Assalamualaikum w.b.t
Semalam hani balik dari rumah pengasuh dari dalam kereta lagi dah tanya saya apa itu facebook? Facebook tu macamana? Dia dalam internet,kan? kakak tak fahamlah ammie, fecebook tu benda nya macamana?
Saya pun ceritalah serba ringkas. Yang mana dia tetap tak puas hati sebab jawapan saya tersangatlah ala kadarnya....
Saya tanya macamana dia tau fasal facebook, dia kata anak pengasuh, Qistina yang sebaya dengan dia ada facebook, dan hani pun mula demand nak ada facebook jugak.
Saya tanya kenapa nak ada facebook? sebab kata dia Qistina kata dalam facebook ada games! Boleh main games...
Tu cerita semalam.
Cerita hari ni pulak, balik sekolah tengahari dia bagitau kata dia budak lelaki sebelah dia yang dia gelarkan Cina Muslim pun ada fecebook, malah ada blog jugak!
Hairan betul saya, budak2 umur pun tak cukup 7 tahun lagi dah pandai cakap pasal facebook dan blog.
Okay takper, ammie akan buatkan hani facebook....lepas cakap camtu baru dia dan puas hati.
Malam tu tuntut sungguh2 dengan saya nak tengok facebook jugak2, tak menyempat2....
tapi ammie lagi pandai....siapkan homework dulu..baru ammie ajar ber 'facebook'...
tak tau lah nak cakap apa....
Patut atau tidak ya dalam usia sebegitu kita dedahkan dengan facebook, skype, YM dan blog?
Setakat ni hani hanya ada blog sahaja, dan dengan panduan serba ringkas sekali sahaja, dia dah mampu buka blog dia sendiri bila dia rasa nak buat entry, dan kemudian buat entry sendiri dan import gambar sendiri....dan publish sendiri....dan saya dapat merasakan kalau saya ajar dia sikit facebook dan tunjuk games dalam tu dan ajar yang lain2 macam skype, YM, FB adalah tak mustahil saya rasa dia akan mampu explore lebih dari maknya ni!
Nilah anak2 zaman IT....
Wassalam
Pertandingan Khat (ADNI) 2025 : Part 1
Setahun yang lalu