Jumaat, Mac 26, 2010

Haruskah ku bertukar menaiki motor?

Assalamualaikum w.b.t


Zaman ni setiap keluarga hampir boleh dikatakan memiliki kereta....kalau takde kereta tu memang macam lainlah...dan memiliki kereta bukan lagi kategori orang yang berduit. Malah takde duit pun pada pandangan kita sesorang tu tapi ada dua tiga bijik keter.


Bila semua dah ada kereta, masalahnya kesesakanlah....mana-mana kita pergi ada jer kesesakan....parking, lalulintas. Malah kemalangan pun meningkat, tapi yg ni mneingkat bukan faktor kereta banyak semata2...


Wah...intro panjang sangat....sebenarnya saya ni merasa sangat tertekan akhir2 ni sebab masalah kesesakan dan masalah parking.


Sangan 'tegang' pagi2 satu sebab kena kejar masa, dengan kesesakan lagi, pastu masalah parking kereta yang teramat2 masalah.


Makanya, saya terfikir nak kembali menaiki motor macam dulu2...agak2nya selesai sedikit masalah saya, takde masalah parking, dapat jimat masa dan tenaga dan dapat gak jimat duit...


Mana lak nak carik motor murah2 ni....dah kena siapkan fizikal untuk merempit dan kena asah skill semula untuk mencelah dan memotong....


Fuuuhhhh....sanggupker tahan panas tengahari2 ni....


p/s: Ni rentetan daripada masalah kereta saya kena clamp! Dah dua kali kena dah ni...sekali kat kuarters dua minggu lepas, ni baru kejap ni nak gi ambik anak sekolah tengahari ni kena kat pejabat lak! Eiiii....hari ni macam2 dugaan lak....



Wassalam

Khamis, Mac 25, 2010

Assalamualaikum w.b.t



Wassalam

Pindah kelas pulak!

Assalamualaikum w.b.t

Belum apa2 lagi, maksudnya baru dapat dua paper kelas pagi dan satu paper kelas KAFA, Hani dah kena tukar kelas. Macamana cikgu nilai tak taulah....


Mujur juga tukar ke kelas yang lebih bagus, bagus apa tu tak taulah. hani yang cakap sapa markah tinggi2 terus kena tukar kelas....


Cikgu arahkan dia tukar kelas hari ni. Semalam dah tukar kot tapi semalam hani MC sebab demam makanya malam ni baru dia bagitau dia dah kena tukar kelas.


Pastu Hani citer lagi, dia kena duduk beakang sekali. Eh....kenapa pulak??? Saya benganglah jugak apasal bila tukar kelas ni kena duk belakang sekali? Hari tu depan sekali....


Pastu dia jawab, sebab kakak tak nakal...sapa yang paling nakal cikgu suruh dia kena duduk depan sekali! baru saya teringat zaman dulu sekolah cikgu selalu jadikan budak nakal ni sebagai pengawas...kiranya langkah pencegahanlah tu....kira sama lah tekniknya tu kot?


Wah..hani duduk paling belakang kiranya paling tak nakallah? Atau kata lain paling baik???bagu...bagus..




Muka tension woo..asyik2 kena baca buku. abih nak buat apa? Bukan ada sapa2 nak main pun?











Bukan baut kerja apa pun muka tension ni...buat jadual utk esok jer....!




Tengoklah permukaan meja...hitam dan penuh dengan contengan tu sebab lengan baju balik sekolah hitam....aduuuh penat menyentalnya, camno nak buat tu?

Selasa, Mac 23, 2010

100% part II

Assalamualaikum w.b.t


Ingat tak hari tu saya cakap Hani bagitau dia insyaallah dapat 100%dalam exam. Setakat ni baru dapat 3 paper....eh apasal lambat sangat cikgu2 tanda kertas periksa nih? Pelik bin ajaib betullah?

Yerlah mana tau doa budak kan makbul! Dapat 100% ker????


Dan ini keputusan 2 paper yang dah dapat utk sek rendah dan1 utk KAFA, walaupun tak semua 100% tapi ada gak yang lekat 100%;

Inggeris : 100%
Sains : 96%
Jawi : 98%

Bila tgk kertas exam tu alahai.....semua yang salah tu sebab cuai bukan tak tau....dan memeranjatkan juga, semua paper dia paling tinggi dalam kelas....macam nilah anak ammie!...

Dan tepat andaian saya, soalan2 tu memang terkebelakang setahun dari pengetahuan Hani,  kalau bagi soalan2 ni setahun lepas pun saya gerenti dia boleh jawab...


Kenangan utk dikenang, exam pertama bagi persekolahan formal di sekolah rendah.

Ahad, Mac 21, 2010

Semua orang boleh jadi wartawan

Assalamualaikum w.b.t


Hari ini, berita kecil macam "saya demam", "Pergi ikea ronda-ronda", "Tensionnnnnnnn', semua dilaporkan. Semua orang pun sudah mampu menjadi wartawan.


Tak perlu nak belajar tinggi, tak perlu genggam segulung ijazah dan tak perlu semangat dan bahan yang berkualiti untuk jadi wartawan.


Macam Facebook, menjelang 2009 sahaja dilaporkan seramai 80 juta yangberdaftar bawah facebook. Sekarang tentu dah bertambah2 lagilah. Kalau facebooktu sebuah negara, jauh ramai rakyatnya daripada negara kita.


Malahan baru2 ni wartawan pulak kena hentam dalam facebook, ada tak anda layari all reporters Malaysia Sucks? Besar sungguh kuasa facebook ni. Malah saya pun sedang mencari2 runag yang boleh dimanfaatkan facebook ni....


Kalau blog pula, tak perlulah dipertikaikan, ramai dah buktikan melalui blog boleh tambah pendapatan. Wow!


Kira bloggers dan macam karier juga yer...lapor hal persekitaran dan rumahtangga dan anak2 boleh daopat duit.....sapa sangka ya?


Tahniahlah pada anda yang mejadi wartawab yang rajin melapor dan dapat manarik minat pengunjung dengan trafic yang tinggi...syabas!



Inilah dia wartawan alaf baru......saya yg berhempas pulas belajar untuk jadi wartawan di menara gading pun gagal menjuadi wartawan alaf baru ni.....takde masa dan takde skill!!!!


Teruskan usaha anda...






Wassalam

Jumaat, Mac 19, 2010

Adab berpakaian bagi perempuan

Assalamualaikum w.b.t





Kesalahan gambar-gambar ini;

Atas kiri: kain terlalu singkat

Atas tengah : Baju lengan pendek, kain singkat, tudung terlalu singkat, tidak bersarung kaki

Atas kanan: Tudung tak menutupi dada, tidak bersarung kaki, menampakkan bentuk tubuh, baju singkat

Bawah kiri : Tudung tidak menutupi dada

Bawah tengah : Nampak bentuk tubuh, solekan jelas dilihat

Bawah kanan : lengan pendek, tidak bersarung kaki, kain berbelah di hadapan

Anda suaipadan  kan sajalah imej dan pakaian yang selalu anda pakai, keluar jalan2 ker, membeli belah ker...hah bandingkan dengan gambar ini. Bukan cakap orang ni, diri sendiri pun ada terkena jugak!

edih tau rata-rata remaja saya tengok pakai yang macam gambar atas sebelah kanan tu....sama jer dah dengan bangsa-bangsa bukan islam, yang berbeza sebab mereka ada tudung kecik atas kepala...tu pun alahai jarangnya....shawl yang ada sekarang ni memang tak sesuai menutup aurat, setakat membalut kepala jer....

Mak-mak budak pun pakaian sekarang aduh ranggi semacam....terutama dengan perkembangan fesyen, kalau boleh agaknya semua fesyen yang ada nak dicuba. Satu lagi saya tengok ramai jer yang tak kisah bertudung tapi berlengan pendek...tak taulah mazhab mana diorang ikut....lengan tu aurat cik adik...cik kak oiii....rambut sakan tutup...lengan tak kisah pulak?

Nak kata keluar jalan pakai jeans Thirt ringkas dan senang....tak sebenarnya lagi susah saya rasa....yang senang nak pakai sebanarnya apa yang dianjurkan islam dalam konsep menutup auratnya....takde lah susah payah nak carik fesyen sana sini, labur duit ribu riban beli itu ini ...nak berfesyen kononnya...setakat pakai yg gelap2/longgar2/ tak menarik perhatian....kan senang tu? Bukan apa.....jangan nanti sudahnya kat sana menyesal tak sudah nanti....sana mana tu? Alah...padang mahsyarlah!

Remaja sekarang pun walau berbaju saya tengok suka pakai baby T ...walaupun lengannnya panjang tapi bajunya agak singkat, kalau membongkok nampaklah lurah bontotnya....tak perasanker diorang ni? Sian kadang tu, benda patut sorok percuma jer orang tengok....

Mak2 budak pun sama....sengaja jer fesyen yang menonjolkan gunung kat dada tu...buat santapan mata2 lelaki ajnabi, baju lak ikut body nak tunjuk puggung yg masih ampuh? Ni saya cakap base on apa yg saya nampak depan mata....sekeliling saya....saya rasa sekeliling anda pun sama! Fesyen yang tak memenuhi ciri2 selari islam dah menjadi begitu dominan dalam kalangan wanita..dah semua org pun ikut trend macam tu....macam pelik kalau keluar weekend tak pakai jeans....jeans plak jenis yang balut kaki yer....bukan longgar tu....kalau longgar okay....tapi jenis balut aurat ni bukan tutup aurat.....ntah...semua pun tau, tapi dah namanya pompuan mesti nak bergaya.....

yang remaja pulak, sukar nak komen pakaian remaja hari ni, agak kebaratan dan takde nilai2 ketimuran dah....pakaian anak2/remaja kita kat negara ni dah sama jer fesyen dia kalau  tgk darama/filem dari barat...semua sama jer fesyen nya....malah ada yg leb la lg fesyennya.....hari ni amat janggal nak tengok remaja pakai sopan ke shopping complex, sopan macama gadis melayu baju kurung, jubah....komen lebih2 nanti ada alak yg terasa.....adalak kata baju kurungpun seksi gak.....pada saya asalnya baju kurung tak seksi tapi individu tertentu yg buatkan ia jadi seksi.....jadi fikirlah sendiri...


Azab Tidak Menutup Aurat

Sesungguhnya Rasulullah pernah bersabda : Bahawasanya, perempuan yang sengaja mendedahkan auratnya di khalayak ramai tanpa segan silu; tak kira samada dia anak dara, janda atau isteri orang; tua ataupun muda; dia akan dilaknati oleh Allah S.W.T, malaikat2 dan segala makhluk di muka bumi ini sehinggalah perempuan itu diturunkan bala oleh Allah S.W.T.


Jika perempuan itu anak dara atau janda maka bapanya akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung dosanya. Manakala bagi perempuan yang sudah berkahwin, maka suaminyalah yang akan dipertanggungjawabkan. Surah Al - Nisa ayat 29.



Daripada terjemahan hadis di atas dapatlah dirumuskan bahawa perempuan Islam yang sengaja mendedahkan aurat untuk tatapan umum selain dari suaminya atau muhrimnya, akan diazab dengan siksa yang amat dahsyat bermula dari azab kubur hingga ke azab siksaan api neraka yang amat menyiksakan.



Seperti yang diriwayatkan di dalam Al-Quran, ketika Rasulullah mengembara di Israj Mikraj, baginda ada menyaksikan bagaimana perempuan2 yang mendedahkan aurat itu disiksa dengan penuh azab ketika di dalam kubur di mana buah dada perempuan2 itu dipatuk berulang kali oleh seekor ular yang amat besar dengan matanya yang merah menyala dan menakutkan.


Manakala faraj perempuan2 ingkar itu dimasuki oleh kala jengking, lipan dan segala jenis binatang berbisa yang mana ke semuanya akan merobek2 faraj perempuan2 itu sehingga hancur. Dan ketika Rasulullah melalui kawasan neraka Hawarah, baginda mendapati kesemua perempuan2 yang mendedahkan aurat itu akan digantung buah dada mereka dengan penyangkut besi berapi dengan rambut2 mereka dipakukan di tebing api neraka yang amat panas itu.


Tubuh badan mereka akan disalai di dalam api neraka sehingga hangus dan hancur manakala dari faraj mereka keluar lendir berupa nanah yang amat busuk sekali sehingga semua penghuni neraka meminta perempuan2 ini dikeluarkan dari kawasan itu kerana tak tahan dengan bau busuk dari lendir nanah tersebut.



Penyiksaan yang penuh sengsara itu sentiasa berulang di mana tubuh badan yang sudah hancur berkecai itu akan terbentuk semula seperti sedia kala dan akhirnya berkecai lagi setelah diazab sedemikian rupa. Rasulullah sampai pengsan apabila melihat penyiksaan yang amat dahsyat dan mengerikan itu.



Jadi bila kita ada isteri, ibu, adik, kakak dan kawan2 perempuan, segeralah menasihati dan mengingatkan mereka agar mereka terhindar dari siksaan yang amat pedih itu. Nauzubillah.

Wassalam

Rabu, Mac 17, 2010

Seketika di The Mines

Assalamualaikum w.b.t


Satu pagi, sabtu lepas saya ke Mines. Tepatnya pusat bowling.

Dulu, pernah saya ke sini, 10 tahun dulu tahun 2000. Bukan tak biasa. Biasa juga, cuma dah hampir 10 tahun saya tak ke sini.


Pergi pusat bowling....


Tapi bukan nak main bowling. nak jumpa boss kat sana. Ada kerja sebenarnya.


Selesai kerja, saya pusing2. jamu mata.


Pagi sabtu itu memang saya pakai sesuatu yang lari tema.


Saya pakai jubah hitam serta selendang yang dililit. Muka baru bangun tido, mandi terus blah ke Mines.


Pendekata, sempoi jerlah. mana taknya, saya memang bawak baju stok utk kerja jer. Org baru pindah katakan....


Seluar ker blouse ker hapa ker semua takde, baju kurung sajor yg saya sempat rembat bawak sini...


maka dengan jubah dan sandal itulah saya jalan2 pusing2 masuk keluar kedai.


Amoi kat kedai kasut tu ikut vontot saya sampai kesudah...


saya test pergi bahagian belakang, dia ikut, saya jalan cepat2 ke bahagian depan dia ikut lagi!


Pusing sana pusing sini, masih gak ada belakang saya...


Rimas arrr....


Pergilah kat customer lain...janganlah ikut saya!


Customer lain ramai...sana-sini test kasut, saya tengok jer takder test lagi pun?


apassal ikut saya sorang???


Musykillah...


Saya agaklah dia ingat saya nak curi kasut ker hapa?


maklumlah haku pakai baju cam orang kampung!


Ingat haku tak berduit ker?


lantaklah..malas nak beli...peeerah!


Terus saya blah.


Siap kau amoii!!! nanti haku datang lagik!


Wassalam

Selasa, Mac 16, 2010

Kisah kewafatan nabi ~ Kalau dengar ini anda tak menangis tak tahulah?

Assalamualaikum w.b.t






Habib Ali berusia 39 tahun dilahirkan di Jeddah, Arab Saudi dan sampai titisan keturunannya kepada Saidina Husin bin Ali bin Abu Talib, cucunda Rasulullah SAW. Beliau mendapatkan pendidikan awal di Hadramaut dan memiliki website peribadi http://www.alhabibali.com/ar/. Beliau menyampaikan ceramah ke seluruh dunia termasuk ke Malaysia.



Beliau merupakan antara pengasas Taba Foundation, Abu Dhabi, UAE yang mana Majlis Penasihat Tertingginya dianggotai oleh ulama-ulama terkemuka dunia iaitu:

•Sheikh Professor Dr Muhammad Said al-Buthi (Ketua Jabatan Aqidah dan Agama-agama, Fakulti Syariah, Universiti Damsyiq, Syria)
•Sheikh Dr Nuh al-Qudat (Mufti Jordan)
•Sheikh Dr Ali Jum’ah (Mufti Mesir)


Semoga bertambah kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. Selamat menonton..


Ada siri2 sambungan, sila anda teruskan menonton sehingga habis. moga2 kita dapat tingkatkan keimanan bila mendengar kisah kewafatan nabi ini. Air mata saya sendiri menitis tak berhenti bila mendengat pengkisahan ini.
Wassalam

Sabtu, Mac 13, 2010

Adab memotong kuku mengikut sunnah

Assalamualaikum w.b.t








Perlu diketahui bahawa memotong kuku adalah amalan sunat.




Berkata Saidatina Aisyah bermaksud:

Sepuluh perkara dikira sebagai fitrah iaitu memotong misai, memelihara janggut, bersugi, memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh sendi-sendi, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, bersuci dengan air (beristinja), berkata Zakaria: Aku lupa yang ke-10 kecuali berkumur.

(Riwayat Muslim).



Dari Anas bin Malik bermaksud:

Sudah ditentukan waktu kepada kami memotong misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari agar kami tidak membiarkannya lebih daripada 40 malam.

(Riwayat Muslim).



Menurut Imam Shafie:

Sunat memotong kuku sebelum mengerjakan solat Jumaat sepertimana disunatkan mandi, bersugi, berharuman, berpakaian kemas sebelum ke masjid.





Rasulullah S.A.W. bersabda bermaksud:

Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, bersugi, berwangian jika memilikinya dan memakai pakaian yang terbaik, kemudian keluar rumah hingga sampai ke masjid, dia tidak melangkahi orang yang sudah bersaf, kemudian mengerjakan sembahyang apa saja (sembahyang sunat), dia diam ketika imam keluar (berkhutbah) dan tidak berkata-kata hingga selesai mengerjakan sembahyang, maka jadilah penebus dosa antara Jumaat itu dan Jumaat sebelumnya.

(Riwayat Ahmad).



Berkata Abu Hurairah R.A. bermaksud:

Nabi Muhammad S.A.W. memotong kuku dan menggunting misai pada hari Jumaat sebelum baginda keluar untuk bersembahyang.

(Riwayat al-Bazzar dan al-Tabrani).



RASULULLAH S.A.W bersabda yang ertinya:-

Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;



Hari Ahad: Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan.



Hari Isnin: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat



Hari Selasa: Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit



Hari Rabu: Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.



Hari Khamis: Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.



Hari Jumaat: Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.



Hari Sabtu: Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit.



Walaupun tidak ada hadis sahih berkenaan persoalan mengerat kuku dan boleh mengerat kuku tanpa mengikut hari-hari tertentu. Tetapi, pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat adalah hari yang diutamakan untuk melakukan ibadat sunat. Oleh yang demikian, sunat memotong kuku pada hari-hari tersebut.



Jadi, memotong kuku bukan sebarang potong tapi ada kaedahnya. Walaupun ia hanya kuku tapi ia adalah sebahagian dari badan kita yang perlu kita hormati. Misalnya, memotong kuku ada adabnya selain ikut hari, kita juga perlu buang kuku pada tempat yang tidak kotor sebagaimana yang diajar, eloklah buang ke tanah kerana kita juga adalah unsur tanah, dan bukannya tong sampah sekalipun tong sampah tu bersih.







Mulakan memotong kuku dengan Bismillah dan selawat Nabi dan mulakan dengan jari telunjuk sebelah kanan sehingga selesai tangan kanan, kemudian jari kelingking sebelah kiri sampai ibu jari tangan kiri dan Last sekali ibu jari tangan kanan. (Ikut rajah di atas)



Kalau kaki pula, mulakan dengan jari kelingking kaki kanan sampai kelingking kaki kiri. Itulah sunnah yang paling kuat dipegang selama ini walaupun ada banyak khilafnya.



Sila rujuk



http://madani.16.forumer.com/a/sunnah-of-cutting-nails_post895.html

http://www.hulchul.net/HC/lofiversion/index.php/t163687.html

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-14897.html

http://www.saaid.net/Doat/Zugail/90.htm

http://nukilanlaila.blogspot.com/2005/10/adab-memotong-kuku.html



MENURUT SEBUAH KITAB JAWA (Primbon)



Janganlah memotong kuku pada hari Sabtu, karena akan mendatangkan halangan atau rintangan bagi anda.



Janganlah memotong kuku pada hari Ahad, karena akan mendapat bencana,



Janganlah memotong kuku pada hari Isnin, karena akan ada orang yang dengki atau irihati,



Potonglah kuku pada hari Selasa karena akan disukai orang banyak.



Potonglah kuku pada hari Rabu karena akan membawa keselamatan dan perlindungan dari Tuhan.



Potonglah kuku pada hari Khamis dan anda akan mendapat rezeki.



Potonglah kuku pada hari Jumaat karena akan membuat anda disukai dan dicintai orang.



sumber: http://www.primbon.com





SEELOK-ELOKNYA POTONGLAH KUKU PADA HARI KHAMIS ATAU JUMAAT


Wassalam





Sabtu, Mac 06, 2010

100% insyaallah

Assalamualaikum w.b.t

baru seminggu lbih sekolah hani balik bagitau minggu depan exam. Ada jadual disertakan sekali. Saya tengok ujian bulanan Mac rupanya.


hari2 masa dalam kereta ambil dia balik sekolah terus tanya, macamana jawab exam? Jawapan dia standard..semua boleh jawab..senang kacang! kakak rasa kakak boleh dapat 100% insyaallah....


Eh..takkan 100% ? saya tanya.....pastu dia jawab...yerlah kata2 tu kan doa...kakak cakap kakak dapat 100% sebab tu macam doa supaya kakak dapat 100%....


Hmmmm...apa2lah....moga2 apa dia cakap tu betullah....

Wassalam

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP