Assalamualaikum w.b.t
Semalam saya menonton penuh pembentangan Bajet 2011.
Bukan apa, tunggu pengumuman samaada tuntutan CUEPACS nak bonus tu tercapai ker?
Sekali dengar dapat bantuan khas RM500 jer...syukurlah jugak tapi tertanya2 adakah bantuan khas ni dah jadik trend dalam setiap kali pembentangan bajet....?
Dulu2 merasa jugak bonus sebulan gaji...tapi selepas diperkenalkan terma bantuan khas ni, setiap tahun pun bantuan khas jer yang dapat....
Memanglah kalau kerajaan bagi bonus banyak peruntukan yang terlibat..terutama dalam membayar mereka yang dah bergaji besar tu, menteri2, JUSA, gred2 pengurusan tertinggi....kalau gaji pokok jer dah RM18,000, bonus pun kenalah sama kan...
Tapi kalau bagi bantuan khas ni semua pun dapat sama rata, gaji besar ker kecil ker tetaplah dapat RM500...baru adilkan?
Tapi tetap juga tak berapa nak adil bagi rakyat marhaen ni, dengan gaji kecil setiap bulan, inilah satu2nya harapan mereka untuk mendapat sedikit lebihan pendapatan....
Mereka mengharapkan BONUS yang diberi kalau tak menyamai syarikat swasta yang ada saya dengar ada yang sampai 13 bulan gaji....dan syarikat2 GLC yang bonus mereka membolehkan mereka menunaikan haji/umrah, sekurang2nya berilah sebulan gaji...
Memikul tanggungjawab sebagai penjawat awam kini tidak semudah yang disangka. menjadi penjawat awam kini sesekali terasa lebih berat tanggungjawabnya.
Saya punya sahabat dan kawan yang bekerja swasta dan saya juga banyak mengikuti blog yang dimiliki oleh mereka yang bekerja swasta
Dan saya boleh buat kesimpulan bahawa kerja swasta lebih relax dari kerja kerajaan pada masa ini. Mungkin sukar sedikit tentang cuti dan kemudahan pinjaman (rumah/kereta/komputer) tetapi dengan kelebihan itu sahaja yang ada kalau dari kekukuhan kewangan takde kekuatan apalah ertinya...
Saya ada kawan hanya berjawatan kerani sahaja, tetapi percayalah walaupun sebagai kerani, yang gajinya lebih sedikit dari seribu, dan adakalanya malam membawa balik kerja sedangkan pada siangnya menghadap kerja yang tak sudah2....masih tak mampu membeli rumah....dengan anak dua, masih menumpang di rumah maknya....
Penjawat awam untuk bercuti sesekali pun perlu mengumpul peruntukan sepanjang tahun....bila hujung tahun duit yang dikumpul untuk bercuti terpaksa pulak berhabis untuk peruntukan anak ke sekolah...
bagi saya, andainya ada yang berpandangan bahawa penjawat awam kerja sekejap cukup masa pergi minum dan mesyuarat tak sudah2 kerja tak siap, maka itu hanyalah mitos sahaja...
Kini beban tugas kami sama sahaja dengan swasta malah mungkin lebih lagi....siapa kata kami balik kerja 8-5? balik lewat jadi perkara biasa, sabtu ahad ke pejabat juga perkara biasa...
Mendapat panggilan telefon urusna kerja di luar waktu pejabat juga perkara biasa.....
Maka, kerajaan dengarlah dan lihatlah pengorbanan penjawat awam, tahun depan cubalah sedaya mungkin umumkan bajet yang boleh buat penjawat awam gembira dan bersemangat bekerja...
Mungkin boleh gunakan bonus mengikut ranking jawatan....bagilah mereka yang gaji dah banyak tu peratusnya rendah sedikit dan bagi mereka yang bergaji rendah diberi lebih...sebab dahulu kerajaan pernah umumkan bonus sebegitu, mengapa kini setiap tahun pun 500 sahaja...
Apapun ada juga yang bagus dalam bajet ini, tentang cuti bersalin 90 hari....malangnya saya dah tak berslain lagi, kalau lah boleh bersalin alangkah indahnya 3 bulan duduk dirumah makan tanggung berak cangkung....hujung2 dapat jugak gaji....
Dan cukai dihapuskan bagi pembelian barang2 macam handbag serta lain2 keperluan ...hah ini satu lagi, berapa ramai dari kalangan rakyat bawahan yang beli designer handbag ni? Kalau tak mereka yang banyak duit dan berlebihan duit...? trakyat marhaen sanggupker beli handbag mahal2 belas2 ribu ni?
Aduhh...ni semua untuk isteri2 pak menteri kah? Untuk wanita2 ghairah memliki bag yang tak masuk akal harganya ni? Rakyat marhaen dapat manfaat inikah?
PTK pulak dihapuskan??? What???
Selama ni PTK nilah macam harapan kami penjawat awam yang muda2 untuk dapat markah yang bagus....sebab dia bergantung pada pemahaman kita terhadap kerja yang dibuat...
kerana wujud PTK inilah saya meras amendapat anjakan gaji sebab mendapat aras 4-4...
tapi dah hapus pulak...tak sabar juga nak dengar apa pula sistem penilaian yang berikutnya ini...harap2 tetap ianya satu sistem yang boleh memenuhi dan adil bagi semua pihak dan meneliti pengalaman dan pengatahuan....adililah penjawat awam dengan kedua2 cara, secara sistem merit dan juga secara menilai senioriti mereka...
Wassalam
Pertandingan Khat (ADNI) 2025 : Part 1
Setahun yang lalu