Khamis, April 17, 2008

Kehambaran


Entah apa yang buat saya rasa semacam kali ni. Tak pastilah? Kalau dulu lepas gaduh gila-gila punya usaha nak pujuk balik, nak tunjuk baiklahkan…supaya dia jatuh saying pada saya semula dn bila saya tau dia masih sayang saya bila saya Tanya punyalah rasa bangga, konon-kononnya usaha kak Aza (kalau adalah usaha dia) nak conquer suaminya tu maka tak berjayalah……dulu…saya rasa seperti ”ohhh akulah isteri solehah dan isteri mithali” tapi kali ni saya boleh buat tak tau pulak…teruskan aktiviti macam biasa seolah-olah takde apa yg nak diperbaiki.

Hari sabtu lepas masa dia baru balik tu, malamnya saya keluar ke kedai beli ikan 3 rasa dan tomyam, esoknya pulak pak hj belikan saya dan Hani roti canai bila dia balik dari masjid. Tengahari tu kami tak makan, petangnya baru keluar makan ke kedai. Isnin tu pagi tu saya berkejar siapkan Hani maka terlupa dan bila ingat dah tak sempat pulak nak buatkan air. Hanya Hani bagi ayah air putih buat makan ubat. Yaha yg hantar hani pagi tu. Makan petang ahad tu pun ayah yg bayar, saya buat tak tau. So lepas tu ok jer, takde sessi masak2 langsung, hanya petang tu ayah ada suruh buat ribena dan malamnya dia minta buatkan teh hijau.

Dari isnin pagi tu, malam tadi jam 10 baru balik semuala (dari markas), bila tanya tak makan lagi. So saya cakap saya tak masak, alas an sebab dapur gas api kecik, dah cucuk sumbu tapi tak ok2. mana taknya, dapur tu beli tahun 2001 dgn harga RM 29.90 di Makro, so dah 7 tahun lebih guna, mesti buat hal kan sebab murah sgt! Dah sms ayah siangnya suh bawak dapur gas satu tungku yg saya beli duluuuu tapi kak Aza pulak dah guna, masa tu saya tinggalkan di rumah kuarters telekom di PD, ntah kenapa kak Aza guna masa duduk di bilikmsewa tempat kandang kambing dulu tu… oh ya, kambing dan beranak, ada 4 baby kambing sekarang…

So, ayah kata nak keluarker…saya kata boleh jugak, nanti kami siap2…saya punyalah asyik dan maksyuk dari balik kerja, lepas solat maghrib saya mengadap menjahit patch work nak buat cadar katil master bedroom tu, pasal nak beli saiz super king RM 999…macam tak berbaloi, so baik jahit sendirikan..w.pun remeh tapi sementara minat saya tengah berkobar2 ni elok saya ikutkan…sementara tu borak2 jap kami 3 beranak, Hani dok bercerita lawatan tadika dia hari ni ke Kilang YAKULT. Macam2 katanya, minum yakult boleh bersihkan perutlah, boleh buang kumanlah…bagus gak sebab sebelum ni puas suruh minum yakult takmo, beli mesti saya jer habiskan..so balik lawatan ni dah pandai minum dah..eksyen jer dia…

Ayah balik jer, katanya balik awal,( biasa jam 10.30-11 ) sebab tak tertahan nak ke toilet (FYI hj kena ke toilet rumah sebab dia OKU susah guna toilet luar..nak jaga kebersihan dr segi najis). Tapi balik tu tengok terus lepak atas kerusi urut…so paginya saya ada beli ban sardin dengan roti ssusage (masa beli panas2 lagi), so kami makan tu lah dulu sementara nak keluar.

Bila dah makan terasa kenyang pulak. So saya beri hj anggur (beli semalamnya masa gi Giant belikan Hani khemah(rumah kanak2) sebab Hani dah pandai banyaaaak baca dan mengaji. Saya dalam pada tu ke bilik belakang sambung balik menjahit..dahsyat sungguh penangan kalau minat dah ada tu….terlupa hal nak keluar makan tu. Keluar2 tu Tanya balik hj jadik ker keluar, dia kata takperlah, boleh tahan lagi…

Tak jadiklah keluar, saya pun punyalah berat tulang, tak buatkan pun air…ntah kenapa tak semangat langsung nak melayan dia (adakah mula ada rasa dia balik menyusahkan?)…so saya terus layan Hani siap2kan tukar baju utk tido dan urusan toilet, buat susu, sambil jengah tengok ayah dah tarik selimut (bilik lain)…eh macam semua takde semangat jer kan…

Lepas buat susu, bawak Hani bilik ayah…ajak ayah borak2, hani yang berlebih2 borak…saya banyak ngadu hal hani jer dengan ayah. Hani marah pulak, kata dia, “ammie, soal kakak ammie janganlah cerita kat ayah”..pandai pulak dia…bila saya cakap, “kenalah citer kat ayah, sebab ayah pun berhak tahu hal anak dia, supaya ayah tahu apa dalam hati kakak bila ayah tak balik sini”….dia kata, takper, soal kakak biar kita citer dua orang jer…”, “eh, kenapa pulak ayah tak boleh tahu?” saya kata. Dia jawab, “sebab kakak dengan ammie perempuan, kita tak boleh citer masalah perempuan pada lelaki”…aduh tergelak kami dua orang dengar dia cakap….pastu bebel2 lagilah, kalau soal uda dengan zubair bolehlah ayah tau sebab diorang sama2 lelaki…

Hari tu, dalam tempoh ayah tak balik, banyaaak kali bulu mata dia gugur, bila saya kata ayah rindu tu sebab gugur, dia kata dia kesian kat saya sebab takde sapa rindu kat saya sebab takde selai pun bulu mata saya yang gugur…”yerlah tu kakak…ayah rindu dengan kakak jer…” saya balas dengan nada sedih…malam tadi, bila golek2 dua orang nak tido, dia kata, “ammie, kakak masih risau ni…” eh, napa pulak, kan ayah dengan ammie dah baik, ayah dah balik sini, apa nak dirisaukan? Saya tanya. Dia jawab apa, tau tak? “Ammie tulah… tak gugur-gugur lagi bulu mata ammie, ayah tak rindu ammie pun kan?” tulah, macam betul jer apa yang hani fikir tu, macam ada halangan komunikasi antara kami…mujur ada Hani penghidup suasana.

Dah nak tido tu kesian kat hani, dia kata dia lapar, saya bagi alternatif makan biskut, epal, ntah apa2 makanan ada lagi kat dapur tu, dia kata takmo, saya tanya abih tu nak makan apa, pastu dia bangun duduk buat2 kedepankan tangan konon-konon pusing2kan stereng, pastu berhenti, dan buat2 suapkan makanan ke mulut. Bila tanya, apa maksudnya? Dia kata keluar makan lah…eh tak boleh, ayah dah tido…sian dia….tido dlm kelaparan.

Pagi2 tadi ajak ayah dengan hani gi sarapan dulu sebelum hantar Hani ke sekolah. Singgah makan roti canai dan ayah bawakr Hani, bawak kereta asing2, selesai saya makan, saya tinggalkan hani dengan ayah kat kedai teruskan makan, mesti Hani lambat sampai sekolah hari ni, sebab ayah selalu sentimental jer…dia ikut jer kerenah si anak tu, Hani kan makan sambil pandang sana-pandang sini…borak2 ..tegur tu tegur ni…yang ayah pulak..cakap..”makan perlahan-lahan yer…ayah tunggu”…saya pulak jenis nak cepat, takde tunggu2…semua kalau boleh nak cepat.

Malam tadi, saya bagitau ayah, saya dapat gaji bulan ni, kita jalan cuti2 nak? Hani bukan main suka lagi dengar saya cakap camtu. Tapi ayah diam jer…saya pun tak tanya lanjut. Sampai masa saya ambik cuti, sediakan duit mesti ayah nak ikut. Lepas tu hani menyampuk, ammie kata nak pergi yang tempat ikan besar2 tu…(aquaria KLCC) maksud dia sebab malam sabtu hari tu, adalah tunjuk aquaria tu dalam TV. Ayah pulak, geleng2 kepala bila saya tanya, “abang bolehker kalau kita pergi, kita pergilah hari kerja wa ambik cuti…orang tak ramai…” maksudnya dia tak bolehlah ke situ…ntah tak sesuai (sebab diakan OKU) atau tak mau tak taulah..dua-dua diam jer…

Hani punyalah simpan hati nak gi jalan-jalan sebab memang kami dah lama tak jalan2 bercuti, asyik jalan ikut saya buat kerja jer (bicara, kursus, konvensyen) tak bestlahkan…so pagi tadi kejut bangun tido, perkataan pertama bukan baca doa bangun tido, tapi dia kata dia takmo gi sekolah, sambil mata terpejam lagi dia kata perlahan, “kakak taknak sekolah hari ni, kakak nak jalan-jalan, dah lama kita tak jalan2 tiga orang…” sian dia tapi tak taulah…tengoklah program ayah…konon hari ni nak suh dia duduk rumah jer, takyah balik PD lagi malam ni, terus dia geleng2 kepala bila saya cadangkan…so malas nak pujuk lantaklah nak balik sana pun..saya cuma kesiankan hani jer…

So lepas ni, sabtu malam baru hani jumpa ayah semula…sian jugak kat hani. Malam tadi, saya ada marah kat hani sebab mukasurat yang dah lancar baca, tiba2 bila baca depan ayah, asyik salah jer…marahlah saya ,kan? Dan-dan tu menangis cebik2 mulut, sayu dan tersedu2 tahan suara menangis dan terus naik atas pangku ayah atas kerusi urut mintak simpati. So ayah pun suka bukan main, pujuk2 anak konon nak dapat balik kasih sayanglah kot. Bila dah ok tu, ayah tanya kat Hani, ‘ikut ayah balik PD nak, takdelah kena marah dengan ammie…esok ikut ayah eh?” dalam sedih2 tu pun hani tetap cakap nak duduk dengan ammie, taknak balik PD…hahahaaa rasakan…terus puji hani…”macam tulah anak ammie..” saya tanya lagi “sayang ayah ke ammie…” …so kami dua2 tak sabar2 nak tunggu jawapan dia dalam sedu-sedan tu, mata pandang buku jer takmo tengok muka dua2 kami tu…so pelan jer dia jawab..”kakak sayang dua-dua…, ammie sayang, ayah pun sayang..” bila kami dua2 tergelak baru angkat muka tersenyum…

Itulah hani jer sebab utama kami bertahan dan bertahan….entahlah…lepas bercuti ni baru pulih kot perasaan saya… kadang2 “rasa berdua lebih baik’..bukan berdua dengan suami..tapi berdua dengan hani..senang citer, takyah masak, takyah tu, takyah ni….tapi ada masa berdualah yang terbaik…ada masa2 jerlah…betul tak?

6 cetusan rasa:

HAPPYIRFA berkata...

salam kak..
:-) suka dengar citer hani

Jiji, 25 berkata...

Kak .. sy rasa budak kecil neh perlukan stability.. suasana mcm neh bnyk mempengaruhi emosi dia. Lebih lagi kena memilih antara ayah ngn ammie. Yang ayah pulak asik mengumpan Hani utk ke PD. Urmm. Aku teruskan la istikharah ye.

Zareda berkata...

HS
ahakss... sememangnya HS bertahan sebab hani kan.. sabar jerlah.. Zar cuba bayangkan Ika kat tempat Hani, mesti terguris emosinya bila terpaksa memilih antara ayah dan ibu..

izawani berkata...

HS... sekarang, tanam dalam hati, bukan hanya kerana anak sahaja... kerana diri sendiri. HS nak bahagiaaaaaa kan ? Create suasana tu... gumbira, sukaria... biarpun tensen, layaaaaaannn dengan baik... yang hambar tu dari sikap kita, kita yang buat camtu... kalau kita nak meriah... buat tak tahu apa yang tak best... cari cerita bestttttttt sahaja... Tidak pun tengok katun Tom and Jerry... Jangan buat syahdu syahdu... tauuuuuu... Hehehe... citer ni dari pengalaman tauuuuuu...

p/s: Tips : Jangan tengok citer drama melayu... hahahaha....

kakLuna berkata...

kalau anak perempuan ditegur,dimarah ada jugak responnya (menangis tanda takut la tu..) kalau Luqman...jgn harapla...buat tak peduli jek dia...

hanisumayyah berkata...

Irfa...

suka? Banyak citer dia..nanti2 akak citer lagi...kadang rasa kesian jugak kat dia..terpaksa membesar dengan masalah ammie dan ayah dia...tapi itulah yg mematang dia agaknya...

jiji...

Itulah...akak pun persimpangan...luah mati emak..telan mati bapak, dikulum2 akak kelemasan...bertahan jerlah...

Zareda...

Itulah...saya tak mau jugak biarkan hani dipersimpangan saya biarkan masa dan dia buat keputusan..selama mana saya nak "pegang tangan dia", sampai masa saya akan lepaskan untuk dia buat pilihan...

Kak wani...

pengalaman orang dan pengalaman kita tak sama...boleh belaja dari pengalaman orangtapi untuk ikut tak semestinya sesuai...macam saya ni...serahkan pada Allah jer...apa-apapun okay jerlah...tak kuasa nak beratkan kepala otak dah..

Luna...

Oh gitu yer...tak tau pulak anak lelaki camtu gayanya...eh kuat betul hati dia eh tak nangis pun?

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP