Jumaat, April 11, 2008

Istikharah 2

Melaksanakan istikharah secara membabi buta dan main terjah jer tanpa persiapan rohani dan jasmani bukanlah satu tindakan bijak..pada sayalah! Mungkin bangi orang yang betul2 menjaga amal dan menjaga akhlak, membuat istikharah berkemungkinan besar akan mendapat petunjuk dari Allah swt.


Tapi bagi orang biasa macam saya nilah yang amalnya tunggang langgang, akhlak dan syariat pun tidak didukungi sepenuhnya...untuk memulakan istikharah haruslah mengkaji dulu atau muhasabah dulu diri ini.


Haruslah saya sedar bahawa membuat istikharah dan kemudian mengharapkan petunjuk segeraNYA adalah sesuatu yang 'jauh' dari harapan akhir saya. Untuk itu, cadangan membuat istikharah ini patutlah hadir bersekali dengan hijrah rohani dan jasmani sekali. Sehingga kalau dapat mencapai tahap merasa yang kita ini Hamba Allah yang hina yang tak layak pun membuat keputusan...jauh sangat dr pandangan Allah [apapun saya tetap harap Allah memandang saya dengan penuh kasih sayang]


Justeru, masuk phase ke 2 [bulan ke 2] saya digantung tak bertali ini maka saya perlu serius menghijrahkan diri. Ada kawan dulu kata dengan saya, janganlah buat istikharah dan harap dapat petunjuk, kita ni siapa, kalau nak Allah bagi petunjuk, kita kenalah jaga amal...at least puasa sunat isnin&khamis, Tahajud jangan tinggal. Di samping selalu solat sunat hajat dan taubat.


Ya...ya..betul tu. Orang biasa2 mungkin hanya buat solat 5 waktu, tapi kalau nak dapat bonus dan dekat dengan Allah, perlulah buat semua2 yg sunat tu utk dapat top up amal wajib yang tak tentu lagi dapat pahala penuh atau kurang? Kan di masa 1/3 malam yang hujung Allah paling dekat dengan HambaNYa...


Maka dengan hati dan fikiran yang rasional maka saya akan mulakan misi menghijrahkan diri menuju ke arah "istikharah". Sebab rasa buntu dan makin bingung fikir hubungan suami-isteri ni. Tambah pulak, rasa gelora isteri pun kian memanggil2 utk memujuk suami pulang.


Ditambah pulak dengan sikap dan dialog Hani sehari dua ni yang kadang2 buat saya memandang mata dan wajahnya yang ikhlas dan polos itu. Jujurkah anak saya ini semasa melontarkan pertanyaan dan suara hatinya.


~ammie...ammie tak sayang kakak ker, tak kesian kakak ker
?
<---kerap sangat tanya soalan ni, tak boleh tegur/marah sikit...napa sensitif sangat ni?


~ammie, kakak rasa risaulah fikirkan hal ayah dengan ammie ni
<---dialog di satu pagi, saya yg selalu cakap macam ni sebenarnya, tapi sekarang dia pulak yg asyik dok cakap benda ni..siap dengan kerut2 kening lagi...


~kakak sebenarnya suka kalau ayah datang rumah kita...bolehlah kakak gurau2 dengan ayah
...<---hani sebenarnya pembantu setia ayah, tugas hani ambilkan spek mata ayah, ambikkan ayah air dan ubat ayah....


~kakak rindu dengan ayah tapi kakak taknak gi rumah ummie...
<---
bila tanya knpa mcm2 jawab dia antaranya sebab takmo jumpa Zubair sebab Zubair rajin kacau dia !


~Ayah tak sayang kakak dengan ammie lagi,kan? kalau ayah sayang,... mesti ayah balik sini, kan ammie?


Itulah antara benda2 yang buat saya fikir balik. Ada jiwa kacau dalam diri Hani. Dia mula fikir macam2 sekarang. Itu berlaku dalam kami sibuk buat kerja sekolah dia dan aktiviti2 kami sebelum tido...dulu juga kalau saya nak call kan ayah utk dia cakap dia takmo. tapi sekarang pandai suruh saya call ayah kononnya nak pujuk ayah bagi pihak saya..."ammie calllah ayah, kakak tolong pujuk eh..ammie ajarlah kakak nak cakap apa..." see kesiankan..kecik2 dah pandai nak ambik tanggungjawab bantu ammie...


So, saya tak rasa hani suka kalau kami berpisah...nampak jer luaran dia tak kisah. Dua hari lepas dia nampak kat bawah katil bilik Dewi dulu ada gambar kami bertiga (computer print) pada awal jun 2006 di Langkawi (2 minggu sebelum ayah diserang stroke), lama dia pandang gambar tu, kemudian dia tanya saya, "ammie, jomlah kita ajak ayah pergi sini lagi, seronokkan?, kita takde pun ambik gambar tiga orang kan...asyik gambar ammie jer yang banyak...."...[ni merujuk album gambar saya dulu, masa belajar dan gambar kami suami isteri jalan2 sebelum hani lahir..sebab gambar lepas dia lahir, kami bertigalah tu masa gi Sarawak, Langkawi ditakdirkan Allah terpadam dalam PC dan dalam digital camera] so memang gambar kami bertiga takde, kalau ada pun kurang sangat.


Jadik, nampak sangat macam dia merindui suasana kami sekeluarga. Dia cakap lagi, "jom kita ajak ayah pergi sini lagi nak ammie, lepas tu kita ambik gambar tiga orang?"....dia lupa agaknya yang saya dengan ayah tengah 'konfrontasi'...sebab keinginan dia nak berjalan tu memuncak kot.


Entahlah kan...baru anak sorang, belum 2/3 lagi...nak diatur yang sorang ni pun susahnya ya allah. Dahlah dia takde berkawankan..sekarang pulak, macam pelik sangat lepas saya bawak dia duduk dengan saya ni, kalau cakap dengan saya, sure dia cakap pelat2...saya pun dia suh gak cakap pelat...kelakarkan? apa tandanya tu? malam pun selalu sedih nangis2 mendayu2 kalau katalah saya berpaling tidur dari dia, [kadang saya tak perasan pun dia merajuk, tup2 dengar suara dia mendayu nangis perlahan sebab dia sembamkan muka pada bantal] mesti nak saya peluk dia "peluk kakak macam ammie peluk bantal tu....", mesti gurau2 dulu, takleh salah cakap...cepat jer marajuk terus cebik dan kata "ammie tak sayang kakak...ayah..ayah..."


serba salah kan? Minggu ni pulak entah apalah halnya, dua kali dia kencing malam...nampak sangat dia rasa bersalah pagi2 tu bila saya perasan seluar dia basah sebab dia dah lama tak kencing malam ni... sebab saya mesti pastikan dia masuk toilet sebelum masuk tido. Marah tetap marah jugakkan biar dia belajar, penat ammie nak basuh comforter [2 lagi tuu, alas dan selimut pulak tuuu....dahlah musim hujan,kan?] kalau ikut pakar, kencing malam ni berlaku pada orang yang ada masalah psikology..tulah yg buat saya fikir panjang hal Hani ni...dahlah dia jer buah hati oengarang jantung gunung meletup saya....tak sanggup rasanya nak perjudikan masa depan dia...saya nak dia jadi insan yang seimbang rohani, jasmani, emosi dan intelek...dan dia pun saya doa biarlah jadik doktor muslimah macam dia cita2kan...konon nak ubatkan ayah...mula kenal sangat dengan doc sejak ayah diserang stroke ni...dia juga sangat berminat dengan sains...


hani dah mula tanya saya, kenapa moon tu tergantung tak jatuh....kenapa matahari bergerak2 ammie, tadi kat sana, ni kat situ pulak...macamana rainbow tu ada kat situ...bumi ni macamana rupa dia...dua hari lepas...dia tanya, macamana tsunami berlaku? mosquito makan apa? banyak sungguh kerja saya nak buat kan? mujur juga ada web Harun yahya...bolehler membantu menerangkan dengan ilustrasi sekali... lepas ni kena beli globe, buku ensiklopedia dan buku2 sains...

Bestkan kalau dapat share perkembangan anak dengan orang yg kita share buat anak sama2...lagi berganda kegembiraan kita, betul,tak?

5 cetusan rasa:

Jiji, 25 berkata...

-----------------------------------
"Ayah tak sayang kakak dengan ammie lagi,kan? kalau ayah sayang,... mesti ayah balik sini, kan ammie?" - ini anak awak cakap.
-----------------------------------
Akak sms je ayat Hani (+ ayat yg saya tambah) tu kat pak haji.

Hehehehe.

Balik punya la dia.

kakLuna berkata...

ntah la kak...sy pun tak tau nk ckp camne..

kalo kawin atau cerai pun sama...kdg saya pk kak tak payah cerai la.

kurang2 nye kalo hani nk bjalan bertiga takde la halangan kpd akak dr segi aurat/batas gurauan

dan kalau jd mcm tu ataupun sbaliknya, bkn kak yg tanggung dosa. tp suami la sbb x tunai tgjwb.

hmm...kot mana pun kene wat 1 pengorbanan besar,kan kak?

Mutiara berkata...

I am not in your shoes, I don't know what to say. Sometimes I wonder, whether polygamous men ever think of their numerous children and wives welfares. Do they ever think how cruel they are or ever give a thought about their responsibilities towards the families. Obviously not.

Maryam Abu Ahmad berkata...

kak wa banyak travel kan? jangan putus doa. minta hani doa juga. doa anak kecil mudah untuk makbul dan lebih tulus.

terkadang protokol nak minta dengan Allah dicipta berjela-jela. sedang DIA cuma tunggu je kita minta tanpa memandang apa yang pernah kita lakukan (kes buat benda DIA tak suka la).

maaf ye kak wa, kalau komen maryam ni mengusik hati.

izawani berkata...

Assalamualaikum Salwa,

Lama akak tak komen... hehehe... sebab tak buleh masuk...

Okeh... nak komen pun tak reti sangat sebab tak mengalami. Akak ingatkan isteri yang terdahulu yang punya sikap macam salwa. Tapi... rupanya semua isteri sama kan ? Minta hak yang sama rata, sedangkan masa nak kawin, biasanya isteri yang berikutnya kata ingin menumpang kasih. Tapi kes salwa, Hj yang gedik nak kawin dengan Salwa, tapi kannnnnn... kalau salwa tolak dari awal, ok la... tapi salwa berumah juga ditepi pantaiiiiiii... so, kena la hadapi ombak dan badai... tsunami pun...

Bagi akak, kita nak suruh orang berubah, memang mustahil la sebab kita pun tak senang nak berubah.

Jadi, akak nasihat, turut jer alunan dan rentak dia tu... jangan lawan... biarpun jatuh maruah... ahhhhh... fikirkan semula... setinggi mana sangat maruah tu ? Bahagia lagi penting kan ??? Bukan sahaja bahagia Hani, tapi semua orang... Kalau mengalah itu bererti bahagia... lebih baik mengalah... jangan melawan lawan dah lepas nih... hehehehe...
Buleh ker buat nasihat macam ni ?

Orang yang paling kuat adalah orang paling bersabar.... kan ? Bukan bersabar dok dendiam atau tunjuk ego cam sekarang... tapi bersabar dengan sikap dia yang buat kat kita macam macam...

Mudahan derita kita ni lebih mendekatkan kita dengan syurga... aminnnnn....

p/s: Akak nasihat ni utk Salwa jer... kalau jadi atas akak, dah lama dah akak ni bawak diri ke sabah sarawak atau kemana mana... itu kalau dapat suami macam Hj la... Tapi, dengan suami akak, untuk bahagia pun akak mengalah jugak... ikut sahaja rentak suami, sampai sekarang...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP