Memaparkan catatan dengan label rencam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rencam. Papar semua catatan

Selasa, Disember 02, 2008

Nak kurus punya pasal


Assalamualaikum w.b.t


Malam tadi masa makan dengan Angah dan hani di McD, Angah cerita dengan saya, masa exam hari tu, ada seorang budak sekolah sebelah sekolah dia [SM Dang Anum], pengsan semasa sedang mengambil peperiksaam SPM, puncanya sebab budak tu ada penyakit kencing manis. Penyakit tu takdelah yang luar biasakan, yang luar biasanya Angah cerita, budak tu kena sebab amalan pemakanan dia untuk kurus.






Kakak budak ni [menurut ceritanyalah] bagi petua nak kurus pada adiknya supaya makan pisang dan air coke sahaja setiap hari. Budak ni pun sebagai adik agaknya ikutlah petua kakak dia tu dengan tekun...sebab nak kuruslahkan....lagipun bebudak sekolah, dia kira nak kurus, tu yang penting!




Secara berterusan selama 3 bulan budak ni hanya minum coke dan makan pisang. Saya tak taulah wujud petua macam ni, takat petua nak kurus makan oren 4 biji setiap hari, macam Aznil buat tu adalah saya dengar, ataupun makan epal macam Nik Sayyidah [mek] buat tu pun okaylah. Ni makan pisang dengan air coke???





Air ckoe dahlah air berkarbonat [yg tinggi kadar gulanya] ditambah dengan pisang, memanglah amalan pemakanan yang sangat tidak sihat. Sudahnya Angah cerita budak tu memang jadik kurus, tapi lepas 3 bulan tu, dia mula sakit, tengok2 kena kencing manis, lepas tu mula cuti sakit selalu tak datang sekolah...dan budak ni pun jadik popular...bukan sebab kepandaian belajar, tapi sebab sakit yang dicari sendiri....





Tulah masa exam hari tu, tengah jawab periksa dia pengsan, terus tak dapat habiskan SPM. Berapa paper jer dia sempat seat. Kesian jugak,kan? Kita tak taulah apa tekanan budak ni sampai dia beriya2 nak kurus, pasal pakwe ker, pasal kawan2 ker, tapi sebagai ibu bapa dan mak2 saudara pada anak2 perempuan ni, kena jugak kita mainkan peranan kot, biarlah anak2 kita gemuk sikit, takper, asalkan sihat. Tak perlulah nak sindir2 kanak2/remaja yang terlebih sihat ni, takut2 mendatangkan tekanan dan buat mereka mabil tindakan bukan2. Tapi bukan bermakna tak boleh tegur kan, tapi kalau boleh tegur dan bagi panduan yang betullah...dari kecik kalau nak dibentuk corak pemakanannya jagan jadik obes...sebab dah besar kesian diorang nak kurus dah susah....





Saya rasa kanak-kanak ni terlebih makan kot, kok sampei gini jadiknya? Bird pun dah tenggelam...hisssskkk...yang atas pulak dah melendut...







Yang ni pulak, slim ajerr dik? mak tak bagi makan kerrr????




Tengok tu sedapnya, makan fries, patutlah pun...tengok badanlaahhhh.


Hah.....yang ni? patutlah...mana nak gemuk, fries pun taknak makan, balik2 bubur daaaaaaa....


[Hani dan angah malam tadi]





Ni hasil kesungguhan ibu bapa yang menjaga anak..ni betul maknya kasik makan nih! Berbaloi membesarkannya....tengok perut baby tuh! Hisss geram kat peha dia!


Yang ni plak, macam tak cukup makan jer.... mana mak budak ni, awak bagi anak awak makan ker tidak ni?



Ohh...sahlah budak ni tak cukup makan! lapar sungguh tu!

Ahad, Jun 29, 2008

Patutkah?

Assalamualaikum w.b.t

Saya sangat jeles dengan kehidupan orang!

Kehidupan mereka yang dipaparkan dalam blog.

Saya rasa saya takde kehidupan yang happy.

Segalanya kerja.

Dan kerja.

Lagi2 kerja..

Ya..ya...memang saya ada kehidupan rumahtangga...

Tapi sangat2 biasa...

Kenapa mereka selalu shopping..

Boleh beli barang macam2...

Kenapa mereka boleh pergi jalan dan berhibur sana-sini

Kenapa saya terpilih melalui jalan hidup yang 'serius' ini...

Saya rasa ramai lagi yang melalalui kehidupan macam saya

Saya tak dapat baca kehidupan orang2 macam tu sebab mereka takde masa

langsung takde masa berblog...malah tak kenal blog pun

Sedangkan saya ada jugak masa buat blogkan?

Kalau IO polis yang bahagian siasatan jenayah lagilah sibuk..

dengan anak bini pun takde masa...

Hal saya ni yang tambah bosannya [sikit jer] adalah

Dapat suami sakit..mana ada shopping moping ni

Jalan2 hu ha sana sini pun toksah haraplah

Kalau suami ada pun yerlah dia pun bukan jenis sosial...

Masjid-surau-masjid-surau-rumah-masjid

Masa sihat dulu pun mana ada shopping

Saya jer pergi sorang2

Tapi sekarang pergi shopping pun apa nak carik?

Betulker shopping ni theraphy? macam diorang kata

Bagi saya semak fikiran lagi ada...

Tengok orang macam2 yang menyakitkan mata dan hati...

Budak2 remaja yang macam pakai kain tak cukup...

Dah tau malu nampak perut + pusat buat pa pi pakai baby t tu???

Pandai plak cover tarik2 baju takut orang nampak perut [tak lawa plak tu]

yang badan macam panda pun nak pakai gak, pastu bila nampak extra baggage tu

pun sibuk2 dok cover dengan hand bag...

pastu pakai t-shirt pendek, punggung lebar nak mampus pastu malu2 alah nak tutup kononnya...peerah

Ada gak yang rasa macam nak tutup aurat, tapi pi pakai tshirt lengan pendek pastu pakai lak stokin tangan dalam tu, haii tu balut aura jer bukan tutup tuuu...

Adalak yang skang ni pakai baju ikut body [kain bergetah tu] yang ada ketat kat bawah tetek tu...ada rebenlah, ada butang besarlak tu...sajer fesyen baju tu nak bagi orang fokus tengok kat tetek tulah tu..takkan tak sedar kot?

Kira macam kita tulis satu baris pastu kita garis satu perkataan! kan kita mesti terbaca yang perkataan bergaris tu dulu..

Macam tulah fesyen baju ketat ni, mesti semua mata pakat dok tengok tang tek tu jer

Masalah betullah! tau malu tapi buat apa pakai macam tu...

Semua tu buat saya geram tengoknya...

Baik dok umah jahit sorang2 lagi bagus...


Hahaaaa luahan sepintas lalu...saya part macam ni memang pandai komen...jangan marahler kalau ada yg baca terasa kot terkena kat sedara mara ker...sajer tanggungjawab sosial...

Ada pihak duk cuba nak selamatkan yang kat luar negeri budak genius rosak akhlak tu haai kat sini ramai gak dah rosak akhlak dan bakal rosak akhlak, awat depa biar dan pandang jer...

Haii asal tadi tulis jels dengan hidup orang kan? takdelah2...saya bersyukur..moga2 terhindarlah saya dari buat benda2 bukan...baik kerja + duk umah +kerja kan satu amal ibadah! tak kerja duk umah diam2...boring2 manjahit pastu buka internet, ataupaun servelah apa2 kat internet ni sebagai persediaan belajar...

Keputusan terpaksa dibuat

Assalamualaikum w.b.t
Akhirnya saya buat keputusan dengan kebenaran suami. Hani Suhaila terpaksa diberhentikan sekolah. Saya tak tau macamana nak selesaikan lagi.


Mak saya dah setuju nak duduk dengan saya sepanjang setahun setengah saya sambung belajar ni untuk bantu jaga Hani. Cuma masalahnya walaupun mak saya duduk sini tapi sapa nak hantar/ambil hani ke sekolah.


Mak saya tak tau guna apa jenis kenderaan pun. Mungkin kalau sesuai saya hantar hani ke sekolah selang dua buah rumah ni. Tadika campur2 tapi ramai cinalah saya tengok. Pakai skirt pompuannya dan budak lelaki pakai seluar pendek. Itupun kalau ayah setuju. Sejarahlah kalau Hani masuk sekolah tu, kira tahun ni baru separuh tahun dah 3 sekolah dah hani tu baru tadika 5 tahun tu.


Lepas ni kalau keadaan sesuai saya terfikir jugak nak menyewa area KL ajer sebab saya rasa lepas belajar ni saya akan dipindahkan takkan di N9 lagi. Mungkin Hani akan sekolah dimana saya kerja nanti.


Kesian jugak kat Hani, cikgu semua terasa sayang sebab Hani cepat dapat jugak. Kira dua2 buku cahayaku dan Qiraati dia dah pindah ke buku 2. Dua2 dah boleh lancar baca. Kira dia dah boleh kejar dan tinggalkan sebahagian budak2 yang masuk sekolah dulu dari dia. Tu pun banyak kali ponteng sekolah.


Kalau tak sekolah lepas ni sayalah yang kena ajar dia kat rumah. tak boleh tidak. Saya kena kuat semangat. Nanti otak dia karat pulak. Tu pun dengar nak berhenti sekolah dah macam sukerlah tuuu yerlah malas bangun pagilah katakan!


Tambah2 makwe ada kat rumah lagilah manja dengan makwe. Rabu minggu lepas makwe datang, jumaat makwe dah balik. Ank buah saya Along dah bawa kembara saya balik bawak makwe dengan hani sekali ke kampung.


Dari jumaat baru ni sampai jumaat depan saya akan duduk sorang2 kat rumah ni. Boring sungguh pulak. Masa makwe ada hari tu saya plak takde kat rumah. malang sungguh setiap kali makwe datang saya mesti ada kerja urgent kat pejabat. Setiap kali tulah saya kan balik lebih 12 malam. Mesti makwe fikir saya selalu macam tu.


Minggu depan adalah minggu terakhir saya bekerja. Sedihlah jugak nak tinggalkan pejabat dan budak2 unit saya ni. Yerlah dari 2002 saya kat sini orang semua dah bertukar ganti di unit ni saya jer yang kekal mengepalai unit ni...lain2 semua dah tukar......


Walau macamana pun jauh disudut hati saya rasa masih banyak benda saya perlu belajar rasa tak cukup 6 tahun lebih kerja kat sini. Yerlah setiap kes yang dihandle berbeza dan setiap kes kita belajar benda baru.


Saya ada satu masalah iaitu sukarnya nak memberi kepercayaan pada orang bawahan buat tugasan. Saya taulah lepas ni saya takde. tapi saya rasa diorang masih tak boleh handle, boleh tu boleh tapi ntahlah ada jer salah silap sana sini. Dah tu budak2 bawah ni ngadu2 lak kat saya. Rasa tak meriah lak pejabat lepas saya takde nih. Ntah2 saya jer fikir begitu. Kalau saya ada kes, malam ker weekend ker mesti saya ada kat pej so budak2 pun malu kalau tak datang if saya panggil tapi latest case ni [semalam] saya tak dtg pej rupa2nya ramai lak yg macam boikot dibawah peg penyelaras baru. Ada pulak amsalah baru ti,bul. Lepas maghrib kena gak pegi pej, action kena cepat dalam menyiasat ni, buat keputusan kena berani, baru budak2 boleh bergantung pada kita. kalau tangguh macam2 boleh jadi.


Benda2 macam tulah pemimpin kena ada, kena pandai buat decision dengan cepat dan berani ambik risiko.


alaaah citer banyak pun tak guna, saya dah nak blah dah...apapun saya banggalah jugak sebab sepanjang disini saya kiranya bolehlah jugak handle, bagi arahan, bagi taklimat, orang dengar arahan, orang refer kita semula, anytime saya suh datang pej even tgh malam pun diorang respect lagi dan akan tetap datang jugak [kalau kita lembik ingat diorang bolehker tinggalkan bantal empuk tu ntah2 tgh peluk bini ker].


walaupun ada gak yg degil weekend merayu2 nak balik kg pada saya, saya bagilah balik kalau takde kes urgent, ada jugak yg kata letih tak nak datang tapi saya dah kenal dan boleh baca dah perangai setiap dari budak2 bawah saya [lebih 2o orang lah jugak].

Dah tau dah sapa yang bagi komitmen 150%, sapa yang bagi 50%. Sapa yang pentingkan kerja sendiri, sapa yang takde langsung esprit de corp, sapa yang payah nak datang kalau weekend. Ada gak yang banyak songeh. semua tu saya belajar dan berguna sangat kalau saya jadik boss satu hari nanti.


Minggu yang baru lalu ni saya dapat tips dari pengarah, katanya, "salwa, kalau u jadik boss nanti, yang penting kita nak dapat anak buah yang obedient, takper kalau dia tak boleh buat kerja, tapi kalau dia obedient kita senang..." sambil tu dia puji saya dengan ketua cawangan PD sebab katanya kami obedient, "macam u, aklau saya panggil tengan malam pun sanggup datang, suruh apa2 pun tak pernah kata tidak... tak pernah bantah"~~~~ akhirnya saya dipuji~~~~!!!! sunggguh saya terharuuuu


yer saya memang patuh orangnya, saya 'takut' dengan boss saya. kalau kat rumah saya baring atau duduk, boss saya call ajer pun saya terberdiri sebagai tanda hormat. Apatah lagi kalau bercakap depan dia atau dia masuk saya mesti berdiri. Memang sebagai agensi penguatkuasaan respect boss atau peg ranking lebih tinggi satu kewajipan.


Ntah apa2lahkan? Merapu jer pagi minggu ni. Lepas ni nak gi pejabat lagi, ada satu benda saya nak kena selesaikan lagi.

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP