Memaparkan catatan dengan label wayang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wayang. Papar semua catatan

Ahad, Jun 15, 2008

Kali pertama dlm paksa

Assalamualaikum w.b.t

Dah lama Hani merayu2 pada saya nak menonton wayang.

Sejak Dewi ada rasanya idea dia nak ke panggung wayang ni timbul.

Mungkin bila tengok iklan di TV, dia tanya pada Dewi kot apa wayang tu, sebab saya sendiri tak pernah cerita hal wayang.

Ajakan dia dulu berjaya ditepis, tambahan ayah memang tak benarkan.

Hal nak ke wayang tu selesai bila ayah pujuk2 beli CD jer, so senyap jer lah hajat dia nak ke wayang tu.
al
Tapi sejak Kungfu Panda ni heboh di TV, dan lagi pulak Hani dapat surat kelab McD ada gambar2 Kungfu Panda maka berkobar2lah dia ajak2 ke wayang nih.

Dah seminggu dua dah benda ni, merengek2 bertukar jadik menangis, tu tak masuk kata2 pujukan, rayuan.."pleaseeee...." lama2 jemu + fed up + malas nak layan!

Tapi weekend ni kira dah puas pujuk dah, dan dia pun ada tanya saya hari tu hal nak tengok wayang dan saya diam jer, dan dia buat kesimpulan saya setuju kot!

Khamis hari tu saya tak ambik dia, dia kena tido kat sekolah dengan cikgu, jumaat pagi tu sedihlah dia bila saya hantar baju sekolah dan baju utk hari tu, pesan macam2 suh dtg ambik cepat petang tu...

Dah banyak kali dah Hani kena tido dengan Cikgu sebab apa pilihan yang saya ada kalau balik pejabat 2/3 pagi..takkan nak kejut dia pulak? Baik biar dia tido dan saya bayar kat cikgu RM 30 semalam...

Hari sabtu sampai malam dan tadi sampai tengahari pun masih dipejabat. Dua hari dia habiskan masa kat office, kesian pulak saya tengok dia.

Habis budak2 pejabat dikacaunya dan dia pulak dikacau budak2 pejabat, ramai yg menyakat....sebab diakan pandai cakap...jemu bercakap dia main game pulak! Ramai dayang2 tukang layan....maklumler dari dalam perut asyik duk kat pejabat jer kerjanya...sampai sekarang dia pun pandai dah sebut OC [pengarah saya lah tu], pandai sebut OKT [org kena tangkap], lokap...hahahaaa sian Hani...

Takper..takper seminggu jer lagi yer sayang....

Balik citer wayang tadi. Dalam jam 12.30 tu selesai kerja, saya pun bawaklah dia ke Jusco. sepanjang2 dalam keter tu nangis sebab nak suh buka sun roof keter ayah, kan ker panas tengahari terik2 tu dia nak jemur muka dia plak, bila tak benarkan dia bantai menangis sampai dalam JJ.

Tengok2 tiket sumer habis malam jer yg ada....tapi atas daya menyiasat saya yg tinggi plus kesabaran dan pujukan kat adik di kaunter tu dapat gak satu tiket 1.45 ptg, Hani kena duk atas pangkulah...sebab dah malas nak balik, nak jalan2 pun malas, parking pulak susah nak mampus...

Bagi saya kali ke 3 tgk wayang, yg pertama masa darjah 3 sekeluarga citer (esok utk siapa), kali ke 2 tahun 2000 dengan kawan sebab dia pujuk sangat2 takde kawan tengok citer kungfu yg Michelle Yeoh berlakon kot maka saya temankan jugak (citer hidden dragon bla....)dan ini kali ketiga, bagi hani kali pertama.

Malas nak komenlah...saya tak suka tengok wayanglah...boring sebab ramai yang gelak, pastu sound terlalu kuat, duduk rapat sgt dengan kerusi sebelah...hani plak takut amsa iklan2 sebelum tu ada citer will smith yg baru banyak gaduh and action pastu meletup dengan api2 sumer..Hani takut sebab dia kata "kakak takut macam api tu nak terkeluar jer..."

Tu jer..citer kami yg pertama kali tengok wayang...takde apa yg berlaku, mujur jugakkan? Bukan apa, sebab tak dapat izin ayah, memang dia marah kalau tau ni, w.pun bukan ada apa yg berlaku dlm panggung tu, tapi budak2 bercouple banyaklah tak terbilang2, pastu pakaian budak2 muda toksah cakaplah...macam takde 'kemaluan' jer......Hani plak tengok macam tu macam2lah pulak dia komen...dia masuk wayang siap dengan tudung2 nya...hahahaaa tak tanggal tudung tu...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP