Memaparkan catatan dengan label suami. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label suami. Papar semua catatan

Selasa, Julai 15, 2008

Malam yang hangat

Assalamualaikum w.b.t

Tajuk sangat mencabar gitu. Malam tadi dekat2 jam 11 malam, kira2 memang dah lelap ler mata saya cumanya takdelah tido mati lagi, terpaksa menyelesaikan satu misi.


Malam tadi hani dok merengek2 nak susu, saya matikan diri jer. Sebab Hani petang tu dah janji malamnya taknak menyusu sebab masa ke pasar malam lepas ambil dia balik dari sekolah macam2 kat pasar malam tu diminta belikan, jagunglah, satelah, kepok lekorlah, ais krimlah, longanlah, nugetlah. Macam2 tu, tu tak masuk yang saya punya teringin pulak! Tapi tang saya teringin makan durian pandai pulak dia kata, ammie takleh makan durian sebab ammie baru baik demam, ammie takleh beli ni nanti ammie gemuk...bla bala dia bebelkan saya.


Saya ni kan macam mak tiri, hah kalau nak beli macam2 tak abis, ko siap! Makanya sebab nak ambik ati mak tiri dia ni dia janjilah malamnya taknak menyusu. Jimat tenaga dan jimat susu gitu.


Sebab dia dah janji kenalah tepati,kan? Tapi dah kata budak2 janji tinggal janji sajer. Tetap jugak nak tido malamnya melalak mendayu2 seakan kena dera 3 hari 3 malam pulak dia! Penyudahnya dalam geram2 tu terpaksa gak bangun buatkan susu.


Sudah buat susu kengkononnya bolehler lelapkan mata saya ni. Tapi ini budak rajuknya berpanjangan, tetap jugak menangis mendayu2, botol pegang jer kat tangan takmo hisap, tu juk perasaanlah kononnya tuh.


Lama2 boring dan fedup dengan suara mendayu2 dia tuh, saya pun baruler mencarik2 handphone saya dimanakah gerangannya. Sejak tak kerja ni, hanphone saya suka2 jer saya letak kat mana, bila nak pakai atau teringat beruler sibuk mencarik2. Kadang kat bilik belakang hp tu duduk sensorang takder saya pedulik. Kadang duk kat bawah2 baju tak berlipat atas sofa. kadang kat dalam purse saya, kadang duk dlm hbag tak berusik sehari suntuk.


HP tu pulak rupanya beep once, dah berapa lama set bunyik gitu tak tauler, tak perasan pulak. Tu pasal banyak mesej dengan missed call tak perasan. Punyalah saya ni HP hanya untuk kerja semata2, takde urusan lain.. maka bila tak kerja teranak tirilah hp saya tu. Yang mana missed call tu saya lantakkan ajer, kalau penting ko call lah balik.


Ni nak cerita hal malam tadilah ni, bila dah jumpa hp tu, tengok2 bateri dah KO, bila charged rupanya sejak tengahari ayah ada sms, ayah tanya, "sampai KL 1130 malam, nak tunggu ker?".


Barulah saya terhegeh2 nak call ayah malam2 buta tu, tapi alamak...ayah dalam toiletlah pulak! Lepas 5 minit ayah pun call back, katanya dah sampai ke KL, datangler ambik. Wah wah..kita dah sedap2 baring menang dah nak lelap pun, suh ke KL ambik dia.


Memang saya taknak dan tak berhajata nak ambik pun, sebab hani pun dah membotol kejap lagi sah memang akan lelap pun. tapi pak hj macam malu2 alah dari kata2 dia cam suh datang ambik jer. Siap katanya, dekat jer, kalau bergerak sekarang, 40 minit lagi sampailah. Lagipun kakak dalam kereta nanti bolehler tido jer katanya bila saya bagi alasan kakak dah nak tido. wah wah...mata saya yang mengantuk ni camaner pulak citernya?


Tetapi disebabkan saya isteri mithali maka saya kuatkan jugak semangat bangun dan-dan tu jugak tukar baju, tak tukar apapun sarung jubah jer kat lur baju tido tu, kerah kakak masuk kereta. Tepat jam 1105 malam saya dah drive ke KL dah. Dalam keadaan bawak 100km/hour tu dekat jam 12 jugak baru sampai ke Sri Petaling. walaupun jalan lengang, tapi saya steady jer bukan ada apa nak kejar pun,kan? takkan lari gunung dikejar..... ewaah....


Hani pulak separuh jalan dah tido. Kelakar jer, siap buka lampu dalam kereta sebab malam tadi hani datang kemaruk baca buku cerita. Lepas selesai baca, dia siap2 carikan kaset nasyid kegemaran saya, elok lepas pasang tape tu terus membongkang dia tido.


Sambil bawak kereta tu sambillah saya menyanyi. Ngantuk sangat matanya dok terbayang tilam bantal jer. Janjinya orang tu, sampai sanan nak balik dia drive, tapi sudahnya saya gak yang drive. On the way balik konon nak singgah minum kopi tapi pak haji kata letih terus jerlah balik. Hai letih ker dah tak sabar2.....yerlah 40 hari beb....kekekeeeee....


Gituler gigihnya saya meredah malam yang pekat dua beranak semata2 nak ambik ayah cepat2 bawak balik, bukannya apa, kesian ayah tido kat masjid tu, dengan toilet yang tak mesra pengguna, lepas tu tido lepak atas karpet masjid jer... elokler bawak balik rumah saya...hari ni lepas zohor pak hj ke sana semula, baru nak tangguh, jadik kerja tu ulang alik.


Esok saya mula kelas, tak sabar rasanya. Barang2 sekolah semua dah siap dah, beli pen sedap [sedap tulis] sampai 7 batang gitu...yerlah nak bkin bagi minta menulis dan bagi nota lawa2, senang nak rujuk exam nanti...huii tak sabar weiii nak hadir kuliah.

Rabu, Julai 02, 2008

Yang negative saja!!!! + 18sx

***hanya bacaan untuk wanita sahaja***


Assalamualaikum w.b.t

***en wan dan en johari..sila jangan baca okay!!!***


Seminggu ni bila balik rumah, rasa nak marah jer. Nak marah takde sapa nak marah. Kan saya duk sorang kat rumah ni dari jumaat lepas lagi. Boring okay! Tapi apa daya??? Sengaja saya yang carik pasal, ada anak bagi balik kampung, patut saya balik kampung weekend lepas tengok dia tapi kepala pening + kerja pejabat masih ada.




Tapi otak ni jahat jugak, dah takde sapa nak marah, maka marah saya tu tersasar kepada Pak haji. Marah sebab kenapa dia keluar lama sangat. Sebenarnya saya biasa dah kena tinggal 40 hari nih tapi kali ni rasa panjang sangat tempoh masanya. Tiap2 bulan pun kena tinggal 3 hari, selalu sangat dah....




Kalau dekat saya dah gamit dia pulang. Skil nak pujuk dia pulang tu kacang jer. Gerenti dia balik kalau saya pujuk tuuu. Tapi kali ni kat Besut. Jauh sangatlah pulak.Tapi bulan 12 2007 dia 40 hari ke Miri saya okay jer, merengek2 manja tu dia biasa dah, lepas tu dia 40 hari ke Johor, dapat gak saya pujuk dia balik semalam sepanjang 40 hari tu. lepas tu 40 hari ke Grik, masa ni saya okay jer...lagipun masa tu sukar nak berhubung dengan pak hj sebab takde line hp.




Tapi kali ni hampir2 saya nak beli tiket nak ke Besut semata2 nak 'jumpa' dia Kes berat sungguh ni...tak tertahan sangat dah rasanya nak jumpa suami ni. Peliknya, kat pejabat okay sahaja, bila balik umah takde orang tu meluap2 rasa geram kat pak haji. rasa nak nangis pun ada. Sudahnya saya sms kaw2 kat dia....saya kata, tak patut tinggalkan isteri lama macamni, dera batin isterilah, saya ni kan ker hari2 kerja mengadap 'laki orang'..bahaya abang buat saya selalu macamni...




Pak haji kalau macam tu saya sms, dia balas sms juga, pendek jer dia balas tapi penuh makna..."kalau nak datangler..." tak ker mengarut tu..mana dengan kerja, mana dengan bajet, dah tu sampai ke sana, apa lak karkun2 lain kata nanti? Suker2 dia jer...suh datang booking hotel...hishhh saya pun ada malu gak...




Tapi dua tiga malam ni, saya dah malas nak layan pak haji, marah punya pasal...[walhal suami buat dakwah isteri dapat pahala yang sama gak] tapi syaitan dan nafsu ni yang mengada2 menggoda dan mengusik saya. Pak haji call saya pandang jer tak jawab...dah tengah2 malam [agak2 dia dah tido] baru saya sms, saya kata call pun apa dapat, dapat dengar suara jer..lagi buat saya geram.




Bila bangun pagi2 sebelum subuh dia balas jugak, selalu subuh2 dia balas yang baik2 sahaja agaknya nak dakwah isteri dia nilah, "belajar bersabar, kalau abang mati pun nak kena tunggu jugak 4 bulan 10 hari baru dapat..."


Itu kes kalau abang mati, ni sah2 abang hidup!!! saya tak balas pun. Agaknya dia pun pelik napalah saya tak call dia sekalipun 3/4 hari ni. Dia ada jugak call saya hari2 tapi entah kenapa setiap kali dia call saya mesti ada dengan pengarah, takkan nak jawab, saya kalau jawab pun, pendek jer saya kata, "nanti wa call abg balik, tengah meeting ni"...




Saya rasa dia pun faham kalau office hour kenapa saya tak dapat jawab, cuma malam2 tu dia mesti pelik, sebab saya sorang2 kat rumah takkan awal [10 malam] saya dah tido,kan? tapi geram punya pasal malas saya nak layan pak haji ni. Kalau cakap pun, benda sama jer, dia mesti marah saya, napa tak ambik cuti lagi, apa yang sayang sangat nak tinggalkan pejabat tu...cakap jer dengan OC saya nak cutiii...benda2 tu jer yang dia leterkan saya...




Saya pulak geram lagik kat dia, saya nak sambung belajar ni, nak gak share kegembiraan dan nak buat apa2 perancangan untuk tempoh setahun setengah ni kalau dia ada kan ker benda jadik lebih senang, ni dia kat sana, saya jer terkontang kanting kat sini...nak cakap panjang2 berdebat bertekak semua via hp memang saya tak suka, rasa tak puas, biar saya cakap depan2 nampak riak muka dia apa semua...




Kadang2 rasa macam ibu tunggal [tinggal?] pun ada. Bila dia baik dengan saya terasalah ada kewujudannya, bila jauh gini rasa malas nak berlaki jer... saya dah cukup faham dah diri saya ni, makin lama tak jumpa pak haji makinlah saya rasa jauh dan takde bergantung perasaan kat dia, dan dia pun tahu tu...




Kiranya kalau lebih lama lagi dia takde maka boleh jadik saya lupa terus kat dia jer nih! Tapi tulah masalahnya, kerja saya ni sepanjang2 masa kat pejabat tu dengan lelaki sahajaaaa....kalau 10 jam masa kat pejabat tu rasanya 8 jam saya bersama dengan lelaki2...berbincang, bertekak, bermesyuarat, keluar makan/minum, bergurau, bergaduh dll semua dengan lelaki. Ada 34 orang siasatan, 3 jer pompuan.... memang sah2 saya dengan diorang jer lah, terutama 4 Senior investigation officer [sio] tu... dan lelaki yang paling kerap saya jumpa sapa lagi..pengarahlah...sio 4 orang ni rajin menyakat saya diorang tolong kirakan hari sampai pak hj balik....kalau saya naik angin ker marah ker dlm meeting, mesti diorang kata, "alaah takper sian kat KUS..pak hj kuar 40 hari tu...kami faham..." gerammm jer saya kat diorang ni...




Hari ni ke hospital dengan pengarah pastu pergi lunch...sib baik ada sorang SIO joint takdelah janggal berdua jer, w.pun SIO tu jenis ada macam takde tapi kira okaylah...semalam lunch dengan 4 SIO tu kira saya belanja diorang makan tengahari untuk kali terakhir sebelum saya chow...sanggup tu diorang tunggu dari 9 pagi [patut b.fast] tapi sebab masa nak pergi saya kena panggil dengan pengarah, diorang tunggu saya sampailah 11.30 [terus lunch] baru ler saya dapat keluar pastu kami berlima ke hospital pulak, konon balik nak minum petang , tapi boss dah call carik saya lagik...




petang jam 6.15 dah nak start enjin motor ada lak peg lari2 panggil saya kata boss carik lagi, dengan handbag saya mengadap masuk bilik dia...pastu lepas bagi arahan gitu gini call sana sini[rentetan jumpa boss lah mesti ada tugas baru kan] barulah saya dapat nak balik....tengok2 masa basi basa dengan pengawal pasal motor anak buah saya tu, boos pun nak balik gak ada kereta dia belakang saya ...sebelum dia nampak saya, cepat2 saya pecut keluar...




hari ni jam 11 lebih tadi lepas mesyuarat dengan pengarah saya memecut motor ke pejabat pos, nak ambik rebat tunai tapi lepas ambil no giliran, PA boss dah call boss carik, tengok ada 300 lebih nombor sebelum saya, saya balik jer terus mengadap boss. Lepas bincang2 kes, dia ajak gi hospital lagi, dalam pasa nak pergi hospital ada plak panggilan urgent HQ, gitu gini 12.45 baru gerak ke hospital, rupanya dalam kereta dia tanya saya, "salwa, u naik motor ker"..alamak..dia nampak rupanya..malu weiii...saya kan sopan santun jer...




Masa kerja saya tersangatlah terkejar2nya, disaat2 akhir ni pun saya tetap rasa dihargai, bila boss panggil saya maksudnya dia perlukan saya, menyebabkan saya nak blah pun rasa cuak jer. Hari ni barulah bila berbincang dengan saya dan dia panggil sekali sorang sio yang akan take over kerja saya nanti supaya dia tau perkembangan satu2 kes. Cumanya, sebab saya ni pompuan, jadik takutnya tu lebih [sebab saya taknak timbul masalah kemudian] kalau boss panggil tu TANPA GAGAL saya akan hadir secepat mungkin...teramat jarang kalau PA call saya suh jumpa boss saya kata tak boleh atau saya keluar....tu yang mahal tu...anytime dia nak tanya apa2 kat saya, maka saya ada..cuma masalahnya kalau saya jawab "tak tau" atau "ohh saya pun terlepas pandang' masa ni dia akan berubah air muka...semua kena hujung jari...kalau sisatan 50 kes, semua kena ada dalam kepala...sebab HQ ni suka call ikut suka2 dia nak suh brief apa2 case...




Alamak terlebih sudah cerita hal kerja..maklumlah hari2 macam2 berlaku, takde satu pun kes yang dihandle tu sama, jadik hari2 ada pengalaman baru, hari2 ada pengadu baru, hari2 ada surat layang baru, hari ada jer perkembangan kes yang disiasat anak buat ada masalah, jadiknya sayalah perantaranya utk kemuka masalah tu kepada boss dan selesaikan diperingkat anak2 buah. Minggu lepas paling saya gelak besar, anak buah saya tunjuk satu saksi yang terus jadik gila lepas dia kena soal siasat dengan budak2 saya..rupa2nya memang dah ada surat doc pun, kami jer tak tau...kelakar sgt sebab masa saksi tu stress peg saya sorang tu dia panggil doc, sorang jadik cikgu utk tenangkan saksi ni kenalah budak2 saya menyamar...kelakar betul tengok video klip tu...




Haaaiii macam2 lah kerja ni..sedih woo dan tinggalkan kerja ni..hidup saya selama ni adalah kerja....walaupun saya kutuk2 jugak kerja ni tapi jauh di dasar hati saya, saya suka sebenranya kerja ni...banding dengan bahagian2 lain dalam jabatan saya ni, paling mencabar adalah siasatan dan perisikan. Dua ni adalah hard core business. Semalam dalam sibuk2 tu ada termasuk satu panggilan dari orang awam..paling menyentuh hati saya [selalu gak kena marah dengan public sbb harapn diorang tinggi pada kami, tapi kadang2 bukan bidang kuasa kita takleh ambil apa2 action] dia sungguh2 memuji saya atas penerangan saya terhadap dia, apa bidang kuasa, apa bentuk tindakan, apa cadangan saya pada kes dia tu, apa yang kita boleh offer kat dia dll. Dia kata dalam usia dia 50 an inilah kali pertama dia berpuas hati dengan layanan pegawai kerajaan...dan dia tak sangka yang saya boleh jelaskan dengan baik dan katanya beginilah pegawai awam yang diperlukan...cehhh bangga dan terharu sungguh saya...sehingga katanya kalau dia lalu off saya dia nak drop by kat pejabat nak jumpa saya...




hahahhhh.....dah lepas dah tension kat pak haji...cerita merapu bila dok sorang nilah kerja saya sebelum tido mengadap pc....dua hari jer lagi saya kena gi office, esok ada makan2 raikan saya nak blah....takde hadiah sebab takde keluar surat transfer.....maknanya abis belajar balik sini lagilah gamaknya....

Ahad, Jun 29, 2008

Kenangan dua tahun lalu ~~~ detik 25 Jun!!!

Assalamualaikum w.b.t

25 Jun baru-baru ini genaplah dua tahun suami saya diserang stroke. masih segar kenangan itu dalam kepala. Maka di sini saya re publishkan entry pertama yang saya buat iaitu sepuluh hari selepas suami kena stroke. Dan semua entry selepas itu dalam nada kesedihan...ironinya pada pagi hari suami saya diserang stroke itu saya buat satu sajak [kalau boleh dikatakan sajak] bertajuk 'DERITA'

25/06/2006 <--- inilah tarikh sejarah itu!!! Pagi itu kutulis puisi yang ada dalam entry sebelum ini. Ia dicatat dan dinukilkan pada tarikh tersebut!


****************************************************************

~~~~~"Sunday, June 25, 2006"


Aku ingin bercerita lagi dan lagi dan lagi....


Derita itu bukan milikku
Derita itu juga bukan milikmu
Milik siapa derita itu
Kamu dan aku dan semua


mahukah jadi pemilik derita itu?
Aku tak ingin sendiri lagi
Aku ingin dimanja
Juga disayangi
bukan dibayangi


Kasihku bukan untuk dijual beli
Mahukah kau mengasihiku
Menjadikanku sebahagian hidupmu
Ringankan bebanku
Hanyutkan deritaku
Nun di hujung Dunia


Derita jangan datang lagi
Pergi dan pergi dan pergi
Jangan kau hampiri


aku tak mau derita
lagi dan lagi dan lagi
Tidak menyentuh diriku, hanya cubaan di pagi minggu menulis puisi yang ringkas ini untuk tatapan peribadi.~~~~~~



***************************************************************


Inilah catatan pertama
10.00 am

Suamiku kemudian datang dan terus masuk ke bilik dan bertanya samaada jadi atau tidak cadangan kami ingin memindahkan separuh barang ke rumah baru kami. Jawab ku, "Malaslah bang nak kemas, minggu depanlah ye..."

11.00 am

Semasa aku membaca akhbar di internet di dalam bilik master, suamiku pula membaca suratkhabar di atas katil yang memang kami langgan pada hujung minggu sahaja. Sambil itu, dia ternampak kacang goreng di meja komputer dan aku menahannya dari mengambil kacang dalam bungkusan plastik itu dan aku cakap, "biar saya ambil yang dah isi dalam tupperware kat dapur". Terus aku ke dapur dan menghukurkan satu tupperware kacang goreng dan suamiku yang memang gemar kacang goreng terus memakannya...berterusan sehinggalah dia habis membaca akhbar.

12.00 noon

Suamiku mengadu pening kepala dan katanya nak tidur sekejap, aku biarkan aje... sambil aku masih menghadap komputer.

1.30 pm

Aku mengejutkan suamiku untuk bersolat zohor dan kebiasaannya dia akan segera bangun tetapi kali ini nampak macam bermalas-malasan. aku ke hadapan bercakap-cakap di telefon dan selepas itu, suamiku memanggil dan mengajkku bersolat jemaah zohor bersama-sama. kami bertiga termasuk anak kecilku Hani Suhailah sembahyang Zohor bersama-sama. Semasa solat aku dapati badan suamiku seakan-akan tidak stabil semasa berdiri dan suaranya menyebut AllahHuAkbar seakan-akan perlahan dan tidak bersemangat seperti biasa. Selesai solat pun doanya pendek sahaja dan beliau terus menyambng tidur semula di atas katil.Aku katakan "Jomlah kita gi klinik", sebab pada masa itu dia sendawa besar seolah-olah terlalu banyak angin dalam badannya. Aku pun pada masa tu dah rasa macam tekanan darah tinggi suami tinggi dan yang aku risaukan cuma bimbang serangan stroke kerana hanya beberapa bulan lepas sahaja rakan sepejabat kena serangan stroke.

4.00 pm

Suamiku masih tidur dan aku mengejutkannya untuk makan tengahari dan katanya minta aku bawa ke dalam bilik tidur. Selepas letakkan dulang di hujung katil aku ke dapur untuk mengambil air basuh tangan. Apabila sampai aku dapati suamiku telah menurunkan dulang ke bawah dan terdapat tumpahan kuah di atas cadar bahagian hujung katil. Pada masa itu aku tak syak apa-apa, tapi tetap bercadang untuk bawa ke klinik untuk cek Blood Pressure, sambil-sambil itu aku telah berleter padanya, antara lain kataku, Bang, anak kecik-kecik lagi, kalau abang kena stroke terus jalan (mati) takpe, kalau terlantar 5-6 bulan kan susah... jomlah kita gi klinik takpun pergi emergency Hospital Besar. Jawabnya pada masa tu, "Yelah, isnin nanti abang pergilah hospital (hospital daerah berdekatan dengan pejabatnya).Jawabku, " bang, nanti jadi macam En. D kat pejabat tu kan susah, biar saya bawa abang pergi hospital lepas asar ni."Pada masa ni sendawa anginnya makin kuat dan luar biasa.


Semasa dia makan aku pergi mengambil kereta yang diparking di pejabat untuk dibawa ke pintu rumah supaya senang ke hospital/klinik. Balik ke rumah aku tengok suami dah selesai makan dan duduk menangkur di birai/tepi katil dengan tangan sebeah kirinya. Pada masa sama juga dia kata nak muntah, aku lari ke bilik air dan ambil gayung dan dia terus-terusan muntah hampir 3 suku gayung... aku dah mula panik. Pada masa sama juga aku tengok mulutnya seolah-olah dan senget sebelah. ya Allah... dalam kepalaku hanya terbayang suamiku memang akan kena stroke... pada masa sama juga dia kata tangan kiri dan kaki kirinya berat.

Pada masa itu juga aku segera tunaikan solat Asar dan aku terus call pegawai bertugas di pejabat sebelah rumah minta datang ke rumah segera. Selesai solat suamiku makin serius dan dia mengarahkan aku mengambil jarum dan mencucuk ke hujung-hujung jarinya dan telinganya. Tanpa membuang masa aku mencucuk kesepuluh-sepuluh jarinya dan kedua-dua cuping telinganya sehingga mengeluarkan darah kerana menurut petua orang tua-tua kalau tak mahu pebdarahan dalam otak, cucuklah hujung jari dan cuping telinga. Pada masa itu, sempat lagi suami cakap jangan panik, terus cucuk. sekepjapitu, M datang dan pada masa sama suami sudah tidak boleh bergerak sebelah badan kiri dan Ya Allah aku memang tak terangkat dan tertampung berat badan suami.

Suami meminta untuk mengerjakan solat Asar terlebih dahulu dan dengan bantuan M dengan susah payah kami berdua berjaya bawa suami ke Bilik Air untuk buang Air dan ambil wudhu'.Akhirnya dengan susah payah sehingga tersungkur di atas sejadah kerana tak mampu menampung berat badan sebelah kiri suami mengerjakan solat asar sambil duduk. Selesai solat, aku menukarkan suami memakai seluar dan baju juga dalam susah payah, M memanggil seorang lagi pegawai yang tinggal di kuarters membantu kami membawa turun suami ke kereta.

Ya Allah sekali lagi ujian berat kerana aku tinggal di tingkat 2, suami yang berbadan agak besar seolah-lah tidak berdaya untuk diangkat oleh dua orang. Dengan susah payah akhirnya sampai ke kereta kembara dan masalah bertambah rumit kerana sukarnya memasukkkan badan suami ke dalam kereta yang kecil itu, dalam kereta sekali lagi suami mengalami muntah-muntah yang teruk. Sampai ke emergency terus suami diperiksa dan akhirnya dimasukkan ke wad.


Aku sebenarnya terlalu-lalu sedih nak cerita saat-saat ini, sehingga hari ini, 10 Julai 2006 air mata masih bergenang bila teringatkan saat-saat ini kerana suami masih lagi tidak dapat menggerakkan sebelah badannya. Apakah hikmah ujian tuhan kali ini? terlalu hebat kurasakan. Aku terpaksa hentikan sementara tulisan ini kerana suami baru sahaja menelefon. Aku perlu balik dan menyambung kesedihan ini...... Ya Allah kau sembuhkanlah suamiku segera.....

Sabtu, Jun 21, 2008

Rakaman penghargaan buat suami

Assalamualaikum w.b.t


kena gak buat entry ni...


Kan saya ada kata jumaat minggu lepas hp saya rosak. Pagi tu tak rosak, tapi tertinggal kat umah, pastu tengahari tipu bos kata hp rosak bila dia call off marah2 tanya napa call tak jawab, walhal hp tertinggal kat umah....


Malamnya terus rosak, baterinya terbakar rupanya [sebab charge lama sangat...tu pun baru ku tau setelah dihantar ke kedai], semalam terpaksa beli hp baru. Bukan nak beli lagi pun, kononnnya nak tunggu gaji rabu minggu depan, baru dapat yang canggih sikit...semangatlah kononnya nak statr belajar pakai hp baru yg canggih2...beranganlah dulu, kan katanya berangan tu free [ramai blogger guna istilah ni]


Dah rosak buat diam diri jerlah...bagus gak takdapat orang nak call...tapi khamis tu kena tanya dengan boss lagik....apasala hp saya tak jawab? Haiyaaaaa...saya sudah cakap rosak, takda faham ka?


"kan handphone jer yang rosakkan?, simcard okay lagi,kan?" dia tanya ini macam!~~~ bengang gue...pasal mana duit mau beli hp?


Tiba2...toink!~~~ hari tu 5 hari tak call pak hj sampai selasa pagi2 tu pak hj call pejabat carik bini dia, saya lak mesyuarat panjang. So terpikirlah nak 'meminjam' dari suamiku..mana lagi nak cekau duit kan?


Saya calllah dia, memujuk rayu bermanja sikit [cakap hal2 rindu, miss him so much lah....boring tido malam sorang lah....kira gaya2 orang tak malu...member pun suh sabar2, suh beli tiket bas datang besut~~~ cehh acah jer dia nih, kalau saya datang mau dia terkejut tuh!


Dah selesai part tu, barulah bukak citer takde duit, buat versi kesian, kata gaji lambat lagi....hp lak rosak....boleh tak pinjam duit abang <-- harus cakap pinjam dulu....tapi at the end jadik masuk akaun jer pastu tak bayar pun....hallallan tayyiban...


Gelak besar dia...memang dia kalau dengar bini dia yang 'diwar2kan' gaji besar [atas slip gaji jer yer puan2 dan tuan2 sebelum tolak hutang] banding dengan dia yang tak bekerja tuh, dia akan gelak besar membawa makna perli saya tapi saya takkesah pun...asalkan niat terlaksana!~~~harus tinggi kesabaran dalam hal2 ni yer...


Tapi at the end, dia tanya "500 cukup?" cepat2 jawab, "lebih dari cukup bang, terima kasih, i love u"..takper2 masa ni cakap jer apa2 ambik ati dia, mana tau sebelum gaji duit tak cukup lagi....harus mengadu lagi...lepas tu tak sampai setengah jam, dia call pejabat, " dah..gi tekan duit, abang dah masukkan"


Apa lagi, terus gi kedai hp beli hp, beli yang cikai jer, dah beli masukkan sim card baru call pak hj dan bagitau, "duit abang bagi tadi wa beli hp, bolehkan bang....susah takde hp sampai dah kena marah dah ngan boss..."


Semalam [jumaat] mesyuarat jam 5 petang, siap bawak hp baru lagi tayang2 letak atas meja depan saya, biar bos nampak! Bincang2 lepas tu boss tiba2 tanya, "eh, u punya hp tak elok lagi,kan?"


Waaahhhh....inilah masanya membuktikan "saya yang menurut perintah"
"dah tuan, dah beli baru dah" bangga gitu menjawabnya...


"haaah...nilah saya terharu ni..KUS siap beli hp baru tu..."
Elok dia cakap jer, MACA (malaysia anti corruption academy) call saya bagitau master delay 7 julai...hempeh!!!


Saya keluar bilik mesy masa jawab tu, pastu rupanya dia cakap masa saya keluar tu, "wah..banyak duit kus serta merta beli hp baru..." <--- dia tak tau saya terpaksa mintak belas ihsan suami bagi duit...


Kena bagi kredit kat suami saya yang akhir2 ni banyak buat saya bahagia, bukan sebab duit sebenarnya tapi sebab dia makin faham bini dia ni...agaknya dia pun sedar banyak saya korban dan tolong dia sebelum ni, lagi2 lepas ni saya akan banyak masa dengan dia insyaallah... terpancar kegembiraan dia bila dengar saya nak sambung master ni...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP