Selasa, April 29, 2008

Dalam perjalanan...aku berhenti di sini...

hah...bestkan tajuk ni macam dalam jer maksud dia...seolah-olah dunia ni sementara/persinggahan @ tempat perhentian.

Sebenarnya kali pertama ni saya di CC, kat Merlimau pulak tu..sebelah Politeknik Merlimau...

Kelakar plak rasanya..sebab sebelah menyebelah ni ramai budak2 poli buat kerja sekolah kot...

Bukan sengaja saya nak ke CC ni tapi sebab terdesak nak photostat submission untuk kes esok...kat Mahkamah Melaka...

Hari ni letih sungguhlah, semalam jam 5 petang baru bertolak dari pejabat, punyalah lewat saya bertolak sebab masa tulah baru terkial-kial nak buka 2 report baru, masa tu jugak barulah saya terhegeh2 jumpa pengarah...tau jerlah kan..sumer tu ambik masa saya.

Dah tu, masa nak bertolak tu ada plak kakak entah dari mana datang office jual kek, panas2 lagi plak tu, so terpaksalah beli...sebab perut lapar..rupa-rupanya takde satu benda pun masuk ke perut saya dari pagi...baru tersedar...so dah beli bukak depan meja receptionist jer makan ramai2...

Sudahnya jam 5 baru bertolak, sampai JB dah 8.30 malam, saya drive non stop, nak jadik cerita masa keluar lebih raya kat tol seremban tu terperasan dah minyak dah nak ke 'e' kononnya nak isi minyak tapi terlupa, so teruskan ajerlah...redah jerlah.

Tapi dalam perjalanan tu fikir risau pasal minyak ni berlegar2 takut tak sempat sampai R&R ayer keroh. Bila sampai exit alor gajah saya keluarlah nak carik stesyen minyak. Baru saya perasan sebelah kiri takde satu pun stesyen minyak sebelah kanan adalah satu tapi jauh sangat pulak nak u turn. Si saya teruskan jugak...lastly sampai simpang nak ke Bintang (area jalan nak ke Batu Berendam/ Cheng) baru ada stesyen minyak mobil. Isi2 kembara tu sampai RM 75.00..memang kering betul!

Alhamdulillah sampai gak..tulah kena yakin bukan minyak jalankan keter tapi Allah yang gerakkan keter minyak ni asbab jer...tu kita kena betulkan yakin kita...

Tapi masalahnya masa saya banyak habis sebelum saya dapat keluar kat tol Ayer keroh..dah 7.30 baru saya dapat masuk tol semula, yerlah kan petang, memeang bz lah dengan org balik off dah tu semalam ada majlis minggu saham amanah kat MTC kan?

Perut lapar sebenarnya masa tu, tapi nak singgah McD drive thru ayer keroh tu rasa macam bazir masa plak, masa kat sytesyen minyak tu jer beli makanan dan air sikit.

Sampai JB kononnya nak ke hotel puteri pac tapi terasa membazir lak sebab dia charge minum pagi RM 20/per head, sedangkan saya makan sikit sgt, biasalah kalau bicara selera terbantut, takat air kopi secawan dan bubur/roti...so saya cadang nak ke Rasa Sayang hotel paling dekat dengan court! Tapi nak ke situ terlalu pulak hotel Tropical Inn, so saya masuk jerlah tanya bilik dia harganya Rm 150, government rate RM 130...ada breakfast okaylah tu...

Saya ni suka cuba macam2 hotel, sebab saya suka nak kumpul bekas syampu/sabun dia buat koleksi. Sebelum ni dah bermalam di The Zone...tapi malas pulak jauh sangat nak ke zon bebas cukai tu..walaupun tempatnya selesa dan ada shopping complex...kalau nak perabih duit okaylah kan...

So lepas check in, saya ke City Square, sebab kasut tutup tinggal...sengaja tinggal gak sebenarnya konon hari ni nak gamble pakai kasut terbuka tapi pikir2 balik rasa bukan susah sangat nak ikut peraturan simple tu kan...so pergilah carik aksut..balik jam 10 samoai shopping complex tu betu2 nak tutup baru saya keluar....release tension dapat jalan2....

Balik hotel..jalan2 carik makan. gi kedai mamak jer, bungkus sebab malu arr nak makan tengah2 malam sorang2...tu yang menyedihkan kalau jalan sorang2 ni...

Okay...photostat dah siap, ni nak balik umah mak...nak belikan makanan kat mak pulak, sian mak tinggal sorang kat umah...esok kalau ke abis cepat nak ajak mak gi kubur abah...dah nak dekat setahun dah 24/5/2007 abah meninggal saya sekali pun tak pernah gi kubur...sebab sedihlah. Bila drive masuk sempadan melaka jer mestu sayu yang teramat..semua kenang dan kesedihan dan penderitaan semasa abah ada dari saya kecil sampai besat seolah2 terpampang dlm skrin besar...sediah lah..

3 cetusan rasa:

Maryam Abu Ahmad berkata...

bab minyak habis tu... minggu lepas ayah kerah suruh hantar adik gi sekolah. tengok-tengok takat e dan takatnya memang 0km dah. call ayah masa kat sekolah junaid, ayah kata sempat lagi pegi sekolah menangah (jauh nun di binjai) dan balik. kerana dah 0 tu, saya tak berani singgah beli breakfast. penakut betul. :D

Zareda berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Zareda berkata...

HS
Hani suhailah tak balik seremban lagi ker?

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP