Jumaat, Mei 15, 2009
Rindu membara
Ya Allah rindunya.....macam2 rindu, rindu nak balik rumah, rindu nak kembali kepada rutin kehidupan yang biasa, rindu nak makan jenis makanan yang biasa2 jer, dan yang paling saya rindu adalah kat anak saya tu.
Tapi takper, esok petang saya balik dah....duduk di singapura 7 hari memadai dah. Sakit jiwa juga bila berada disini, jalan ke sana ke mari...paling tak tahan oleh pandang ada sale sana sini tapi ongkosnya nggak ada!
Hujan emas negeri orang hujan batu negeri sendiri. Memang betul peribahasa ni!
Khamis, April 23, 2009
Alamak...dah suntuk, sempat ker ni?
Hishhhhh...
suntuknya msa
Rasa cam tak sempat dah
Segalanya makin tegang
Suasana makin panas
Capai sana tak kena capai sini tak kena
Semuanya rasa tak baca...
Bukan baca buku
Baca rencana, kertas kerja, kertas pembentangan luar negara
Berpinar mata
Sakit jiwa
Sebab baca kat komputer
Ni semua
Gara-gara nak periksa
Sabtu, April 11, 2009
Pilihan
Yang tak kerja sibuk carik kerja
Yang dah kerja pulak sibuk fikir nak tukar kerja
Yang dah tukar kerja terikir nak pindah cawangan lain
Yang tengah kerja sibuk nak sambung belajar
Yang sambung belajar pulak sibuk nak kerja balik
Sebab malas nak baca buku...
Takut nak exam oiiii....
P/s :Malas belajar dan malas nak bekerja, dua2 takmo camno tu?
moh...moh... bela kambing ker tanam sayur ker...
Ahad, Disember 21, 2008
Terima kasih Ya Allah
Terima kasih Ya Allah
Atas kurnia rasa ini
Yang selama ini entah mana hilangnya
Sekali lagi dapat kuteguk
Rasa malu dan rindu Pada Mu
Atas kelalaianku selama ini
Saya baru balik dari PD malam ini, insyaalllah esok akan ada sambungan untuk nusrah di sini pula...saya ingin war-warkan saya ingin jemput sesiapa yang mengenali dan berminat untuk ke blog saya yang 'agak peribadi' sikit sifatnya, di alamat www.duniabermadu.blogspot.com, sila berikan alamat anda di email saya hanisumayyah@hotmail.com. Blog ini akan dikekalkan juga sebagai medium bersuara dan berdakwah [insyaallah]...yang sedia ada dulu sudikah saya invite secara automatik?
Syukur sangat pada Allah dalam banyak ujian yang diberi dan pelbagai masalah yang melanda pada diri dalam tempoh terdekat ni, rahmat Allah tak pernah putus, dan saya tak pernah sangka dalam susah payah dan adakalanya sambil lewa mengadapNya, Dia tetap tak pernah putus memberi saya rasa malu dan syukur, yang saya masih dalam rahmatNya....
Keputusan periksa semester pertama dah keluar jumaat lalu, alhamdulillah walaupun tak dapat sempurna tapi saya amat bersyukur, dengan CGPA 3.83 maka saya tak perlulah risau dan bimbang kena mengulang ataupun memalukan jabatan....3 A, dan satu B+...kalau dapat semua A tu melampau pulak sebab rasanya semester ni masih banyak main2 dan leka dengan masalah r.tangga dan amal pun so-so ajer tu pun Allah yang Maha Pengasih Dan Penyayang tak lupa pada saya......TQ Allah.
Ahad, November 23, 2008
'~Bilik No 202~'
Tajuk macam drama jer..bilik no13...tapi ni lain sikit, bilik no 202. Jemu lak rasanya duk sensorang kat bilik ni 202 ni dari isnin lepas, so malam semalam lepas public speaking saya baliklah, lepak sungguh rasanya, mengantuk yang amat, balik tu ada risalah dalam letter box tu, so masuk rumah jer lepas kunci pintu, saya baring kat sofa sambi belek2 newsletter jualan2 barang ni, rasanya tak sampai dua muka surat saya dah tertido....tudung pun tak tanggal sebab kalau tanggal nanti harus saya campakkan kat situ jugak, sebab malas nak sepahkan saya biar jer kat kepala...sudahnya setengah jam tertido...
Rasanya bila jam bunyi 12 kali baru saya tersedar...cadangan nak sambung buat tugasan, hancussss, sebab katil dah memanggil2...sudahnya jam 5 bangun semula sebab susah hati kerana 12 jam lagi nak kena hanar tugasan yang baru siap 40% rasanya.... solat isyak pun jam 5....pastu terus duduk depan pc tu sambil2 mesin baju, sampailah jam 12 tu dengar macam alarm keter ayah...dah..dah balik pulak dah orang tua ni....dengan kerja saya tak siap, kang dia plak suh ambik tu ini..saat2 ni memang rasanya tak boleh org kacau..saat2 kritikal...
Saya ni dahlah jenis kalut2, menyesal sungguh rasanya tangguhkan buat assignment ni, yang teruknya, kami berempat dari minggu lepas berbincang kononnya kami berempat nak minta tangguh hantar assingment yg ni, tapi kami bincang berempat jer dan tak tanya pensyarah... tak siap tu kononnya sebab bz dengan persiapan nak exam lah..
Asignment yg ni sebenarnya proposal utk tesis masing2 next semester nanti... sbnarnya ini perubahan diakhir2 minggu kuliah tu, asalnya ni bukan assignment tapi ada satu assignment tu dibatalkan, sedangkan kami dah present tapi ada group yang macam tak ok, pensyarah batalkan assigment tu ganti yg ni.... yg buat jadik lambat sesangat sebab saya sebenarnya nak buat tajuk lain, tanya kat pensyarah tu, dia kata why not u buat tajuk ni...bla...bla...., lagi bagus...sebab ni benda baru kan, mesti kajian tu nanti dapat menyumbang pada jabatan....semua orang nak tengok apa beza, apa lebih dan apa kurangnya SPRM (suruhanjaya bebas tulah...) banding yg sedia ada ni...tengok expectation masyarakat, tengok bidang kuasanya, panjang lah dia cakap....sudahnya saya pun berubah hati konon nak buat tajuk tulah...sudahnya makan diri, sebab akta tu pun tak bentang lagi kat parlimen, kami pun tetanya2 apa perubahannya...jadik mencari bahan tu memang cabaran besar...next semester nanti barulah jelas sebab parlimen pun dah bahaskan dan mungkin akta baru pun dah diwartakan...
Agaknya tadi dalam jam 3.30 barulah saya dapat siapkan tapi dengan perasaan tak puas hati sangat sebab ada banyak fakta dan statistik tak dapat buat dalam bentuk chart dan table, ada beberapa bibliograpy tak masuk sebab tak sempat sangat nak belek2 buku...yang pak haji pulak sibuk duk tanya2 dah siap ker, jam berapa nak pergi...eiiii semak otak saya! kang nak marah merajuk lagi plak, sudahnya, cakap kat dia, bang senyap kejap bang wa tengah tension ni....sudahnya dia buka astro jer...dia datang tu pasal dia nak guna internetlah tu....walhal lappy ada, tapi dia nak betul2kan wayar modem tu semua, ambik lappy semua leceh utk dia, semua nak saya yang sediakan....tp bininya sibuk tak hengat!
Tiba2....ahhh sudah!!! A4 paper lak abisss...tak perasan sungguh...laghap (cepat habis) benar A4 ni, sejak2 musim assignment dan exam ni, so sy cadang on the way nanti gi office jerlah boleh binding sekali...tapi alamak sempat ker ni??? janji jam 5 berkumpul dan pergi sama2 ke Mc D i ikea tu, ni dah jam 3.45...tapi klau lambat rasanya kena pergi sendiri terus ke IKea lah...tapi camana saya tak tau jalan...alhamdulillah sib baik pak hj ada kan....cepat2 ajak dia ikut gi KL, mujur dia tak kisah....pelan kecemasan sebab pertama dia pandai jalan ke ikea tu dan sebab kedua bawak bintang dia, boleh pecut dan cepat sampai...hal kertas A4 pak hj cakap baik gi kedai cepat lebih jimat masa, terus dicampak kunci keternya, masa ni saya dah siap nak bergrk cuma pk2 nak gi office ker nak gi kedai beli A4...memang teruk betul kali ni, jangan contohi part ni, last minit yang betul2 last minit ni, sebab isnin lectr dah kena submit markahnya....so nak taknak semalam dia cakap senyum2 dia talleh tolong kami kena hantar hari ni jugak, sebab umah dia dekat ikea tu makanya kenalah kami ke ikea...
So gi kedai sib baik kedai kat umah ni ada jual kertas yang siap dah lubang2 tu, so dalam perjalanan tadi bila berhenti jammed saya pun masukkan lah ring dia secara manual jer...fizikal tugasan tu takdelah teruk..cantik cuma dalamannya tak taula...
Asyik citer buruk jer,kan...so hari ni saya nak rakamkan terima kasih sebab pak hj sanggup temankan saya gi hantar assignment, takde tunjuk moody dia walaupun sya bawak keter tadi cilok2 potong sana sini dan kejap2 keluar bahasa #%$^*& bila keter/bus masuk jln sy, dan dia izinkan saya bawa bintang dia sebab saya kata kalau abang bawak mesti tak sempat sampai jam 5 kat jalan duta, macam saya memang dah biasa memecut 140/150 per hour, so dalam jam 4 dari rumah, 5.05 minit dah sampai jalan duta. hujan lebat sangat, terima kasih juga sebab dia rela tangguhkan solat jemaah utk asar tu sebab saya cakap takut tak cukup masa dan sesampai jer off jalan duta, alhamdulillah suraunya dekat dan tmpat wudhu'nya pun selesa dan sesuai utk pak hj dan dia terus ke surau...nasib baik juga, ASP polis yg sama course tu tolong hantarkan ke pensyrh, memang dah janji kami ber4 nak kumpul kat office j.duta pastu baru ke McD, yg dua org lagi tu [sorang asp polis jgk, yg sorang lagi TNB] sebab dah kelewatan siapkan tgsan diorang terpaksa hantar terus ke McD tu...hahahaa...padan muka kami....kenangan betullah hari ni...sampai kena sound dengan pak hj apasal teruk sangat yang assignment kena hantar kat Ikea tu...kan ker jauh sangat tu...saya senyum jer malas nak citer panjang kat dia...banyak hal pulak nanti..sebab dah ada tanda2 dah dia tanya saya sebulan lebih dia takde tu kenapa tak buat bagi siap, kan dia takde tak payah layan dia, banyak masa...heheheee, layan blog lerrr...[tapi takcakapler dengan dia]
Balik dari Kl terus saya ajak pak hj gi de palma sepang dan dia setuju..yeyyy...asalnya cadang balik rumah sajork...singgah makan kat kedai di salak, pastu maghib sampai ke de palma, lepas maghrib layan tido dulu [tk abis2 ngantuknya..] sudahnya group discussion malam ni terlepas sebab 10.30 baru saya terbangun...pak hj layan internet [sib baik sini ada wifi, tak dia melangut jerlah], ntah pasal ternak ketamlah, ikan kelilah mcm2 bisnes dia minat....
Lepas tu layan Tv, makan2 yg ringan [memang dr sampai sy beli mcm2 makanan stok msa stay up utk study], pastu borak2 ngan pak hj, dia ada ajak balik rumah jugak, sy kata malas, balik umah mesti mood nak tido bila tengok katil sendiri....so kami putuskan dok sini jerlah walhal persiapan pakaian tak cukup ni, tadi sempat capai baju kurung jer 2 helai, persiapan lain habukk tarak...esok gi kedai kat nilai jap...so pak hj balik PD esok, isnin lepas sy abis exam dia dengan hani datang ambik sy...sekarang sy mulakan buat entry sebelum saya mula study semula utk PTK pulookkkk....cissss tak abis2 gue study...seksa...
p/s : baru kejap ni kak aza call tanya napa tak balik2 lagi, 'terketar2' jugak pak hj nak menjawabnya, dia kata kan dah cakap malam ni tido seremban...., malam tadi masa saya cakap dgn pak hj jangan balik rumah sy sebab saya ada tugasan nak disiapkan, memang dia ada cakap nak balik seremban sebelah petang hari ni, nak relax katanya, saya kata takperlah, apa saya kesah sebab saya pun dah takde kat rumah, memang sy cadang nak ke Kl sensorang pastu terus ke sepang, tapi dah dia 'serah diri' angkutlah sekali ke hotel ni...saya tanya, hai takut juga nak bagitau ada kat hotel yer...dia kata, yerlah dah kat sana ada dua anak pak hj merangkap anak tiri kak aza jaga, takkan dia nak senang2 tinggalkan pulak...2 anak tiri tu Hani dan angah lah...sian kak aza, semua anak2 tiri berkumpul kat umah dia...angah, 27 tahun pun duduk sana dah sebulan, jadik imam dan ajar budak2 ngaji kat surau .... takper isnin nanti pak hj akan bawak hani dan zubir dan saya akan jaga zubir plak...pastu kan saya akan siapkan assignment PTK ni dan lepas tu pak haji ajak cuti2 malaysia, destinasi nanti ikut gerak hati [kami memang begitu, klau rancang tak jadik], kami akan bawak hani dan zubir, senang perjalanan tu nanti takde hani merengek2 mengacau sebabzubir ada dan dia boleh main sama2....
Isnin, Julai 07, 2008
The day 1
Segalanya lancar untuk hari ni. Alhamdulillah Allah beri kelaratan dan kesihatan pada saya hari ini. 3 hari demam teruk dan tak makan maka sememangnya saya tidak ada tenaga yang cukup.
Tetapi malam tadi 2 biji telur separuh masak [mak yg masakkan] dan subuh2 tadi lagi mak masakkan lagi 2 biji telur separuh masak. Saya juga minum 100 plus nak bagi tenaga. Nak makan nasi masih takde selera, saya makan buah2 jer.
Biskut kuarker Jacobs saya makan 2 keping dan dengan doa maka jam 7.00 saya terus bergerak dari rumah ke tol senawang. Tepat jam 7.45 saya dan keluar di tol sungai besi. Jam 8.15 dah sampai di jalan Duta. Program star jam 8.45.
Jalan pun tak jem mungkin sebab ramai dah naik motor utk jimat kos, "ada bagus jugak naik minyak ni, kurang jem di KL" [iyer ker?]<-- ini kata pensyarah saya di UKM tadi! Cerita daftar master tu saya cadang nak buat blog khas sebagai catatan harian saya buat rujukan saya nanti. Sebab dah tanam dalam hati kalau berjaya master ni, saya nak buat PhD bidang yang sama. Azam kena ada,kan? Apapun, beza cuti belajar denagn bekerja ni adalah semacam langit dan bumi. mau juga saya kejutan budaya ni! Yerlah saya pagi2 dah biasa bekejar boss panggil, tengahari dan petang pun macam tu, kejap2 meeting tergempar, kejap2 ada kes baru, kejap kena buat briefing...macam2 benda mendatang tanpa diduga. Tiba2 buat master ni, kelas 3 hari jer isnin sampai rabu. 4 hari makan gaji buta ker? Isu saya demam baru2 ni, saya rasa sebab saya melawan cakap pak haji, tulah bukan reti nak apply "sami'na waatha'na" [dengar dan taat]. pak haji pesan berkali2 suh saya ambik cuti, saya yang degil teramat. Konon nak tunjuk integritilah, nak tunjuk baik. Nak bantu seboleh mungkin sebelum pergi, sudahnya badan saya yang merana. Okay, lepas ni kena belajar balik taat dan dengar cakap suami ni, sebab apa berlaku kemudian hari kita tak jangka, allah bagi suami kat kita kan sebagai pemimpin, dan kita sedia jadik isteri adalah sebagai taat setia kita untuk patuh dan dipimpin suami selagi berada dalam kebaikan.... tapi jangan pulak ada yang cuba nak mengajar atau memimpin suami kalau dia buat silap, kena banyak doa dan mohon pada allah, melainkan apa kesalahan dia tu melibatkan syarak, kanalah kita bertindak, bagi hal2 furu' bukanlah tugas utama isteri untuk betulkan suami, hanya kita perlu tunjuk contoh jer supaya dia terkesan..macam dakwah bil hal... Waah waaah pandailak saya nak bardakwah...sajer nak ingatkan diri sendiri, berdakwah pada orang moga2 allah bagi kesan hidayah pada diri kita. Kena belajar cakap2 iman ni. Pak hj bila tau kelas 3 hari jer via sms, terus dibalasnya "lepas ni bolehlah tumpukan pada amal" hah! ambik sebijik! Ingat kot2lah dia nak cakap "lepas ni bolehler kita tumpukan pada projek buat anak!" Yerlah saya ni berkira2 nak menstabilkan hormon, nak jaga pemakanan nak ambik acid folic, nak ambik ubat subur sebab nak dapat master dengan nak dapat anak sekali kalau allah izinkan dalam tempoh setahun setengah ni, rupanya pak hj punya mision jauuuuuhhhhh sangat. Misi alam kubur tu..misi ke syurga. Letih dah dia kot sebelum2 ni asyik dok lewat solat, alasan meetinglah, ada operasilah, aanak buat hallah. Suh mengaji mata mengantuklah, sibuk nak amsaklah...haha macam2 alasan tuuuu....sekali ni, mesti takde alasan lagilaaahhhhh...akhirnya saya akan menjadi taat patuh dengan suami saya...harap2 nya saya buat ikhlas kerana Allah..suami penggalak jer... Oh ya...saya dok terpikir2 ni hal giliran...sekarang saya ada 4 hari free, khamis dan jumaat sabtu dan ahad saya akan ada 24 jam di rumah. Macamana pak hj nak bagikan giliran? Sebelum2 ni aza dapat 4 malam, saya 3 malam, weekday semua dia dapat, weekend jer giliran saya, tapi kali ni saya nak tengok apa pak haji nak buat? tapi dalam hati saya instinct saya mengatakan dia akan kekal giliran macam sekarang....tak percaya? kita tengok nanti... Dia takut dengan aza...tu kenyataannya...mesti dia tak sampai hati nak duduk dua hari khamis dengan jumaat tu kat sini, kemungkinan dia takmo aza mengamuk dan dia pening ataupun dia takmo anak2 sana jadik mangsa amukan aza jadik biar dia yang korban...saya? Saya mana pandai mengamuk....biasalah saya tetap cool..bebel jer lah, lain2 dia boleh atur saya ni...kira boleh kow team... Yang nak kena jaga betul2 mak buyung tu...lepas ni kalau dah bersalin, lagilah pak hj kena banyak duduk kat sana,kan? Pak hj pulak lagi senang hati tinggalkan saya dengan hani sebab mak saya duduk sini sekali. Kira2 dia anggap saya happylah sebab mak sendiri ada samakan? Yerlah saya ni kan anak bongsu..walhal takde manja apapun! pak hj jer lebih2 ingat saya manja dengan mak saya macamana aza manja dengan mak dia kot!... Tapi misi saya nak dapat anak tu saya kena fight betul sebab peluang yang ada ni sekali jer datangnya. Lepas ni dengan umur bertambah dengan kerja bertimbun,,lagilah payah...ntah2 aza sekali lagi sempat beranak lagi pulak... takper..tu kerja Allah rezeki masing2..tapi saya yakin allah bagi tu berdasarkan apa yang kita nak...sebab aza walaupun dia ada kata dia taknak anak buat masa ni, tapi satu ketika dulu mungkin dia dah lupa kot, dia pernah cakap dengan saya dia nak dapat 4 anak lelaki, sebab nak cukupkan kuorom angkut keranda dia ke kubur. sekarang dia ada 3 naka lelaki, sorang lagi tak cukup, mungki allah bagi anak lelaki kat dia kali ni...sebagai memenuhi doa dan harapan dia...maka saya pun nak ada impian jugak...
Jumaat, Jun 20, 2008
tangguh lagi~!!!
Sambung belajar tangguh ke 7.7.08.
Ada 2 minggu lagi kerja...
Ingat dah boleh lepak2 dah mengadap buku plak...
Cehh...kena kerja lagilah pulak...
Tadi beli hp baru...
Cikai jer...
RM320..Nokia 2630...murah sgt
Ada kamera, ada radio, ada mms..cukupler tu...
Zaman ekonomi meleset ni, berjimat2lah...
Ahad, Jun 15, 2008
Bila tiada baru terasa?
Saya tak sabar tau!
Tak sabar nak tunggu apa berlaku bila saya tiada...
Baru ada yang teringat-ingat
Baru akan ada yang hargai apa saya buat
Baru sedar yang susah sebenarnya duduk di kerusi saya
Yang mengarah pun akan tau langit tinggi rendah
Yang diarah akan terasa kehilangan saya agaknya...
Saya rasa tentu keadaannya akan sedikit hambar
Takde gelak ketawa yang biasa diselang seli masa saya bagi briefing
Takde orang yang nak dirujuk dan sentiasa ada ...baik pd weekday malam, siang weekend saya sentiasa ada...
Masa tu barulah amsing2 terasa
Ohh..susah yer KUS takde...
Masa ni saya dah bersukaria dah...
lepas dari sengsara
tengaj bersukaria...
Pandai2lah yer, saya rasa semua akan okay,
Mula2 jer tak biasa...
Jumaat, Jun 13, 2008
Dilemma 2
Bagi tempoh setahun setengah ini saya tak pasti lagi bagaiman kedudukan kewangan saya nanti.
Belajar di KL, duduk di Seremban, pastinya kena keluar kos petrol kalau saya berulang.
Kalau tinggal menyewa disana, kena keluar kos sewa, walhal rumah di sini kena bayar juga.
Kena juga difikirkan ayah dan hani kalau saya sewa bilik di KL nanti.
Adakah perlu rumah di sini di sewakan biliknya utk saya menampung kos berulang?
Tambahan pula, elaun siasatan {RM 400/per month} akan dipotong bagi tempoh belajar ini kerana saya takkan buat kerja menyiasat so tak layak dapat elaun ni.
Ada maklumat juga katanya elaun keraian saya {RM 400/per month} juga akan dipotong sebab takde nak raikan sapa2 dah sebab tak buat tigas rasmi lagi.
Kalau dah RM 800 sebulan ditolak, banyak perkara dan perbelanjaan terjejas tu. RM800 macam2 boleh dibuat.
Setakat ni walaupun cuti belajar saya ni bergaji penuh, dan dapat elaun belajar, tapi tak taulah berapa jumlahnya.
Kalau diberi elaun RM 1,000 sebulan maknanya hanya ada perbezaan RM 200 jer dengan income sekarang. Tak lepas pun duit berulang dan duit nak beli buku + makan.
Apatah lagi nak membayar orang gaji. Baik balance gaji saya yang ada tu saya buat saving lagi. Saya harap elaun belajar ini bukan RM 1,000, haraplah ianya lebih lagi....mujur juga elaun cola dan perumahan masih boleh diperolehi...
Isnin, Jun 09, 2008
Cerita kami berdua part 2
Ahad dekat2 maghrib tu, ada orang beri salam. Bila jengah kat tingkap dari bilik master tengok ada budak lelaki berkopiah. Dia bagi kunci kereta ayah. Dari jauh nampaklah ayah dia berkopiah dok kat luar pagar jer...tanya budak tu nama ayah apa? Roslan katanya, oh..dekat jer rumah dia dengan rumah saya...orang rumahnya saya kenallah....
Nampak gak kereta ayah dah diparking dalam porch rumah saya. Terkejut jugak, ingatkan ayah yang balik. Saya ambik kunci kereta tu lepas tu try call ayah, asyik masuk mesej jer.
Sampailah ke malamnya nak tido call lagi, tak berjawab jugak. Manalah agaknya ayah keluar 40 hari...dok bebel dengan Hani. Hani plak kata dia rindu dengan ayah. Walhal Jumaat malamnya tido bukan main peluk ayah lagi, tak layan ammie pun sebab 'gaduh' dengan ammie.
Malam tu gi ke Fun Fair naiklah keter ayah sebab tengok2 ada separuh lagi minyak kereta ayah. Dapatlah save minyak kereta saya. Kereta ayah memang makan banyak minyak, auto 2000 cc, kereta saya Kembara tu pun boleh tahan jugak, auto walaupun 1.3cc jer. Baru ni ayah kata kos minyak dia berulang seremban-pd meningkat dekat 200 sebulan. Katanya kalau takde duit dia tak balik seremban, saya pulak kena ke PD..eh mana boleh?
Hari ni gi office pun masih pakai kereta ayah...hahahaa kasik licin minyak kereta dia pastu baru naik kereta saya pulak....kira panas enjin jerlah.
pagi2 tadi, ayah call dah bagitau dia keluar 40 hari ke besut...mak aii jauhnya. Kalau dekat2 sini bolehlah jugak cilok or pujuk2 dia balik semalam dua [nak hidup beb]...bila kata alamak bang camana nak suh balik ni...dia kata datangler naik bas...hahaaaaa....sabar jerlah lagi 38 hari....
Geram gak dalam hati...bilalah berjaya projek buat anak...[doa2 jugak dengan allah tapi kalau suami takdak apa cerita kan] tapi fikir positif jerlah...harap sepanjang master program ni selain dapat master dapatlah permata hati.
oh ya...kat pejabat dah ada yang sedih2 dah dengar saya nak blah. pengarah gurau2 cakap suh saya tangguhkan...tentu terasa kehilangan 'orang kuat' ni....takper, adalah orang lain memangku dan ambik alih tugas saya....
Tak sabar weiii nak blah...tapi harap2nya bilik saya tu takyahlah keluar, malas nak mengemas buku2 tu..lagipun kalau datang ke office takde bilik tak bestlah kan, ada bilik bolehler lepak2...harap2 saya tak ditukarkan buat masa ni, 2010 nanti tukarkan kemana jer gerenti saya setuju...dengan pak hj, madu saya dan anak2 tiri semua saya akan angkut bawak pindah [pak hj setuju dah] ...
tu jerlah... bebel memang sedap...kerja plak tak jadik...nak masak simple tuk kami berdua...walhal pasar malam depan umah jer ni...jimat..jimat...hujung bulan jauh lagi..pak hj takde plak bulan ni...
Sabtu, Jun 07, 2008
hingga Januari 2010
Sampai Hani turut terkejut..
"napa ammie ni suka sangat ni?"
"ammie masuk sekolah balik, ammie boleh cuti sakan"
"napa plak, ammie tak nak kerja lagi ker?"
"taklah..ammie belajar baliklah..takyah gi kerja lagi..."
Tulah dia penangannya surat tawaran mengikuti program pengajian siswazah di UKM tu.
Sebenarnya bukan 'nak belajar' tu yang saya suka sangat.
Hahahaaaa....yang sukanya dapat 'berhijrah'....
~takyah masuk office hari2 [tukar masuk kelas pulak ler]
~takyah morning prayer hari2 mengadap boss [mengadap pensyarah best ker?<--ntah2 lagi xbest]
~takyah arah anak buah itu ini, pening pala arrr
~takyah layan 'orang awam' yang mengadu hari ni esok nak tau apa hasil siasatan [ntah2 lepas ni rindu pulak kot]
~takyah nak berdepan dengan hakim dan lawyer kat court [ ni antara yg paling best]
Banyak lagilah yang bestnya.....
yang paling best sekali ialah, saya ada cuti semester!!! yayayaaaaaa .....sapa sangka???
Selama ni harapan saya nak bercuti panjang dari dunia kerja ini hanyalah dengan meletak harapan untuk mengandung dan bercuti sakan dalam pantang, tak sangka pulak ada peluang juga saya 'bercuti' dari kerja ini.
Dulu nak jugak sambung master ni, tapi memikirkan masa kena pergi kelas sebelah petang dan weekend, walaupun pak hj support hasrat saya tu tapi saya yang tak nak korban masa saya yang memang sikit sangat tu. Bila hj dah kena stroke lagilah saya batalkan terus hasrat tu.
Dah tu kena fikir jugak dari segi kos, sapa nak tanggung kalau apa2 hal, terutama lepas beli rumah dan ada komitmen lain, walaupun gaji naik tapi sara hidup jugak naik, sebab sebelum ni iaitu masa abah belum meninggal saya tak berani nak belanja or beli barang suka2 hati, fikirkan sakit pening abah. Lepas abah dah meninggal fikir nak kumpul duit utk mak ke Mekah.
Jadi, soal sambung belajar dengan kos sendiri tu tenggelam bersama masa. Tak sangka November tahun lepas, hq call offer saya sambung master, dengan cuti bergaji penuh dan ada elaun belajar lagi. tambah2 pulak bidangnya sangatlah mudah. Benda2 yang hari2 saya baca, buat, bergelumang dan bersepak terajang....kacang jerlah kan?
Fakulti Sains Sosial dan kemanusiaan [pengajian rasuah], satu bidang baru MoU BPR dengan UKM. Kira kami ni perintislah...katanya ada 5 orang tapi baru jer saya diberitahu rupa2nya ada 22 orang semuanya.
Maka pada 25 hb ni saya secara rasminya meninggalkan rutin hidup saya sejak 2000.
Selamat maju jaya...moga2 takde masalah pergi kelas dan dapat buat tesis dengan jayanya. Amiin.
Yang ditunggu telah tiba
Semalam lepas solat maghrib tiba2 teringat nak keluar gi tempat surat. Manalah tau surat tu ada. Dengan telekung tak buka tu saya keluar ke peti surat....
Siangnya ada pegawai dari pusat latihan call saya tanya dah dapat surat tawaran ker?
"Belumlah tuan" [suara teruknya tenggelam timbul]
Pastu macam2 dia cakap, pasal costing, yuran, biasiswa....bla bla bla
Dia jer banyak cakap sebab suara saya tenggelam timbul...org dengar suara saya via phone memang susah nak faham....tekak ni tambah perit bila bercakap..gatal plak tuh
Tup-tup malam tadi tengok, surat tu dah ada dah.... Yahooooooooo

Pak hj balik dari surau maghrib tu, hani tergedik2 bagitau ayah, ammie ni suka sangat ayah dapat surat....
Saya pun apa lagi, tersenyum2 bagitau ayah "dah dapat surat tawaran...bang"
Ayah melangkah masuk jer ayah kata, "kalau suka sangat....solat syukurlah dua rakaat...."
Eh...ammie dengan telekung tak buka belek2 surat tu, fikir2 bila nak buat medical check ni? Bila nak apply cuti rehat [takut hangus plak cuti saya], pastu terfikir kertas siasatan dalam tangan utk pendakwaan kena serah ke hq, bilik kena keluar tak ..kalau keluar nak kena kemas2 segala fail dan buku [yg banyak gila tuh] dan Hani plak macamana? Sempa ker nak berulang hari2 ke KL, nak hantar dan ambik Hani sekolah hari2...pening plak pikir...
Tanya ayah hal Hani ni, "apa susah plak, madu kau kan ada..., kakak ni langsung takde mendatangkan masalah ok jer duk sana boleh teman Zubair takdelah ziubair melekap jer kat ummie dia"...larrrr lagi-lagi hantar ke Pd balik [kalau boleh saya taknak berpisah dah ngan buah hati saya ni]...dah RM 1,600 bayar Hani 3 bulan sekolah MURNI ni...haiii takkan nak buang cenggitu jer....
Ayah suh hantar hani ke tadika PASTI telok kemang semula....hai pi mai pi mai tang tu jugak....kena carik pembantu jugak ni.....
