Selasa, April 08, 2008

seba salah

saya sangat rasa dilemma, serba salah dan tak tau nak buat keputusan.

Ikut hati rasa nak lari jer ke tempat lai, mulakan hisup baru. Bawa Hani dan bawa segala kenangan indah. Yang pahit2 dan perit2 semua nak saja saya tinggalkan di sini.

Kalau boleh rumah2 ni sekali saya nak jual. Mohon pindah ke satu tempat yang jauh. Cawangan sandakan ke, Tawau ke, Bintulu ke...tapi tak boleh!

Saya tetap perlu teruskan hidup di sini. Perlu menunggu lagi dan lagi. Banyak benda belum ada keputusan. Betapa bosannya menunggu. Kan bagus kalau semua benda kita nak ce[at dan pantas boleh dibuat.

Isu sekarang kalau saya nak bercerai pun, ambik masa panjang, nak kena kaunseling tu pun dah makan bulan-bulan, nak naik mahkamah turun mahkamah...entah2 ada isu hadhanah...kalau timbukl isu dah nak kena lantim lawyer..harap2 saya dapat berbincang baik dengan haji...biarlah saya jer yg jaga Hani, tapi tak taulah kalau ikut kes nak bercerai 2004 dulu, mati2 dia nak Hani dia jaga.

Apa yg membelenggu saya ni samaada, saya nak cerai atau tidak? Hani pulak takmo pergi jumpa ayah. Mati2 nak duduk dengan saya jer, kalau tak ada jugak alasan saya pergi jumpa dan bincang dan bolehlah capai kata putus. Saya taknak guna sms/hp sebab perbincangan isu-isu cerai ni tak sesuai dalam hp. Ken berdepan juga walau apapun.

Apapun sabtu ni saya akan usaha juga pergi jumpa. Ambil kata putus. teruskan atau cerai. Tapi sekarang ni 80% rasa macam nak cerai. No point saya stay dengan rumahtangga ni lepas tu 3/4 tahun lagi bangkit lagi isu cerai ni. Benada sama berulang2..saya ni pun ada harga diri..kalau orang dah tak nak saya lagi takmo.

Dulu saya berkorban dan bertahan sebab Hani tapi sekarang saya takmo korban lagi..Hani dah pandai buat pilihan. Kalau pertahankan pun, sama juga keadaan dia, Hani jumpa ayah pun seminggu sekali dua jer... pi mai pi mai tang tu jer...

Apa pandangan anda sekelian. Yang dah baca blog lama tentu dah tahu kan benda ni (isu cerai)hanya ulangan dari kisah dulu2... bukan benda baru. Saya jer sibuk dok pertahankan rumahtangga ni yang akhirnya makan diri...apa ada dalam sebuah rumahtangga kalau takde faham-mamahami, tolak ansur, korban, sabar, memberi dan menerima....semua tu dah takde sekarang...yang ada hanya 'bersama' sekali sekala tu pun kena berkongsi masa dengan 'keluar dakwah" dan 'isteri 1'. Apa yang tinggal untuk saya dan Hani?

4 cetusan rasa:

Jiji, 25 berkata...

Saya nak bercakap lebih pon tak reti kak,kita perempuan ni emosi dan perasaan memang boleh membunuh kita. Tapi proses penceraian tuh nanti rasanya perit. Elok la duduk berdepan dengan haji, ajak la dia pergi bercuti sehari 2 ke kat mana-mana.. Bagi tau seikhlasnya apa yang berlaku sepanjang perkahwinan especially bab nafkah.. apa kesan semua tindakan dia kat hani ngn akak.. then bagi tau dia harapan akan kalo jadi berpisah atau tidak. Lepas tu berserah pada haji yang tentukan. Insyallah masih ada ruang nak baiki keadaan. Kita kasi peluang kat diri kita dulu.

kakLuna berkata...

nmpk gaya pak hj pun pilih utk bcerai wpun cara tak sama.

sebab, kalau tak mau bcerai, tentu dia dh wat sesuatu. tp nampaknya dia terus diam,diam dan diam.menunggu akak beralah sdgkan dia x buat apa.

bkn lah namanya nakhoda kalau membiarkan kapal terus terbuai2 dilambung ombak dan ribut.

mufaraqah sajalah..nmpknya itu akan jd tarbiyyah yg terbaik utk akak dan juga tuan hj.

Zareda berkata...

HS
Zar rasa pun eloklah jumpa Pak haji. berbincang betul betul, kalau betul dah tak boleh teruskan, minta dia lepaskan secara baik bukan tinggal tinggal macam tu aje.

Sebelum tu cuba HS minta nasihat dari ustazah atu orang jabatan agama.

HS kena kuat semangat dan cekal. Hani perlukan ammie yang kuat untuk dia terus bergantung harapan dan kasih sayang.

Mutiara berkata...

I think you are not emotional anymore. You are more rational than those entries in the previous blog. It is not an ego, it is a self respect that you have now.
You have grown up girl

Take care

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP