Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan

Isnin, Mei 16, 2011

Ibu...

Assalamualaikum wbt


Apa lagi yang mendatangkan bahagia untuk seorang ibu kalau bukan anak-anak?


Anak-anaklah yang menyibukkan ibu,


Kerana anak-anaklah hidup seorang ibu terisi


Juga kerana anak-anak juga otak ibu-ibu ligat berpusing


Nak bagi anak makan apa hari ni?


Aktiviti apa nak diisi untuk anak-anak setiap hujung minggu


Baju apakan nak dibeli setaip kali raya


Meriahnya hari raya juga asbab anak-anaklah


maka, saya akui kerana anak-anak ini saya merasa menjadi seorang ibu


8 Mei hari ibu, takper biar lambat saya tetap nak ucapkan selamat hari ibu untuk ibu saya


Untuk ibu-ibu yang gagah perkasa


Yang mampu mengeluarkan berbillion2 nyawa di atas muka bumi ini


Juga kerana ibu yang kuat semangat, yang mampu menjadikan dirinya segala2nya demi seorang anak


Menjadi doktor, menjadi jururawat, menjadi cleaner, tukang cuci baju, tukang kebun


pendekata segala tukang lah...semuanya pada ibu....


Untuk dua orang anakku, jadilah ibu yang baik satu hari nanti.....




suhailah dan ruqayyah.....moga jadi anak yang baik walaupun ibumu ni bukanlah ibu yang terbaik.....


Wassalam.....

Selasa, Ogos 03, 2010

Membimbing anak-anak meniti usia dengan jayanya

Assalamualaikum w.b.t


Ini sambungan entry sebelum ini.


Disebabkan masa berlalu dengan pantasnya, maka kita juga kena merancang dengan pantas dan proaktif.


Sebelum sesuatu berlaku kita sediakan payungnya.


paling penting payung sebelum kita meninggalkan dunia ni


yang paling mendominan dalam diri saya adalah dalam nak menyediakan persiapan anak gadis saya seorang tu


Melihat pada senario semasa dengan pelbagai masalah sosial


Buang bayi semakin berleluasa, kelahiran anak luar nikah meningkat dengan mendadaknya


Kecenderungan berpasangan tanpa nikah secara terbuka,


bercouple umpama basahan dan budaya yang diterima pakai majoriti remaja


Juga penampilan remaja yang kian up to date tapi meninggalkan tertib dan kesopanan yang disarankan Allah


Bahasa pertuturan dan batas pergaulan lelaki perempuan macam tak de border, sama jer.


Gap antara lelaki perempuan makin rapat...berdasarkan pemerhatian saya pada remaja2 di sekolah, di kedai2 makan ketika melepak dan di pasaraya2 dan bandar2....


Sungguh saya tak sanggup melepaskan anak saya ke arus perdana yang sebegini rupa.


Maka persediaan saya, bermula dari ketika anak masih dalam perut lagi (bahkan sebelum nikah juga, dalam mencari calon suami)


Saya memilih dan telah berbincang dengan anak gadis ini sejak dia mula mengenal dan tau sebut serta mengerti siapa Allah, Nabi, keperluan agama....tau sikit sebanyak dosa pahala....


Saya tidak dapat menjamin yang pada masa depan anak saya mampu berpegang pada prinsip dan kekuatan imannya jika arus perdana budaya yang dinyatakan di atas semakin dominan dalam masyarakat.


Saya juga tidak mampu nak menghadapi jika sesuatu berlaku di luar daripada apa yang saya idam2kan pada masa depan anak gadis ini.


Justeru, pada hari ini di usia 7 tahun, saya dah sediakan dia perkara-perkara asas bahawa, sebagai anak gadis islam sunnahnya dia akan dikahwinkan secepat mungkin....tak perlu nak menggatal, tak perlu nak mencari jodoh, dan tak perlu nak bercouple...kami ibu bapanya akan mencarikan jodoh yang baik buatnya....


Akibat telah dijelaskan perkara ini dari awal dan juga semacam telah faham, maka soalan2 berbangkit dari anak gadis ini pasti ada, macam ini;

"macamana kalau kakak tak cinta suami kakak"

"macamana kalau suami kakak paksa kakak kerja juga macam ammie"

"macamana kalau kakak malas nak jaga anak kakak nanti"

"kalau kakak kawin cepat, kakak tak dapat masuk universiti macam ammie lah?"

"macamana kalau tiba2 kakak jumpa lelaki lain yang kakak cinta?"

kalau dah berderet soalan macam ni, tu baru usia 7 tahun tapi dah fikir macam2 soal orang tua~cinta, kerjaya, tanggungjawab jaga anak, wajarlah saya dedahkan dia perkara-perkara ini di usia muda dan sangat wajarlah saya membantu dia merancang masa depannya mengikut jalan yang terbaik...malah alternatif juga disediakan buatnya asalkan landasan perancangan masih dalam lingkungan yang sewajarnya mengikut apa Allah suka.



Wassalam

Isnin, Mei 03, 2010

Tak sangka dia dah pandai auta lah....

Assalamualaikum w.b.t



Sebagaimana diketahui (oleh sesetengah pembaca blog saya), suami saya yang stroke sejak 2006 kan tak bekerja, dan tak layak bekerja dah pun, dah hilang upaya.


Okay, tu takper, tak kerja tapi boleh dipanggil pesara, kerana berpencen 'ilat.


Tapi ni saya nak ceriat hal anak tunggal saya ni.


Dulu, masa tadika, mati2 tak benarkan ayah ambil dia balik dari tadika...


Sebabnya, malu, ayah OKU, ayah orang lain semua sempurna, ayah dia jer yang jalan senget, pakai tongkat, dahla penampilan ayahnya lain dari ayah orang lain...ayah orang lain datang ambil anak pakai kemeja, slack, handsome, kemas...


Tapi ayahnya datang dengan tongkat, pakai ketayap, pakai kurta......tambah2 katanya ayah dah tua...


Hishhh...hishh....anakku apa nak jadi ni?


Jenuh gak saya nasihat, kakak (panggilan dia) kena belajar terima hakikat, ramai lagi orang lain yg takde ayah langsung....


Dapat ayah OKU tak patut malu...kakak kena bangga, ayah kakak gigih dalam bertongkat datang ambil kakak.....kalau takde ayah langsung macamana?


Kakak patut bangga dapat ayah yang ikut sunnah, kalau ayah tak jaga solat 5 waktu, yang tu kakak patut malu....


Tapi dah namanya budak....macam tu jugaklah cara dia berfikir....kalau ayahnya hantar atau ambil dia tadika dulu, dia tak benarkan ayah turun dari kereta...nanti kawan2 nampak, kakak malu....



Bila dah darjah satu ni, lain plak citernya....


Mula2 tukar kelas lepas ujian bulanan pertama hari tu ada sessi perkenalan....


Masing2 kena bangun perkenalkan diri, dan bagitau mak dan ayah kerja dimana...


Pastu tang kerja saya dia cakap betul...memang dah lama dia pandai menyebut nama jabatan saya, tang ayahnya pun saya pernah bagitau yang ayahnya dulu kerja TM, kalau orang tanya bagitau ayah pesara TM....pasal dulu ada mak ayah kawan dia tanya ayah kerja apa, dia bantai bagitau tak kerja.... punyalah pelik orang tu....sampai kena bersoal jawab hal lain pulak (sampai terpecah rahsia ayah ayah ada 2 rumah, 2 bini...kan ker haru tu?)


Tapi baru2 ni lain lak citer yang timbul, bila cikgu tanya ayah kerja mana, dia kata selamba jer dia bagitau ayah kerja MAYBANK.....tak ker geram dengar tu...


Bila saya tanya kenapa tak terus terang, katanya kakak malas nak citerlah, kang cikgu tanya macam2, cakap jer kerja Maybank, takde sapa pun tanya.....


Pastu saya tanya dia, ker kakak malu?


Ha'ah, memang dia malu nak bagitau kawan2 ayahnya OKU, tak kerja.....


Anak, anak....camanalah nak bina keyakinan diri dia yang ada ayah OKU dan tak kerja tak perlu dimalukan.....
Wassalam

Ahad, November 15, 2009

Konvo tadika anak sedarkan saya pentingnya parenting skill!

Assalamualaikum w.b.t

Semalam konvo anak saya, tamat tadika 6 tahun. Dan alhamdulillah saya sedar yang 6 tahun ini saya hanya dipanggil ibu, saya hanya sediakan makan, minum pakai dan menjaga dia....dan dia jugalah yang setia menjadi teman berbicara saya, pada saya juga tempat dia bermanja, padanya jugalah tempat saya bercerita, sekali sekala meluah rasa seperti lagaknya dia dah dewasa...tapi baru semalam saya sedar...sedar sesedarnya yang saya sesungguhnya tidak mempunyai skill keibubapaan yang secukupnya untuk mendidik dia...


Sebelum bergerak ke hotel tempat konvo sempat bermain2 dengan saya...

Mujur masih ada masa...terima kasih ya allah beri peluang dan menyedarkan saya walau seketika....nanti saya cerita lanjut apa saya rasa dikala menghadiri konvo anak saya ini...


Gown untuk persembahan nyanyian Sound Of Music [Do Re Mi]

Jumaat, September 11, 2009

Nak sangat jadik hantu ker?

Assalamualaikum w.b.t



Jumaat, Julai 17, 2009

Selamat kembali streamyx

Assalamualaikum w.b.t


Tajuk merepek, tapi takper, tu yang saya nak cerita sebenarnya. Rasanya ada sebulan lebih takde streamyx, hari ni barulah technician TM datang hantar modem baru. Tu pun lepas saya ke pejabat TM terdekat untuk tukar modem. Tu pun satu hal saya pelik, adaker kat office takde simpan modem, modem semuanya disimpan dalam van, dah tu van tu pulak technician dah bawak keluar kawasan.....suami sebagai pesara TM sendiri pun pelik?


Ok, lepas dia hantar modem..tu pun hulur modem celah2 grill pintu jer, apa lagi operasi bertenet pun bermula...siap berebut dengan suami lagi....biasaler saya mengalah, sib baik dia gi masjid ni, dapatlah ke blog kejap. Walhal tak masak lagi ni....kejap jer ni, pasni kena memasak...


Perkembangan sebagai surirumah dengan dua anak agak sibuk jugaklah. Sangka saya dengan hadirnya anak tiri saya tak banyak perubahan akan berlaku tapi sebaliknya pula, saya mula terasa agak letih berbanding semasa menjaga Hani sahaja. Tapi takper mari belajar ikhlas....ikhlas dalam menjaga anak tiri...walaupun sebenarnya ada juga was-was ni...


Bagi hani pula dengan adanya adik dia di sini, dia banyak habiskan amsa bermain dan takdelah cakap sorang2 lagi. Tapi masalahnya ada jugak pergaduahn tu, tu yang tak suka tu, taknaklah nampak asyik menyebelah anak sendiri walaupun sebenarnya anak tiri yang salah....serba salah lagi disitu....


Aktiviti memasak terpaksa jadik rutin dan pagi2 anak tiri saya mesti nak bawa bekal ke sekolah, takisahlah biskut ker coco crunh ker....so terpaksalah siap sediakan bekalnya. Nak masak memasak pagi ni takdelah menjadi minat saya....malas nak berkecahkan dapur...sebab nanti saya yang penat....lagipun pagi2 nak kena tu7mbuk ubat dan bagi makan ubat kat anak tiri tu...nanti terkejar takut terlupa pulak....kiranya bzlah jugajk sekarang ni....tu baru dua, kalau ramai ntahlah tak tauler camno?

Rabu, April 08, 2009

Anugerah


Khamis, Mac 26, 2009

Dan harapan itu tetap ada

Assalamualaikum w.b.t



Menunggu dan terus menunggu


Selagi ia tidak tiba


Selagi tidak ada


Selama itulah harapan tetap ada...

Isnin, Julai 07, 2008

The day 1

Assalamualaikum w.b.t

Segalanya lancar untuk hari ni. Alhamdulillah Allah beri kelaratan dan kesihatan pada saya hari ini. 3 hari demam teruk dan tak makan maka sememangnya saya tidak ada tenaga yang cukup.

Tetapi malam tadi 2 biji telur separuh masak [mak yg masakkan] dan subuh2 tadi lagi mak masakkan lagi 2 biji telur separuh masak. Saya juga minum 100 plus nak bagi tenaga. Nak makan nasi masih takde selera, saya makan buah2 jer.

Biskut kuarker Jacobs saya makan 2 keping dan dengan doa maka jam 7.00 saya terus bergerak dari rumah ke tol senawang. Tepat jam 7.45 saya dan keluar di tol sungai besi. Jam 8.15 dah sampai di jalan Duta. Program star jam 8.45.

Jalan pun tak jem mungkin sebab ramai dah naik motor utk jimat kos, "ada bagus jugak naik minyak ni, kurang jem di KL" [iyer ker?]<-- ini kata pensyarah saya di UKM tadi! Cerita daftar master tu saya cadang nak buat blog khas sebagai catatan harian saya buat rujukan saya nanti. Sebab dah tanam dalam hati kalau berjaya master ni, saya nak buat PhD bidang yang sama. Azam kena ada,kan? Apapun, beza cuti belajar denagn bekerja ni adalah semacam langit dan bumi. mau juga saya kejutan budaya ni! Yerlah saya pagi2 dah biasa bekejar boss panggil, tengahari dan petang pun macam tu, kejap2 meeting tergempar, kejap2 ada kes baru, kejap kena buat briefing...macam2 benda mendatang tanpa diduga. Tiba2 buat master ni, kelas 3 hari jer isnin sampai rabu. 4 hari makan gaji buta ker? Isu saya demam baru2 ni, saya rasa sebab saya melawan cakap pak haji, tulah bukan reti nak apply "sami'na waatha'na" [dengar dan taat]. pak haji pesan berkali2 suh saya ambik cuti, saya yang degil teramat. Konon nak tunjuk integritilah, nak tunjuk baik. Nak bantu seboleh mungkin sebelum pergi, sudahnya badan saya yang merana. Okay, lepas ni kena belajar balik taat dan dengar cakap suami ni, sebab apa berlaku kemudian hari kita tak jangka, allah bagi suami kat kita kan sebagai pemimpin, dan kita sedia jadik isteri adalah sebagai taat setia kita untuk patuh dan dipimpin suami selagi berada dalam kebaikan.... tapi jangan pulak ada yang cuba nak mengajar atau memimpin suami kalau dia buat silap, kena banyak doa dan mohon pada allah, melainkan apa kesalahan dia tu melibatkan syarak, kanalah kita bertindak, bagi hal2 furu' bukanlah tugas utama isteri untuk betulkan suami, hanya kita perlu tunjuk contoh jer supaya dia terkesan..macam dakwah bil hal... Waah waaah pandailak saya nak bardakwah...sajer nak ingatkan diri sendiri, berdakwah pada orang moga2 allah bagi kesan hidayah pada diri kita. Kena belajar cakap2 iman ni. Pak hj bila tau kelas 3 hari jer via sms, terus dibalasnya "lepas ni bolehlah tumpukan pada amal" hah! ambik sebijik! Ingat kot2lah dia nak cakap "lepas ni bolehler kita tumpukan pada projek buat anak!" Yerlah saya ni berkira2 nak menstabilkan hormon, nak jaga pemakanan nak ambik acid folic, nak ambik ubat subur sebab nak dapat master dengan nak dapat anak sekali kalau allah izinkan dalam tempoh setahun setengah ni, rupanya pak hj punya mision jauuuuuhhhhh sangat. Misi alam kubur tu..misi ke syurga. Letih dah dia kot sebelum2 ni asyik dok lewat solat, alasan meetinglah, ada operasilah, aanak buat hallah. Suh mengaji mata mengantuklah, sibuk nak amsaklah...haha macam2 alasan tuuuu....sekali ni, mesti takde alasan lagilaaahhhhh...akhirnya saya akan menjadi taat patuh dengan suami saya...harap2 nya saya buat ikhlas kerana Allah..suami penggalak jer... Oh ya...saya dok terpikir2 ni hal giliran...sekarang saya ada 4 hari free, khamis dan jumaat sabtu dan ahad saya akan ada 24 jam di rumah. Macamana pak hj nak bagikan giliran? Sebelum2 ni aza dapat 4 malam, saya 3 malam, weekday semua dia dapat, weekend jer giliran saya, tapi kali ni saya nak tengok apa pak haji nak buat? tapi dalam hati saya instinct saya mengatakan dia akan kekal giliran macam sekarang....tak percaya? kita tengok nanti... Dia takut dengan aza...tu kenyataannya...mesti dia tak sampai hati nak duduk dua hari khamis dengan jumaat tu kat sini, kemungkinan dia takmo aza mengamuk dan dia pening ataupun dia takmo anak2 sana jadik mangsa amukan aza jadik biar dia yang korban...saya? Saya mana pandai mengamuk....biasalah saya tetap cool..bebel jer lah, lain2 dia boleh atur saya ni...kira boleh kow team... Yang nak kena jaga betul2 mak buyung tu...lepas ni kalau dah bersalin, lagilah pak hj kena banyak duduk kat sana,kan? Pak hj pulak lagi senang hati tinggalkan saya dengan hani sebab mak saya duduk sini sekali. Kira2 dia anggap saya happylah sebab mak sendiri ada samakan? Yerlah saya ni kan anak bongsu..walhal takde manja apapun! pak hj jer lebih2 ingat saya manja dengan mak saya macamana aza manja dengan mak dia kot!... Tapi misi saya nak dapat anak tu saya kena fight betul sebab peluang yang ada ni sekali jer datangnya. Lepas ni dengan umur bertambah dengan kerja bertimbun,,lagilah payah...ntah2 aza sekali lagi sempat beranak lagi pulak... takper..tu kerja Allah rezeki masing2..tapi saya yakin allah bagi tu berdasarkan apa yang kita nak...sebab aza walaupun dia ada kata dia taknak anak buat masa ni, tapi satu ketika dulu mungkin dia dah lupa kot, dia pernah cakap dengan saya dia nak dapat 4 anak lelaki, sebab nak cukupkan kuorom angkut keranda dia ke kubur. sekarang dia ada 3 naka lelaki, sorang lagi tak cukup, mungki allah bagi anak lelaki kat dia kali ni...sebagai memenuhi doa dan harapan dia...maka saya pun nak ada impian jugak...

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP