Rabu, April 23, 2008

Hani yang emo

Malam tadi agak bengang dengan Hani, bukannya apa, kerja sekolahnya banyak, tapi dia bukan banyak buat kerja sekolah tapi banyak main-main. Siap janji2 dengan mmie suh ammie tunggu dia nak buat kerja sekolah sambil ammie pulak jahit patch work. OK fine..


Tapi ammie dah nak siap satu 'butterfly' dia masih duk lagu tu juga..bila ammie tanya.."kakak penatlah..." bila naik suara sikit, dia ambiklah kaler pensel tu, dengan muka tak ceria mula kaler tapi sebagai tanda protes dia pegang pensel color yang panjang tu dibahagian tengah adalah jarak mata pencil tu dengan tangan tempat dia pegang tu dekat2 setengah jengkal tangan saya. Kan ke warnanya jadik tak terang dan bila mula mewarna jadiklah terkelur2 warnanya sebab tak dapat control dengan baik pencil tu kan?


Semalam kerja sekolah dia ada 3, 2 buku kerja - mewarna dan menghafal doa bangun tido, dia dah hafal lama dah....so cuma nak mewarna jerlah, English..yang ni just tick jer ikut colour and shape dia pandai buat sendiri, dan satu menulis angka dalam buku tulisan. Kerja rutin membaca dan mengahafal Qiraati dan Cahayaku telah saya selesaikan sejurus balik dari pejabat. Tulisan di buku untuk angka pun saya dan suh dia siapkan petang lagi. Malamnya hanya untuk mewarna jer, tu pun 'penat' jugak...


Semalam sambil dia buat2 kerja sekolah tu, main mesti selit jugak. Semalam dia main masak2 pakai plastisin tu. Konon buat kuih lah, bulat2kan panjang2 (silinder) pastu gunting2...saya kata "eh..sedapnya kuih gunting kakak ni", dia jawab, "eh takdelah ammie, ni bukan kuih gunting, ni kuih donut...eh bukanlah ni .. ...ala apa tuh....(termenung kejap..pastu termenung lagi) ...ala yang tu...hah..KEPUTAT. Keputat? Apa kak..punyalah saya gelak..mujur dia cepat ingat balik..bukan keputatlah ammie, ketupat...aduuhhh gelak sakan saya dengar dia salah sebut. Duluuuu dia selalu tersalah sebut ''langkah', dia bukan tak tau tapi entah kenapa habit dia selalu tersalah sebut jadik 'longkang'.. contoh ayat dia.."takper ammie, biar kakak longkang ajer" walhal dia nak kata biar kakak langkah<-- ni kalau jalan2 ada longkang saya nak tolong dokong dia utk melintas...


Nak tido malam tadi, leterkanlah dia, pasal kerja sekolah tak seberapa tulah, senang hati jer bila saya tanya dah siap ker kerja tadi..."tak siap lagi ammie, yang kalerkan ball tu, bangun tido pagi esoklah kakak buat", dia kalau satu kerja tu dia tak minat (sebab ball tu cikgu yang lukis) payah betul dia nak buat sungguhpun benda tu sikit sangat. Saya pun mulalah cakap, "kalau ammie boleh tolong kalerkan ammie dah buat dah.." Dia tau tu saya memang suka mewarna...selalu buku yang saya belikan berebut2 kami nak kaler..pastu tengok sapa buat lawa lagi (tentulah saya kan?) bila dia tanya napa ammie ni pun nak warna jugak buku kakak? Ni citer lama lah ni, sekarang dia dah tau dah story mory saya nih...Saya pun mulalah berlakon citer sedih kat dia..."mak ammie masa ammie kecik2 dulu takde duit nak belikan ammie buku, belikan kaler..sian ammie..tak dapat kaler buku pun..." sooo dia memang cepat kesiankan ammie ni..dapatlah ammie kaler mana2 yang dia benarkan tu...selalunya kalau ammie kaler tu macam2 dia pesan..."ammie....kaler kemas2 yer, jangan terkeluar warna dia..buat kemas2, kulit manusia tu warna coklat cair yer...jangan tersalah tau ammie"..
Ni nak cerita yang dia lepas saya leter tu ter emo pulak..terus taknak kawan ammie, lepas menyusu...sedih2 nangis ..mula2 ingat main2 jer..pastu makin sayu pulak..mulalah keluar perkataan yang saya tak suka tu..."ayah..ayah..ayah..." perlahan dan mendayu2 pulak tu..." malas nak dengar lagi, saya call kan ayah..masa ni dah 11.36 malam.
Bila tanya nak call ayah, terus angguk, tapi ayah tak jawab pulak. Dah tido kot. Call nombor rumah..pun mesej..mesti kak aza cabut wayar dia tu. Lagilah emo anak gadis tu...tup2 ayah call balik..dek kerana terlalu emo..suara pun tersedu2 nak cakap..."kakak... sedih.... ingat.... ayah...."ayah jawab balik (saya dengar sebab suara ayah macam kuat dan suker.."esok ayah datang ikut ayah balik eh..." EH! Kesitu pulak orang tua nih! Dia mengangguk2 pastu terus tutup hp..tulah menyampah lak si Hani ni bila ayah dah balik ni nampak sangat yang sebelum2 ni yang dia kutuk ayah depan ammie masa gaduh hari tu hanya sekadar lakonan...yang sebenarnya dia nak jaga hati ammie jer masa diaolog2 dia kata ayah macam2 tu...pagi semalam hujan lebat sangat tapi hani tetap nak ajak ayah sarapan jugak sebelum gi sekolah. Orang tua tu, dalam hujan ikutkan jugak hajat si anak...dahlah parking takde, pusing2 berapa kali ... saya dengan hani naik keter lain, sebab ayah tak boleh hantar hani hujan2 sebab sapa nak payungkan Hani? Tengok dari jauh ayah sorang2 redah hujan dengan bertongkat kesian pulak..sure orang kata agaknya..."eh..orang ni dalam tak sihat pun keluar gak gi sarapan kedai hujan2 ni... "
Semalam ada isu 'hangat',kan? ..kan ker kami ni nak jadik Suruhanjaya, so masing2 pun keluarkanlah pandnagan masing2. Semalam sepagi2 rekod stetement, petang pulak buat laporan tataertib, sambil ber Ym dan lagi petang sibuklah ada orang mengadu..yerlah bila baca paper seolah-olah kami dah bebas, ramailah datang 'mengadu'...tu tak masuk call yang tanya 'ada kerja kosong tak?' yerlah pertambahan jawatan dari 2,000 kepada 5,000. Tapi saya secara peribadi yang paling terkesan adalah 'ganjaran' tu, yerlah sapa yang tak suka duit kan? Tak taulah berapa gaji nanti, kalau singapore 5 kali ganda dari gaji kami dapat sekarang...di malaysia? tak taulah..apapun sudah tentu pasti tuntutan kerja dan komitmen pada kerja yang perlu di masa akan datang berlipat kali ganda.

2 cetusan rasa:

HAPPYIRFA berkata...

salam kak..
macam2 hal anak2 nie yer.yg ada bapak depan mata hari2 pun .kalau kita marah sikit sibuklah duk panggil 'ayah..ayah.'pdhal ayahnya cuma gi keje je.tensen betul

Zareda berkata...

Ayah dengan anak kan... tambah macam hani, jarang dapat jumpa ayah.. sesekali nak bermanja, apalagi bila kena marah dengan ammie.. Anak dara zar pun, mana nak mengadu dengan, apa apa sikit semua dengan abah dia..

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP