa Hani dan bawa segala kenangan indah. Yang pahit2 dan perit2 semua nak saja saya tinggalkan di sini.

Kalau boleh rumah2 ni sekali saya nak jual. Mohon pindah ke satu tempat yang jauh. Cawangan sandakan ke, Tawau ke, Bintulu ke...tapi tak boleh!

Saya tetap perlu teruskan hidup di sini. Perlu menunggu lagi dan lagi. Banyak benda belum ada keputusan. Betapa bosannya menunggu. Kan bagus kalau semua benda kita nak ce[at dan pantas boleh dibuat.

Isu sekarang kalau saya nak bercerai pun, ambik masa panjang, nak kena kaunseling tu pun dah makan bulan-bulan, nak naik mahkamah turun mahkamah...entah2 ada isu hadhanah...kalau timbukl isu dah nak kena lantim lawyer..harap2 saya dapat berbincang baik dengan haji...biarlah saya jer yg jaga Hani, tapi tak taulah kalau ikut kes nak bercerai 2004 dulu, mati2 dia nak Hani dia jaga.

Apa yg membelenggu saya ni samaada, saya nak cerai atau tidak? Hani pulak takmo pergi jumpa ayah. Mati2 nak duduk dengan saya jer, kalau tak ada jugak alasan saya pergi jumpa dan bincang dan bolehlah capai kata putus. Saya taknak guna sms/hp sebab perbincangan isu-isu cerai ni tak sesuai dalam hp. Ken berdepan juga walau apapun.

Apapun sabtu ni saya akan usaha juga pergi jumpa. Ambil kata putus. teruskan atau cerai. Tapi sekarang ni 80% rasa macam nak cerai. No point saya stay dengan rumahtangga ni lepas tu 3/4 tahun lagi bangkit lagi isu cerai ni. Benada sama berulang2..saya ni pun ada harga diri..kalau orang dah tak nak saya lagi takmo.

Dulu saya berkorban dan bertahan sebab Hani tapi sekarang saya takmo korban lagi..Hani dah pandai buat pilihan. Kalau pertahankan pun, sama juga keadaan dia, Hani jumpa ayah pun seminggu sekali dua jer... pi mai pi mai tang tu jer...

Apa pandangan anda sekelian. Yang dah baca blog lama tentu dah tahu kan benda ni (isu cerai)hanya ulangan dari kisah dulu2... bukan benda baru. Saya jer sibuk dok pertahankan rumahtangga ni yang akhirnya makan diri...apa ada dalam sebuah rumahtangga kalau takde faham-mamahami, tolak ansur, korban, sabar, memberi dan menerima....semua tu dah takde sekarang...yang ada hanya 'bersama' sekali sekala tu pun kena berkongsi masa dengan 'keluar dakwah" dan 'isteri 1'. Apa yang tinggal untuk saya dan Hani?

Sabtu, April 05, 2008

Layan gambar yer...

Ni kes malas....kumpulkan ajer gambar dalam satu entry senang. Saya suka baca entry di blog yg dia citer pasti letak gambatr baru kita menghayatikan? Tapi kalau nak buat camtu hanya org yg banyak masa jer sesuai dan latak buat. Bagi yang malas macam saya ni longgokkan ajer dalam satu entry pastu pandai2lah padankan citer dengan gambar mana satu kan?


Ni gambar yg agak terbaru hani ...entah bila? kat bilik solat ni...macam nilah dia kalau saya solat ada jer projek usik sana usik sini..termasuklah mengusik saya yg tengah solat..dia ingat saya ni objek ker???




Budak Hani yang sentiasa perasan dia cantik...cermin mata kedua jenama Barbie yang dibeli..RM 19.90....pandai lak pakai letak atas kepala...ingat cantik sangatlah tuuu??? heheheee

Sajer tempek..ni uniform jabatan saya...ada gambar saya beruniform kat PC pejabat kat umah takde pulak..kalau tak boleh tunjuk sikit...dengan baju no 1 dress jabatan pun adooo....dengan citer start pakai tahun ni..save cost 4 beli baju...



NIlah antara barang2 mickey and minnie mouse yang dikdakwa menjadi isu kecemburuan dikalangan kawan2 pompuan..ada kerr??



Botol air...




Beg duit saya yang diguna sejak tahun 2001...kerapkali menjadi tampalan sticker Hani, bukan beg ajer jadi mangsa dashboard keter pun sama, dinding bilik toksa cakaplah..macam2 sticker adoo...





Pencil box...bawah pencil box tu, beg duit baru..nak tunggu yang kat atas tu jenama 'Santa Barbara polo' punah tak punah2 pulak...belilah jugak sebab dah terbekenan kat beg duit Hilly ni lama dah...






Beg sekolahnya...beserta dengan key chain minnie mouse
Tu jer...tq






28 Rabiul awal

citer hani lagi...tengah mood citer hal hani ni.

Dua hari lepas Hani ada bagitau saya, cikgu yani, guru kelas dia ada tanya ayah mana... saya tanya dia apa dia bagitau cikgu...aduuuh terkejut saya, dia cakap dengan cikgu, "ammie dengan ayah dan berpisah"....eiiii geramnya saya.

Mungkin niat cikgu tu saja nak tau, agaknya dah dua minggu Hani asyik saya jer yg hantar, tak nampak batang hidung ayahnya. Ada jugak beberapa kali sya ambil malam, sebab ada tangkapan kat pejabat, terlambatlah sikit. Just call cikgu dia bagitau saya lambat...hari-hari biasa pun terlajak jugak saya ambik 6.30 petang, sebab saya sekarang buat mesyuarat pagi petang, pagi ada jugak saya tak buat bila saya tengok ramai peg dah keluar menyiasat. Tapi petang hampir setiap hari saya buat mesyuarat.

4.30 baru nak start mesyuarat selalu terlajak sampai jam 6...kalau nasib tak baik lepas mesy, kena panggil dengan pengarah lak. Ehh lama gak tak citer hal kerja,kan? Yerlah stress dah kurang dah...pengarah pun dah kurang monitor saya, sebab kertas siasatan semua berjalan lancar...sebab hari2 saya buat mesyuarat tanya progres...

ok back to Hani, lepas dia bagitau cikgu hal ayah dan ammie tu, saya pun 'warning' dia...jangan sesekali bagitau hal ayah dengan ammie, saya tanya kalau cikgu tanya lagi ayah , nak cakap apa? Dia jawab..."ayah kat PD jaga kambing"...hahahaaa kelakarlah jawapan dia tapi okaylah tuuu....

Cikgu2-cikgu dia tertanya2 agaknya, sebab dia tau Hani sorang jer anak saya...sebelum ni pun ada bagitau Hani sekolah di PASTI PD, tulah agaknya diorang tertanya2 sapa yg jaga Hani...hari tu adalah citer sikit2 kata Hani ni sebelum ni mak tiri dia jaga, duduk dengan ayah..tu jer yang saya cakap so banyak timbul persoalan agaknya....

Takpelah pelan2 nanti saya citerlah background hani ni. Patutnya hari ni Hani ada masuk pertandingan melukis di KPJ, cikgu dia dah bagi borang penuhkan dah...kaler baru STAEDLER yg 24 warna dan baju baru pun dah standby dah untuk pakai hari ni...punyalah excited. tapi last minit KPJ batal pulak. Hari2 dah practice mewarna. Sebab sebelum ni Hani ni habit dia kalau mewarna...katalah part baju budak perempuan, dia bukan guna satu warna jer, dia mesti kaler perlbagai warna so baju tu akan jadi macam warna pelangi...kasut, setokin sumer jadi kaler camtu...tulah yang nak kena ajar tu...pada dia cukup cantiklah tu...

Pokok kena warna hijau, awan kena warna blue, rambut kaler perang atau hitam....warna baju budak2 kenalah warna terang... tup-tup batallah pulak pertandingan mewarna tu...takperlah...

Kat sekolah... dia kata cikgu kata dia pandai..bagus...saya tanya kenapa..sebab "cikgu tanya kat kelas kakak, sapa yang ada belajar kat rumah angkat tangan...kakak jer sorang yang angkat tangan.., tulah cikgu cakap kakak pandai dan bagus..." ooohhhhh gitu..agaknya yang lain tu sumer dah pandai baca kot...yerlah diorang dah 3 bulan belajar dah...mak2nya takde benda nak ajar...ataupun maknya sibuk memasak dan melayan anak2 lain...yang saya pulak, hari2 dari jam 9-11 mengadap hani...walaupun 2 jam selang seli lah aktiviti mengaji "Qiraati", mewarna dan membaca "cahayaku" ...
Itulah jer .... best gak ada anak dah sekolah ni...berkembang sikit hidup kami dua beranak..takdelah sekitar kerja dan rumah jer...apapun saya suka Hani dah duduk dengan saya dan saya tau sya mampu menjaga Hani seorang diri...alaah dulu pun saya gak jaga dia..dari dalam perut sampailah la ni...apa herankan?

Jumaat, April 04, 2008

27 Rabiul awal



Hani dah mula mengungkap kata-kata rindu pada ayah. Lepas bercakap lama dalam telefon dengan ayah, semacam ada 'pemikiran lain' dalam minda dia. Asalnya dia sangka ayah hanya 'tak kawan ammie' tapi lepas cakap telefon tu dia cakap dengan saya, 'kalau kakak kawan ammie, ayah takmo kawan kakak'.



Kesimpulan, dia terperangkap saya rasa...mungkin dia nak/rindu pada ayah tapi sebab dia kesian kat saya, dia buat-buat yang dia tak rindu pada ayah. Saya cuba slow talk dengan dia, tanya dia betul-betul samaada benar dia nak jumpa ayah...dia kata takpe...sambil pandang saya dengan ekor mata. Apa dalam hati dan fikiran dia agaknya?


Tadi lepas maghrib saya ada gaduh sikit dengan dia. Bukan sebab besar pun cuma dia lepas mengaji baca iqra', tak simpan iqra' tu di tempat atas, biar rehal dengan iqra' macam tu jer...lagi satu, semalam dia dah kena marah sebab saya sedang solat maghrib dia pulak makan coco crunch dalam paket kotak kecik2 tu..(saja saya belikan banyak sebab mudah bawa bekal ke sekolah).


Sedang saya duduk tahiyat awal, tak tau apa projek dia belakang saya tapi terasa-rasalah dia pegang/tarik2 tali telekung yg ikat kepala tu. Dalam hati, haaaaiii budak ni dah banyak kali pesan jangan kacau ammie tengah solat tapi dia buat jugak....lepas solat apa lagi...menyinga lah saya..sebab benda basic dari kecik dah mengadap saya solat (dah 4 tahun lebih dah hari2 dok cakap benda sama, takkan tak faham2 kot?) ..sesekali angin dia datang dia tak mengira nak bergurau dengan ammie...tulah kena sound semalam...saya salam jer dia boleh gelak2 cakap.."kakak selitkan coco crunch dekat belakang telekung ammie...tak jatuh pun....heheheeeee"...



banyaklah ko punya heheheeee...sekali kena tengking +leter dengan saya...kembang kempis hidung nak tarik lagu...lastly nangis sambil cakap "takmo kawan ammie"....saya jawab.."baguslah..."..dah tu mulalah nagis mendayu2 panggil ayah...kalau dulu saya sedih gila kalau dia nangis panggil2 ayah camtu la ni takdak apa rasapun...



Ingat hari ni takdak citer sama...tup2 hari ni, saya tengah solat maghrib jugak, lain projek plak dia buat...konon nak ikram (jaga hati) ammie lah tu...masa ni saya tengah tahiyat akhir (dia buat projek mesti masa saya duduk, masa berdiri takde pulak) siap tolong urut2 lengan ammie..dipicit2nya lengan ammie dengan dua2 tangan dia, tak cukup picit lengan dia picit dahi saya macam aksi kita picit dahi masa kepala sakit/pening. Terganggu dak? mestilakan...



Habis salam apa lagi...kena lagi marah+leter...sebab baru semalam kena marah atas sebab sama...pening betullah nak didik hani ni. Lepas kena marah apa lagi, dan-dan tu meleleh air mata sambil cakap .."kakak takmo kawan ammie....". saya jawab..."ok...ok..bagus...bagus..malam ni biar ammie tido sorang kat bilik sembahyang ni ya...jangan kacau ammie yer..."...Pandailak dia jawab..."kakak takmo kawan ammie...tapi kakak tido nak pelok ammie...kakak tak kawan jer...tapi nak tido ngan ammie.." lorrrr????


Pastu startlah nangis2 keluar dialog "ayah...ayah...."saya gertak (saja test jer) "macamni biar ammie hantar duk ngan ayah nak, sekejap jer?"...."taknak..., nanti ammie ambik lambat"...ohhh rupanya gitu...ni dia cakap sambil mendayu2 nangis....

Semalam kami keluar lepas isyak makan kat luar. Sampai2 tu macam biasa Hani akan order sirap limau (kegemaran ummie dia ni) dengan mee sup, tapi kena tanya dulu nak mee kurus ker mee gemuk (mee kuning @ meehun) saya cam biasa mesti makan kuew teow kantonis, hani ni kena ikut selera dia sebab selalu tukar2, menunya sama, kalau salah nanti boleh jadi mood nak makan dia hilang...maknya pulak naik angin. so semalam sampai jer makanan terus jer dia baca doa punyalah kuat..agaknya terikut baca macam kat sekolah, sebab selama ni kalau baca setakat bagi saya dengar jer tapi semalam satu kedai pandang dia...lepas tu pandai pulak tundukkan muka bila sumer pandang,..."ammie..malulah kakak..."...


Bila2 masapun masuk jer kedai memang semua/rata-rata akan pandang pun...satu sebab dia bertudung dan satu lagi sebab kami ni berdua jer.....muka lain plak tu...tambah dengan mulut dia esti bising cakap2 macam2...sampai dua meja depan tu semalam, India dan China dok bisik2 dan pandang2 hani sambil senyum...hani dah biasa org pandang camtu...dia mulalah perasan..."kakak cantik tak ammie? kalau jawab tak...boleh meleleh air mata dia sedih...obses betul dengan kecantikan...sebab dari kecik dok dengar orang puji dia comellah, cantiklah depan dia...


So sekarang kalau ada org puji tersenyum simpulllah dia malu2 alah...tapi lepas tu tanya balik ammie..."kakak cantikkan ammie..." nampaknya haruslah saya jaga ini budak betul2 takut terikut2 arus kemodenan...tambah2 pulak ramai pesan..."ni dah besar kena kurung dalam rumah ni..." dan ramai plak cadangkan beranaklah lagi..."anak cantik macam ni pun nak kontrolker..beranaklah lagi....cissssssssssss ingat senang ker?



Oh ya...malam2 sekarang tengok TV..mesti syok jer sebab ada orang mendandan..sikat rambutlah, bedaklah...macam2 lagi...siap satu fesyen, pergi depan ammie suh ammie senyum..."senyum ammie...senyum macam kakak ni ya...(siap bagi contoh senyuman lagiii tuu)...lepas tu bagi komen..."kakak rasa cantiklah ammie ni"....dahsyat kan punya nak jaga hati ammie siap puji2 ....tak betul pun takperlah kan?

Sekarang ni (sambil saya taip ni) hani dok bebel....dia dok mengadu dengan saya ...masalah dengan budak perempuan, dia kata "asyik2 tak kawan jer...kejap2 tak kawan..kakak takde buat dia..tiba2 dia taknak kawan kakak"...last2 dia citer dia kawan dengan budak lelaki jer...nama Adamlah, Kimilah..syafiqlah...kawan2 pompuan susah kata dia..."malas kakak nak kawan, dengan budak lelaki takde pulak tak kawan, semua kawan jer kakak ammie takde gaduh2 pun..."...


Saya plak punyalah nasihat tak guna....hehehee, termenung jer hani mula2 dengar pandangan saya. "kakakkan budak baru, agaknya budak2 perempuan semua rasa tergugat tak?...kan kakak cantik, diorang rasa cemburu tak?..kekekeeee Hani jawab..."takdelah ammie, masalah dia bukan tu....masalah dia bila kakak bawak benda2 cantik macam beg mickey mouse, botol air kakak tu...diorang takde..tu yang budak pompuan dua orang tu...dua orang budak pompuan tu jer...malas kakak nak kawan dialah...takperlah..."


Tu lah analisis kami dua beranak....sambil dia cakap dialog2 dia ni sambil saya taip tau tak...


hishhh banyak sangat citer baru hani ni...gambar boleh upload tapi gambar lama jer sebab tak boleh nak trasnfer dari hp ke pc...virus punya pasallah ni...






Khamis, April 03, 2008

25 Rabiul Awal

Semalam genap 3 minggu suami saya tak balik dan tak hubungi dan lain2 istilah seangkatannya. Setelah berfikir banyak kali dan setelah dapat suntikan 'motivasi' dan juga macam2 nasihat dari 2 kawan rapat....maka selasa malamnya saya sms ayah hani, katakan 'hani nak cakap', tu jer yg saya terdaya fikirkan macamana nak mulakan balik hubungan terputus ni...

Kemudian saya call dan Hani yg bercakap dengan ayah...banyak benda dia cakap..antaranya ~"ayah...cikgu kakak cakap kalau gaduh kena mintak maaf balik"

~napa ayah tak balik sini?
~ayah tak sayangkan ammie lagi ker?
~kakak dah pandai mengaji Qiraati tau...

dan banyak lagi....yg dibebelkan oleh budak ni...yerlah baru 2 minggu sekolah sini banyaklah cerita baru...

Saya takde kekuatan dan tak berahi nak bercakap dengan ayah si Hani ni... dan dalam hati belum ada rasa nak dan belum ada gesa untuk memujuk macam dulu-dulu yang saya buat...

Entah kali ini, tak tau apa bezanya...dulu lembut benar hati saya untuk memujuk dan mengaku salah. Kali ni ego saya bukan main tinggi lagi... dan saya rasa macam betuo2 saya dipihak teraniaya kali ni.

bagaimanapun jam 11 malamnya saya sms tanya "betulke taknak balik sini lagi" (sebab ini yg hani bagitau saya lepas dia cakap dengan ayah dia). Lama juga saya baru terima balasan dengan jawapan "tak minat nak layan orang yang tak pernah bersyukur dengan nikmat yang Allah beri"...(ada lagi sebaris ayat yg saya tak tergamak nak tulis dan bagitau kat sini)

Tergamam mula2 baca dan terus bergenang air mata buat pertama kali lepas 3 minggu ni. memang saya dah agak ini respond yg saya akan terima. Kata2 pedas dan tajam...itu normal. Tak pernah dan jangan mimpi yang dia akan minta maaf dan mengaku salah. nak membayangkan yang dia bagi reaksi neutral (tak menyalahkan dan tak mengungkit salah saya) pun tak usah haraplah.

yang saya benci setiap kali gaduh, patutnya hanya isu yg digaduhkan ajer dibangkitkan tapi dia setiap kali gaduh isu dari awal kahwin dibangkitkan. Saya malas nak layan sebab kalau dua2 pihak bangkitkan isu yg dikumpul dari 2 Jun 2001 sampai 2008 ni...setahun gaduh pun tak habis!

Nikmat apa yg saya tak syukur?

isunya dia bersyukur tak dapat saya ni?

saya tak pernah tergedi2 nak kawin dulu....(ikhlas sebenarnya...malah sentiasa terfikir takmo kawin langsung) tapi 'sebab dia' yg nak sangat kawin dan yakinkan saya kawin jalan keluar terbaik saya terpaksa dan memaksa diri....disamping ada sebab2 lain yg Allah jer mengatahui...

Maka saya kahwin juga....dan tempoh ni (kahwin) adalah tempoh paling sukar dalam hidup saya, terutama kehidupan suami dan kehidupan kerja saya adalah dua benda yang kontra! Saya tempuh dan cuba temukan dua garisan selari ni.

cabaran, kritikan, kutukan, syarahan dan tohmahan pelbagai yang diberi suami pada saya. Kadang2 saya balas (tu yg jadi gaduh), kadang2 saya telan. penghujungnya saya tak nak cerita dan buat tak tau pasal kerja depan dia...tapi bila dia takde, saya buat kerja macamana yg sepatutnya.

Bila dia sakit, saya masih di sisi. Walau apapun dalam hati dia kata dan fikir, saya tetap pertahan rumahtangga. Kadang2 dia kata saya tak hormat dia, sebab saya ada pangkat (dunia jer) dah banyak gaji (kalau banding dgn pencen dia agaknya), dia tempelak saya katanya kat pejabat marah orang kat rumah pun nak marah suami... macam2lah...

Dia suruh saya berhenti (memang saya nakpun) tapi kalau cakap kosong dan kalau ikut cara dia sekarang...mampu ker? (dalam hati saya tetap yakin Allah yg beri rezeki bukan kerja yg menghidupkan saya) tapi at least ada sesuatu menunggu jika saya berhenti.

~Dengan hidup saya dan Hani yang dari lahir bergantung pencarian hidup dengan gaji saya semata-mata, tak bersyukur lagi ker saya?

~Dengan makan pakai saya dan Hani dan dia juga saya yang tanggung, dan saya tak pernah minta duit nafkah (nafkah batin jer saya harapkan) tak bersyukurker saya?

~dengan bayar rumah, sakit pening, kereta rosak, bil segala-galanya dipundak saya, dan tak pernah minta duit dan titik peluh dia membantu, tak bersyukur ker saya?

~sejak dua tahun ni dia hanya datang untuk tengok anak dan saya rabu tu pun dan 11 malam, sabtu pun lepas 10 malam dan ahad jer yg penuh....saya sabar dan okay jer...tu pun saya dikata
tak bersyukur juga...

~En wan, anda jer sorang lelaki baca blog ni...bleh bagitau apa tanggung jawab suami?

~Yg diberi pada saya.....kasih sayang dan perhatian dan batang tubuh....cukuplah...adakah itu saya tidak bersyukur?

Mungkin ada yang kata saya ni memandang sangat material...atau berlagak...atau kurang ajar...apapun saya memang dalam keadaan berdosa kerana sekarang ni suami dalam keadaan marah dengan saya. bahkan ikan dna maikat semua tak mendoakna saya sebab saya dimurkai suami....

Saya dalam keadaan berdosa ni...saya cukup sedar...itu sebab saya kalau boleh nak berbaik...tapi kalau berbaik untuk bergaduh lagi dan lagi...rasanya saya letih bergaduh..dan saya takde perasaan dan takde feel nak bergaduh lagi. Agaknya saya dah tua, maka saya dah malas nak fikir benda2 yg boleh buat saya sakit otak.

Saya dan hani sekarang sedang perdalamkan perbincngan pasal isu berpisah ni. Ikut hani dia okay jer...tapi tak tauler...kalau pisah pun dia tetap saya akan beri jumpa ayah...isu berpisah ni jadi gurauan dan ugutan dia pada saya kalau saya marah dia...."ayah..ayah...ambik kakak ammie marah kakak"..dia jerit2 ketawa panggil ayah kalau saya marah...sajer ker dia nak tengok reaksi saya...saya kata, "jomlah..cepat sia..sekarang jugak ammie hantar PD jumpa ayah..." Taknak pulak dia...pandai cakap..kakak gurau jer...

Malam lepas saya terima sms ayah tu saya menangis air mata meleleh jer (bukan tersedu-sedan macam dulu) hani tanya, saya kata, "ammie rasa, ayah betul2 nak berpisah dengan ammie...dah tak sayang ammie lagi". hani jawab, kakak pun tak sayang ayahlah sebab ayah tak sayang ammie.. saya nasihatkan dia, saya kata tak boleh kakak tetap anak ayah taak boleh berpisah dengaan ayah..darah yang mengalir dlam badan kakak ni tetap darah dari ayah, dahlah rupa kakak macam rupa ayah...nama kakak pun kan binti 'sidek' sampai bila2 pun nama sidek tu tetap ada....kaka kena juga jumpa ayah tak boleh berpisah...Hani jawab balik dengan seriusnya "kalau macam tu kakak nak tikar binti, kakak taknak binti sidek kakak nak binti 'salwa', hani suhaila bintyi salwa, boleh tak ammie?...

tu jerlah citer...sekarang ni malam2 betul2 bz sebab hani ada jer kerja sekolah dan sebab dia dah tertinggal hanpir 3 bulan, saya kena kejar silibus sebab ada budak kelas dia dah boleh membaca. So malam2 saya ajar dia baca "cahayaku" dengan "qiraati". Ada 3 buku prestasi yg hari2 cikgu tulis perkembangan dia. 1. Qiraati 2. Cahayaku 3. Hafalan doa. Ada 3 skala, L=Lancar, S=sedang lancar B=Belum lancar.

kalau saya tengok dalam buku tu, susah hati saya, saya nak cepat2 tukar pada L. Maka sayalah malam2 call cikgu dia tanya macamana nak ajar, cikgu dia sporting ajar saya kaedah mengajar dalam hp jer...lantaklah dia fikir saya ni excited sangat...dah anak saya sorang jer, takde benda nak buat malam2, mengadap hani jerlah. jadi saya pulak kena belajar dulu...

Qiraati takde masalah langsung semua L dah sampai muklasurat 10, semua dia lancar...pelik gak saya, saya ajar sekali dua, cepat dia ingat. tapi program pembacaan cahayaku masayaallah mencabar sungguh kesabran saya...vokal dia dah padai dah 'a e i o u'...sekarang ni nak sebut+campurkan (sambung) dengan konsonan..dah dua malam dah topic ni. malam tadi baru pandai sambungkan konsonan m,l dan n...

jadi hani dah pandai baca perkataan 'mama. mami. ami,. umi, lala. lulu, ani, nana dan seangkatan..." sukernya dia (maknya tentuler suka, dah sakit2 tekak menjerit dah),tapi sebelum pandai tu..berapa set air mata dia meleleh siap dengan banyak kali kembang kempis hidup nak tarik lagu nak start nangis....kesian gak dia tapi kalau saya tak garang sah2 dia tak dapat...

malam ni nak bagi lagi 3 konsonan....target saya 3 bulan dia mesti dah pandai baca perkataan dua dan tiga suku kata....alfatihah, doa ibu bapa, doa masnun(harian) pun dah pandai baca.

saya pelik betul, Qiraati pandai pulak dan mudah benar dia ingat tapi cahayaku susahnya. Agaknya sebab sepanjang mengandung 9 bulan hampir sepanjang masa saya dedahkan dengan suara mengaji dan lahir plak, saya dah bukak CD kumpulan wardah yg mengaji tu...

Happy betul saya dengan perkembangan hani, pagi tadi tak mo bawak botol ke sekolah, sebelum ni dia bawak sebab dia kata ada budak bawak dan cikgu tak marah..so saya bagilah...pagi tadi dia cakap dia malu nak hisap botol sebab best friend dia 'Bena' tak hisap botol, bena ketawakan dia....okaylah tu...

Dia pesan petang ni ambik cepat sebab sebelum ni dia pesan ambik dia lambat sebab dia nak main2 dengan kawan2. jadi saya selalu ambik dia jam 6 ptg, so hari ni 5.30 nak gi ambik dia kot...layankan jerlah pesan dia tu...tak taulah nape pulak nak balik cepat...balik rumah macam2 dia mengadu dan cerita...kawan2 makan comot lah, kawan2 buat bising tak dengar cakap cikgulah, cikgu suruh zip mulut jangan cakaplah, cikgu bagi makanan sikit sangatlah, spender budak pompuan semua lawa2, cikgu dia panggil dia anak solehah lah..saya tanya kenapa cikgu panggil macam tu..."sebab kakak jer sorang pakai tudung tak buka2, cikgu kata kakak baik dia nak panggil anak solehah..."uiii bangganya saya...bangga....siap cakap lagi, semua cikgu cakap kakak comellah, lawalah.... hari2 cikgu buatkan tocang dia....nak ambik siap dia dah pakai tudung....comelnya anak ammie ni...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP