Isnin, April 21, 2008

Asam garam rumahtangga

"Jangan bersedih apa yang tiada....bersyukur dengan apa yang ada"

Itu lirik lagu dalam kaset yang saya putarkan di kereta hari-hari. Kadang-kadang saya selang selikan dengan kaset Ustaz Wan Sohor Bani Leman, 30 adab mendidik anak, kadang saya pasang tape Ustazah Norbahiyah, 15 keringanan wanita dan kadang-kadang kaset Dr Fazilah Kamsah, anak-anak cemerlang, sesekali kaset Mawi (Aljannah), dan kadang-kadang Hijjaz, . Kalau Hani ada, berebut dengan dia sebab dia nak pasang kaset cinta rasol, selawat anak-anak (Indonesia)...dan ada beberapa lagi kaset ansyid anak-anak.


Itu jerlah yang ada dalam kereta. Banyak kaset ceramah agama jer...Ustaz Shamsuri, Ustaz Ismail Kamus. Yerlah kita ni bukan ada masa nak gi dengar ceramah agama, nak baca buku agama, atau nek ke majlis-majlis ilmu. Malahan di sekeliling kita lebih banyak hiburan yang melalaikan daripda peringatan ke arah rohani.


Cara begini jerlah yang sesuai dan tak menuntut masa yang panjang. Kebetulan radio dalam kereta rosak lebih setahun dulu. Sengaja saya tak betulkan, kalau tak mesti saya dengar radio, terutama radio Era...hiburan jerlah kan? Jadik, bila kaset jer ok..maka dengar kaset jerlah...pagi2 masa otak sedang segar tu saya biasanya buka kaset ceramah, petang masa balik baru buka nasyid. Kalau rasa tension sangat saya buka mengaji Quran...masa mengandung Hani dulu tak kasi can langsung Hani (dlm perut) dengar lagu2 ni, 24 jam mengaji... dalam kereta, dalam off, kat rumah semua mengaji...


Takde apa nak cerita...rumahtangga berjalan dengan slownya. Tak pulih lagi sebenar-benarnya. Dua-dua kami macam kehilangan topik dan takde benda nak cerita. Dua-dua malas nak bukak mulut. harapkan Hani jer hidupkan suasana....kalau takde Hani maka agaknya senyap sunyilah rumah saya.


Benda2 ni semua takleh paksakan. Dulu saya tak kisah...saya buat muka tak malu jer, tanya itu ini, ceria itu ini, tapi sekarang macam ...entahlah...macam takde apa pulak nak share, nak cerita hal pejabat, rasa macam tak sesuai, nak cerita hal Hani dia pulak dah pandai cakap/cerita sendiri takpun ayah yang tanya.


Jadi, macam tu jerlah...satu dua pertanyaan yang wajib jer keluar. ayah pun nak suruh apa-apa dia suruh Hani, yang mana Hani takleh buat baru suh saya, kadang tu suh hani gak, tapi Hani suh saya balik. Nak kata gaduh atau masam muka tak jugak! Sejak gaduh hari tu jugak...sekali pun ayah takde call saya ataupun Hani. Saya jer ada call sekali dua tu pun hal yang betul2 urgent, tu pun takde borak2 ataupun tanya khabar...dah tu tak rasa pelik pun....dan tak teringin pun nak call. Malah tak sedih atau teringat langsung nak call ayah.


Adakah itu tanda2 hilang atau terhakisnya rasa sayang...ataupun itu tanda2 kejemuan dan kebosanan mula melanda...ataupun itu tanda cinta tak boleh dipaksa...adakah ini sesuatu yang normal dalam rumahtangga. Entah!!! Saya pun tak tau jawapannya.


Ayah pun tak pernah tanya saya lagi macam dulu dan macam selalu2, dah solat ke belum, dah baca taklim (hadith2 nabi) ke tidak, atau bagi 'bayan' ke atau cakap2 iman nasihat tentang persiapan sebelum mati, pentingnya iman yakin...dll. Rasa macam dia biarkan saya macam tu jer...ker dia dah jelak nak didik saya..sebab saya tak berubah2...ataupun dia rasa malu nak tegur atau nasihat saya atas sebab2 yang dia jer tahu??? Cuma ayah hari2 tanya hani...dah solat tak? hani macam biasa kata ..."kakak dah solat dua kali kat sekolah daaah..." tu dia merujuk zohor dan asar disekolah.


Entahlah kan...tak taulah apa ada dalam hati ayah...nak tanya dan nak bincang pun malas...tak tau kenapa? Cuma rasa malas...rasa nak teruskan jer suasana macam ni...kurang cakap dan kurang buat dosa kot? Takdelah sakit2 hati...baik dia ataupun saya. "Berdia-diam itu besar hikmahnya.."


Sabtu tu, ingatkan ayah balik malam lepas dia mesyuarat dimarkaz, tengok2 jam 10 pg dah sampai...saya merungutlah kat Hani yang tengah main games kat PC..."alamak kakak...ayah dah baliklah...cepat sangat ayah balik...ammie tak sempat rehat lagi..."...Hani sempat bagi saya sedasss..."biarlah ammie..kan ayah tu tak sihaaatttt..ammie niii" anak pun pandai sound ammie..hai nampaknya dia dah menyebelah ayah ni...


So dipendekkan cerita lepas tu Hani membontot jer ayah dia dari zohor sampai lah ke jam 10.30 malam..tak pernah2 ayah bawak anak ke markaz semalam ayah bawak hani sebab dia buat muka sedih nak ikut. Malamnya balik tu ammie dah tido..sebab kepala pening yang amat. Ayah bawak balik makanan pun ammie tak makan. Dalam pada kakak nak lelap bawah ketiak ammie tu...kakak sempat bebel2 kata dia ajak ayah gi PD tapi ayah takmo. So habis malam tu berlalu jer...sebab ammie pening tak terhingga rasa nak tercabut kepala dan mata!!!


Subuh2 ayah dah bangun ke surau, tak sedar pun saya, bila ayah balik baru sedar dan terus saya solat subuh, ayah pulak kejutkan Hani dan ajak dia ke PD, Hani pulak senangnya bangun kalau nak ke sekolah banyak kali kejut susah bukan main nak bangun! ...ayah kata dia (dengan kak aza) nak khidmat masak sebab ada jemaah di Surau rumah PD. Hani bangun mintak susu terus ikut ayah gelap2 tu balik PD, dengan tak mandi tak tukar baju. Ammie pun apa lagi ...teruskan tido sampai jam 11 sebab sakit kepala lagiii.


Petang dalam jam 5 ptg Hani call dari rumah Telok Kemang kata nak ikut ummie (kak aza) pergi melaka, ammie kata ok..ikutlah..., ayah kata lepas isyak nanti diorang balik seremban (ayah & Hani) tapi tunggu2 sampai jam 10 malam tengok2 tak balik2 lagi... ammie call lah ayah....katanya "dalam perjalanan"...ntah iyer ntah tidak...saya kata..."sian anak, sok nak sekolah..ingat nak cakap dengan abang takyah baliklah esok ponteng jer..." ehhh tiba2 ayah kata "ok...ok.." .katanya dia around PD lagi...so takyah balik eh....OKLAH kan..dah taknak balik...takperlah...


Malam ni ammie tinggal soranglah....dan peliknya saya rasa sangat enjoy tinggal sorang...sangat sangat sangat enjoy...buat apa? basuh baju...buat patch work...tengok tv...kemas rumah...buat entry...dll

2 cetusan rasa:

Aku Bukan Bidadari berkata...

akak..gambar patch work tuh kalo dah siap tepek ya.. hihi

tiara tak rajin and tak sabar nak wat menda2 kreatif nih..
tapi suka tgk org punya..

Me. Moi. berkata...

hani, it comes with "years and experience" hehehehehe..


2nd year - 6 years in marriage, i was still in my lala land, expecting my marriage to be better, i be a good wife and he a good husband, lovey dovey like in the movie... trying very very hard..


but you can't teach an old dog a new trick (me included) so "doing the LET GO thing is difficult and most challenging" but i am here now and sometimes wonder why i didnt do it sooner.


but again, it is only normal that we will try our best to save our marriage (therefore why we wait and wait)

so i accept it why it happens only now, and if it happen sooner, probably I would not have my baby jugak?

wah panjang tu komennn... "oklaaa tu" huhu

anyway, best of luck to your marriage.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP